Netiket DALnet

Versi 1.0.2


Translasi terakhir oleh PJKevin () pada tgl 2004-01-12

Revised terakhir oleh eDdYk0nG () pada tgl 2020-06-20

Segala komentar atau feedback tentang dokumen ini (hanya mengenai hal tersebut! tidak ada permintaan bantuan!) kepada docs@dal.net. Jika anda membutuhkan bantuan tentang hal yang tidak disebutkan di dalam dokumen, harap anda bisa melihat informasi di http://help.dal.net.

Netika DALnet

Panduan ini ditulis untuk memberi kamu suatu gambaran bagaimana menjadi seorang pengguna IRC yang baik di DALnet. Terdapat dokumen lain yang akan memberi panduan lebih mendalam mengenai topik- topik ini. Lokasi dokumen akan diberi supaya anda dapat menambahkan pengetahuan anda.

Terdapat beberapa perkara anda tidak patut lakukan semasa berada di DALnet. Ini termasuk membanjir, pengiklanan massa (termasuk jemputan berleluasa ke suatu channel), penggunaan proksi terbuka (open proxy abuse), klon dan menyalahgunakan perkhidmatan. Untuk informasi lanjut silalah baca http://docs.dal.net/docs/generalid.html .

IRC (Internet Relay Chat) adalah satu petualangan yang amat menarik dan terbuka kepada sesiapa yang mempunyai Perkhidmatan Internet. Terdapat beberapa perkara yang seseorang pengguna itu bisa melakukan untuk menghindari masalah kepada pengguna lain di rangkaian chat. Setiap aktivitas mempunyai etikanya tersendiri termasuk IRC.

Daftar Isi

1 · Nama Samaran Kamu

Apabila anda berbual (chat) di IRC, kamu akan menggunakkan nama samaran di mana orang lain akan mengenali anda dengan. Nama samaran adalah gambaran pertama orang mengenali kamu dengan. Pemilihan nama samaran amat penting. Nama samaran yang mengandungi perkataan lucah (kami tahu perkataan perkataan yang dimaksudkan di sini) atau mengenai aktivitas sulit tidak patut digunakan . Hindari daripada menggunakan jarak dan character tidak biasa.

Anda bisa mendaftarkan nama samaran anda dengan kata laluan untuk menghindari orang lain daripada menggunakannya. Sila rujuk http://docs.dal.net/docs/nickserv.html untuk mengetahui cara mendaftar dan menjaga nama samaran kamu. Anda juga bisa mengunjung channel #Help untuk bantuan.

2 · Memasuki channel

Selepas anda sambung ke DALnet, anda bisa memasuki channel dengan menaip

/join #namachannel (#namachannel adalah channel yang kamu ingin masuk).

Contohnya, jika kamu ingin masuk channel #Help, kamu akan menaip

/join #Help

Adalah amat penting untuk membaca topik sesuatu channel. Biasanya peraturan channel bisa didapati dalam topik channel. Kadangkala, anda akan melihat ucapan daripada bot channel. Kamu mungkin dapat kebijaksanaan channel itu dalam ucapannya itu. Dicadangkan untuk kata 'hai' dan memerhatikan apakah tujuan channel itu dan bagaimana pengguna bertutur. Pastikan ucapan anda pendek dan tidak panjang lebar. Perbualan adalah perbualan biar di IRC ataupun dalam dunia sebenar dan mengganggu perbualan orang tidak patut dilakukan. Jangan sesekali terus menggunakan channel itu dengan tidak bersopan dan/ atau membaca peraturan/ kebijaksanaan channel itu. Ia akan mengakibatkan anda dikenakan larangan (ban) dari channel itu.

Untuk informasi lebih lanjut mengenai memilih channel, sila rujuk "Mencari Channel" yang bisa didapati di http://docs.dal.net/docs/channelsid.html .

