Panduan Halangan

Versi 1.2.4


Terjemahan terakhir oleh SkyHack () dan eDdYk0nG () pada 2006-09-09

Revisi terakhir oleh eDdYk0nG () pada 2007-06-16

Penulis asal Aysmonte pada 1997-03-03

Sila hantar maklum balas dan komen mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan) kepada docs@dal.net. Jika anda memerlukan bantuan mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila rujuk kepada http://help.dal.net.

Pengenalan

Suatu halangan saluran adalah suatu pembatasan seorang pengguna IRC untuk menghalangi mereka masuk sebuah saluran, didasari oleh alamat (IP) dan/atau nama samaran mereka. Perlu dicatat bahawa halangan sangat tidak sensitif dan tidak diskriminasi . Untuk itu, kamu dengan mudah dapat menghalang orang yang tidah bersalah ketika sedang mencuba untuk mengeluarkan seseorang.

Ingat, untuk dapat menempatkan sebuah halangan di satu saluran, anda harus menjadi operator di saluran itu (ditandai oleh sebuah "@" depan nama samaran anda di senarai pengguna saluran itu). Hanya operator saluran yang menambahkan/memadamkan halangan di saluran.

Jika anda seorang operator saluran, penting untuk memahami bagaimana halangan digunakan dengan cepat dan kenapa halangan harus ditempatkan. Saya akan menjelaskan ini ke dalam bahagian-bahagian yang mudah untuk mengikuti dan latar belakang umum di setiap artikel untuk membantu anda mengerti mengapa dan bagaimana semua ini bekerja. Saya sangat menyarankan anda kunjungi dokumen ini sekali-kali untuk membiasakan diri anda, bukan hanya dengan istilah, tapi juga untuk pastikan anda telah mengerti dan menguasai semua informasi ini. Dalam hal apapun selalu ada cara lain untuk mengerjakannnya, tapi Saya akan menutupi keutamaan itu yang mana berlaku pada sebahagian besar pelanggan IRC.

Hal itu dapat juga di catat bahawa ketika dokumen ini ditulis dengan halangan channel sebagai tema, semua ahli dapat mempergunakan Akick (autokick) channel dengan baik. AKick adalah sebuah contoh versi halangan yang lebih lama. Hanya SOp dan founder dari sebuah channel mempunyai kemampuan untuk add AKick untuk daftar ChanServ AKick. Hal ini ditampilkan di bahagian akhir dari dokumen ini.

Kandungan

1 · Apa Itu Halangan Saluran dan Bila Hendak Menggunakannya?

Sesuatu halangan adalah salah satu mode saluran yang ditetapkan untuk menghalang pelanggan dengan tanda-tanda IRC tertentu (nama pengguna, nama host, nama samaran) untuk memasuki saluran tersebut. Jika mereka telah berada di saluran tersebut, itu akan menghalangi mereka untuk berbicara (sama dengan jika saluran tersebut ditetapkan kepada +m tapi mereka bukan +o atau +v) atau mengubah nama samaran mereka. Hal ini kemudian dikenali sebagai +bquiet (diam).

Halangan adalah khusus saluran, untuk itu, sebuah halangan hanya akan ada khusus di saluran yang ada arahan halangan tersebut. Semua halangan akan hilang dari satu saluran jika saluran itu kosong. Halangan saluran hanya dapat ditetapkan dan dihilangkan oleh operator-operator channel. Pengecualian AutoKick untuk aturan ini dijalankan oleh ChanServ, Mahu pun seorang pengguna yang sama mencuba untuk masuk saluran tersebut. Apakah ada seseorang di saluran tersebut atau tidak, adalah tidak dipengaruhi.

Bilakah anda seharusnya menggunakan sebuah halangan? Hal ini sama sekali bergantung pada anda sebagai seorang operator saluran. Secara umum satu halangan diperuntukkan bagi seorang pengguna yang masuk sebuah saluran secara terus-menurus dan menyebabkan masalah. Antara lain, banjiran atau bersikap tidak sopan di saluran tersebut. Ini tidak bererti bahawa hanya itu sebuah halangan dapat dibuat. Anda mungkin halangan dari sebuah saluran dengan alasan mempunyai nama samaran yang tidak baik, atau alasan yang lain. Tetapan halangan adalah ditetapkan oleh operator saluran tersebut.

Hal ini untuk dicatatkan bahawa seorang operator saluran mempunyai hak untuk menghalang siapapun yang mereka ingin, untuk alasan apapun yang mereka ingin. Sebagai seorang operator saluran, mereka berkuasa menjalankan pemilihan dari saluran tersebut. Diandaikan itu adalah sebuah rumah. Jika anda pemiliknya, anda mempunyai hak untuk mengusir seseorang untuk alasan apapun yang anda suka, meskipun hanya kerana anda tidak menyukai mereka.

Sesetengah saluran boleh mempunyai seperangkat aturan guna untuk menempatkan sebuah larangan . Ketika anda mendapatkan status operator di sebuah saluran, konsultasilah dengan pengasas dari saluran tersebut untuk mengetahui jika mereka mempunyai sebarang tetapan peratutan, jika anda belum tahu sebelumnya, hal mana yang menjadi batas perumpamaan atau aktifitas ketika larangan akan ditempatkan pada seorang pengguna.

