Mengatasi Masalah Gangguan di IRC ================================= Versi 1.2.0 Terjemahan terakhir oleh PJKevin (kevinram_2000 at hotmail.com) pada 2004-08-07 Revisi terakhir oleh Documentation Team (docs at dal.net) pada 2017-11-03 Penulis asal Kzoo (kzoo at dal.net) dan LadyDana (ladydana at dal.net) pada 2001-01-24 Copyright (C) 2001-2017 by the DALnet IRC Network Sila hantar maklum balas dan komen kepada docs@dal.net mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan). Jika perlu bantuan mengenai apa- apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila rujuk kepada http://help.dal.net Pengenalan ---------- Sesiapa saja yang menggunakan IRC tentunya akan diganggu oleh beberapa pengguna yang kurang sopan dan tidak menghormati pengguna lain. Tujuan dokumen ini adalah untuk memberi panduan cara-cara menangani masalah ini. Diingatkan juga bahawa terdapat beberapa arahan yang boleh membantu anda mengatasi pengguna yang bermasalah. Terdapat beberapa perkara yang anda boleh melakukan untuk membantu DALnet menghalau pengguna seperti ini. Bukan semua masalah pengguna bermasalah boleh dilaporkan kepada Operator IRC. Sila baca dokumen http://docs.dal.net/docs/findopermy.html untuk mengetahui bagaimana mencari seorang Operator IRC. Dokumen ini merangkumi topik-topik berikut. Kandungan --------- 1 * Arahan-arahan pengguna 2 * Satu lagi /ignore corak 3 * Menangani Masalah Spam 4 * Keselamatan Peribadi dan Gangguan Ketenteraman 5 * "Nukes" dan Serangan DDOS Lain 6 * Klon dan Banjir 7 * Virus dan masalah- masalah lain 8 * Kesimpulan 1 * Arahan-arahan pengguna -------------------------- Terdapat 2 arahan yang lazim digunakan di DALnet. Arhan pertama yang digunakan oleh pengguna klien mIRC ialah: "/ignore 3". Sebagai contoh, jika anda tidak ingin melayan HotChique, anda akan menaip: "/ignore 3". Arahan ini akan menghalang layanan sesuatu user@host, tidak kira nama samaran yang digunakan pada masa itu dan tidak kira jika beliau menukar nama samarannya. Ia bertindak sebagai penyekat peribadi. Anda tidak akan menerima apa-apa mesej daripada pengguna itu asalkan orang itu tidak ubah hostmasknya. Anda juga boleh menggunakan arahan "/ignore" yang merupakan salah satu keistimewaan mIRC. Anda bolehlah bertanya di #mIRC atau menggunakan arahan "/help ignore" di tetingkap status anda. Arahan untuk membuang "ignore" ialah: "/ignore -r ". Arahan "/ignore" akan menyimpan rekod "ignore" itu dalam klien IRC anda sehingga anda membuangnya. Arahan yang kedua ialah "/silence", yang diikuti dengan beberapa parameter. Yang pertama adalah lebih spesifik dan yang terakhir adalah yang paling luas dan akan memberi kesan luas bukan saja kepada pengganggu itu. Anda boleh mendapat maklumat user@host dengan menaip: "/whois " Contohnya, jika HotChique mengganggu dan anda ingin menggunakan arahan "/silence", anda akan menaip: "/whois " Anda akan melihat sesuatu seperti ini: HotChique is ~doogs@modem03.spamcity.com * Hot HotChique is on twisted.ma.us.dal.net End of /WHOIS list. Maklumat ini boleh digunakan dengan banyak cara mengikut kehendak anda semasa menggunakan arahan "/silence". Setiap contoh di bawah diikuti dengan penerangan. "/silence +" Menenyapkan nama samaran HotChique dengan host ~doogs@modem03.spamcity.com. "/silence +<*!*@modem03.spamcity.com>" Menenyapkan sesiapa yang hostnya sepadan dengan modem03.spamcity.com tidak kira nama samaran atau usernamenya. "/silence +<*!*spamcity.com>"Senyapkan sesiapa yang menggunakan ISP spamcity.com. Apabila ± tidak dinyatakan, ia dianggap sebagai +. "Silence" dibuang dengan cara: "/silence -". Ini bermaksud jika parameter itu adalah *!*@modem03.spamcity.com, anda akan menaip: "/silence -<*!