Senarai Akses NickServ

Versi 1.2.2


Terjemahan terakhir oleh PJKevin () dan eDdYk0nG () pada 2006-09-09

Revisi terakhir oleh eDdYk0nG () pada 2007-04-27

Penulis asal quen () pada 1996-02-09

Sila hantar maklum balas dan komen mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan) kepada docs@dal.net. Jika anda memerlukan bantuan mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila rujuk kepada http://help.dal.net.

Pengenalan

Panduan ini akan menerangkan bagaimana mengawal dan cara penggunaan nama samaran anda di DALnet. Cara pengawalan nama samaran yang saya maksudkan di sini adalah melalui senarai Akses NickServ atau dengan mengenalkan nama samaran anda dengan NickServ setiap kali anda menyambung ke DALnet.

Jika anda belum lagi memilih dan mendaftarkan nama samaran anda dengan NickServ, sila lakukannya terlebih dahulu - Baca Soalan 1.2 "How do I register my nick" dalam Soalan Umum Perkhidmatan sebelum anda teruskan dengan ini.

2 perkara yang anda perlu ambil perhatian di sini ialah, apabila saya memberi arahan seperti

/nickserv identify kata_laluan

/nickserv identify apple

Arahan- arahan perkhidmatan bermula dengan alias /nickserv atau /chanserv untuk tujuan keselamatan. Jika klien anda tidak menerima arahan ini, gunakanlah /quote nickserv atau /msg NickServ@services.dal.net .

Kandungan

1 · Mengapa kita perlu mengetahui maklumat ini?

DALnet menggalakkan anda membaca panduan ini kerana:

Jika NickServ sentiasa menanyakan kata laluan anda dan anda telah bosan dengan permintaan ini, anda boleh menyelesaikan masalah ini dan dokumen ini akan menerangkan cara- caranya.

Jika anda ingin membenarkan orang lain menggunakan nama samaran anda. Walaupun anda mungkin memandang perkara ini dengan ringan, anda boleh mengalami pelbagai masalah yang mungkin serius dan mungkin ringan.

Jika mask Akses anda terlalu luas dan memberi Akses kepada pengguna lain, mereka boleh mendapat Akses AOP, SOP atau founder di channel- channel yang anda mempunyai Akses ini.

Terdapat satu rumusan yang anda boleh membaca di bahagian 10 , yang menerangkan cara- cara yang betul memasukkan Akses ke dalam senarai Akses nama samaran anda.

2 · Apakah itu senarai Akses?

Senarai Akses nama samaran adalah senarai alamat yang anda dikenali sebagai pengguna nama samaran berdaftar tanpa keperluan mengenalkan diri anda. Ia boleh terdiri daripada alamat atau masks yang sepadan dengan sekumpulan alamat.

Terdapat pelbagai cara pengguna itu boleh menggunakan nama samaran berdaftar.

Berikut adalah satu rumusan apa yang berlaku apabila anda sambung atau menukar nama samaran.

  1. NickServ akan memeriksa sekiranya nama samaran itu adalah berdaftar atau tidak. Jika tidak, anda boleh menggunakan nama samaran itu.

  2. NickServ akan memeriksa nama pengguna dengan host "sesuatu@daripada.com" (sebahagian maklumat yang anda dapat melalui arahan /whois). Jika terdapat padanan, NickServ menganggap anda adalah pemilik nama samaran itu dan tidak mengambil apa- apa tindakan.

  3. NickServ akan menghantar amaran menerangkan nama samaran itu berdaftar dan jika itu adalah nama samaran anda, untuk mengenalkan kepada perkhidmatan melalui arahan /nickserv identify kata_laluan . Jika tidak, anda tidak ada Akses untuk membaca memo atau Akses sebagai AOP di channel dan sebagainya.

  4. Sekarang perkara ENFORCE telah ditetapkan kepada biasa selepas selesai pendaftaran nama samaran. Jika ENFORCE nama samaran diaktifkan, NickServ akan menukarkan nama samaran anda kepada nama samaran GUEST 60 saat kemudian, kecuali dikenalpasti dengan menggunakan kata laluan (lihat bawah). Jika ENFORCE nama samaran tidak diaktifkan, anda dibenarkan untuk terus menggunakan nama samaran itu, dengan nota yang sama dengan apa yang diberitahu tadi. (untuk maklumat lanjut mengenai perkara ENFORCE sila rujuk soalan perkhidmatan FAQ 1.3 ENFORCE , "How do I stop others from using my registered nickname?"