2 · Apakah Informasi yang Diperlukan Untuk Menempatkan sebuah Halangan?

Pada perintah untuk menempatkan sebuah halangan, anda harus mengetahui alamat dari pengguna yang akan dihalangi atau dilarang berbicara di dalam saluran tersebut. Untuk mencari informasi ini, gunakan perintah WHOIS.

Dalam hal ini ketika pengguna tersebut telah menukarkan nama samaran, anda dapat menggunakan perintah WHOWAS. Perintah ini hanya dapat digunakan segera setelah seseorang telah mengubah nick atau telah meninggalkan jaringan. Server tidak dapat mengingati alamat dari seorang pengguna untuk jangka waktu yang tidak terbatas setelah mereka mengubah nama samaran atau meninggalkan IRC, jadi anda mempunyai waktu dalam satu minit untuk menggunakan perintah WHOWAS sedemikian sehingga itu menjadi efektif.

Saya akan menggunakan nama samaran Nick pada semua contoh-contoh di bawah ini. Sekarang untuk menggunakan perintah WHOIS untuk "Nick", anda harus menaip:

/whois NICK

pada semua jalur arahan dalam pelanggan IRC anda. Bergantung pada jenis pelanggan yang anda sedang gunakan, atau jenis script dan penyaring yang anda sedang gunakan, itu akan memberi anda hasil yang terlihat seperti salah satu di bawah ini:

*** Aysmonte is AMO@cs1p1.ipswich.gil.com.au Aysmonte@dal.net
*** on channels: @#gryphons
*** on irc via server cin.il.us.dal.net

Seperti yang anda lihat, ada beberapa informasi yang diberikan, di antaranya: alamat pengguna, saluran dimana pengguna sedang berada, server IRC yang digunakan, dan perincian lain seperti jika user tersebut sedang beredar dan sebagainya (tidak ditunjukkan di sini, lihat Lampiran A). Informasi yang betul kita perlukan diperlihatkan di baris pertama:

*** Aysmonte is AMO@cs1p1.ipswich.gil.com.au Aysmonte@dal.net

Melanggar alamat dibawah mengikut yang berikut:

nickname!userid@ISP.domain.country

Suatu seksyen ISP.domain.country juga bergantung kepada hos nama ata~u kawasan.

Sudah tentu anda akan melihat berbagai keunikan alamat dari waktu ke waktu, tapi pada dasarnya itu selalu berdasarkan ketentuan, dengan kawasan atau negara menjadi akhir dan penghabisan dari informasi sesudah tanda@ merupakan bahagian dari informasi tentang ISP dan pengguna komputer. Anda boleh menghalangkan untuk semua nama samaran, id pengguna dan kawasan bergantung pada seberapa parahnya dan ketegasan yang anda ingin halang tersebut berfungsi. Hal ini akan dibahas lebih terperinci di dokumen ini pada bahagian berikutnya.

Tanda '!' adalah satu pemisah untuk memisahkan nama samaran dari id pengguna. Id pengguna dan nama samaran dapat juga disamakan. Simbol '@' adalah pemisah lain. Tanda '@' memisahkan id pengguna dengan alamat (Hosnama).

Saya akan memberikan contoh-contoh pada bahagian-bahagian halangan, dimulai dari halangan yang sangat spesifik ke halangan yang secara sering digunakan. Dalam hal ini terserah pada anda untuk memutuskan halangan yang diperlukan sebagai contoh dan juga menjaga berbagai daftar halangan yang anda fikir seharusnya selalu ditempatkan. Sebahagian besar dari halangan yang anda akan perlukan untuk ditempatkan akan menjadi halangan sementara dan dapat dihilangkan setelah waktu yang singkat.

Seperti disebutkan di atas, ada juga kemungkinan bahawa sebuah host disaksikan sebagai sebuah VHost. VHost adalah singkatan dari virtual hosting dan sebuah alamat yang tidak sebenarnya. yang secara nyata, dibuat khusus untuk masuk ke IRC.

Oleh kerana itu,anda akan melihat sebuah informasi yang sungguh lain dari biasanya, seperti:

*** Nick is god@dancing.with.wolves.in.moonlight.net Hey hey!
*** on channels: @#faqsfordalnet
*** on irc via server shiva.va.us.dal.net

Pada kes ini dari VHosts, anda seharusnya mengingat bahawa ada banyak yang terlihat sama, atau semuanya berbeza hos. Shell Account Provider (Perusahaan Jasa yang menyediakan Aka~un Shell) membuat berbagai macam hos seperti ini yang diperuntukkan bagi pengguna mereka. Masalah seperti ini, seseorang itu harus mencatat indentitinya dengan teliti. Jika sebuah halangan tidak berfungsi, kemudiannya harus mencuba membuat halangan hanya untuk id pengguna dari orang tersebut. Petunjuk lebih lanjut akan diberikan di bawah ini:

3 · Bagaimana Untuk Menempatkan Halangan

Di semua contoh dari halangan diberikan, saya akan menggunakan <#channel> untuk menyatakan nama saluran di mana suatu halangan harus ditempatkan. Pastikan anda menetapkan saluran yang benar pada bentuk perintahnya, dan bukan <#channel>.