*@modem03.spamcity.com>" Dengan hanya menaip "/silence" akan menyenaraikan semua dalam senarai "silence" anda. Dengan cara ini, anda dapat tahu penetapan "silence" anda dan boleh mengubahnya jika perlu. Arahan "/silence" adalah sebahagian proses IRCd, jadi apabila anda menutup sambungan anda dengan DALnet semua penetapan "/silence" akan di kosongkan. Maklumat lanjut mengenai arahan "/silence" boleh diperolehi dengan membaca http://docs.dal.net/docs/miscmy.html. Oleh kerana arahan "/ignore" dan "/silence" menggunakan cara yang sama semasa menetapkan sekatan (ban), anda juga boleh membaca http://docs.dal.net/docs/banguidemy.html untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Arahan-arahan ini adalah langkah pertama untuk membantu anda menangani masalah gangguan. 2 * Satu lagi /ignore corak --------------------------- Terdapat beberapa cara untuk menggunakan perintah "/ignore" ajaib di IRC. Berikut ialah penyenaraian pelbagai kombinasi mengabaikan dan apa yang mereka tutupi. /ignore HotChique * Pola ini akan * HANYA * mengabaikan nick HotChique, tidak kira apa IP/host yang dia gunakan: HotChique!*@** /ignore HotChique 2 * Pola ini akan mengabaikan HANYA FULL HotChique, tidak kira apa nama panggilannya: *!*@31.203.9.51 * /ignore HotChique 3 * Corak ini akan mengabaikan *user@host.* tertentu, tidak kira siapa nick yang mereka gunakan pada masa itu: *!*doogs@31.203.9.* * /ignore HotChique 4 * Pola ini akan mengabaikan *!*@host.* tertentu, tidak kira pengguna nick yang mereka gunakan pada masa itu: *!*@31.203.9.* * /ignore HotChique 5 * Pola ini akan mengabaikan nama nick!user@host tertentu, kemudian anda akan melihat sesuatu yang kelihatan seperti: HotChique!doogs@31.203.9.51 * /ignore HotChique 6 * Corak ini akan mengabaikan kata laluan nick!*user@host, kemudian anda akan melihat sesuatu yang kelihatan seperti: HotChique!*doogs@31.203.9.51 * /ignore HotChique 7 * Pola ini akan mengabaikan kata nick!*@host tertentu, anda akan melihat sesuatu yang kelihatan seperti: HotChique!*@31.203.9.1 * /ignore HotChique 8 * Pola ini akan mengabaikan nick !*user@host.*, maka anda akan melihat sesuatu yang kelihatan seperti: HotChique!*doogs@31.203.9.* * /ignore HotChique 9 * Corak ini akan mengabaikan nick !*@host.* tertentu, kemudian anda akan melihat sesuatu yang kelihatan seperti: HotChique!*@31.203.9.* * /ignore HotChique 10 * Pola ini akan mengabaikan pengguna *!*user@host, tidak kira siapa yang mereka gunakan pada masa itu: *!doogs@31.203.9.51 * 3 * Menangani Masalah Spam -------------------------- Spam atau pengiklanan yang tidak diingini merupakan salah satu masalah yang agak rumit dan juga mengganggu keseronokan anda di IRC. Spam boleh didapati dalam bentuk pengiklanan channel, laman web atau skript. Kebanyakkan pengguna tidak menghira~ukan spam tidak kira apa jenisnya. Langkah pertama yang anda boleh ambil jika seseorang itu mengiklan atau "spam" anda ialah dengan menggunakan arahan "/ignore" atau "/silence". Anda boleh menetapkannya seluas yang anda ingini tetapi anda perlu ingat supaya tidak meletakkanya terlalu luas hingga mengakibatkan anda tidak dapat menerima mesej dan notis daripada pengguna lain yang mempunyai user@host sepadan dengan penetapan anda itu. Kebanyakkan pengguna akan melaporkan hal ini kepada Operator IRC. Jika Operator IRC itu ada masa lapang, beliau boleh melihat keadaan itu di channel. Jika anda memberitahu Operator IRC, beliau terpaksa menyiasat laporan anda sebelum beliau boleh mengambil tindakan. Adalah senang untuk membuat laporan palsu jadi ia adalah penting untuk seorang Operator IRC untuk melihat keadaan yang sebenar. Boleh dikatakan terdapat banyak pengiklanan dan jemputan