Senarai Akses NickServ ====================== Versi 1.2.2 Translasi terakhir oleh PJKevin (kevinram_2002 at hotmail.com) pada tgl 2004-01-05 Revised terakhir oleh eDdYk0nG (eddykong87 at yahoo.com) pada tgl 2007-05-06 Ditulis pertama kali oleh quen (quen at leafdigital.com) pada tgl 1996-02-09 Copyright (C) 1996-2004 oleh the DALnet IRC Network Segala komentar atau feedback tentang dokumen ini (hanya mengenai hal tersebut! Pengenalan ---------- Panduan ini akan menerangkan bagaimana mengawal dan cara penggunaan nama samaran anda di DALnet. Cara pengawalan nama samaran yang saya maksudkan di sini adalah melalui senarai akses NickServ atau dengan mengenalkan nama samaran anda dengan NickServ setiap kali anda menyambung ke DALnet. Jika anda belum lagi memilih dan mendaftarkan nama samaran anda dengan NickServ, sila lakukannya terlebih dahulu - Baca Soalan 1.2 "How do I register my nick" dalam Soalan Umum Servis sebelum anda teruskan dengan ini. 2 perkara yang anda perlu ambil perhatian di sini ialah, apabila saya memberi perintah seperti /nickserv identify /nickserv identify apple Perintah- perintah Servis bermula dengan alias "/nickserv" atau "/chanserv" untuk tujuan keselamatan. Jika klien anda tidak menerima perintah ini, gunakanlah "/quote nickserv" atau "/msg NickServ@services.dal.net". Daftar Isi ---------- 1 * Mengapa kita perlu mengetahui informasi ini? 2 * Apakah itu senarai akses? 3 * Bagaimana nama pengguna dan nama host ditambah dalam senarai akses? 4 * Bagaimana saya bisa mengubahsuaikan senarai akses saya? 5 * Kebaikan dan keburukkan menambahkan user host dalam senarai akses 6 * Nama pengguna dan Nama host 6.1 The username (nama pengguna) 6.2 The hostname (nama host) 7 * Penerangan Address Mask 7.1 Sebenar 7.2 Penggunaan Wildcard 7.3 Bagaimana memilih address mask yang bersesuaian untuk diri anda? 7.4 Jika anda mempunyai alamat statik 7.5 Jika anda mempunyai alamat dinamik 8 * Nama Host bernombor 9 * Peringatan dan panduan keselamatan 10 * Rumusan 1 * Mengapa kita perlu mengetahui informasi ini? ------------------------------------------------ DALnet menggalakkan anda membaca panduan ini karena: Jika NickServ sentiasa menanyakan kata laluan anda dan anda telah bosan dengan permintaan ini, anda bisa menyelesaikan masalah ini dan dokumen ini akan menerangkan cara- caranya. Jika anda ingin membenarkan orang lain menggunakan nama samaran anda. Walaupun anda mungkin memandang perkara ini dengan ringan, *anda* bisa mengalami pelbagai masalah yang mungkin serius dan mungkin ringan. Jika mask akses anda terlalu luas dan memberi akses kepada pengguna lain, mereka bisa mendapat akses AOP, SOP atau founder di channel- channel yang anda mempunyai akses ini. Terdapat satu rumusan yang anda bisa membaca di section 10, yang menerangkan cara- cara yang betul memasukkan akses ke dalam senarai akses nama samaran anda. 2 * Apakah itu senarai akses? ----------------------------- "Senarai akses" nama samaran adalah senarai alamat yang anda dikenali sebagai pengguna nama samaran berdaftar tanpa keperluan mengenalkan diri anda. Ia bisa terdiri daripada alamat atau masks yang sepadan dengan sekumpulan alamat. Terdapat pelbagai cara pengguna itu bisa menggunakan nama samaran berdaftar. Berikut adalah satu rumusan apa yang berlaku apabila anda sambung atau menukar nama samaran. 