Catatan: Beberapa pelanggan mempunyai kekhususan arahan untuk halangan. Bentuk arahan yang digunakan di sini berlaku pada semua pelanggan. Anda seharusnya melihat bantuan berupa dokumentasi dari program IRC anda tentang halangan/haram agar mengetahui bagaimana untuk menggunakan arahan halangan khusus pada pelanggan tersebut, jika ada.

Untuk menghalang HANYA satu nama samaran tertentu anda akan menggunakan perintah di bawah ini:

/MODE #channel +b Nick

ata~u lengkapnya

/MODE #channel +b Nick!*@*

Sebuah contoh ban menggunakan saluran dan nama samaran yang sebenarnya akan seperti ini:

/MODE #Gryphons +b Aysmonte!*@*

Kedua-dua arahan ini akan menghasilkan bentuk halangan yang sama. Jika anda kurang faham dengan penggunaan perintah /MODE, lihat Lampiran A untuk informasi lebih tentang arahan ini.

Ini menyatakan bahawa semua server IRC di suatu rangkaian IRC bahawa siapapun yang menggunakan nama samaran Nick tidak dapat masuk ke saluran tersebut.Perlu juga dicatat bahawa halangan tidak membuang (mengeluarkan seorang pengguna dari suatu saluran) pengguna keluar dari sebuah saluran. Di DALnet, hal itu akan mencegah mereka dari usaha untuk mengubah nama samaran dan/atau menghantar teks ke saluran, tetapi mereka akan tetap berada di saluran, dan menerima semua teks saluran sampai seorang operator membuang mereka atau mereka meninggalkan saluran tersebut.

Halangan seperti ini jarang digunakan, sebagaimana halangan itu pengguna boleh mengganti nama samaran untuk memperolehi jalan keluar. (Secara teknik ini adalah halangan sementara pada pengguna, tetapi tidak banyak orang akan mengatakan itu benar-benar halangan sementara.) Bagaimanapun, itu mempunyai keuntungan untuk menghalangi penggunaan nama samaran kotor. (Sebagai contoh, dibannya *sex*!*@* di suatu saluran keluarga.

Tanda bintang, "*", pada arahan di atas dikenali sebagai wildcard (tanda khusus, selanjutnya selalu digunakan wildcard).Wildcard digunakan untuk mewakili kekosongan atau karaktor lain pada posisi tersebut, yang dapat menyamakan semua nombor atau semua karakter pada posisi tersebut, meskipun tidak ada sama. Wildcard lainnya adalah "?". Tanda ini "?" digunakan untuk spesifikasi hanya satu karaktor pada posisi itu dan secara umum jarang digunakan. Beberapa dari anda mungkin menggunakan wildcard di directory untuk mencari fail dan sebagainya, semuanya menjalankan proses yang sama. Anda juga akan mencatat tanda "!" masih digunakan sebagai pemisah pada perintah halangan.

Contoh-contoh untuk wildcard di IRC adalah:

ni?e = nice, nine, nixe, nife ...... *.gil.com.au = ipswich.gil.com.au, cs1p1.ipswich.gil.com.au, anyvarietywith.gil.com.au

? = Satu karaktor pada posisi ini

* = Sebarang karaktor pada posisi ini

Sekarang, contoh ini adalah tidak bererti apa-apa, mengikut kepada ketepatan dalam lapangan, yang senang untuk ditukar. Suatu halangan "wider" (luas)(halangan yang ditutupi lebih kemungkinan berbeza dengan alamat, cth: AMO@cs1p1.ipswich.gil.com.au adalah ketepatan (sempit) dimana AMO@*.gil.com.au adalah lebih umun (luas) dan perhalangan yang lebih baik adalah seperti yang berikut:

/MODE #channel +b *!User@ISP.domain.country

Penjelasan dari halangan ini, kita sedang membuat halangan untuk setiap orang dengan nama samaran atapun dan yang mempunyai id pengguna adalah Pengguna atau peggunan (halangan tidak terlalu sensitif), dengan hos nama adalah ISP.domain.country. Halangan ini sedikit sukar untuk menghindarinya tapi dapat dilakukan dengan cara meninggalkan rangkaian IRC tersebut, ganti id pengguna anda dan masuk kembali dan lulus dari halangan tersebut. Sekali lagi hal itu akan menghentikan Nama samaran untuk masuk saluran anda dengan segera, tapi hanya akan menghentikan mereka untuk beberapa detik, sekiranya pengguna tersebut ingin untuk menghindar dari halangan anda.

Untuk pengguna-pengguna yang biasanya menggunakan Vhost untuk menghindari halangan, anda dapat mencuba untuk menghentikan mereka dengan hanya halangan id pengguna (ident) mereka sahaja:

/MODE #channel +b *!userid@*

Dengan contoh info whois yang kita miliki pada awal dari petunjuk ini (Nick is god@dancing.with.wolves.in.moonlight.net), arahan yang digunakan akan seperti berikut:

/MODE #channel +b *!god@*

Jika, bagaimanapun, ulangan halangan ident tidak berfungsi, anda seharusnya memikirkan untuk menempatkan sebuah halangan pada semua blok IP. Anda harus menyedari bahawa hal ini biasanya akan menghalangi semua pengguna dari perusahaan yang menyediakan Vhost tersebut.