ke channel. Ini juga adalah salah di sisi peraturan DALnet.DALnet akan mengambil tindakan terhadap pesalah itu. Tindakan boleh diambil terhadap channel yang menjemput atau mengiklankan jika ia melibat seorang kakitangan channel itu. Kadangkala seseorang spammer itu akan menghantar mesej ke setiap orang yang memasuki channel itu tanpa kehadiran mereka dalam channel. Hal ini dikatakan 'relay spamming'. Sebenarnya, terdapat satu bot yang berada di dalam channel yang menghantar senarai nama pengguna yang berada di dalam channel kepada bot yang berada di luar channel. Kebanyakkan masa, kedua-dua bot ini mempunyai alamat host yang sama. IRCD DALnet membenarkan anda mencari alamat host tertentu dengan menggunakan arahan khas. Sila lawat http://docs.dal.net/docs/miscmy.html#5.10 untuk mengetahui bagaimana melakukan ini. Jika anda jemu menerima spam dari sesuatu channel, sila simpan rekod spam itu. Anda boleh "cut" dan "paste" bahagian itu ke dalam notepad untuk simpanan rekod. Tekan butang kiri tetikus anda dan pilih COPY. Letak cursor anda pada tempat yang anda ingin simpan rekod itu dengan tekan butang kiri tetikus itu dan pilih PASTE. Jika anda seorang pengguna mIRC, highlight teks tersebut akan menyalin bahagian yang dipilih oleh anda ke clipboard Windows supaya anda boleh PASTE bahagian itu ke dalam notepad. Ada beberapa orang yang log semua kejadian. Log adalah satu cara merekod apa-apa kejadian yang telah berlaku dalam channel atau perbualan. Kebanyakkan klien IRC seperti mIRC atau pIRCh mempunyai satu keistimewaan yang membenarkan anda merekod apa- apa kejadian. Jika anda telah tutup tetingkap dengan spam itu, anda masih boleh mendapatkan rekod itu semula (jika spam itu diterima melalui "/msg") dari log anda. Anda boleh mendapat maklumat lanjut mengenai opsyen ini di #mIRC atau #pIRCh. Untuk klien IRC yang lain, sila cuba dapatkan bantuan dari channel bantuan untuk klien IRC itu. Dalam kes-kes tertentu, anda mungkin perlu menghantar email kepada pengarang klien IRC tersebut. Salah satu cara yang efektif adalah dengan melaporkannya kepada Unit Pengiklanan Berleluasa DALnet (Mass Advertising Team). Pastikan anda menyertakan log dan maklumat /whois pesalah itu dan menghantar semua maklumat kepada Kumpulan Pengiklanan berleluasa melalui http://www.dal.net/admin/contactmassad.php3. Maklumat dalam laporan anda boleh ditulis seperti berikut: Time: 11:28 AM Timezone: US Eastern Standard Date: May 13, 2000 Join #TeenPleasurePalace and you will get ops! HotChique is ~doogs@modem03.spamcity.com * Hot HotChique is on twisted.ma.us.dal.net End of /WHOIS list. Explanation: One of the ops in the channel was the spammer ... here is his /whois. It matches the spammer's host. BullyOp is ~op@modem03.spamcity.com * Hmm BullyOp is on @#TeenPleasurePalace BullyOp is on avana.ga.us.dal.net End of /WHOIS list. Apa yang akan dilakukan dengan maklumat itu tadi? Ia akan diberi kepada salah seorang ahli Unit Pencegahan Pengiklanan Berleluasa untuk menyiasat kes itu. Beliau akan memeriksa jika pengiklan itu adalah seorang operator atau pemilik channel. Anda juga boleh menyertakan maklumat tambahan ini untuk menyenangkan tugasan penyiasat itu. Jika pengiklanan itu adalah seorang operator, tindakan boleh diambil terhadap channel itu. Jika ia berterusan atau merupakan satu corak pengiklanan yang sama, channel itu boleh ditutup. Jika pengiklanan itu melibatkan skript, skript itu boleh disekat "banned" daripada digunakan di DALnet. Jika pengiklanan itu melibatkan laman web dan sebagainya, ISP pengiklan itu akan disekat dari DALnet dan dihubungi untuk tindakan. Host laman web yang diiklan itu juga akan dihubungi. Kebanyakkan ISP dan perkhidmatan