1. NickServ akan memeriksa sekiranya nama samaran itu adalah berdaftar atau tidak. Jika tidak, anda bisa menggunakan nama samaran itu. 2. NickServ akan memeriksa nama pengguna dengan host "sesuatu@daripada.com" (sebahagian informasi yang anda dapat melalui perintah /whois). Jika terdapat padanan, NickServ menganggap anda adalah pemilik nama samaran itu dan tidak mengambil apa- apa tindakan. 3. NickServ akan menghantar amaran menerangkan nama samaran itu berdaftar dan jika itu adalah nama samaran anda, untuk mengenalkan kepada Servis melalui perintah "/nickserv identify ". Jika tidak, anda tidak ada akses untuk membaca memo atau akses sebagai AOP di channel dan sebagainya. 4. Jika pilihan *ENFORCE* bagi nama samaran itu adalah aktif, NickServ akan menukar nama samaran anda kepada nama samaran Guest dalam masa 60 saat kemudian melainkan anda mengenalkan nama samaran itu dengan kata laluan. Jika pilihan *ENFORCE* tidak aktif, nama samaran itu bisa digunakan dengan beberapa halangan akses yang telah diterangkan (Untuk informasi mengenai mengaktifkan pilihan *ENFORCE*, silalah baca soalan "How do I stop others from using my registered nickname?" dalam Soalan Umum Servis. 5. Jika anda menaip perintah "/nickserv identify ", anda mendapat akses lengkap yang ditetapkan untuk nama samaran itu setelah kata laluan anda diterima. Jika ia mengelirukan, anda bisa merujuk kepada informasi di bawah yang menerangkannya dengan perspektif yang lain; seorang pengguna itu menggunakan nama samaran berdaftar jika: 1. Alamat [username dan hostname] sepadan dengan yang ada dalam senarai akses nama samaran itu. 2. Mereka mengenalkan diri kepada NickServ cara manual dengan perintah "/nickserv identify ". 3. Pilihan ENFORCE tidak aktif bagi nama samaran itu dan pengguna nama samaran itu menggunakannya. 4. Pilihan ENFORCE adalah aktif [dalam kes ini pengguna itu bisa menggunakan nama samaran itu untuk 60 saat sahaja]. (Hanya dalam situasi 1 dan 2 pengguna itu adalah pemilik nama samaran itu dengan sebenar dan mempunyai akses kepada memo, melihat penetapan nama samaran dan keistimewaan yang ada untuk nama samaran bagi channel- channel tertentu. Anda perlu mengenalkan kepada NickServ untuk menukar penetapan untuk nama samaran itu, situasi 2.) Anda dapat melihat di sini bahawa, senarai akses digunakan untuk kemudahan anda asalkan anda menggunakan Pusat Servis Internet (ISP) yang sama, anda tidak perlu menaip kata laluan setiap kali anda menggunakan nama samaran anda. 3 * Bagaimana nama pengguna dan nama host ditambah dalam senarai akses? ----------------------------------------------------------------------- Terdapat 2 cara untuk menambah nama pengguna dan nama host dalam senarai akses: 1. Anda bisa menambakannya sendiri dengan menggunakan perintah "/nickserv access add " (silahkan rujuk kepada di bawah) 2. Apabila anda mendaftarkan nama samaran anda, nama pengguna dan nama host yang anda guna pada masa itu akan ditambah dalam senarai akses secara automatik. (anda mungkin hendak membuangya; sila teruskan membaca.) 