Hal pertama yang dilakukan adalah mencari blok IP dari Vhost:

/DNS hos nama

Cuba dengan contoh Vhost dancing.with.wolves.in.moonlight.net. Anda seharusnya mendapatkan sesuatu seperti yang berikut:

Looking up dancing.with.wolves.in.moonlight.net ..
Resolved dancing.with.wolves.in.moonlight.net to 222.666.999.555

Sekarang kita mempunyai info bahawa host dari dancing.with.wolves.in.moonlight.net memiliki sebuah alamat IP 222.666.999.555. Hal ini bererti Vhost lain dari perusahaan tersebut adalah mungkin mempunyai blok IP 222.666.999.sesuatu (diumpakan itu bukan perusahaan yang besar). Arahan untuk halangan suatu blok IP, anda seharusnya menaip:

/MODE #channel +b *!*@222.666.999.*

Seandainya anda masih mempunyai masalah dengan pengguna seperti ini kemudian hal yang terbaik adalah minta bantuan di salah satu saluran bantu seperti #DALnetHelp, #IRCHelp, #mIRCHelp atau #Help. IRC Operator dapat dijumpai di #OperHelp.

Pada keadaan yang tidak biasanya, di mana seharusnya sebuah halangan dibuat, khususnya untuk halangan yang bersifat sementara, perintahnya adalah:

/MODE #channel +b *!*@ISP.domain.country

Saya perlu memberitahukan di sini bahawa tidak semua pengguna dapat mengubah nama pengguna mereka tapi ini adalah asumsi yang bagus untuk membuatnya sehingga lebih banyak orang berkomunikasi menggunakan pelanggan yang memungkinkan mereka untuk mengikuti modifikasi ini.

Tanda "*!*" menunjukkan server untuk tidak mengikut sebarang nama samaran ata~u id pengguna daripada tetapan hos/kawasan untuk memasuki saluran anda.

Melalui pengalaman anda akan mengetahui bahawa bahagian ISP untuk mengubah suatu alamat pengguna digunakan PPP atau SLIP dial di kongsinya. Hal ini akan menjadi bahagian tetap yang menunjukkan ISP tersebut, meskipun demikian ada juga bahagian tambahan yang diberikan buat pengguna. Bahagian alamat dari sebuah ISP akan seperti:

nick!userid@PPP.ISP.DOMAIN.COUNTRY

PPP ditandai untuk seorang pengguna ketika mereka menggunakan ISP mereka, biasanya lewat dailing di sebuah modem, untuk perhitungan sambungan/panggilan.

Untuk menghalangi seseorang masuk saluran yang lebih efisien, anda menghalang mereka seperti di bawah berikut:

/MODE #channel +b *!*@*.ISP.domain.country

Hal ini, seperti yang anda dapat ketahui, menyatakan bahawa anda ingin untuk menghalang semua nama samaran, id pengguna dan PPP dari suatu ISP tertentu. Hal ini sebenarnya lebih aman dan sering digunakan, bentuk halangan yang anda dapat buat untuk masalah beberapa pengguna. Pada dasarnya tidak ada satu orang pun dari ISP tersebut yang dapat masuk ke saluran anda. Meskipun demikian, mereka mungkin mempunyai beberapa aka~un dengan ISP yang berbeza-beza yang mana digunakan untuk masuk kembali ke IRC dan mengelabui halangan anda. Hal seperti ini boleh dikatakan sebagai pengelakan halangan yang mana tidak dibenarkan di DALnet. Carilah seorang IRCop jika/ketika hal ini terjadi. Contoh di atas di mana orang mencuba untuk mengganti VHost untuk dapat masuk kembali, merupakan contoh lain dari pengelakan halangan.

Semestinya halangan lain yang anda dapat pertimbangkan untuk sebuah halangan sementara adalah sebuah domain atau negara yang sangat luas. Hal ini dapat digunakan sebagai salah satu cara cepat untuk menyelesaikan sebuah masalah serius ketika sedang memikirkan halangan yang pantas untuk ditempatkan terhadap pengguna tersebut. Untuk itu boleh mengikuti contoh di bawah ini:

/MODE #channel +b *!*@*.domain.country
/MODE #channel +b *!*@*.country

Ini yang paling umum bagaimanapun, dan anda akan "menangkap" banyak orang pada halangan ini yang tidak ingin untuk diharamkan dari saluran anda. Pada keadaan seperti ini, itu akan jadi saat yang tepat untuk mengatakan bahawa anda mempunyai sebuah halangan, halangan lain yang mencakupnya. Jadi jika anda menempatkan sebuah halangan pada *!*@*.ISP.DOMAIN.COUNTRY kemudian anda tidak dapat menghalang: *!*@*.DOMAIN.COUNTRY (halangan yang lebih luas) atau *!NickID@PPP.ISP.DOMAIN.COUNTRY (halangan khusus / lebih).