pengacara web tidak ingin perkhidmatan mereka digunakan untuk tujuan pengiklanan. Rumusan: Adalah dicadangkan untuk menggunakan arahan "/ignore" or "/silence" untuk menghalang pengganggu itu. Jika anda ingin mendapatkan bantuan Operator IRC, beritahunya dimana kejadian itu berlaku. Kebanyakkan Operator IRC tidak akan mengambil tindakan spam "second hand". Anda perlu menghantarkan log bersama dengan maklumat /whois pesalah itu dan melaporkannya di http://www.dal.net/admin/contactmassad.php3. Anda tidak akan melihat balasan serta merta tetapi ini akan memberi peluang kepada Unit Pencegahan Pengiklanan Berleluasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Polisi Pengiklanan Berleluasa DALnet, anda boleh membaca http://kline.dal.net/massads/mup.htm. 4 * Keselamatan Peribadi dan Gangguan Ketenteraman -------------------------------------------------- Terdapat juga beberapa pengguna yang mengejar dan mengganggu ketenteraman pengguna yang lain, hanya untuk melihat reaksi ketakutan pengguna itu atau mendapatkan maklumat peribadi seseorang dari IRC. Hal pertama yang harus anda ketahui adalah *JANGAN SESEKALI MEMBERIKAN MAKLUMAT PERIBADI KEPADA ORANG LAIN DI DALAM IRC kecuali anda telah mengenal mereka dengan lebih mendalam dan boleh dipercayai.* Memberikan maklumat peribadi di IRC adalah sangat berbahaya dan boleh mendatangkan masalah yang tidak diinginkan. Terdapat banyak berita penuh dengan cerita-cerita mengenai orang-orang yang telah mengalami kejadian tidak diingini setelah mereka menceritakan segala maklumat peribadi mereka dan setelah itu mereka kecewa ketika berada di IRC. Ketika situasi ini memang jarang terjadi sebagai salah satu punca kekecewaan seseorang di IRC, patut memberi timbangan semula sebagai salah satu masalah yang pernah berlaku. DALnet tidak akan bertanggungjawab terhadap apa- apa maklumat yang telah diberitahu oleh seseorang pengguna kepada pengguna yang lain, baik itu di channel ataupun di perbualan sulit. Anda harus mempertimbangkan pilihan anda sendiri untuk menentukan, perlukah anda memberikan sejumlah maklumat peribadi anda di dalam IRC. Diingatkan juga bahawa, maklumat peribadi adalah tanggungjawab anda sendiri dan tidak patut diketahui oleh orang yang tidak dikenali Jangan menyimpan maklumat peribadi di dalam komputer dimana orang lain boleh mendapat aksess kepada komputer anda. Jangan memberitahu maklumat tempat tinggal, sekolah anda, aktiviti anda di sekolah, nombor telefon anda, atau apa- apa maklumat peribadi. Jika berlaku sedemikian, masalah besar mungkin boleh timbul. Melainkan anda rapat seseorang di IRC dan kenali mereka lama dan mempercayai mereka dengan apa- apa maklumat yang ada, hanya anda sajalah yang tahu apa- yang perlu dikatakan dan apa yang tidak patut. Terdapat beberapa channel yang bantuan yang baik yang boleh membantu anda untuk menjelaskan cara apa saja untuk melindungi komputer anda. Ambilah masa sedikit untuk melawat #NoHack atau #Windows95. Channel #Windows95 dapat membantu anda dalam semua versi Windows dan dianggap sebagai channel bantuan teknikal Windows. Jika anda merasa diganggu atau dikejar oleh seseorang di IRC, maka disarankan simpanlah seluruh log dari percakapan tersebut. Anda juga boleh menggunakan arahan "/whois" atas pengguna itu. Mengganggu dan mengejar melanggar polisi (Acceptable Use Policy) hampir dari semua ISP. Apabila anda sudah mempunyai seluruh maklumat yang diperlukan, hantarkan maklumat tersebut kepada ISP mereka pada alamat email abuse@isp.mereka. Contohnya jika anda merasa telah diganggu atau dikejar oleh seseorang dengan hostmask jelek@jkt62.telkom.net hantarkan laporan anda kepada abuse@telkom.net bersama dengan bukti