1 · Penyamar Perkhidmatan
Pengguna yang ingin mencuri nama samaran (nickname) dan kata laluan (password) akan cuba menyamar sebagai Perkhidmatan DALnet dan akan memintanya melalui apa cara sekalipun. Jika kamu tidak mahu nama samaran kamu hilang/ dicuri, perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian serius.
Pertama, jangan sesekali menggunakan kata laluan DALnet di rangkaian IRC yang lain dan perlu ditukar kerap kali- jangan lupa
Kebanyakkan pengguna telah hilang nama samaran mereka setelah ke rangkaian IRC lain dan memberi kata laluan mereka kepada Perkhidmatan di rangkaian IRC di sana.
Adalah baik juga jika anda menaip arahan di tingkap Status (Status Window) supaya kata laluan anda tidak terpapar di channel terbuka atau semasa berbual secara sulit dengan orang lain.
Kedua, ia adalah amat penting untuk mengenali penyamar Perkhidmatan dengan Perkhidmatan yang sebenar.
1.1 Cara Mengenalkan nama samaran berdaftar anda kepada NickServ
Terdapat pelbagai cara untuk mengenalkan nama samaran berdaftar anda kepada Perkhidmatan; ada yang selamat dan ada yang tidak. Mari kita melihat bagaimana NickServ mengajar kita IDENTIFY.
Jika kamu menggunakan nama samaran berdaftar, anda akan mendapat notis ini:
-NickServ- This nick is owned by someone else. Please choose another.
-NickServ- If this is your nick, type: /msg NickServ@services.dal.net IDENTIFY password
Perkara Enforce telah ditetapkan kepada asal selepas tamat pendaftaran nama samaran. Jika anda telah menukarkan perkara enforce kepada on anda akan mendapat baris ketiga:
-NickServ- Your nick will be changed in 60 seconds if you do not comply.
Maka, kamu perlu menggunakan:
/msg NickServ@services.dal.net IDENTIFY
password
atau arahan dalaman lain untuk mengenalkan nama samaran anda kepada NickServ.
Berikut adalah arahan dalaman:
/nickserv IDENTIFY
password
/identify
password
/services IDENTIFY
password
Bagi mereka yang ingin mengenalkan kepada nama samaran berdaftar yang tidak digunakan pada masa itu, anda boleh melakukan yang berikut:
/nickserv IDENTIFY
nick
password
/identify
nick
password
/services IDENTIFY
nick
password
Sila ambil perhatian bahawa klien IRC kamu tidak menyokong salah satu arahan yang dinyatakan. Jika keadaan sedemikian sila gunakan /quote untuk menghantar identifikasi anda kepada Perkhidmatan.
Contoh:
/quote nickserv IDENTIFY
password
/quote identify
password
/quote services IDENTIFY
password
Akhirnya ingatlah arahan arahan ini sahaja dan jangan gunakan cara lain untuk mengenalkan nama samaran anda itu. DALnet tidak akan menukarkan nama NickServ. Jika kamu khuatir atau mengalami kemusykilan, anda boleh bertanya di channel bantuan #Help atau #OperHelp .
1.2 Cara mengenalkan channel kepada ChanServ
Seperti NickServ, cara umum untuk mengenalkan channel anda kepada ChanServ adalah:
/msg chanserv@services.dal.net IDENTIFY
#channel
Terdapat juga tiga arahan dalaman:
/chanserv IDENTIFY
#channel
password
/identify
#channel
password
/services IDENTIFY
#channel
password
Sekali lagi jika anda mengalami masalah dengan klien IRC anda, sila gunakan /quote untuk mengenalkan channel kamu kepada ChanServ. Contohnya:
/quote chanserv IDENTIFY
#channel
password
/quote identify
#channel
password
/quote services IDENTIFY
#channel
password
Jika kamu menghadapi sebarang kemusykilan atau khuatir, anda boleh melawat channel bantuan DALnet #Help dan #OperHelp yang sentiasa sedia membantu anda.
1.3 Penggunaan Script Pengenalan Automatik
DALnet tidak menyokong atau menggalakkan penggunaan Script Pengenalan Automatik. Ia boleh dipersalahgunakan. Ada juga yang mencuba mencuri kata laluan dengan memberi script yang boleh memberitahu segala aktiviti yang kamu lakukan termasuk pengenalan kepada Perkhidmatan.
Tambahan pula ia adalah agak senang untuk orang lain yang mempunyai aksess kepada script kamu untuk mendapatkan kata laluan anda. Pernah berlaku juga dimana pengguna secara tidak sengaja memberi nama samaran dan kata laluan mereka apabila mereka ingin berkongsi script mereka.
Terdapat script juga yang akan memberikan kata laluan kamu kepada pengguna lain dan bukan Perkhidmatan sebenar.
