DALnet XFlags FAQ ================= Versi 1.7.0 Terjemahan terakhir oleh Knz (knz at hacker.my) pada 2019-01-08 Revisi terakhir oleh h (AHFR at Email.com) pada 2019-10-08 Penulis asal h (AHFR at Email.com) pada 2018-10-05 Copyright (C) 2018-2019 by the DALnet IRC Network Sila hantar maklum balas dan komen mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan) kepada docs@dal.net. Jika anda memerlukan bantuan mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila rujuk kepada http://help.dal.net Pengenalan ---------- Soalan lazim mengenai DALnet adalah: "Bagaimana saya boleh menghentikan serangan banjir IRC untuk saluran saya?". Dokumen ini akan cuba membantu melumpuhkan atau sekurang-kurangnya meminimumkan banjir IRC di saluran anda. Ia menerangkan arahan eXtended flags baru dan bagaimana ia berfungsi dengan betul, dan mengapa ianya mungkin diperlukan untuk saluran. Kandungan --------- 1 * Apa itu XFLAG? 2 * Adakah saya memerlukan XFLAG? 3 * Bagaimana untuk menyemak lanjutan eXtended flags bagi saluran 4 * Apakah arahan XFLAG? 4.1 Join connect time 4.2 Talk connect time 4.3 Talk Join time 4.4 Notice 4.5 CTCP 4.6 Part Messages 4.7 Quit Messages 4.8 Changing Nicknames 4.9 Encoding/Unicodes 4.10 VPNs 4.11 Shells 4.12 Exempt Opped 4.13 Exempt Voiced 4.14 Exempt Identd 4.15 Exempt Registered Nicks 4.16 Exempt Invited users 4.17 Exempt webirc users 4.18 Automsg 4.19 Hide Mode Lists 4.20 User Verbose 5 * XFLAG Khas 5.1 Recommended 5.2 Default 6 * Soalan Lazim 7 * Kesimpulan 1 * Apa itu XFLAG? ------------------ XFLAG adalah arahan yang menghalang banjir IRC atau pengguna yang menjengkelkan dari menyalahgunakan saluran anda dengan mesej atau notis yang tidak diperlukan. Lanjutan extended flags untuk saluran hanya boleh ditetapkan oleh pengurus atau pengasas sahaja. *NOTA:* Ciri ini boleh membantu anda mengelakkan pengguna menyalahgunakan saluran anda, dan membuatkan saluran anda lebih selamat. Untuk maklumat lanjut, sila baca artikel https://www.dal.net/kb/view.php?kb=425 2 * Adakah saya memerlukan XFLAG? --------------------------------- Dalam kebanyakan kes, jawapannya adalah "tidak". Mod Saluran DALnet adalah direka untuk mengelakkan banjir daripada menyertai saluran anda dan menghalang mereka daripada melakukan salah laku. Malah, anda masih boleh menetapkannya saluran anda kepada +RM. Baca lebih lanjut mengenai mod saluran dalam http://docs.dal.net/docs/modesmy.html. Terdapat banyak pilihan dan nilai untuk lanjutan extended flags bagi saluran anda. Ini akan dijelaskan secara satu persatu di dalam soalan lazim ini. Kami juga akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk menetapkan saluran XFLAG anda kepada pilihan yang disyorkan yang akan melindungi saluran anda daripada disalah gunakan atau menetapkan semula kepada tetapan asal. Sila semak flags eXtended khas kami di bahagian 5 3 * Bagaimana untuk menyemak lanjutan eXtended flags bagi saluran ----------------------------------------------------------------- Untuk menyemak saluran XFLAG, anda perlu sekurang-kurangnya memerlukan status AOp untuk mengeluarkan arahan. ARAHAN XFLAG: " /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG <#channel> " Di bawah adalah contoh permintaan XFLAG INFO sebagai maklumat untuk saluran tersebut #docsteam: -ChanServ- XFLAGs for the channel #docsteam: -ChanServ- JOIN_CONNECT_TIME: 30 -ChanServ- TALK_CONNECT_TIME: 0 -ChanServ- TALK_JOIN_TIME: 60 -ChanServ- NO_NOTICE: On -ChanServ- NO_CTCP: On -ChanServ- NO_PART_MSG: On -ChanServ- NO_QUIT_MSG: On -ChanServ- EXEMPT_OPPED: On -ChanServ- EXEMPT_VOICED: On -ChanServ- EXEMPT_IDENTD: On -ChanServ- EXEMPT_REGISTERED: On -ChanServ- EXEMPT_INVITES: On -ChanServ- EXEMPT_WEBIRC: On -ChanServ- AUTOMSG: On -ChanServ- HIDE_MODE_LISTS: On -ChanServ- NO_NICK_CHANGE: Off -ChanServ- NO_UTF8: On -ChanServ- NO_VPNS: Off -ChanServ- NO_SHELLS: On -ChanServ- USER_VERBOSE: Off -ChanServ- End of list. NOTA: Dalam contoh ini, pengguna hanya akan dapat menyertai saluran tersebut selepas berada dalam talian selama 30 saat dan hanya akan dapat bercakap di saluran selepas 60 saat (pengguna dengan +r'ed dan identd akan dikecualikan daripada kedua-duanya, manakala pengguna dengan voiced+opped akan dikecualikan daripada kelewatan 30 saat). Malah, anda juga boleh menggunakan lanjutan flags eXtended yang disyorkan, untuk maklumat lanjut sila semak bahagian 5. 