3 · Perbualan Channel

Anda harus ingat bahawa orang ramai akan membentukkan pandangan mereka terhadap anda berdasarkan tingkahlaku dan komen jadi eloklah anda memikir sebelum anda mengantar mesej itu. Sekali ia diantar, ia tidak bisa ditarik balik.

Topik dan cara perbualan antara channel tidak sama. Lebih baik untuk kurang bercakap dan memikir apakah yang sedang berlaku di channel itu. Jika kamu tidak suka sesuatu mengenai channel itu, carilah channel lain.

Gunakanlah bahasa yang telah ditetapkan oleh channel itu. Jika perbualan channel itu dalam Bahasa Inggeris, gunakanlah Bahasa Inggeris. Jika perbualannya dalam Bahasa Portugis, gunakanlah Bahasa Portugis. Jangan menetapkan kehendak bahasa anda itu yang bertentang dengan bahasa yang digunakkan di channel itu.

Hindari diri daripada memberi komen kritikal terhadap ejaan atau kemahiran menaip orang lain. Manusia mana yang tidak pernah buat salah.

IRC merupakan satu tempat yang baik supaya orang tidak mengenali diri anda yang sebenar. Hindari diri daripada bertanyakan soalan pribadi atau gambar sehingga anda mengenalinya dengan lebih rapat.

Ada beberapa channel menikmati bermain lagu seperti wav atau mp3, dan ada yang tidak. Tunggu dan perhatikan apa yang dibuat oleh pengguna channel itu sebelum anda menggunakan lagu anda. Jika anda mempunyai beberapa fail x-rated, anda tidak patut menggunakan pemain automatik sehingga kamu pasti ia dibenarkan di channel itu.

Kesenian ASCII adalah amat menarik terutamanya dengan klien IRC baru yang menyokong penggunaan warna. Perhatikan channel itu sebelum menunjukkan kepunyaan anda. Jika kamu tidak pasti, sila tanya terlebih dahulu. Ada beberapa channel yang tidak membenarkan penggunaan warna.

Ada beberapa orang yang suka mengadakan perbualan sulit melalui /msg dan ada yang tidak. Hindari diri anda daripada memulakan perbualan persendirian dengan orang yang tidak dikenali. Berbual dengan mereka terlebih dahulu dalam channel untuk berkenalan.

4 · DCC

Ramai pengguna tidak menikmati menerima fail DCC daripada orang yang tidak dikenali. Tetapkan pilihan DCC anda supaya anda tidak menerima fail itu secara automatik. Virus yang bisa merosakkan data atau menyebabkan fail pribadi anda dilihat/ diaksess oleh orang lain bisa diantar melalui DCC. Sama ada anda tetapkan pilihan tidak menerima DCC atau mempunyai pilihan untuk menerima fail DCC jika perlu. Sila rujuk kepada panduan yang ada untuk klien IRC kamu atau ke channel #mIRC atau mana- mana channel yang dapat membantu anda berdasarkan klien IRC anda.

Jika kamu percaya anda mempunyai virus, sila ke channel #NoHack untuk bantuan.

DALnet mempunyai satu sistem yang menghentikan pengantaran fail dengan virus. Jika anda inginkan fail itu dan ia dihalang, anda bisa menaip

/dccallow + nama pengantar

yang akan membenarkan anda menerima fail itu.

Untuk informasi lanjut tentang virus, sila ke channel #NoHack atau mengunjung http://docs.dal.net/docs/exploitsid.html . Anda juga bisa mendapatkan informasi lanjut daripada http://www.nohack.org .