Apa maksud dari hal ini untuk anda? Bagaimanapun, jika anda telah dihalang suatu id pengguna dan nama samaran (*!*@PPP.ISP.DOMAIN.COUNTRY) untuk masuk ke saluran anda selanjutnya anda harus menghilangkan halangan ini sebelum membuat untuk keseluruhan ISP (*!*@*.ISP.DOMAIN.COUNTRY) atau beberapa halangan lainnya yang sama.

Idea yang baik untuk secara berkala melihat senarai halangan anda untuk menjaganya. Ketika anda melakukan hal ini, mungkin akan menemukan 2 halangan yang mirip tapi tak sama. Kita mesti menggunakan alamat yang berikut untuk halangan kami sebagai contoh:

Nick1!userid1@NewISP.NewDomain.COUNTRY

Nick2!userid2@OldISP.OldDomain.COUNTRY

Katakan sekarang kita mempunyai halangan pada nama samaran dan id pengguna buat mereka

*!*@NewISP.NewDomain.COUNTRY

*!*@OldISP.OldDomain.COUNTRY

Jadi untuk mebuat hal ini lebih efisian dan pendaftaran halangan anda lebih bermanfaat anda dapat halangan.

*!*@*ISP.*Domain.COUNTRY

untuk menutupi kedua-duanya.

Mengapakah harus membuat masa halangan singkat jika dimungkinkan ? Pada dasarnya, pendaftaran yang pendek selalu lebih mudah untuk diatur dan diperbaharui jika perlu. Anda juga harus mengetahui bahawa DALnet hanya membolehkan maksimum halangan untuk sebuah saluran adalah 200 halangan pada setiap saat itu.

Hal lain yang anda dapat lakukan dengan halangan yang mirip adalah menggunakan sebuah halangan screw (sekrup). Sebuah halangan Screw pada dasarnya menggunakan tanda "?". Halangan screw tidak banyak bermanfaat, dan mereka sangat jarang digunakan pada kenyataannya. Sebagai contoh anda memilih dua ISP dengan sebuah nama yang mirip:

*!*@New1ISP.Domain.COUNTRY

*!*@New2ISP.Domain.COUNTRY

Untuk halangan ini anda dapat menempatkan sebuah halangan pada:

/MODE #channel +b *!*@New?ISP.Domain.COUNTRY

Catat bahawa tanda "?" hanya berfungsi untuk SATU karakter, jika ingin mencapai lebih dari satu karaktor anda harus menggunakan "*". Variasi lain adalah mungkin untuk halangan seperti ini. Tanda-tanda ini dapat dicampur dan ditukar dari depan sebuah kata ke tengah dan akhir. Anda juga dapat menggunakan tanda-tanda tersebut untuk kawasan negara. Lihat kedua-dua alamat di bawah ini:

Nick1!userid1@ISP.DOMAIN.net

Nick2!userid2@ISP.DOMAIN.com

Anda dapat menempatkan sebuah halangan seperti:

/MODE #channel +b *!*@ISP.Domain.*

untuk menutupi semua bahagian nama samaran, id pengguna, dan negara. Lagipun halangan ini tidak berguna. Secara teknik hal itu dapat terjadi suatu waktu, meskipun saya ragu anda akan pernah mempunyai keinginan untuk menempatkan sebuah halangan. Halangan adalah serbaguna dan hanya efisien selama anda membiarkan mereka, mereka Memperluaskan pengalaman untuk dapat digunakan tetapi setelah seketika memandang alamat orang anda harusnya segera mendapatkan inspirasi untuk bagaimana menempatkan sebuah halangan secara efektif. Jangan resah jika anda tidak tahu apa yang baik untuk beberapa kejadian tertentu, cubalah sesuatu dan lihat jika itu akan berhasil. Untuk beberapa orang menempatkan halangan adalah kerana hal yang mengganggu, tetapi selama anda memiliki pengetahuan umum anda seharusnya mencuba sampai seorang operator channel yang berpengalaman datang dan membantu anda. Jika anda mempunyai seorang teman di IRC sebaiknya anda meminta bantuan mereka dalam menempatkan halangan dan percubaan. Untuk melihat daftar percubaan. Untuk senarai penyemakkan yang cepat seperti panduan halangan rujuk kepada "Panduan Halangan Pantas" For a quick check list as a guide to banning see the "Quick Ban Guide", bahagian 7 kemudian di dalam dokumen ini later in this document.

Ada bentuk lain dari halangan yang saya dapat perlihatkan seperti:

/MODE #channel +b *!*user@*.isp.net

tapi adalah tidak perlu untuk menempatkan SEMUA dengan anda. Melalui pengalaman yang anda akan fikir tapi dari halangan yang anda akan perlu tempatkan seperti yang diperlukan. Lihat yang lain dan bertanya tanyakan mengapa mereka menempatkan sebuah halangan dengan cara tertentu yang juga mudah untuk difahami untuk di bahagian anda. Juga perlu diingatkan dalam memberi tanda ketika menempatkan halangan untuk *!*user@*isp.net hal ini sangat berbeza dengan *!*user@*.isp.net (lihat jumlah titik), sehingga hal itu sebaiknya perlu teliti dalam menempatkan sebuah halangan atau anda akan mendapatkan hasil yang tidak sangka.