4 * Bagaimana saya bisa mengubahsuaikan senarai akses saya? ----------------------------------------------------------- Berikut adalah perintah- perintah untuk mengubahsuaikan senarai akses nama samaran anda. Anda perlu mengenalkan kepada NickServ menggunakan "/nickserv identify " sebelum menggunakan perintah ADD dan DEL. Setelah anda menggunakan perintah- perintah itu, NickServ akan membalas menyatakan sama ada ia menerima perintah itu atau tidak. Jika anda tidak mendapat sebarang balasan, mungkin terdapat masalah "lag", dan anda perlu bersabar. Jika anda mendapat mesej seperti "NickServ- no such nick/channel" atau "Services is currently down. Please wait a few moments, and try again.", maka NickServ tidak beroperasi pada masa itu dan anda dinasihatkan untuk mencoba balik kemudian. /nickserv access list Menaip perintah ini akan menyenaraikan semua rekod dalam senarai akses nama samaran anda. /nickserv access add Menaip perintah ini dengan menggantikan "mask" dengan user@host anda akan menambahkan user host anda ke dalam senarai akses nama samaran anda supaya orang yang mempunyai user host yang sepadan dengan pengguna nama samaran itu tidak perlu mengenalkan kepada Servis. /nickserv access del Jika salah satu daripada daftar yang dimasukkan ke dalam senarai akses nama samaran, tidak selamat atau tidak diperlukan, anda bisa menggunakan perintah di atas. 5 * Kebaikan dan keburukkan menambahkan user host dalam senarai akses --------------------------------------------------------------------- Walaupun menggunakan senarai akses ini lebih menyenangkan, ia adalah lebih selamat jika anda menggunakan cara manual iaitu dengan mengenalkan diri anda dengan NickServ. Keselamatan nama samaran anda adalah lebih penting daripada kesenangan anda. Ambil perhatian juga bahawa jika orang lain *dapat* menggunakan nama samaran anda, mereka tidak dapat menggunakan perintah kritikal seperti DROP atau SET PASSWD. Perintah penukaran kata laluan atau melupuskan nama samaran memerlukan pengenalan kepada NickServ dengan kata laluan terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, jika keadaan ini berlaku pengguna itu *dapat* membaca dan menghantar memo menggunakan nama samaran anda dan juga mendapat status operator seperti (AOP, SOP dsb). Mereka juga bisa mendaftarkan channel bawah nama samaran anda. Jika anda mengambil keputusan untuk tidak menggunakan senarai akses nama samaran anda, sila baca dan ikut perintah- perintah yang diberi. Bahagian- bahagian berikut akan menerangkan tentang penggunaan senarai akses nama samaran anda. Untuk menosongkan senarai akses nama samaran, lakukan perkara- perkara berikut: 1. Taip "/nickserv identify " (where "password" is the password for your nick) 2. Taip "/nickserv access wipe" Setelah anda mengosongkan senarai akses nama samaran anda, anda perlu mengenalkan diri anda kepada NickServ setiap kali anda menyambung ke DALnet. Untuk melakukan ini, silalah taip: /nickserv identify Jangan menggunakan skript pengenalan automatik. Adalah amat senang untuk menyambung kepada rangkaian IRC lain dan anda lupa menutup skript itu. Di rangkaian itu, mungkin seorang pengguna menggunakan nama samaran NickServ untuk tujuan mencuri kata laluan. Masalah yang lain pula ialah perkongsian skript dengan tidak membuang kata laluan anda. Ini merupakan satu perkara yang merbahaya dan banyak kali berlaku kepada pengguna DALnet. Jika anda telah mengosongkan senarai akses nama samaran anda, dianggap anda tidak ingin menggunakan senarai akses. Bahagian- bahagian yang berikutnya adalah untuk mereka yang ingin menggunakan senarai akses sahaja. 