4 * Apakah arahan XFLAG? ------------------------ SYNTAX: " /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG <#channel> " Anda boleh menetapkan pilihan dan nilai untuk lanjutan keselamatan saluran anda. Berikut adalah contoh menambah arahan dalam satu baris untuk JOIN_CONNECT_TIME dan NO_NOTICE: CONTOH: " /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG <#docsteam> " Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara menambah arahan dalam satu baris "/msg ChanServ@services.dal.net XFLAG HELP". 4.1 * Join connect time ----------------------- SYNTAX: " /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG <#channel> " MAKLUMAT: Bilangan saat pengguna mesti berada di talian dan dalam rangkaian DALnet dapat menyertai saluran anda. Sebagai contoh, jika anda mahu pengguna kekal 10 saat masa menunggu sebelum mereka menyertai saluran anda, anda perlu menukar perkataan VALUE hingga 10. 4.2 * Talk connect time ----------------------- SYNTAX: " /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG <#channel> " MAKLUMAT: Bilangan saat pengguna mesti dalam talian rangkaian DALnet untuk dapat bercakap pada saluran anda. Sebagai contoh, jika anda mahu pengguna menunggu 30 saat sebelum mereka bercakap dalam saluran anda, anda perlu menukar perkataan VALUE hingga 30. 4.3 * Talk Join time -------------------- SYNTAX: " /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG <#channel> " MAKLUMAT: Bilangan saat pengguna mesti berada di saluran untuk dapat bercakap pada saluran anda. Sebagai contoh, jika anda mahu pengguna disenyapkan selama 15 saat selepas mereka menyertai saluran anda, anda perlu menukar perkataan VALUE hingga 15. 4.4 * Notice ------------ SYNTAX: " /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG <#channel> " MAKLUMAT: Anda akan menghalang sesiapa daripada menghantar notis ke saluran anda. 4.5 * CTCP ---------- SYNTAX: " /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG <#channel> " MAKLUMAT: Anda akan menghalang pengguna menghantar CTCP untuk memeriksa maklumat pengguna lain seperti ping, masa, versi, userinfo atau clientinfo di saluran anda. 4.6 * Part Messages ------------------- SYNTAX: " /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG <#channel> " MAKLUMAT: Mesej keluar saluran dari pengguna yang meninggalkan saluran tidak akan ditunjukkan kepada pengguna yang ada dalam saluran anda. 4.7 * Quit Messages ------------------- SYNTAX: " /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG <#channel> " MAKLUMAT: Anda tidak akan dapat melihat sebarang mesej keluar daripada pengguna dalam saluran anda kecuali anda menukar tetapan ini kepada OFF. 4.8 * Changing Nicknames ------------------------ SYNTAX: " /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG <#channel> " MAKLUMAT: Pengguna tidak dibenarkan menukar nama samaran mereka apabila pilihan ini ditetapkan kepada ON. 4.9 * Encoding/Unicodes ----------------------- SYNTAX: " /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG <#channel> " MAKLUMAT: Semua mesej dengan aksara pelik (Hebrew/Arabic/UTF8) akan diabaikan dalam saluran apabila pilihan ini ditetapkan kepada ON. 4.10 * VPNs ----------- SYNTAX: " /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG <#channel> " MAKLUMAT: Tiada sambungan dari perkhidmatan VPN awam akan dibenarkan apabila anda menetapkan pilihan ini ke ON. Satu rangkaian persendirian maya (VPN) adalah teknologi yang mencipta sambungan yang selamat dan disulitkan melalui rangkaian yang kurang selamat. 