Setelah anda melihat pengguna dengan sebuah alamat IP, yang mempunyai angka-angka daripada kata-kata untuk alamat mereka (hos nama). Ini adalah hal yang cukup biasa, jadi jangan khuatir. Kita hanya perlu mengubah pemikiran ketika itu terjadi untuk membuat sebuah halangan yang efektif untuk pengguna tersebut. Dengan anggapan saya mereka tidak selalu mempunyai nombor IP untuk sebagai alamat mengikut kepada alasan tersebut.

Perlu diketahui bahawa untuk masing-masing dan setiap hos nama ada kesamaan alamat IP (seperti yang ditunjukkan melalui contoh VHost kita). Jika anda menempatkan halangan untuk seseorang ketika mereka sedang menggunakan alamat IP mereka sehingga mereka dihalangi untuk masuk kembali ke sal~uran kecuali jika hos nama mereka berubah kemudian waktu - dilengkapi, tentu saja, alamat IP yang tidak berubah. Biasanya kekurangan dari perubahan alamat adalah keterlambatan (lag) antara ISP mereka dan server IRC yang mereka gunakan untuk mendapatkan balasan dari "name lookup" di saat itu, sehingga menggunakan alamat IP mereka.

Lihat Lampiran A untuk contoh untuk output daripada /WHOIS yang dilakukan oleh seseorang pengguna dengan alamat.

Seperti yang dapat dilihat bentuk dari sebuah "teks" hos nama yang dibuat empat angka. Untuk beberapa pengguna hal ini akan tetap tetapi ada juga yang akan berubah. Bahagian yang biasanya berubah adalah angka belakang (diperkirakan hal ini tidak akan selalu terjadi, cukup biasa untuk tidak perlu mengharapkan yang lainnya). Perlu diketahui juga bahawa jika mereka atau anda memiliki sebuah hos nama yang tetap (tidak berubah) kemudian IP anda akan selalu sama. Jadi tidak seperti sebelumnya di mana kita menggunakan sebuah tanda untuk halangan bahagian pertama dari hos tersebut, dalam kejadian seperti ini kita menghapuskan angka-angka terakhir dan menempatkan sebuah tanda di sana seperti:

/MODE #channel +b *!*user@254.253.252.*

Anda juga boleh menambah masa halangan dimana halangan yang anda tempatkan akan dipadamkan Secara a~utomatik setelah nombor yang kedua ditekan. Sebagai contoh, Jika saya ingin mengharamkan nama samaran Aysmonte di #love-u lebih daripada 20 saat, saya akan menaip:

/ban -u20 #love-u Aysmonte*!*@*

Juga ada arahan untuk anda sebagai halang/tendang pengguna serentak daripada menaip 2 arahan. Sebagai contoh, jika saya ingin mengharamkan Aysmonte, saya akan menaip:

/ban -k #love-u Aysmonte reason

Ini akan menempatkan halangan untuk alamat/hos IP dan menendang Asymonte daripada saluran tersebut.

4 · Pemindahan dan Modifikasi Senarai Halangan

Pemindahan halangan adalah relatif sama dengan menambahkannya. Pertama sekali harus tahu masksud dari halangan yang ingin dihilangkan dari saluran anda. Boleh didapatkan dengan banyak cara dengan menggunakan arahan:

/MODE #channel b

Pelanggan lain, contohnya mIRC, apa yang anda perlu lakukan adalah klik dua kali di saluran untuk mendapatkan senarai halangan saluran.

Ketika anda memperoleh senarai halangan dari saluran anda, cari halangan yang mana anda ingin padamkan kemudian taip:

/MODE #channel -b banmask

Anda harus mencatat bahawa jika pengguna saluran anda tidak ada lagi, misalnya, semua pengguna meninggalkan saluran itu dan senarai halangan sekarang hilang dan harus dibuat lagi ketika anda masuk kembali ke saluran itu DALnet membuat hal ini lebih mudah dengan menggunakan perintah ChanServ AKICK, tapi hanya boleh untuk saluran yang telah didaftarkan.

Perlu diketahui bahawa jika anda memiliki sebuah halangan yang umum (contoh. *!*@*.com.au) dan anda ingin untuk menempatkan sebuah halangan yang lebih khusus (contoh. *!*@cs1p1.ipswich.gil.com.au ) untuk seseorang (bukan yang akan berada di dalah saluran untuk tempat pertama). Hapuskan halangan umum tersebut sebelum menempatkan halangan yang lebih khusus.