6 * Nama pengguna dan Nama host ------------------------------- Dalam pemilihan hostmask untuk anda adalah untuk menyambung ke DALnet dan lakukan perintah "/whois" dan lihat informasi yang terpapar seperti: YourNick is ~user@009-443.provider.com * Your Silly Message [etc] atau: *** YourNick is ~user@009-443.provider.com (Your Silly Message) Bahagian yang penting ialah the ~user@009-443.provider.com . Semua klien IRC akan memaparkan informasi ini. Sebelum kita mula: jika informasi yang anda dapat adalah seperti ~user@124.45.230.123 - i.e. 4 kumpulan nombor, silahkan rujuk kepada section 8 dalam panduan ini. 6.1 * The username (nama pengguna) ---------------------------------- Nama pengguna atau "username" adalah sebahagian daripada alamat tersebut iaitu "~user". Dalam kes ini, kita dapat perhatikan bahawa ia dibahagi kepada dua bahagian lagi iaitu "~" yang menandakan anda tidak mempunyai pelayan ident dan "user" iaitu nama pengguna itu. Melainkan anda menggunakan Unix atau sistem komputer jenis VMS seperti di universiti, atau anda menggunakan ISP tertentu, anda mungkin sekali bisa menukar nama pengguna anda kepada apa yang anda ingin. [Nota: mIRC memanggil nama pengguna 'email address'.] Dalam contoh yang saya berikan, pengguna itu belum menukar nama penggunanya daripada penetapan default program yang diguna iaitu "user". Perkara ini banyak berlaku tetapi patut dielakkan. Anda harus menggunakan nama pengguna yang lain supaya tidak semua menggunakan nama pengguna yang sama. (Apabila anda memilih nama pengguna, anda bisa menggunakan nama pengguna yang anda daftar dengan ISP anda melainkan anda tidak mahu pengguna lain mengetahui alamat email anda. Jika tidak, gunakan nama pengguna yang berbentuk alpha numeric "abjad dan huruf" dan dalam satu perkataan sahaja. Penggunaan simbol lain bisa menimbulkan masalah.) Jika anda menukar nama pengguna anda, anda perlu menyambung semula (eloklah jika anda menutup dan membuka klien itu semula dan lakukan perintah "/whois" sekali lagi. Anda perlu tahu nama pengguna anda untuk memilih mask yang betul. 6.2 * The hostname (nama host) ------------------------------ "Nama host" bagi pengguna yang telah dinyatakan di atas ialah "009-443.provider.com". Ini menunjukkan bahawa ISP pengguna itu ialah "provider.com" (yang saya telah reka), dan pengguna itu sedang menggunakan mesin itu di talian yang diwakili dengan nombor 009-443. Nama host ini adalah host "dinamik". Host dinamik termasuk nombor atau kod awalan yang berubah setiap kali anda bersambung ke ISP (memulakan sesi Internet). Ada beberapa nama host (contohnya untuk syarikat atau institusi) yang menggunakan nama host may be "statik" - yang bererti tetap dan tidak berubah. Anda bisa mencoba ini sendiri tetapi sebagai panduan am, jika akses internet anda memerlukan anda dail melalui talian telefon domestik, kemungkinan besar ia adalah nama host dinamik. Nama host mempunyai nombor atau kod ganjil pada permulaan; nama host dinamik pula biasanya adalah perkataan biasa tetapi bisa termasuk nombor juga. Berikut adalah beberapa contoh nama host statik: spelt-lib.demon.co.uk altair.dur.ac.uk quilt.usn.blaze.net.au puree.ugcs.caltech.edu dan disini pula nama host dinamik: ppp96.sagelink.net one-pm30.norwich.net ip022.phx.primenet.com pc38.bgmoess-klu.ac.at Untuk mengelirukan anda, nama host statik juga bisa mengandungi nombor. (Contoh cm001-13.dur.ac.uk) - jika anda khuatir dan tidak pasti, anggaplah ianya sebagai host dinamik. Anda perlu tahu jenis host anda sebelum menaip alamat itu dalam senarai akses anda. 7 * Penerangan Address Mask --------------------------- Pertama, saya akan menerangkan apa yang dimasukkan ke dalam address mask dan apa yang *tidak*. Ia tidak termasuk bahagian *! yang anda mungkin lihat dalam mask sekatan 'ban'. Ia juga tidak bisa mengandungi ~ pada awalan nama pengguna yang terpapar pada output /whois. Jika anda menyertakan salah satu atau kedua- duanya, ia tidak akan berfungsi. Address mask bisa digunakan dalam 2 cara. 7.1 * Sebenar ------------- Contohnya: peter@orion.dur.ac.uk Penggunaan mask "orion.dur.ac.uk" dengan nama pengguna (Email bagi klien mIRC) "peter" akan menyebabkan sesiapa yang mempunyai padanan tersebut tidak perlu mengenalkan dirinya dengan NickServ. 7.2 * Penggunaan Wildcard ------------------------- Wildcard adalah simbol * yang mewakili apa- apa huruf atau nombor atau apa apa saja dalam penyata hostmask pengguna itu. Contohnya: "for*" akan mempunyai padanan dengan "forest", "fortune", "for" - apa- apa yang bermula dengan 3 huruf "for". "*st" akan mempunyai padanan dengan "forest", "best", "Bucharest" - apa- apa yang diakhiri dengan dua huruf "st". "f*st" akan mempunyai padanan dengan "forest", "frost", "fst", "fast" - apa- apa yang bermula dengan "f" dan berakhir dengan "st". "f*s*t" akan mempunyai padanan dengan "forest", "foresight", "frost" - apa- apa yang bermula dengan "f", akhir dengan "t", dan mempunyai "s" di bahagian tengah. Jika anda masih tidak faham, jangan risau. Anda tidak semestinya mengikut corak yang dinyatakan dalam contoh- contoh tadi. Kemungkinannya seorang pengguna akan menggunakan address hostnya seperti: CuteElf@*.netcom.com Ini akan membenarkan sesiapa dengan nama pengguna "CuteElf" dengan host yang berakhir dengan ".netcom.com" mendapat akses kepada nama samaran itu (Oleh karena setiap pengguna NetCom berakhir dengan "netcom.com", penggunaan address host ini tidak digalakkan.) 7.3 * Bagaimana memilih address mask yang bersesuaian untuk diri anda? ---------------------------------------------------------------------- Anda telah tahu nama pengguna dan nama host serta menentukan sama ada ia adalah host dinamik atau statik. Apakah yang anda perlu lakukan sekarang? Jika nama host anda terdiri daripada 4 set nombor, anda perlu rujuk kepada section 8, yang akan menerangkan cara- cara menggunakan senarai akses dalam situasi ini. 7.4 * Jika anda mempunyai alamat statik --------------------------------------- Cara yang sesuai untuk memasukkan host dalam senarai akses dalam keadaan ini ialah: username@hostname Contohnya, jika saya diberi alamat statik seperti yang saya telah nyatakan dalam contoh awal tadi, saya akan menggunakan: user@009-443.provider.com 7.5 * Jika anda mempunyai alamat dinamik ---------------------------------------- Di sinilah kita mempunyai sedikit rumit. Anda perlu menggunakan wildcard * pada bahagian host yang berubah. Contohnya: username@*.bahagian-host-yang-tidak-berubah Sebagai contoh, satu mask yang sesuai untuk situasi tadi ialah: user@*.provider.com Jika 009 adalah tetap dan 443 berubah setiap kali pengguna itu bersambung, mask itu lebih elok ditetapkan sebagai: user@009-*.provider.com 8 * Nama Host bernombor ----------------------- Kadangkala, nama host tidak seperti nama ISP (dalam perkataan): username@A56.myprovider.com tetapi dalam bentuk 4 kumpulan angka: username@154.43.68.56 Kumpulan nombor atau lebih dikenali sebagai - "IP address" - adalah alamat sebenar pengguna itu. Sebab- sebab mengapa nama host anda keluar sebagai angka adalah karena terdapat 'lag' antara ISP anda dengan pelayan IRC yang anda menyambung. Dalam kes ini, pelayan IRC