  5. Jika anda menaip arahan /nickserv identify password , anda mendapat Akses lengkap yang ditetapkan untuk nama samaran itu setelah kata laluan anda diterima.

Jika ia mengelirukan, anda boleh merujuk kepada maklumat di bawah yang menerangkannya dengan perspektif yang lain; seorang pengguna itu menggunakan nama samaran berdaftar jika:

  1. Alamat [username dan hostname] sepadan dengan yang ada dalam senarai Akses nama samaran itu.

  2. Mereka mengenalkan diri kepada NickServ cara manual dengan arahan /nickserv identify password .

  3. Opsyen ENFORCE tidak aktif bagi nama samaran itu dan pengguna nama samaran itu menggunakannya.

  4. Opsyen ENFORCE adalah aktif [dalam kes ini pengguna itu boleh menggunakan nama samaran itu untuk 60 saat sahaja].

(Hanya dalam situasi 1 dan 2 pengguna itu adalah pemilik nama samaran itu dengan sebenar dan mempunyai Akses kepada memo, melihat penetapan nama samaran dan keistimewaan yang ada untuk nama samaran bagi channel- channel tertentu. Anda perlu mengenalkan kepada NickServ untuk menukar penetapan untuk nama samaran itu, situasi 2.)

Anda dapat melihat di sini bahawa, senarai Akses digunakan untuk kemudahan anda asalkan anda menggunakan Pusat Perkhidmatan Internet (ISP) yang sama, anda tidak perlu menaip kata laluan setiap kali anda menggunakan nama samaran anda.

3 · Bagaimana nama pengguna dan nama host ditambah dalam senarai Akses?

Terdapat 2 cara untuk menambah nama pengguna dan nama host dalam senarai Akses:

  1. Anda boleh menambakannya sendiri dengan menggunakan arahan /nickserv access add mask (sila rujuk di bawah)

  2. Apabila anda mendaftarkan nama samaran anda, nama pengguna dan nama host yang anda guna pada masa itu akan ditambah dalam senarai Akses secara automatik. (anda mungkin hendak membuangya; sila teruskan membaca.)

4 · Bagaimana saya boleh mengubahsuaikan senarai Akses saya?

Berikut adalah arahan- arahan untuk mengubahsuaikan senarai Akses nama samaran anda. Anda perlu mengenalkan kepada NickServ menggunakan /nickserv identify kata laluan sebelum menggunakan arahan ADD dan DEL.

Setelah anda menggunakan arahan- arahan itu, NickServ akan membalas menyatakan sama ada ia menerima arahan itu atau tidak.

Jika anda tidak mendapat sebarang balasan, mungkin terdapat masalah "lag", dan anda perlu bersabar. Jika anda mendapat mesej seperti NickServ- no such nick/channel atau Services is currently down. Please wait a few moments, and try again. , maka NickServ tidak beroperasi pada masa itu dan anda dinasihatkan untuk mencuba balik kemudian.

/nickserv access list

Menaip arahan ini akan menyenaraikan semua rekod dalam senarai Akses nama samaran anda.

/nickserv access add mask

Menaip arahan ini dengan menggantikan "mask" dengan user@host anda akan menambahkan user host anda ke dalam senarai Akses nama samaran anda supaya orang yang mempunyai user host yang sepadan dengan pengguna nama samaran itu tidak perlu mengenalkan kepada perkhidmatan.

/nickserv access del mask

Jika salah satu daripada daftar yang dimasukkan ke dalam senarai Akses nama samaran, tidak selamat atau tidak diperlukan, anda boleh menggunakan arahan di atas.

5 · Kebaikan dan keburukkan menambahkan user host dalam senarai Akses

Walaupun menggunakan senarai Akses ini lebih menyenangkan, ia adalah lebih selamat jika anda menggunakan cara manual iaitu dengan mengenalkan diri anda dengan NickServ. Keselamatan nama samaran anda adalah lebih penting daripada kesenangan anda.

Ambil perhatian juga bahawa jika orang lain dapat menggunakan nama samaran anda, mereka tidak dapat menggunakan arahan kritikal seperti DROP atau SET PASSWD. Arahan penukaran kata laluan atau melupuskan nama samaran memerlukan pengenalan kepada NickServ dengan kata laluan terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun, jika keadaan ini berlaku pengguna itu dapat membaca dan menghantar memo menggunakan nama samaran anda dan juga mendapat status operator seperti (AOP, SOP dsb). Mereka juga boleh mendaftarkan channel bawah nama samaran anda.

