Manual Putus Jaringan

Versi 1.0.0


Terjemahan terakhir oleh PJKevin () pada 2003-12-17

Penulis asal Mystro () pada 2000-10-01

Sila hantar maklum balas dan komen mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan) kepada docs@dal.net. Jika anda memerlukan bantuan mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila rujuk kepada http://help.dal.net.

Pengenalan

Netsplit atau dikenali sebagai putusan jaringan merupakan sesuatu fenomena yang tidak dapat dielakkan dalam IRC. Oleh kerana IRC memerlukan Internet, IRC bergantung kepada keadaan Internet dalam apa- apa keadaan sekalipun. Apabila sambungan dua atau lebih pelayan terputus (apa- apa tujuan sekalipun), maka telah berlakunya putusan jaringan. Dalam dokumen ini, saya akan menerangkan mengapa keadaan ini berlaku, bagaimana ia diselesaikan dan perkara yang perlu dilakukan dan tidak patut dilakukan semasa berlaku putusan jaringan.

Kandungan

1 · Apakah itu putusan jaringan?

Putusan jaringan berlaku apabila sambungan 2 atau lebih pelayan terputus. Apabila keadaan ini berlaku, rangkaian akan terpecah kepada dua bahagian yang berasingan. DALnet mempunyai banyak pelayan dimana ia terbahagi kepada 2 jenis pelayan iaitu hub dan dedaun. Apabila kesemua pelayan itu disambungkan antara satu sama lain, ia akan membentukkan satu rangkaian jaringan yang terdiri daripada pelayan.

Cara terbaik saya akan menggunakan dalam penerangan saya ialah anda boleh menggambarkan sebuah pokok besar. Pokok itu mempunyai banyak cabang dan pada setiap cabang, ada daun. Apabila berlakunya putusan jaringan, cabang atau dedaun akan terputus dari rangkaian.

Apabila perkara ini berlaku, rangkaian itu bukannya satu tetapi menjadi 2 bahagian yang berasingan. Satu bahagian dengan beberapa buah pelayan dan satu bahagian lagi dengan bilangan pelayan yang kurang yang tidak tersambung dalam apa keadaan sekalipun.

Jika anda terasa keliru, cuba bayangkan sebuah pokok. Jika salah satu cabangnya jatuh, pokok itu masih ada dengan cabangnya yang lain tetapi kehilangan satu cabang yang telah jatuh bersama dengan daun yang ada pada cabang itu. Apabila ia berlaku, mereka tidak boleh berinteraksi antara satu sama lain. Di bawah ini adalah satu contoh yang akan menerangkan secara jelas.

Contoh #1

Hub1------------Hub2
 |               |
 |-Daun1         |-Daun4
 |-Daun2         |-Daun5
 |-Daun3         |-Daun6

Dalam contoh ini, 2 hub bersambung antara satu sama lain dimana setiap hub memegang 3 pelayan yang lain. Lain kata, 8 pelayan tersambung antara satu sama lain secara langsung dan tidak langsung dan apa yang berlaku di satu pelayan akan berlaku pada pelayan lain.

Contoh #2

Hub1            Hub2
 |               |
 |-Daun1         |-Daun4
 |-Daun2         |-Daun5
 |-Daun3         |-Daun6

Dalam rajah di atas, anda dapat lihat bahawa kedua- dua hub itu tidak bersambung lagi dan hub- hub itu masih memegang 3 pelayan setiap satu dan tidak mempunyai komunikasi antara pelayan pelayan yang terputus di hub berlainan itu.

Contoh #3)

Hub1-----------Hub2
 |              |
 | Daun1        |-Daun4
 |-Daun2        |-Daun5
 |-Daun3        |-Daun6

Di sini, kedua- dua hub bersambung antara satu sama lain tetapi Hub#1 kehilangan satu pelayan. Pelayan ini mungkin masih beroperasi tetapi tidak berhubung dengan Hub#1 maka pengguna tidak dapat melihat apa yang sedang berlaku.

2 · Apa yang dilihat oleh pengguna?

  • Apabila sesuatu pelayan terputus, pengguna di setiap bahagian yang terputus akan melihat pengguna lain hilang. Mesej Quitnya akan ditunjukkan seperti "server1.xx.xx.dal.net server2.xx.xx.dal.net", dimana server1 dan server2 adalah pelayan yang terputus daripada satu sama lain. Walaubagaimanapun, mesej Quit adalah berbeza dari klien ke klien.

    Contoh #1)

    Mystro (mystro@mystro.canshell.com) Quit (liberty.nj.us.dal.net Vader.ny.us.dal.net )

    dimana Vader adalah pelayan Mystro sedang berada dan Liberty adalah pelayan yang anda sedang berada.

    Walaubagaimanapun, Mystro yang berada di sebelah Vader akan melihat sesuatu seperti berikut:

    WhateverNick (someperson@someisp.com) Quit (Vader.ny.us.dal.net liberty.nj.us.dal.net)

    dimana Liberty adalah pelayan yang anda berada dan Vader adalah pelayan yang Mystro sedang berada.

    (Ambil perhatian bahawa Vader adalah hub DALnet dan tidak membenarkan sambungan luar. Di sini saya menggunakannya untuk tujuan demonstrasi sahaja).

    Contoh #2)

    Vader----------------Hub2
     |                    |
     |-Liberty            |-Daun4
     |-Daun2        	  |-Daun5
     |-Daun3        	  |-Daun6
    

    Rajah di atas sebenarnya menerangkan masalah ini dengan lebih jelas. Pengguna yang berada di pelayan Liberty akan lihat seperti Vader telah terputus dari mereka dan yang berada di Vader akan melihat seperti Liberty telah terputus dari mereka.