1.4 Bagaimana mengesan Penyamar Perkhidmatan
Kerap kali kita melihat penyamar Perkhidmatan di DALnet. Cara yang paling popular menyamar Perkhidmatan adalah dengan menggunakan ejaan yang hampir sama dengan ejaan Perkhidmatan sebenar. Sebelum kita berterus mari kita mengenali Perkhidmatan DALnet Sebenar .
NickServ is service@dal.net * Nick Registration Service
NickServ using services.dal.net DALnet services home base
NickServ End of /WHOIS list.
ChanServ is service@dal.net * Channel Registration Service
ChanServ using services.dal.net DALnet services home base
ChanServ End of /WHOIS list.
Perhatian: Ia adalah biasa untuk melihat ChanServ di dalam channel berlainan apabila menggunakan /whois ChanServ , kerana ia sentiasa berada di suatu channel untuk masskick. Contohnya:
ChanServ on @#randomchannel #Dragonrealm #chatzone
Penyamar Perkhidmatan akan menggunakan nama samaran dan ruang GCOS yang menyerupai Perkhidmatan sebenar. Berikut adalah satu contoh yang baik:
NickSrve is service@mc-38-214.tm.net.my * Channel Registration Service
NickSrve using twisted.ma.us.dal.net Global NAPs - Quincy, MA
NickSrve End of /WHOIS list.
Oleh kerana penyamar Perkhidmatan ingin mendapatkan kata laluan kamu, mereka akan menghantar notis yang menyerupai Perkhidmatan sebenar:
-NickSeve- This nick is owned by someone else. Please choose another.
-NickSeve- If this is your nick, type: /msg NickSeve IDENTIFY password
-NickSeve- Your nick will be changed in 60 seconds if you do not comply.
Terdapat pelbagai nama samaran yang digunakan oleh penyamar Perkhidmatan. Kami tidak dapat menyenaraikan kesemuanya. Kamu mesti mengenali cara mengenalkan diri kamu kepada Perkhidmatan dengan cara- cara yang telah dibincang dalam bahagian section 1.1 . Lagi satu cara mengenali sama ada ia adalah Perkhidmatan sebenar atau penyamar adalah dengan melihat pelayan yang disambung. Semua Perkhidmatan DALnet disambung ke satu pelayan sahaja iaitu services.dal.net .
Ada kalanya mereka juga memberitahu bahawa channel/ nama samaran mereka akan luput jika mereka tidak mengenalkan nama samaran atau channel meraka itu kepadanya. Penyamar Perkhidmatan ini berlakon sebagai Perkhidmatan tambahan "back-up". Jangan pedulikan mereka . Anda boleh bertanya di channel bantuan DALnet jika kamu kurang pasti.
2 · Penyamar Operator IRC
Sebagai tambahan kepada penyamar Perkhidmatan, terdapat juga mereka yang menyamar sebagai Operator IRC. Mereka akan mengugut kamu ("kamu akan kena k-line" adalah paling popular) untuk mendapatkan kata laluan itu atau cuba berlakon sebagai pembantu untuk mendapatkan maklumat daripada kamu. Apa sekalipun, mereka tidak peduli tentang minat kamu tetapi hendak mendapatkan kata laluan anda sahaja untuk mendapatkan kata laluan bagi nama samaran dan/ atau channel kamu.
2.1 Memberitahu Kata Laluan (Passwords)
Jangan sesekali memberi kata laluan anda kepada orang lain. Kakitangan DALnet tidak akan meminta kata laluan kamu apa sekalipun. DALnet tidak akan menghantar mail elektronik (e-mail) meminta kata laluan anda. Jika berlaku sedemikian, anggap bahawa itu bukan email DALnet dan ia dihantar untuk niat yang tidak baik.
2.2 Bagaimana kita dapat tahu Operator IRC sebenar?
Apabila seseorang itu diberi peluang menjadi Operator IRC, ia ditulis pada IRCd server yang kamu perolehinya.IRCd adalah program yang mengawal koordinasi segala aktiviti di DALnet. Ia mempunyai beberapa fungsi yang tidak penting dinyatakan dalam dokumen ini. Oleh kerana keistimewaan Operator IRC itu ditulis dalam IRCd, ia mengenali Operator IRC itu apabila beliau menggunakan arahan khas untuk mendapatkan mod Operator IRC. Ini biasanya dipanggil 'opering up'. Apabila Operator IRC itu menggunakan arahan itu, IRCd itu mengenali orangnya dan menambah satu barisan tambahan pada output /whois. orang itu. Barisan inilah yang menyatakan,
Heathcliff is an IRC Operator
Apabila kamu melihat seseorang yang anda fikir adalah Operator IRC, maklumatnya adalah seperti berikut:
Heathcliff is moi@pp326.sometimes.net * Wherever you go, there you are.
Heathcliff using jade.va.us.dal.net Hell hath no fury like a woman scorned for Sega.
Heathcliff has identified for this nick
Heathcliff is an IRC Operator - Services Administrator
Heathcliff End of /WHOIS list.