Jika anda mengambil keputusan untuk tidak menggunakan senarai Akses nama samaran anda, sila baca dan ikut arahan- arahan yang diberi. Bahagian- bahagian berikut akan menerangkan tentang penggunaan senarai Akses nama samaran anda.

Untuk menosongkan senarai Akses nama samaran, lakukan perkara- perkara berikut:

  1. Taip /nickserv identify password (where "password" is the password for your nick)

  2. Taip /nickserv access wipe

Setelah anda mengosongkan senarai Akses nama samaran anda, anda perlu mengenalkan diri anda kepada NickServ setiap kali anda menyambung ke DALnet. Untuk melakukan ini, silalah taip:

/nickserv identify password

Jangan menggunakan skript pengenalan automatik. Adalah amat senang untuk menyambung kepada rangkaian IRC lain dan anda lupa menutup skript itu. Di rangkaian itu, mungkin seorang pengguna menggunakan nama samaran NickServ untuk tujuan mencuri kata laluan. Masalah yang lain pula ialah perkongsian skript dengan tidak membuang kata laluan anda. Ini merupakan satu perkara yang merbahaya dan banyak kali berlaku kepada pengguna DALnet.

Jika anda telah mengosongkan senarai Akses nama samaran anda, dianggap anda tidak ingin menggunakan senarai Akses. Bahagian- bahagian yang berikutnya adalah untuk mereka yang ingin menggunakan senarai Akses sahaja.

6 · Nama pengguna dan Nama host

Dalam pemilihan hostmask untuk anda adalah untuk menyambung ke DALnet dan lakukan arahan /whois dan lihat maklumat yang terpapar seperti:

YourNick is ~user@009-443.provider.com * Your Silly Message
[etc]

atau:

*** YourNick is ~user@009-443.provider.com (Your Silly Message)

Bahagian yang penting ialah the ~user@009-443.provider.com . Semua klien IRC akan memaparkan maklumat ini.

Sebelum kita mula: jika maklumat yang anda dapat adalah seperti ~user@124.45.230.123 - i.e. 4 kumpulan nombor, sila rujuk bahagian 8 dalam panduan ini.

6.1 The username (nama pengguna)

Nama pengguna atau username adalah sebahagian daripada alamat tersebut iaitu "~user". Dalam kes ini, kita dapat perhatikan bahawa ia dibahagi kepada dua bahagian lagi iaitu "~" yang menandakan anda tidak mempunyai pelayan ident dan "user" iaitu nama pengguna itu.

Melainkan anda menggunakan Unix atau sistem komputer jenis VMS seperti di universiti, atau anda menggunakan ISP tertentu, anda mungkin sekali boleh menukar nama pengguna anda kepada apa yang anda ingin. [Nota: mIRC memanggil nama pengguna 'email address'.]

Dalam contoh yang saya berikan, pengguna itu belum menukar nama penggunanya daripada penetapan defa;lt program yang diguna iaitu "user". Perkara ini banyak berlaku tetapi patut dielakkan. Anda harus menggunakan nama pengguna yang lain supaya tidak semua menggunakan nama pengguna yang sama.

(Apabila anda memilih nama pengguna, anda boleh menggunakan nama pengguna yang anda daftar dengan ISP anda melainkan anda tidak mahu pengguna lain mengetahui alamat email anda. Jika tidak, gunakan nama pengguna yang berbentuk alpha numeric "abjad dan huruf" dan dalam satu perkataan sahaja. Penggunaan simbol lain boleh menimbulkan masalah.)

Jika anda menukar nama pengguna anda, anda perlu menyambung semula (eloklah jika anda menutup dan membuka klien itu semula dan lakukan arahan /whois sekali lagi.

Anda perlu tahu nama pengguna anda untuk memilih mask yang betul.

6.2 The hostname (nama host)

Nama host bagi pengguna yang telah dinyatakan di atas ialah "009-443.provider.com". Ini menunjukkan bahawa ISP pengguna itu ialah "provider.com" (yang saya telah reka), dan pengguna itu sedang menggunakan mesin itu di talian yang diwakili dengan nombor 009-443.