5 · Halangan Sesuka Hati

Kadang-kadang, anda ingin mengelak daripada ketepatan nama samaran yang digunakan oleh spambot yang datang dengan nama samaran yang mempunyai nombor dibelakangnya. Anda ingin menetapkan halangan yang perlu menambahkan 100 halangan dalam senarai halangan anda. Mari kita lihat contoh-contoh yang berikut:

5 pengguna daripada IP/hos yang berbeza memasuki #love-u dengan nama samaran Andrea521, Andrea522, Andra523, Andrea524 dan Angrea525.Sebaliknya menambahkan 3 halangan atas hos mereka, anda boleh memudahkan halangan itu dengan memasukkan halangan nama samaran dengan menggunakan wildcard yang dibincangkan sebelumnya. Jadi anda akan menaip arahan seperti yang berikut:

/mode #love-u +b Andrea???!*@*

dimana membuatkan mereka semua ditendang keluar. Masalahnya ialah jika mereka kurang ata~u lebih daripada 3 karaktor selepas nama samaran itu, ia akan membalas halangan dengan tidak berkesan. Juga, anda perlu menetapkan halangan yang lebih luas untuk mengeluarkan mereka sepenuhnya. Jadi halangan seperti berikut akan ditetapkan:

/mode #love-u +b Andrea*!*@*

dimana akan mengekalkan semua orang dengan nama samaran Andrea merujuk kepada mana-mana nombor belakang karaktor yang keluar daripada saluran. Bagaimanapun, jika anda mempunyai kawan dimana mungkin akan diakibatkan oleh halangan cth: Andrea_Simon, anda perlu untuk menempatkan suatu topeng penerimaan. Anda boleh merujuk kepada bahagian 8 untuk mengetahui lebih tentang bagaimana untuk menempatkan penerimaan.

6 · Servis DALnet yang Lain

DALnet menggunakan ChanServ untuk menjaga saluran yang didaftarkan. Inipun menjaga berbagai senarai halangan. Pada dasarnya, ketika anda menempatkan AKICK pada suatu hos topeng, ChanServ memeriksa setiap pengguna yang memasuki saluran anda. Ketika seorang pengguna dengan hos topeng di senarai ChanServ AKICK saluran anda, ia akan menendang orang tersebut dan menempatkan sebuah halangan sesuai pada topeng itu untuk menghentikan mereka memasuki kembali saluran itu.

Untuk menambahkan sebuah AKICK ke saluran, pertama saluran itu harus didaftarkan, kedua anda harus seorang SOP (atau pengasas) untuk menempatkan halangan. Seorang SOP adalah SuperOp saluran, untuk informasi lebih lanjut ketik arahan /ChanServ help SOP.

Catatan: Beberapa pelanggan ada yang tidak membolehkan anda menggunakan /ChanServ. Jika ini terjadi kemudian cuba menggunakan /msg ChanServ@services.dal.net segera.

Arahan untuk menambahkan AKICK adalah:

/ChanServ AKICK #channel ADD nickname or host mask

Untuk informasi yang lebih lanjut mengenai arahan ini boleh didapati di http://www.dal.net/services or from ChanServ's help system:

/ChanServ Help AKICK

AKICK berada di saluran selamanya sehingga dipadamkan, jadi adalah penting untuk memperbaharui senarai AKICK dan memadamkan yang lama.

7 · Panduan Halangan Pantas

  1. Tentukan sama ada halangan itu sementara atau dalam waktu yang lama.

  2. Dapatkan informasi pengguna dengan menggunakan arahan /WHOIS ata~u /WHOWAS command

  3. Jika halangan itu halangan sementara kemudian tempatkan halangan yang terbatas seperti nickname!*@* atau *!userid@*

  4. Jika halangan itu dalam waktu yang lama, buat sebuah AKICK seperti *!*@*.host

  5. Lihat kembali halangan anda, pastikan bahawa itu efisien dan tidak menghalangi terlalu banyak pengguna untuk memasuki saluran anda.

  6. Jika itu halangan yang sementara, ingat untuk menghilangkannya setelah selang waktu tertentu, katakan 10 minit.

8 · Penerimaan Mod (+e)

Penerimaan mod +e ata~u The +e or exception mode telah dikenalkan apabila Bahamut 1.8* dikeluarkan. Penggunaan mod ini adalah untuk membenarkan seseorang dimana penuh kepura-puraan oleh halangan dimana tidak bercadang untuk mereka memasuki saluran. Contoh, jika saya menempatkan halangan dalam topeng *!*@219.94.* dalam #love-u tapi saya ingin membenarkan kawan saya iaitu Ting dimana topengnya adalah Ting!kluv@219.94.25.63 ke dalam saluran, saya akan menempatkan penerimaan dengan menaip:

/mode #channelname +e Ting!*@219.94.*

dimana akan membenarkan Ting untuk memasuki saluran itu. Penerimaan mod juga berguna terutamanya apabila anda ingin halangan khusus kepada hos/kawasan/ISP tapi ingin membenarkan pengguna untuk masuk. Untuk keterangan lanjut mengenai penerimaan mod, anda boleh membaca dokumen mod di link tersebut http://docs.dal.net/docs/modesmy.html#2.3.

Appendix A · Pengaitan Arahan IRC

A.1 /mode Command

/MODE #channel +b *!*userid@ISP.domain.country

Penjelasan Dari Arahan ini:

/MODE

hal ini memberitahu server bahawa anda ingin mengubah suatu mod saluran atau pengguna.