termasuk zon waktu tempatan anda dan logs. Jika anda tidak mendapat sebarang jawapan, jangan putus asa dan teruskan menghantar laporan anda atau melaporkan kepada penguatkuasa undang- undang dengan maklumat tersebut. Penguatkuasa undang- undang mempunyai cara- cara tertentu untuk mengetahui siapa orangnya dan dapat mengambil tindakan terhadap mereka. Amat menyukarkan untuk seorang Operator IRC untuk turut bercampur tangan dalam masalah gangguan yang berlaku atas pengguna IRC. Lebih lagi adalah amat mudah untuk memalsukan log dan laporan. Beberapa IRC Operators boleh memilih untuk berbincang dengan pesalah itu,namun demikian peraturan am, pengguna harus mengambil berat terhadap penyelesaian masalah ini. Cara pendekatan terbaik adalah dengan mendapatkan bukti log dari gangguan sepertimana ia telah dinyatakan. Jika pesalah itu hanya membuat kecoh, pengguna boleh menggunakan arahan "/ignore" atau "/silence". 5 * "Nukes" dan Serangan DDOS Lain ---------------------------------- Kebanyakkan pengguna anggap ini adalah sebahagian IRC sedangkan ia adalah luar kawalan pelayan DALnet dan tidak mempunyai hubung kait dengannya. DALnet tidak boleh bertanggungjawab atas aktiviti- aktiviti serangan ini dan pengguna perlu menggunakan perisian untuk mengesan penyalahguna ini. Operator IRC tidak akan mengesan dan menyingkir pesalah itu kerana fail log mudah dipalsukan. Untuk maklumat dan pandangan kerajaan US dan Kanada, sila lawat http://m.dal.net/#NoHack. Terdapat juga pengguna yang menggunakan firewall yang boleh membantu mengekalkan keselamatan komputer. Salah satu daripadanya boleh didapati daripada http://www.zonelabs.com. Carilah yang mana bersesuaian dengan sistem anda dan mana yang diguna oleh kebanyakkan pengguna. Maklumat lanjut mengenai serangan DoS boleh diperoleh daripada http://www.denialinfo.com/. 6 * Klon dan Banjir ------------------- Banjir adalah ulangan teks, simbol, arahan ctcp dan sebagainya secara berterusan yang boleh mengakibatkan seseorang itu terputus sambungannya dari IRC. Bukan sahaja ia menganggu ketenteraman, malah ia juga boleh menimbulkan masalah kepada operasi pelayan- pelayan DALnet. Klon pula adalah sambungan berlebihan kepada DALnet yang lazimnya menggunakan pelbagai perisian untuk berbuat demikian. Klon biasanya digunakan untuk membanjir. Semua kes klon dan banjir harus dilaporkan kepada seorang Operator IRC dengan serta merta kerana ia boleh menimbulkan masalah kepada operasi DALnet. Operator IRC tersebut akan memasuki channel tersebut dan akan mengambil tindakan. Jika anda adalah seorang operator channel itu, anda boleh menggunakan arahan "/mode <#channel> +R" (yang membenarkan hanya nama samaran berdaftar sahaja untuk memasuki channel tersebut) yang kerap kali digunakan untuk menghalang klon kerana kebanyakkan nama samaran yang digunakan oleh penyerang klon tidak berdaftar. Anda juga boleh menghadkan bilangan pengguna serta mengawal channel (moderate) dengan menggunakan "/mode <#channel> +ml 2" dimana hanya operator dan penerima 'voice' sahaja boleh bertutur dan menghadkan bilangan pengguna kepada 2. Barulah anda boleh mendapatkan maklumat penting mengenai serangan tersebut untuk dilaporkan. Kebanyakkan channel mempunyai mod- mod ini dikunci melalui MLOCK dan tidak boleh digunakan. Dalam hal ini, anda bolehlah berbincang dengan pemilik channel tersebut untuk mengawal banjir channel. Maklumat lanjut mengenai mod- mod channel dan MLOCK boleh didapati dari dokumen http://docs.dal.net/docs/modesmy.html. Jika anda bukan operator channel dan anda menggunakan mIRC, anda boleh cuba menggunakan arahan "/ignore 2" yang boleh menghalang klon daripada membanjiri anda. Jika klon- klon itu membanjir anda melalui tingkap mesej, gunakan arahan "/close -m" yang akan menutup semua tetingkap query/ mesej yang terbuka. 