  • Jika berlakunya putusan jaringan dimana 2 atau lebih hub terputus, pengguna akan melihat hub hub dimana pelayan itu sedang berada.

    Contoh #1)

    Vader.ny.us.dal.net and Journey.ca.us.dal.net telah terputus. Vader masih memegang pelayan Liberty dan Journey memegang pelayan- pelayan lain. Anda akan melihat mesej Quit seperti berikut:

    Mystro (mystro@mystro.canshell.com) Quit (Vader.ny.us.dal.net Journey.ca.us.dal.net)

    dan sebaliknya di sebelah pula.

    Contoh #2)

    Rajah di bawah menunjukkan situasi atas:

    Vader           Journey
     |                 |
     |-Liberty         |-Daun1
                       |-Daun2
                       |-Daun3
    

    Dalam contoh ini anda akan melihat bahawa Vader telah terputus daripada Journey dimana Liberty masih tersambung kepada Vader dan yang lain telah terputus daripada rangkaian. Dalam kes ini, saya dapat lihat bahawa Vader dan Journey telah terputus dan bukannya Journey dan Liberty.

  • Akhirnya, apabila pelayan- pelayan itu disambungkan semula, anda akan melihat satu banjir pengguna masuk dan mod mod channel diubah dan ditetapkan semula seperti asal sebelum putusan jaringan itu.

    Contoh:

    [16:22] *** user1 (user1@blah.com) has joined #blah

    [16:22] *** user2 (user2@blah.com) has joined #blah

    [16:22] *** user3 (user3@blah.com) has joined #blah

    [16:22] *** user4 (user4@blah.com) has joined #blah

    [16:22] *** user5 (user5@blah.com) has joined #blah

    [16:22] *** liberty.nj.us.dal.net sets mode: +ovvv user1 user2 user3 user4

    Ini adalah apa yang akan berlaku setelah pelayan itu disambung balik semula. Pelayan yang mengubah mod- mod channel adalah pelayan yang terputus daripada jaringan dan tersambung semula.

3 · Bagaimana masalah ini diselesaikan

Di sinilah Operator IRC memainkan peranan penting. Apabila putusan jaringan berlaku, mesej global akan dihantar oleh pelayan IRC itu menyatakan bahawa terjadinya putusan jaringan dengan sebab- sebabnya. Operator IRC akan cuba menyambung dua atau lebih pelayan itu semula kepada rangkaian. Jika gagal untuk bersambung, Operator IRC akan cuba membuat routing semula kepada hub- hub lain yang mempunyai line C/N (sambungan pelayan dimana anda tidak boleh menyambung pelayan jika line C/N tidak ada) bagi pelayan itu.

4 · Perkara yang perlu dibuat dan dielakkan semasa putus jaringan.

  • Cara yang terbaik dalam situasi ini adalah untuk bersabar dan tunggu sehingga pelayan- pelayan itu bersambung balik semula.

  • JANGAN sesekali menyambung kepada pelayan yang terputus untuk mendapatkan status operator channel. Ini adalah kerana, anda tidak boleh mendapat status operator channel apabila berlakunya putus jaringan. Apabila pelayan terputus itu bersambung semula, anda akan dideop secara automatik. Orang lain akan memandang kamu dengan cara yang tidak baik.

  • Jika anda berhasrat untuk menukar pelayan anda, pastikan anda menyambung ke pelayan yang mempunyai bilangan pengguna yang ramai. Dicadangkan untuk menggunakan nama samaran yang lain jikalau pelayan itu tidak stabil atau "lag" dan masih merekod anda sebagai masih berada di pelayan terputus itu. Seperti yang saya kata tadi, adalah lebih baik untuk menunggu untuk keadaan pulih semula seperti biasa.

  • Jangan mengusik atau mengganggu Operator IRC jika anda melihat putusan jaringan. Jika mereka aktif, mereka juga telah lihat keadaan itu dan akan mengambil tindakan secepat mungkin dan jika sebaliknya, mengganggu mereka tidak akan mengubah keadaan.

5 · Glossari

IRC

IRC adalah singkatan untuk Internet Relay Chat yang membenarkan beribu- ribu pengguna Internet sepeti kita berkomunikasi serentak dimana- mana saja sekeliling dunia.

Operator IRC

IRCOp ataulebih dikenali sebagai Operator IRC adalah seorang pengguna yang mempunyai aksess istimewa pada pelayan IRC itu yang membantu menjaga pelayan, membaiki putusan jaringan dan mengambil tindakan terhadap pengguna yang bermasalah. Mereka bukan polis IRC "IRC COp" atau polis mIRC "mIRC Cop". Mereka adalah manusia seperti kami juga yang membantu menjaga ketenteraman pelayan dan rangkaian.

Hub dan dedaun

Hub adalah pelayan yang biasanya menyambung 2 atau lebih pelayan untuk membentukkan satu jaringan. Dedaun pula tidak boleh menyambung lebih daripada satu pelayan dan biasanya disambungkan kepada hub.

6 · Kesimpulan

DALnet cuba sedaya upaya untuk menyenangkan pengguna semasa bersambung ke rangkaian IRC DALnet. Jika berlakunya putusan jaringan, Pentadbir DALnet akan cuba menyelesaikannya secepat mungkin. Malangnya, tiada rangkaian IRC yang tidak pernah dialami masalah putusan jaringan, dan apabila ia berlaku, kami menasihati anda supaya bersabar dan menunggu sehingga keadaan pulih semula :)