itu tidak dapat balasan kepada "name lookup" dalam suatu tempoh masa dan jatuh balik kepada nombor- nombor itu. Anggap anda menyambung ke pelayan IRC dan mendapati nama host anda dalam bentuk nombor. Anda bisa menyambung kepada pelayan IRC itu semula atau menggunakan pelayan lain. Jika anda menggunakan pelayan yang berhampiran dengan lokasi geografi anda, perkara ini tidak mungkin berlaku. Anda tidak seharusnya menambahkan IP Address anda kepada senarai akses itu oleh karena ia keluar sebagai nombor hanya sekali saja. Jika nama host anda keluar sebagai nombor kerap kali, anda bisalah menambahkannya kepada senarai akses nama samaran anda. Nama host bernombor lebih senang ditambah berdasarkan konteksnya. Seperti dengan nama host am, anda perlu tahu sama ada ia adalah statik atau dinamik. Jika ia statik, maka ia adalah tetap dan sebaliknya jika ia adalah dinamik. Untuk memastikannya, anda bisa mengubungi beberapa kali ke Internet dan lihat IP Address anda dan perhatikan alamat IP anda. Anda juga bisa menganggapnya sebagai dinamik jika ia adalah daripada akaun dialup. Jika ia adalah dinamik, anda perlu menggunakan: /nickserv access add dimana username "nama pengguna" dan 3 kumpulan angka pertama menentukan angka tetap dalam output /whois dan * adalah pembisaubah. Jika nama host adalah statik, anda tidak perlu menggunakan wildcard * tetapi menyatakan nombor itu. Dalam contoh saya: /nickserv access add 9 * Peringatan dan panduan keselamatan -------------------------------------- Jika anda ingin cara yang selamat untuk mengawal nama samaran anda Kosongkan senarai akses nama samaran itu dan gunakanlah perintah: /nickserv identify setiap kali anda menyambung ke DALnet (Silahkan rujuk kepada section 5 panduan ini.) Jika ia adalah alamat statik Jika anda bernasib baik, alamat IP anda tidak akan berubah. Oleh yang demikian, anda hanya perlu memasukkan username@hostname tanpa penggunaan wildcard *. Buang mask- mask lama anda daripada senarai akses tersebut. Oleh karena ia adalah statik dan tetap, dan orang lain tidak akan mendapat alamat IP yang sama, pengguna lain tidak dapat menggunakan nama samaran anda. Jika ia adalah alamat dinamik Kebanyakkan pengguna menggunakan alamat IP dinamik yang tidak tetap dan bisa digunakan oleh pengguna lain. Ini bisa menimbulkan masalah dan dinasihatkan untuk menggunakan senarai akses anda dengan teliti. Mask pengguna itu perlu termasuk nama pengguna anda dan seberapa bahagian nama host anda (kesemua bahagian yang tidak berubah). Contohnya, semasa saya menggunakan Netcom, mask sebenar yang telah berada dalam senarai akses oleh NickServ ialah membenarkan pengguna Netcom menggunakan nama samaran anda (dengan syarat mereka menggunakan nama samaran yang ditetapkan bersama mask akses saya. Jadi saya menggantikan nama host saya dengan pengguna Netcom yang berada dalam lingkungan Seattle, WA untuk menggunakan nama samaran saya. Seperti yang anda bisa perhatikan, apabila anda memiliki IP dinamik, penggunaan mask akses membenarkan sekumpulan pengguna menggunakan nama samaran anda dan ia tidak selamat. Jika anda tidak puas hati, anda bisa mengosongkan semua senarai akses nama samaran dan mengenalkan diri anda kepada NickServ setiap kali anda menyambung ke DALnet. Ambil perhatian bahawa sesiapa yang mempunyai padanan dengan senarai akses nama samaran anda bisa mendapatkan status operator serta menghantar dan membaca memo. Walaubagaimanapun, mereka