Perkhidmatan Pengacara Web DALnet

Versi 1.1.1


Translasi terakhir oleh eDdYk0nG () pada tgl 2007-05-06

Revised terakhir oleh eDdYk0nG () pada tgl 2007-05-06

Ditulis pertama kali oleh sTompsy () pada tgl 2000-11-25

Segala komentar atau feedback tentang dokumen ini (hanya mengenai hal tersebut!

Pengenalan

Dokumen ini memberi garis panduan bagaimana Pengacara web berfungsi. Ia terdiri daripada home.dal.net dan channels.dal.net.

DALnet membenarkan penggunanya membina situs yang didedikasikan untuk nama samaran mereka atau channel mereka dengan percuma. Setiap nama samaran dan channel mempunyai had 5MB.

Daftar Isi

1 · home.dal.net

Amat dikesali, situs percuma home.dal.net menjadi satu beban untuk diteruskan pada revisi terakhir. Sehingga kini, DALnet belum buat keputusan untuk menentukan jika perkhidmatan ini bisa kembali beroperasi. Pelayan FTP untuk home.dal.net telah ditutup.

2 · channels.dal.net

Pengguna DALnet dapat membina situs yang didedikasikan untuk channel mereka. Dengan menggunakan perkhidmatan pengacara web, pengguna diberi had 5MB bagi setiap channel untuk penggunaan mereka sendiri. Format situs channel adalah http://channels.dal.net/#. Perhatian bahawa # tidak digunakan dalam format ini dan digantikan dengan nama channel itu. Silahkan rujuk kepada section 3 untuk mengetahui bagaimana menyambung ke Perkhidmatan Pengacara Web DALnet.

3 · Bagaimana mengakses channels.dal.net

Dengan menggunakan klien FTP anda, sambung ke channels.dal.net. Anda akan diminta memasukkan nama pengguna dan kata laluan anda. Untuk channels.dal.net nama pengguna anda adalah nama channel DALnet (dengan atau tanpa #) dan kata laluan anda adalah kata laluan channel DALnet anda. Jika pendiri channel telah menetapkan perintah WEBPASSWD, beliau mesti menggantikan kata laluan pendiri channel itu dengan kata laluan WEBPASSWD itu.

Setelah anda masuk dengan jayanya,anda akan menerima mesej yang berikut:

D:\>ftp channels.dal.net
Connected to channels.dal.net
220 channels.dal.net NcFTPd Server (licensed copy) ready.
User (channels.dal.net:(none)): dalnethelp
331 User dalnethelp okay, need password.
Password:
230-You are user #31 of 50 simultaneous users allowed.
230-
230-Welcome to channels.dal.net's FTP server! Anything you
230-upload here will be available at:
230-
230-http://channels.dal.net/dalnethelp
230-
230-Your quota is 5120000 bytes and you've used 171
230-so far.
230-
230-
230 Restricted user logged in.
ftp>

(Ini adalah satu contoh yang diambil daripada satu klien FTP)

Senarai perintah FTP yang lengkap bisa didapati dari http://cserv.ius.edu/moreFTP.htm jika anda tidak ingin menggunakan klien FTP yang sebenar. Silahkan rujuk kepada section 9 untuk informasi yang berkaitan dengan klien FTP.

4 · Tamatan Nama Samaran dan channel

Jika nama samaran atau channel anda telah tamat, situs anda juga turut akan tamat sekali. Contohnya, jika saya memiliki situs untuk channel saya dan channel saya tamat, situs saya juga turut tamat karena channel saya telah tamat. Jika nama samaran saya tamat, situs saya juga yang berada di channels.dal.net turut tamat karena apabila nama samaran seseorang itu tamat, semua channel yang dimiliki oleh nama samaran itu turut tamat secara automatik.

5 · Bantuan dengan membina situs

Kakitangan DALnet tidak memberi sebarang bantuan rasmi untuk pembinaan situs tetapi terdapat channel bantuan seperti #html dapat memberi bantuan teknikal mengenai pembinaan situs.

Berikut adalah situs yang bisa memberi bantuan dengan penulisan kod HTML:

6 · Editor HTML

Terdapat pelbagai Editor HTML yang bisa membantu mengarang situs anda. Antaranya ialah:

7 · Menamakan fail HTML

Sebagai syarat, fail pertama yang anda ingin terpapar pada situs channels.dal.net/channelname kamu ,mesti diakhiri dengan index.html. Dari sini, semua page situs anda akan disambungkan kepada page utama dan fail fail ini mesti diakhiri dengan .html atau .htm. Jarak antara nama fail seperti My AOp team.html bisa mendatangkan masalah. Sebaliknya, gunakanlah nama fail yang tidak mempunyai jarak.

8 · Kandungan tidak sah di situs

DALnet tidak membenarkan kandungan tidak sah digunakan dalam perkhidmatan pengacara web. DALnet berhak "melihat, menukar atau membuang" apa- apa kandungan yang didapati tidak sah atau tidak dibenarkan. DALnet akan membuang kandungan yang tidak sah jika perlu.

9 · Klien FTP

Terdapat banyak klien FTP yang disediakan untuk pengguna. Jika kamu menggunakan Windows/ Mac, anda bisa menggunakan:

Klien ftp yang lain juga bisa didapati dari http://www.tucows.com dimana anda bisa mencari klien ftp dan mendapatkan klien FTP untuk Windows/ Unix secara percuma dan sebagainya.

Jika anda ingin mendapatkan informasi mengenai pelbagai perintah FTP, sila melawat http://it.ius.edu/computerservices/ftp/moreFTP.htm . Situs ini mempunyai senarai perintah FTP dan syntax sekali.

10 · Penyalahgunaan

Jika anda melihat apa- apa kandungan yang kamu rasa melanggar syarat- syarat DALnet, sila hantarkan email kepada sra@dal.net dengan informasi. Sila ambil perhatian bahawa kakitangan channel bantuan tidak dapat menolong dengan masalah ini.

11 · Disclaimer

DALnet berhak melihat, menukar atau membuang apa- apa kandungan di pelayannya. Ini juga termasuk mp3 yang tidak sah dan perisian cetak rompak. DALnet juga berhak mengiklankan di atas/ bawah situs anda yang berada di pelayan itu. Buat masa sekarang, DALnet tidak melayan apa- apa pengiklanan tetapi ia mungkin akan digunakan pada masa yang akan datang. DALnet juga berhak mengubah/ membuat revisi terhadap dokumen ini bila- bila masa saja.