Nama host ini adalah host dinamik . Host dinamik termasuk nombor atau kod awalan yang berubah setiap kali anda bersambung ke ISP (memulakan sesi Internet).

Ada beberapa nama host (contohnya untuk syarikat atau institusi) yang menggunakan nama host may be statik - yang bererti kekal dan tidak berubah. Anda boleh mencuba ini sendiri tetapi sebagai panduan am, jika Akses internet anda memerlukan anda dail melalui talian telefon domestik, kemungkinan besar ia adalah nama host dinamik. Nama host mempunyai nombor atau kod ganjil pada permulaan; nama host dinamik pula biasanya adalah perkataan biasa tetapi boleh termasuk nombor juga.

Berikut adalah beberapa contoh nama host statik:

spelt-lib.demon.co.uk

altair.dur.ac.uk

quilt.usn.blaze.net.au

puree.ugcs.caltech.edu

dan disini pula nama host dinamik:

ppp96.sagelink.net

one-pm30.norwich.net

ip022.phx.primenet.com

pc38.bgmoess-klu.ac.at

Untuk mengelirukan anda, nama host statik juga boleh mengandungi nombor. (Contoh cm001-13.dur.ac.uk) - jika anda khuatir dan tidak pasti, anggaplah ianya sebagai host dinamik.

Anda perlu tahu jenis host anda sebelum menaip alamat itu dalam senarai Akses anda.

7 · Penerangan Address Mask

Pertama, saya akan menerangkan apa yang dimasukkan ke dalam address mask dan apa yang tidak . Ia tidak termasuk bahagian *! yang anda mungkin lihat dalam mask sekatan 'ban'. Ia juga tidak boleh mengandungi ~ pada awalan nama pengguna yang terpapar pada output /whois. Jika anda menyertakan salah satu atau kedua- duanya, ia tidak akan berfungsi.

Address mask boleh digunakan dalam 2 cara.

7.1 Sebenar

Contohnya:

peter@orion.dur.ac.uk

Penggunaan mask "orion.dur.ac.uk" dengan nama pengguna (Email bagi klien mIRC) "peter" akan menyebabkan sesiapa yang mempunyai padanan tersebut tidak perlu mengenalkan dirinya dengan NickServ.

7.2 Penggunaan Wildcard

Wildcard adalah simbol * yang mewakili apa- apa huruf atau nombor atau apa apa saja dalam penyata hostmask pengguna itu.

Contohnya:

"for*"

akan mempunyai padanan dengan "forest", "fortune", "for" - apa- apa yang bermula dengan 3 huruf "for".

"*st"

akan mempunyai padanan dengan "forest", "best", "Bucharest" - apa- apa yang diakhiri dengan dua huruf "st".

"f*st"

akan mempunyai padanan dengan "forest", "frost", "fst", "fast" - apa- apa yang bermula dengan "f" dan berakhir dengan "st".

"f*s*t"

akan mempunyai padanan dengan "forest", "foresight", "frost" - apa- apa yang bermula dengan "f", akhir dengan "t", dan mempunyai "s" di bahagian tengah.

Jika anda masih tidak faham, jangan risa. Anda tidak semestinya mengikut corak yang dinyatakan dalam contoh- contoh tadi.

Kemungkinannya seorang pengguna akan menggunakan address hostnya seperti:

CuteElf@*.netcom.com

Ini akan membenarkan sesiapa dengan nama pengguna "CuteElf" dengan host yang berakhir dengan ".netcom.com" mendapat Akses kepada nama samaran itu (Oleh kerana setiap pengguna NetCom berakhir dengan "netcom.com", penggunaan address host ini tidak digalakkan.)

7.3 Bagaimana memilih address mask yang bersesuaian untuk diri anda?

Anda telah tahu nama pengguna dan nama host serta menentukan sama ada ia adalah host dinamik atau statik. Apakah yang anda perlu lakukan sekarang?

Jika nama host anda terdiri daripada 4 set nombor, anda perlu rujuk kepada bahagian 8 , yang akan menerangkan cara- cara menggunakan senarai Akses dalam situasi ini.