4.11 * Shells ------------- SYNTAX: " /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG <#channel> " MAKLUMAT: Jika pilihan ini ditetapkan pada ON, tiada sambungan dari pembekal shell akan dibenarkan dalam saluran tersebut. Shell digunakan untuk menyambung ke DALnet dengan menggunakan sambungan daripada pembekal shell. 4.12 * Exempt Opped ------------------- SYNTAX: " /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG <#channel> " MAKLUMAT: Anda boleh mengecualikan ops anda dari pilihan XFLAG saluran lain yang telah anda tetapkan. 4.13 * Exempt Voiced -------------------- SYNTAX: " /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG <#channel> " MAKLUMAT: Anda boleh mengecualikan pengguna yang mempunyai voice dari pilihan saluran XFLAG yang telah anda tetapkan. 4.14 * Exempt Identd -------------------- SYNTAX: " /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG <#channel> " MAKLUMAT: Pengguna anda dengan ident ON akan dikecualikan daripada pilihan XFLAG saluran anda yang anda tetapkan. 4.15 * Exempt Registered Nicks ------------------------------ SYNTAX: " /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG <#channel> " MAKLUMAT: Pengguna dengan umode +r akan dikecualikan daripada pilihan saluran XFLAG yang telah anda tetapkan. 4.16 * Exempt Invited users --------------------------- SYNTAX: " /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG <#channel> " MAKLUMAT: Pengguna dengan mod saluran +I akan dikecualikan daripada pilihan XFLAG saluran anda yang anda tetapkan. 4.17 * Exempt webirc users -------------------------- SYNTAX: " /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG <#channel> " MAKLUMAT: Pengguna yang menyambung ke DALnet melalui webirc akan dikecualikan daripada pilihan XFLAG saluran lain yang telah anda tetapkan. 4.18 * Automsg -------------- SYNTAX: " /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG <#channel> " MAKLUMAT: Pengguna akan mendapat sambutan yang telah ditetapkan sebelumnya ("This channel is protected due to abuse, you may need to wait X seconds before being able to talk!") apabila mereka menyertai saluran, jika anda telah menetapkan mod ON. 4.19 * Hide Mode Lists ---------------------- SYNTAX: " /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG <#channel> " MAKLUMAT: Mod ini akan menyembunyikan senarai mod berikut dari semua bukan ops saluran anda apabila ditetapkan ON: +b/+I/+e . 4.20 * User Verbose ------------------- SYNTAX: " /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG <#channel> " MAKLUMAT: Sekiranya mod ini ditetapkan, ia akan menghantar mesej arahan yang gagal kepada #channel-relay. 4.20.1 * Apa itu #channel-relay ? Apabila pilihan USER_VERBOSE ditetapkan ke ON, mesej serta percubaan yang gagal untuk menyertai ke saluran anda akan dihantarkan kepada #channel-relay. Jika #channel-relay TIDAK berdaftar, maka hanya AOP+ untuk saluran utama dan Operator IRC boleh menyertai #channel-relay. Jika #channel-relay didaftarkan, maka ianya berfungsi sebagai saluran biasa dan sesiapa sahaja boleh menyertai saluran tersebut, melainkan jika mode RESTRICT atau sekatan mod/MLOCK telah ditetapkan seperti (+i, +k dan sebagainya). #channel-relay hanya boleh didaftarkan oleh pengasas saluran utama. 