5 · Operator Channel

Operator channel adalah pengguna yang berada atas sekali dalam senarai pengguna channel dengan tanda @ depan nama samaran mereka. Mereka bertanggungjawab memastikan operasi channel berjalan dengan lancar. Di beberapa channel, ada operator yang mengawal channel itu dengan tegas dan berhak membuat keputusan. Jika kamu tidak pasti sama ada sesuatu yang anda ingin lakukan itu dibenarkan atau tidak, eloklah kalau bertanya terlebih dahulu. Jika seorang pengguna telah melakukan kesalahan, operator channel mempunyai pilihan untuk tendang pengguna keluar dari channel dengan sebab walaupun ia tidak perlu diberikan. Jika pengguna itu masih degil dan berterusan, larangan (ban) bisa dikenakan atas pengguna itu. Sekali lagi ambil perhatian bahawa sebab untuk larangan itu tidak perlu diberikan.

Menjadi seorang operator channel adalah satu keistimewaan yang diberi oleh manajemen channel itu. Jika anda ke channel orang dan meminta status operator adalah sesuatu yang tidak elok dilakukan. Bertanyakan soalan yang sama secara beransur- ansur adalah satu sebab orang tidak inginkan anda berada di channel itu. Jika kamu adalah pengguna aktif di channel itu dan diperhatikan sebagai pengguna baik di channel itu, anda mungkin akan dijemput menjadi seorang operator di channel itu. Kebanyakkan channel bantuan memerlukan anda lulus kuiz atau menjalani latihan khas sebelum anda bisa menjadi seorang operator channel itu.

Operator channel bantuan DALnet tidak melibatkan diri dengan masalah manajemen channel. Sama juga dengan Operator IRC. Masalah ini elok diselesaikan dengan orang yang kamu berselisihan dengan itu. Jika kamu ditendang atau dilarang dari channel itu, anda perlu mengantar /msg kepada operator channel untuk sebab dan jika larangan itu bisa dikeluarkan. Jika anda tidak mendapat sebarang balasan, anggaplah anda dilarang untuk sementara waktu.

Untuk informasi lanjut mengenai larangan channel (channel bans), sila lawat http://docs.dal.net/docs/banguideid.html .

6 · Channel Bantuan

Terdapat beberapa channel bantuan rasmi di DALnet. Anda bisa mendapatkan senarai channel- channel ini di http://help.dal.net . Anda akan mendapati bahawa ada beberapa channel bantuan untuk bantuan dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Sepanyol dan bahasa Jerman. #Help adalah channel bantuan dalam Bahasa Inggeris.

Ada juga channel bantuan yang tidak rasmi tetapi amat berguna di mana- mana rangkaian IRC. Anda bisa tahu kepakaran mereka dengan melalui nama channel itu seperti #mIRCHelp, #HTML-Helpdesk, #newbies dan sebagainya. Jika anda ada sebarang masalah, anda patut tahu channel mana yang anda perlu mengunjung. Jika kamu berada di channel yang salah, anda akan diberitahu channel yang bisa membantu anda.

Apabila anda masuk ke suatu channel bantuan, jangan tanya soalan anda berulang kali. Adakalanya pembantu mungkin sibuk memberi bantuan kepada orang lain dan ini bisa mengakibatkan kekeliruan jika anda terus mengarah untuk bantuan. Jika terdapat sedikit operator yang bertugas, anda perlu tunggu sebelum mendapat bantuan.

Pastikan anda tahu apa yang anda ingin tanya dan anda berada di channel bantuan yang betul. Tanyakan soalan mengenai script di channel #OperHelp yang sepatutnya ditanyakan di channel #mIRC. Pada masa yang sama, pergi ke channel #Macintosh dan bertanyakan soalan yang berkaitan dengan mesej yang anda terima dari MemoServ adalah tidak betul karena channel itu ditugaskan dalam bidang lain.

#OperHelp merupakan channel moderated. Ini bermaksud anda perlu menunggu untuk seorang operator memberikan kamu voice. Jangan mengantar notice atau mesej ke Operator channel itu. Pengguna diberi voice berdasarkan siapa masuk dahulu. Jika kamu mengantar notis dan mesej ke operator channel itu, anda akan ditendang keluar dan perlu menunggu lebih lama.