7.4 Jika anda mempunyai alamat statik

Cara yang sesuai untuk memasukkan host dalam senarai Akses dalam keadaan ini ialah:

username@hostname

Contohnya, jika saya diberi alamat statik seperti yang saya telah nyatakan dalam contoh awal tadi, saya akan menggunakan:

user@009-443.provider.com

7.5 Jika anda mempunyai alamat dinamik

Di sinilah kita mempunyai sedikit komplikasi. Anda perlu menggunakan wildcard * pada bahagian host yang berubah. Contohnya:

username@*.bahagian-host-yang-tidak-berubah

Sebagai contoh, satu mask yang sesuai untuk situasi tadi ialah:

user@*.provider.com

Jika 009 adalah tetap dan 443 berubah setiap kali pengguna itu bersambung, mask itu lebih elok ditetapkan sebagai:

user@009-*.provider.com

8 · Nama Host bernombor

Kadangkala, nama host tidak seperti nama ISP (dalam perkataan):

username@A56.myprovider.com

tetapi dalam bentuk 4 kumpulan angka:

username@154.43.68.56

Kumpulan nombor atau lebih dikenali sebagai - IP address - adalah alamat sebenar pengguna itu.

Sebab- sebab mengapa nama host anda keluar sebagai angka adalah kerana terdapat 'lag' antara ISP anda dengan pelayan IRC yang anda menyambung. Dalam kes ini, pelayan IRC itu tidak dapat balasan kepada "name lookup" dalam suatu tempoh masa dan jatuh balik kepada nombor- nombor itu.

Anggap anda menyambung ke pelayan IRC dan mendapati nama host anda dalam bentuk nombor. Anda boleh menyambung kepada pelayan IRC itu semula atau menggunakan pelayan lain. Jika anda menggunakan pelayan yang berhampiran dengan lokasi geografi anda, perkara ini tidak mungkin berlaku. Anda tidak seharusnya menambahkan IP Address anda kepada senarai Akses itu oleh kerana ia keluar sebagai nombor hanya sekali saja.

Jika nama host anda keluar sebagai nombor kerap kali, anda bolehlah menambahkannya kepada senarai Akses nama samaran anda. Nama host bernombor lebih senang ditambah berdasarkan konteksnya.

Seperti dengan nama host am, anda perlu tahu sama ada ia adalah statik atau dinamik. Jika ia statik, maka ia adalah kekal dan sebaliknya jika ia adalah dinamik. Untuk memastikannya, anda boleh mengubungi beberapa kali ke Internet dan lihat IP Address anda dan perhatikan alamat IP anda. Anda juga boleh menganggapnya sebagai dinamik jika ia adalah daripada akaun dialup.

Jika ia adalah dinamik, anda perlu menggunakan:

/nickserv access add username@154.43.68.*

dimana username "nama pengguna" dan 3 kumpulan angka pertama menentukan angka kekal dalam output /whois dan * adalah pembolehubah.

Jika nama host adalah statik, anda tidak perlu menggunakan wildcard * tetapi menyatakan nombor itu. Dalam contoh saya:

/nickserv access add username@154.43.68.56

9 · Peringatan dan panduan keselamatan

Jika anda ingin cara yang selamat untuk mengawal nama samaran anda

Kosongkan senarai Akses nama samaran itu dan gunakanlah arahan:

/nickserv identify password

setiap kali anda menyambung ke DALnet (Sila rujuk bahagian 5 panduan ini.)

Jika ia adalah alamat statik

Jika anda bernasib baik, alamat IP anda tidak akan berubah. Oleh yang demikian, anda hanya perlu memasukkan username@hostname tanpa penggunaan wildcard *.

Buang mask- mask lama anda daripada senarai Akses tersebut.

Oleh kerana ia adalah statik dan kekal, dan orang lain tidak akan mendapat alamat IP yang sama, pengguna lain tidak dapat menggunakan nama samaran anda.

Jika ia adalah alamat dinamik

Kebanyakkan pengguna menggunakan alamat IP dinamik yang tidak kekal dan boleh digunakan oleh pengguna lain. Ini boleh menimbulkan masalah dan dinasihatkan untuk menggunakan senarai Akses anda dengan teliti.

Mask pengguna itu perlu termasuk nama pengguna anda dan seberapa bahagian nama host anda (kesemua bahagian yang tidak berubah). Contohnya, semasa saya menggunakan Netcom, mask sebenar yang telah berada dalam senarai Akses oleh NickServ ialah membenarkan pengguna Netcom menggunakan nama samaran anda (dengan syarat mereka menggunakan nama samaran yang ditetapkan bersama mask Akses saya. Jadi saya menggantikan nama host saya dengan pengguna Netcom yang berada dalam lingkungan Seattle, WA untuk menggunakan nama samaran saya.