5 * XFLAG Khas -------------- DALnet telah merangka flags khas untuk saluran yang sedang serangan banjir IRC. Malah, anda juga boleh menetapkan pilihan yang anda inginkan dengan lanjutan flags eXtended khas. 5.1 * Recommended ----------------- SYNTAX: " /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG <#channel> " MAKLUMAT: Pilihan yang disyorkan bagi menghalang pengguna yang tidak diingini menyertai saluran anda untuk melakukan banjir daripada bercakap selama 30 saat serta menghalang mereka daripada menghantar notis atau ctcps kepada pengguna lain dalam saluran. Dikecualikan untuk pengguna yang mempunyai opped, voiced, pengguna berdaftar dan pengguna yang dijemput. Semua pilihan ini boleh ditetapkan dengan menggunakan arahan ini. 5.2 * Default ------------- SYNTAX: " /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG <#channel> " MAKLUMAT: Pilihan ini akan menetapkan semua lanjutan flags eXtended kepada tetapan off dan 0. 6 * Soalan Lazim ---------------- Pada hari Ahad, 25 November 2018, DALnet telah merancang untuk mengadakan sesi latihan perkhidmatan mengenai ciri-ciri DALnet Services yang baharu!. Sesi ini adalah tentang XFLAG dan ciri-ciri yang lain yang masih belum dikeluarkan lagi. Pada akhir sesi, DALnet melakukan sesi soalan lazim, dan dalam bahagian ini anda akan membaca beberapa soalan daripada pengguna Q: Berapakah nilai yang terbaik untuk menggunakan JOIN_CONNECT_TIME dan adakah nilai tersebut dalam saat? A: /ChanServ XFLAG #channel JOIN_CONNECT_TIME:30 dan ya, ianya dalam nilai saat. Q: Adakah anda boleh menukar GREETMSG? A: Tidak, anda hanya boleh menggunakan pra ucapan yang tersedia dengan arahan berikut. /ChanServ XFLAG #channel AUTOMSG: ON Q: Berapakah nilai integer maksimum untuk semua tetapan masa? A: Nilai integer maksimum untuk semua tetapan masa adalah antara 0 sehingga 2592000 Q: Adakah dengan menyekat CTCP juga akan turut menghalang CTCP ACTION (aka a /me command)? A: Ya, NO_CTCP juga akan menyekat tindakan (/me sesuatu) Q: Bagaimana dengan saluran pengasas dan pengurus yang tidak dapat dikesan. Bagaimanakah ops boleh menetapkan arahan ini untuk mengelakkan banjir IRC? A: Setiap saluran mesti mempunyai pengasas, dan anda sepatutnya boleh menghantar memo kepada pengasas. Jika anda masih tidak dapat menghubungi pengasas saluran, anda boleh menyertai #OperHelp dan kami akan cuba membantu anda. Q: Boleh anda untuk tunjukkan ciri yang disarankan, dengan andaian ia akan berubah A: Ciri yang disarankan pada masa ini akan membolehkan tetapan xflags seperti berikut: NO_NOTICE:ON, NO_CTCP:ON, NO_PART_MSG:ON, NO_QUIT_MSG:ON, EXEMPT_OPPED:ON, EXEMPT_VOICED:ON, EXEMPT_REGISTERED:ON, EXEMPT_INVITES:ON, HIDE_MODE_LISTS:ON, AUTOMSG:ON, TALK_JOIN_TIME:30 Q: Apa yang boleh dilakukan oleh XFLAG, dimana bot saya tidak dapat melakukannya? A: Ia menambahkan lebih banyak alatan untuk membantu anda menghalang beribu-ribu drone dan alamat IP daripada menyertai saluran anda, dan ianya tidak terhad kepada perkara seperti mod penetapan +R (nama samaran berdaftar sahaja). Q: Bolehkah saya menggunakan pilihan RECOMMENDED untuk XFLAG dan mematikan EXEMPT_IDENTD? A: Ya. Anda boleh lakukan /ChanServ XFLAG #channel RECOMMENDED dan kemudian mengubah pilihan yang lain. Q: Dengan no_ctcp, adakah akan ada halangan bagi seseorang itu mendapat maklumat pengguna yang sah hanya selagi orang itu berada dalam saluran itu? A: Tidak untuk ctcps peribadi. Ini hanya menghalang permintaan /ctcp untuk saluran, i.e. /ctcp #channel ping NOTA: Berikut adalah pautan untuk sesi ini https://www.dal.net/kb/view.php?kb=430. 7 * Kesimpulan -------------- Semasa serangan banjir besar IRC, ciri-ciri ini akan mengurangkan kesan banjir pada saluran. Flags ini akan dikawal oleh perkhidmatan DALnet, tersedia untuk semua saluran dan Operator IRC juga akan dapat menyemak flags saluran. ---------------------------------------------------------------------- IRC: /server irc.dal.net 7000 (also port 6667) The Web: http://www.dal.net/ DALnet Help: http://help.dal.net/ IRC FTP: ftp://ftp.dal.net/ Network! Email: help at dal.net (help), docs at dal.net (help documents), suggest at dal.net (suggestions and comments)