Anda akan mendapat balasan secepat mungkin. Berikan sedikit masa. Kadangkala, operator channel sibuk memeriksa rekod perkhidmatan. Walaupun anda tidak mendapat jawapan dengan cepat, ia tidak bermaksud orang telah lupakan anda. Bertanyakan soalan berulang kali hanya akan melambatkan proses balasan.

Untuk informasi lebih lanjut mengenai #OperHelp, sila lawat http://help.dal.net dan klik #OperHelp pada bahagian atas laman itu. Anda juga bisa mengunjung laman web bagi channel rasmi dari laman utama itu.

Anda bisa belajar pelbagai perkara semasa berada di channel bantuan. Walaubagaimanapun, perbualan adalah terhad. Sesetengah channel bantuan menghadkan masa anda bisa memerhatikan. #OperHelp tidak membenarkan anda duduk lama melainkan anda benar- benar memerlukan bantuan. Bacalah topik channel itu karena ia mungkin mengandungi peraturan serta kebijaksanaan channel itu. Gangguan berterusan kepada proses bantuan akan menyebabkan anda dilarang (ban) dari channel itu.

7 · Kelecehan/Gangguan Ketenteraman

Kelecehan atau (stalking) bererti seorang pengguna itu ikut anda dari channel ke channel. Gangguan ketenteraman bisa terjadi akibat penggunaan /msg dan lain lain cara mendapatkan perhatian pengguna yang tidak diinginkan oleh pengguna itu. Jika seseorang itu mengganggu anda dan anda menggunakan mIRC, sila gunakan arahan

/ignore nick 3 .

Ini akan menyebabkan orang itu tidak dihiraukan walaupun dia menukar nama samarannya. Jika orang itu menukar sambungannya, anda perlu meletak /ignore nick 3 yang baru.

Anda juga bisa menggunakan

/silence nick

Ini akan menghentikan pengacau itu. Jika kamu terasa gangguan ini adalah satu ugutan, anda bisa menghubungi Pusat Perkhidmatan Internet orang itu. Anda bisa memastikan ini dengan menggunakan arahan /whois nick .

Jika anda melihat semuanya nombor, sila gunakan

/dns nick

untuk melihat jika ia akan memberikan Pusat Perkhidmatan Internet itu. Antarkan salinan kejadian itu dengan informasi pengguna itu kepada abuse@user.net (Pusat Perkhidmatan Internet si pengganggu). Dalam keadaan serius, anda bisa menghubungi perwakilan hukum tempatan di tempat anda untuk bantuan.

8 · Operator IRC

Operator IRC adalah orang- orang yang bertanggungjawab untuk penjagaan pelayan (server) individu dan DALnet secara keseluruhan. Mereka bukannya 'anggota polis' IRC, tetapi mereka akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melakukan sesuatu yang melanggar kebijaksanaan atau mengganggu operasi DALnet. Operator IRC bertugas menjaga pelayan dan memastikan rangkaian DALnet beroperasi sebagai satu unit. Ada juga Operator IRC yang bisa membantu dengan masalah kata laluan. Anda bisa menemui mereka di channel #OperHelp.

Anda tidak bisa "berdaftar" atau mengisi "aplikasi" untuk menjadi seorang Operator IRC. Sila gunakan arahan /motd untuk melihat kebijaksanaan permintaan status Operator IRC. Mendesak untuk menjadi seorang Operator IRC akan menyebabkan nama samaran anda diletak di bawah senarai pengguna yang berjumlah 60,000+. Ia juga bisa mengakibatkan anda dipaksa keluar dari rangkaian tanpa notis jika kamu masih berterusan.

Untuk informasi lebih lanjut, sila lawat http://help.dal.net/dnh/oper.php atau http://ahnberg.pp.se/ircop.html . Jika anda ingin tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan seorang Operator IRC, sila lawat http://docs.dal.net/docs/findoperid.html .