7 * Virus dan masalah- masalah lain ----------------------------------- Kerap kali anda akan mengalami masalah pengguna yang akan cuba menghantar fail yang mempunyai virus dan trojan. Antara fail- fail tersebut ialah Movie.avi.pif, Pretty Park, DMSetup, Links.vbs dan sebagainya. Terdapat beberapa perangkat peralatan yang mengandungi 'backdoors'. Apa sekalipun ia dipanggil, ia boleh memberi laluan tanpa izin kepada pengguna yang tidak bertanggungjawab dan juga boleh merosakkan komputer anda. Anda hanya boleh mengatasi masalah ini dengan *menetapkan opsyen DCC anda kepada 'ignore'*. Dengan cara ini, anda perlu mengaktifkan opsyen DCC anda untuk menerima fail itu jika perlu. *Jangan terima fail DCC daripada orang yang tidak dikenali.*. Jika anda terasa atau mendapati diri anda dijangkiti virus itu, keluar dari semua channel dan teruskan ke channel #NoHack iaitu channel bantuan virii dan trojan rasmi DALnet dengan serta merta. Nasihatilah orang yang terjangkit untuk berbuat demikian. Jika pengguna itu enggan, silalah hubungi seorang Operator IRC dan beritahulah channel yang pengguna itu menyebarkan virus tersebut. DALnet telah menemui satu cara yang dapat menghalang penyebaran virus dan trojan melalui sistem DCCALLOW yang menghalang semua fail DCC yang biasanya dijangkiti dengan virus dan trojan. Kebanyakkan pengguna tidak sedar mereka sendang menjangkiti komputer lain dan tidak sedar komputer mereka juga dijangkiti virus/ trojan tersebut. Anda bolehlah menasihati mereka untuk ke channel #nohack untuk bantuan lanjut. Tidak semestinya perlu dilaporkan kepada Operator IRC buat masa kini. Maklumat lanjut mengenai DCCALLOW boleh didapati daripada dokumen http://docs.dal.net/docs/miscmy.html. Untuk maklumat lebih mendalam dan URL- URL tambahan mengenai virus, anda bolehlah melawati http://docs.dal.net/docs/exploitsmy.html juga mengandungi maklumat- maklumat tambahan yang amat berguna kepada anda. 8 * Kesimpulan -------------- Belajarlah menggunakan arahan "/ignore" dan "/silence". Laporkanlah spam dan jemputan berleluasa kepada Unit Pengiklanan Berleluasa melalui http://www.dal.net/admin/contactmassad.php3 dengan log yang sah. Adalah tanggungjawab anda untuk menjaga keselamatan diri anda. *Jangan sesekali berkongsi maklumat peribadi anda dengan orang lain melainkan orang itu dikenali lama dan boleh dipercayai*. Gunakanlah firewall yang boleh melindungi diri anda daripada serangan DoS serta program NukeNabber untuk mendapatkan maklumat pengguna yang menyerang anda dengan cara 'nuking'. Laporkan pesalah itu kepada ISPnya. Jika tidak mendapat sebarang jawapan, jangan putus asa dan hantarkan laporan buat kali berikutnya dalam beberapa hari kemudian. Laporkan semua kes klon dan banjir kepada seorang Operator IRC. Anda boleh menggunakan pelbagai arahan- arahan untuk menghalang gangguan itu berterusan. Jika anda mendapati sistem komputer anda atau rakan anda dijangkiti dengan virus/ trojan, silalah keluar (nasihatilah rakan anda) dari semua channel dan teruskan ke channel #NoHack. Jangan sesekali menerima fail daripada orang yang tidak dikenali atau didapati mengandungi trojan atau virus. Lawatilah semua laman web yang telah dinyatakan dalam dokumen ini untuk maklumat lebih mendalam. ---------------------------------------------------------------------- IRC: /server irc.dal.net 7000 (also port 6667) The Web: http://www.dal.net/ DALnet Help: http://help.dal.net/ IRC FTP: ftp://ftp.dal.net/ Network! Email: help at dal.net (help), docs at dal.net (help documents), suggest at dal.net (suggestions and comments)