<#channel>

memberitahu server bahawa anda sedang mengubah mod dari saluran tersebut. Dalam hal ini perubahan mod ke dalam sebuah halangan dikuatkuasakan.

+b

memberitahu server jenis perubahan mod untuk dijalankan (dalam hal ini 'b' untuk ban/halangan) dan sebuah tanda + untuk menambahkan mod tersebut.

*!*userid@ISP.domain.country

adalah topeng dari halangan. Topeng dimana server akan menghalang untuk memasuki saluran anda.

Huraian penuh mengenai semua saluran dan mod pengguna boleh didapati di http://docs.dal.net/docs/modesmy.html.

A.2 /whois Arahan

ircII Contoh untuk /whois output

*** Aysmonte is AMO@cs1p1.ipswich.gil.com.au Aysmonte@dal.net
*** on channel: @#gryphons
*** on irc via server cin.il.us.dal.net
*** Away:"Reading email /MSG me to chat"
*** Aysmonte is an IRC Operator
*** Aysmonte has been idle 3 minutes

Baris ke empat, lima, dan enam boleh dipunyai dan tidak. Hal itu tergantung pada server yang anda pakai dan juga mod peribadi pengguna yang ditetapkan pengguna tersebut.

Baris pertama dari hasil WHOIS ini menunjukkan alamat pengguna, antara id pengguna yang lain (AMO), hos pengguna (cs1p1.ipswich.gil.com.au), dan real/irc nama pengguna (GCOS) (Aysmonte@dal.net).

Baris kedua memberitahu saluran apakah pengguna tersebut sedang berada yang bukan rahsia. Nama saluran disertai tanda #, jika ada tanda @ sebelum nama saluran hal ini be bahawa bermaksud pengguna tersebut memiliki status operator saluran.

Baris ketiga memberitahukan nama server yang digunakan oleh pengguna tersebut untuk masuk ke IRC.

Baris ke empat adalah pesanan away (pengguna sedang TIDAK aktif di IRC) untuk memberitahu bahawa pengguna tersebut sebenarnya tidak berada di situ ata~u away dari keyboard, dan alasan yang diberikan untuk "ketidakhadiran" mereka.

Baris ke lima memberitahu kita bahawa pengguna tersebut adalah seorang IRC Operator. Di DALnet hal ini terlihat berbeza tergantung server yang anda pakai, tapi pada umumnya anda akan melihat kata IRC Operator atau IRCop di baris tersebut.

Baris ke enam memberikan sebuah waktu idle (idle=nganggur) untuk berapa lama sejak pengguna tersebut berakhir aktif. Jika anda melakukan /WHOIS pada seseorang dan anda berada di server yang sama kemudian anda akan melihat waktu yang sesuai mereka, jika anda berada di server yang berbeza kemudian hal itu kelihatan bagi anda kecuali kalau anda secara khusus memintanya menggunakan /WHOIS nickname nickname (nama samaran) (spesifikasi nama samaran dua kali).

Contoh Lain daripada Arahan WHOIS:

*** Aysmonte is AMO@203.1.72.142 Aysmonte@dal.net
*** on channels: @#gryphons
*** on irc via server cin.il.us.dal.net
*** Away:"Reading email /MSG me to chat"
*** Aysmonte is an IRC Operator
*** Aysmonte has been idle 3 minutes

Appendix B · Terminology

Pelanggan IRC

Program IRC yang membiarkan anda masuk ke suatu server IRC, atau juga seorang pengguna di IRC. Ini tidak perlu menggunakan kehidupan "sebenarnya" pengguna, tapi juga boleh merupakan program automatis, seringkali dinamakan bot.

Kawasan

Suatu klasifikasi (ditandai oleh satu kata atau singkatan) untuk sebuah komputer pada jenis jaringan. Nama dari kawasan secara berturut-turut digunakan dalam memberitahu kekhususan nama oleh komputer yang dikenali sebagai rangkaian tersebut.

Alamat IP

Kumpulam bilang identifikasi yang khusus untuk sebuah komputer menyambung ke suatu rangkaian dan digunakan oleh program komunikasi. (Sebagai contoh: 123.123.12.1). Pengguna dapat menggunakan berbagai kawasan yang mereka suka. IP adalah singkatan daripada Internet Protocol.

ISP

Internet Service Provider. Sebuah perusahaan yang menyediakan sambungan diantara sebuah komputer atau rangkaian dengan Internet.

Ping

Salah satu contoh layanan rangkaian yang mana akan melaporkan keadaan rangkaian adakah masih berfungsi, dan keadaan sebenarnya dari rangkaian tersebut. Ada berbagai jenis ping yang digunakan untuk alasan yang berbeza.

PPP

Point-to-Point Protocol. Digunakan untuk menstabilkan suatu sambungan TCP/IP antara dua "points", khususnya pada sambungan bersambung seperti modem dan rangkaian telefon.

SLIP

Serial-Line IP. Sebuah protokol alternatif (lama) untuk menstabilkan suatu sambungan TCP/IP pada sambungan bersambung.

Telnet

Sebuah program di komputer anda untuk bersambung dari komputer ke komputer lain di Internet, dan menjalankannya menggunakan kawalan.