tidak dapat mengubah penetapan nama samaran anda yang memerlukan pengenalan melalui kata laluan kepada NickServ. Jika anda menukar ISP anda Dalam kes ini, anda perlu menambahkan nama host baru dan membuang mask- mask yang tidak diperlukan lagi. Jika anda memiliki lebih daripada satu akaun Internet Anda mungkin akan menambahkan mask tambahan mengikut bilangan akaun internet yang anda miliki. Jangan meletakkan mask akses secara "luas" dalam senarai akses anda JANGAN meletakkan *@* dalam senarai akses atau yang lain seperti *@*.net, *@*.com, *@*.uk, dsb, yang bisa memberi akses luas kepada pengguna lain secara luas. Coba gunakkan bilangan tata akses dengan terhad Anda perlu mengambil perhatian menjaga keselamatan nama samaran anda dengan cadangan 1 mask akses bagi setiap akaun yang anda miliki. Jika anda mendapati pengguna yang coba mencuri nama samaran anda Kadangkala anda akan menghadapi masalah pengguna lain yang ingin mendapatkan nama samaran anda. Di sinilah anda perlu melaporkan hal ini kepada seorang CSOp karena CSOp sajalah yang bisa membantu anda dalam hal kata laluan. Oleh karena sistem penghantaran kata laluan melalui perintah SENDPASS, jarang sekali seorang pengguna perlu merujuk kepada seorang CSOp. Jika anda masih khuatir, anda memberitahu seorang CSOp dengan menetapkan mask palsu seperti: ATTENTION@dont.give.out.my.pass.to.anyone atau ATTENTION@only.send.my.password.by.email Anda tidak sepatutnya menggunakan cara ini melainkan anda benar pasti seseorang itu ingin mencuri nama samaran anda. Jika sedemikian, seorang CSOp tidak akan memberi kata laluan itu kepada sesiapapun termasuk anda. Jika anda menggunakan host "only send my password by email" (hantarkan kata laluan saya melalui email sahaja), jangan lupa mengemaskinikan alamat email anda (silahkan rujuk kepada "/nickserv help set email"). 10 * Rumusan ------------ Berikut adalah cara yang betul untuk mendapat senarai akses yang baik 1. Taip "/nickserv access list" 2. Taip "/nickserv access wipe" 3. Jika anda ingin menggunakan cara yang lebih menjaminkan keselamatan nama samaran anda, kosongkan senarai akses nama samaran itu dan gunakkan perintah "/nickserv identify " setiap kali anda menyambung ke DALnet. (Nota: Perintah pendek bagi mengenalkan kepada Servis ialah, "/identify ", yang amat berguna juga kepada pengguna.) 4. Taip perintah "/whois Nama_Samaran_Anda" (gantikan Nama_Samaran_Anda dengan nama samaran anda yang sebenar). Hasilnya sepatutnya ditunjukkan seperti: YourNick is youruser@stupidnumber.hostname * Your silly message 5. Jika anda mempunyai nombor selepas tanda @, dan ia adalah host dinamik, sila gunakan perintah "/nickserv access add " (menggantikan "youruser" dan "hostname" dengan nilai sebenar.) Jika ia tidak menunjukkan nombor maka ia bisa dianggap sebagai host statik. Hasil yang sepatutnya ditunjukkan seperti berikut: YourNick is youruser@hostname Dalam kes ini, anda akan menaip perintah "/nickserv access add " (menggantikan "youruser" dan "hostname" dengan nilai sebenar.) 6. Tahniah! Anda telah tamat mempelajari senarai akses NickServ dan penggunaannya. ---------------------------------------------------------------------- IRC: /server irc.dal.net 7000 (also port 6667) The Web: http://www.dal.net/ DALnet Help: http://help.dal.net/ IRC FTP: ftp://ftp.dal.net/ Network! Email: help at dal.net (help), docs at dal.net (help documents), suggest at dal.net (suggestions and comments)