Seperti yang anda boleh perhatikan, apabila anda memiliki IP dinamik, penggunaan mask Akses membenarkan sekumpulan pengguna menggunakan nama samaran anda dan ia tidak selamat. Jika anda tidak puas hati, anda boleh mengosongkan semua senarai Akses nama samaran dan mengenalkan diri anda kepada NickServ setiap kali anda menyambung ke DALnet.

Ambil perhatian bahawa sesiapa yang mempunyai padanan dengan senarai Akses nama samaran anda boleh mendapatkan status operator serta menghantar dan membaca memo. Walaubagaimanapun, mereka tidak dapat mengubah penetapan nama samaran anda yang memerlukan pengenalan melalui kata laluan kepada NickServ.

Jika anda menukar ISP anda

Dalam kes ini, anda perlu menambahkan nama host baru dan membuang mask- mask yang tidak diperlukan lagi.

Jika anda memiliki lebih daripada satu akaun Internet

Anda mungkin akan menambahkan mask tambahan mengikut bilangan akaun internet yang anda miliki.

Jangan meletakkan mask Akses secara luas dalam senarai Akses anda

JANGAN meletakkan *@* dalam senarai Akses atau yang lain seperti *@*.net, *@*.com, *@*.uk, dsb, yang boleh memberi Akses luas kepada pengguna lain secara luas.

Cuba gunakkan bilangan tata Akses dengan terhad

Anda perlu mengambil perhatian menjaga keselamatan nama samaran anda dengan cadangan 1 mask Akses bagi setiap akaun yang anda miliki.

Jika anda mendapati pengguna yang cuba mencuri nama samaran anda

Kadangkala anda akan menghadapi masalah pengguna lain yang ingin mendapatkan nama samaran anda. Di sinilah anda perlu melaporkan hal ini kepada seorang CSOp kerana CSOp sajalah yang boleh membantu anda dalam hal kata laluan.

Oleh kerana sistem penghantaran kata laluan melalui arahan SENDPASS, jarang sekali seorang pengguna perlu merujuk kepada seorang CSOp. Jika anda masih khuatir, anda memberitahu seorang CSOp dengan menetapkan mask palsu seperti:

ATTENTION@dont.give.out.my.pass.to.anyone

atau

ATTENTION@only.send.my.password.by.email

Anda tidak sepatutnya menggunakan cara ini melainkan anda benar pasti seseorang itu ingin mencuri nama samaran anda. Jika sedemikian, seorang CSOp tidak akan memberi kata laluan itu kepada sesiapapun termasuk anda.

Jika anda menggunakan host "only send my password by email" (hantarkan kata laluan saya melalui email sahaja), jangan lupa mengemaskinikan alamat email anda (sila rujuk /nickserv help set email ).

10 · Rumusan

Berikut adalah cara yang betul untuk mendapat senarai Akses yang baik

  1. Taip /nickserv access list

  2. Taip /nickserv access wipe

  3. Jika anda ingin menggunakan cara yang lebih menjaminkan keselamatan nama samaran anda, kosongkan senarai Akses nama samaran itu dan gunakkan arahan /nickserv identify password setiap kali anda menyambung ke DALnet. (Nota: Arahan pendek bagi mengenalkan kepada perkhidmatan ialah, /identify password , yang amat berguna juga kepada pengguna.)

  4. Taip arahan /whois Nama_Samaran_Anda (gantikan Nama_Samaran_Anda dengan nama samaran anda yang sebenar). Hasilnya sepatutnya ditunjukkan seperti:

    YourNick is youruser@stupidnumber.hostname * Your silly message

  5. Jika anda mempunyai nombor selepas tanda @, dan ia adalah host dinamik, sila gunakan arahan /nickserv access add youruser@*.hostname (menggantikan "youruser" dan "hostname" dengan nilai sebenar.)

    Jika ia tidak menunjukkan nombor maka ia boleh dianggap sebagai host statik. Hasil yang sepatutnya ditunjukkan seperti berikut:

    YourNick is youruser@hostname

    Dalam kes ini, anda akan menaip arahan /nickserv access add youruser@hostname (menggantikan "youruser" dan "hostname" dengan nilai sebenar.)

  6. Tahniah! Anda telah selesai mempelajari senarai Akses NickServ dan penggunaannya.