Jika kamu tidak melihat baris yang menyatakan beliau adalah Operator IRC melalui arahan /whois, /whois , kemungkinan ada orang sedang menipu kamu. Jika kamu rasa beliau mungkin seorang Operator IRC, minta kepadanya untuk melakukan "oper up" dan memeriksa semula barisan itu dalam arahan /whois . Jika ia masih tidak menunjuk, maka ia bukan seorang Operator IRC. Jangan layannya dan jika beliau masih mengganggu kamu letaknya dalam "ignore".
2.3 Mengenali Penyamar Operator IRC
Terdapat pelbagai cara bagaimana seseorang itu dapat menyamarkan diri sebagai Operator IRC. Salah satu cara yang biasanya digunakan adalah dengan adanya perkataan 'oper' pada nama samaran atau ruang GCOS "Full Name Field" atau nama pengguna mereka. Berikut adalah beberapa contoh yang biasanya digunakan.
OperHelper is IRCop@DL34.really.net * IRC Operator
IRCopper is oper@23673.pretend.net * I'm a IRCop and I'm gonna get you
Lagi satu cara yang lazim digunakan adalah dengan meletakkan mesej ketiadaan (away) mereka sebagai Operator IRC dalam arahan /whois untuk memberi gambaran pada satu baris. Salah satu contohnya adalah,
OperMan is MircOper@ppp317.wonderful.net * Your busy IRC Operator
OperMan using jade.va.us.dal.net Hell hath no fury like a woman scorned for Sega.
OperMan is away: IRC Operator - Services Administrator
OperMan has been idle 18mins 12secs, signed on Sat Oct 21 19:12:13
OperMan End of /WHOIS list.
Lihat perbezaan antara kedua- dua barisan ini.
Heathcliff is an IRC Operator - Services Administrator (yang sebenar)
OperMan is away: IRC Operator - Services Administrator (Penyamar Operator IRC)
Perhatikan bahawa : selepas perkataan 'away', pengguna itu telah letak mesej ketiadaannya yang hampir menyerupai baris Operator IRC yang sebenar. Perhatikan juga bahawa pengguna itu tidak mengenalkan diri mereka kepada Perkhidmatan. Kemungkinan besar, nama samaran itu tidak berdaftar dengan NickServ. Oleh kerana terdapat pelbagai nama samaran yang digunakan dalam penyamaran Operator IRC yang menyebabkan nama samaran itu tidak dibenarkan diguna lagi.
2.4 Rumusan
Terdapat sekumpulan pengguna yang menyamarkan diri sebagai Operator IRC. Mereka menggunakan taktik ini untuk mendapatkan kata laluan orang lain untuk mengambil alih nama samaran dan channel mereka. Para pengguna perlu tahu bagainmana melindungi diri daripada pengguna seperti ini.
Kakitangan DALnet tidak akan meminta kata laluan daripada kamu apa sekalipun. Jika ia berlaku, jangan sesekali memberikannya.
DALnet tidak akan menghantar mail elektronik (e-mail) bertanyakan kata laluan anda. Jika is berlaku, jangan sesekali memberikannya.
Jika kamu didekati oleh orang yang menggelarkan dirinya sebagai Operator IRC, lakukan arahan /whois nick .
Pastikan bahawa terdapat barisan tambahan dan bukannya mesej ketiadaannya.
Jangan sesekali memberikan kata laluan anda kepada sesiapa.
3 · Soalan Umum (FAQ)
- Q: Di manakah saya boleh laporkan penyamar Operator IRC dan Perkhidmatan?
-
A: Anda boleh melaporkannya di channel #OperHelp atau mencari seorang or Operator IRC berpandukan arahan di http://docs.dal.net/docs/findoperid.html .
- Q:Adakah cara untuk saya mengesan penyamar perkhidmatan?
-
A: Ya. Jika mereka menggunakan nama samaran selain daripada NickServ atau ChanServ mereka bukan Perkhidmatan sebenar. Perkhidmatan DALnet hanya akan berada di pelayan services.dal.net sahaja.
- Q: Saya telah hilang nama samaran/ channel saya kepada penyamar perkhidmatan. Bolehkah anda memberikannya balik?
-
A: Tidak. Kami beranggap keselamatan nama samaran dan channel adalah tanggungjawab anda. Terdapat terlalu ramai pengguna untuk DALnet mengawal kamu setiap kali kamu melakukan sesuatu. Kami dapat memberi sumber maklumat dari dokumen amaran dan kakitangan channel bantuan DALnet. Anggaplah ini sebagai satu pengajaran... dan kamu tidak akan mengulangi kesilapan itu.
Segala komentar atau feedback tentang dokumen ini (hanya mengenai hal tersebut! tidak ada permintaan bantuan!) kepada docs@dal.net. Jika anda membutuhkan bantuan tentang hal yang tidak disebutkan di dalam dokumen, harap anda bisa melihat informasi di http://help.dal.net.