1 · home.dal.net
DALnet telah memberi perkhidmatan laman web yang didedikasikan oleh home.dal.net. Amat dikesali, laman web percuma home.dal.net menjadi satu beban untuk diteruskan pada revisi terakhir. Sehingga kini, DALnet belum buat keputusan untuk menentukan jika perkhidmatan ini boleh kembali beroperasi. Pelayan FTP untuk home.dal.net telah ditutup.
2 · channels.dal.net
Pengguna DALnet dapat membina laman web yang didedikasikan untuk channel mereka. Dengan menggunakan perkhidmatan pengacara web, pengguna diberi had 5MB bagi setiap channel untuk penggunaan mereka sendiri. Ambil perhatian bahawa channel anda perlu didaftar selama 14 hari sebelum anda boleh menggunakan perkhidmatan ini. Format laman web channel adalah http://channels.dal.net/#. Perhatian bahawa # tidak digunakan dalam format ini dan digantikan dengan nama channel itu. Sila rujuk Bahagian 3 untuk mengetahui bagaimana menyambung ke Perkhidmatan Pengacara Web DALnet.
3 · Bagaimana mengaksess channels.dal.net
Dengan menggunakan klien FTP anda, sambung ke channels.dallnet. Anda akan diminta memasukkan nama pengguna dan kata laluan anda. Untuk channels.dal.net nama pengguna anda adalah nama channel DALnet (dengan atau tanpa #) dan kata laluan anda adalah kata laluan channel DALnet anda. Jika pengasas channel telah menetapkan arahan WEBPASSWD, beliau mesti menggantikan kata laluan pengasas channel itu dengan kata laluan WEBPASSWD itu.
Setelah anda masuk dengan jayanya,anda akan menerima mesej yang berikut:
D:\>ftp channels.dal.net
Connected to channels.dal.net
220 channels.dal.net NcFTPd Server (licensed copy) ready.
User (channels.dal.net:(none)): dalnethelp
331 User dalnethelp okay, need password.
Password:
230-You are user #31 of 50 simultaneous users allowed.
230-
230-Welcome to channels.dal.net's FTP server! Anything you
230-upload here will be available at:
230-
230-http://channels.dal.net/dalnethelp
230-
230-Your quota is 5120000 bytes and you've used 171
230-so far.
230-
230-
230 Restricted user logged in.
ftp>
(Ini adalah satu contoh yang diambil daripada satu klien FTP)
Senarai arahan FTP yang lengkap boleh didapati dari http://www.cs.colostate.edu/helpdocs/ftp.html jika anda tidak ingin menggunakan klien FTP yang sebenar. Sila rujuk juga kepada Bahagian 9 untuk maklumat yang berkaitan dengan klien FTP.
4 · Luputan Nama Samaran dan channel
Jika nama samaran atau channel anda telah luput, laman web anda juga turut akan luput sekali. Contohnya, jika saya memiliki laman web untuk channel saya dan channel saya luput, laman web saya juga turut luput kerana channel saya telah luput. Jika nama samaran saya luput, laman web saya juga yang berada di channels.dal.net turut luput kerana apabila nama samaran seseorang itu luput, semua channel yang dimiliki oleh nama samaran itu turut luput secara automatik.
5 · Bantuan dengan membina laman web
Kakitangan DALnet tidak memberi sebarang bantuan rasmi untuk pembinaan laman web tetapi terdapat channel bantuan seperti #html dapat memberi bantuan teknikal mengenai pembinaan laman web.
Berikut adalah laman web yang boleh memberi bantuan dengan penulisan kod HTML:
-
http://www.htmlgoodies.com Bantuan spesifik yang disertakan dengan contoh untuk membantu pengguna.
-
http://www.htmlhelp.com Mempunyai banyak maklumat untuk pengguna baru dan pengguna yang mahir.
-
http://www.lissaexplains.com Cara yang menyeronokkan untuk kanak- kanak mempelajari cara- cara menggunakan HTML.
-
http://www.easyhtml.com Editor/ generator HTML unik untuk Microsoft Word.
6 · Editor HTML
Terdapat pelbagai Editor HTML yang boleh membantu mengarang laman web anda. Antaranya ialah:
-
Sausage (untuk Windows), dari http://www.sausage.com
-
Netscape Composer (untuk Windows), dari http://home.netscape.com/download/index.html
-
BB Edit (untuk Macintosh), dari http://www.bbedit.com
-
VIM Vi Improved(untuk Unix), dari http://www.vim.org
7 · Menamakan fail HTML
Sebagai syarat, fail pertama yang anda ingin terpapar pada laman web channels.dal.net/channelname kamu ,mesti diakhiri dengan index.html. Dari sini, semua page laman web anda akan disambungkan kepada page utama dan fail fail ini mesti diakhiri dengan .html atau .htm. Jarak antara nama fail seperti My AOp team.html boleh mendatangkan masalah. Sebaliknya, gunakanlah nama fail yang tidak mempunyai jarak.
8 · Kandungan tidak sah di laman web
DALnet tidak membenarkan kandungan tidak sah digunakan dalam perkhidmatan pengacara web. DALnet berhak "melihat, menukar atau membuang" apa- apa kandungan yang didapati tidak sah atau tidak dibenarkan. DALnet akan membuang kandungan yang tidak sah jika perlu.
9 · Klien FTP
Terdapat banyak klien FTP yang disediakan untuk pengguna. Jika kamu menggunakan Windows/ Mac, anda boleh menggunakan:
-
Cute FTP (Windows) - dari http://www.cuteftp.com
-
FTP Voyager (Windows) - dari http://www.ftpvoyager.com
-
Fetch (Macintosh) - dari http://www.dartmouth.edu/pages/softdev/fetch.html
Klien ftp yang lain juga boleh didapati dari http://www.tucows.com dimana anda boleh mencari klien ftp dan mendapatkan klien FTP untuk Windows/ Unix secara percuma dan sebagainya.
Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelbagai arahan FTP, sila layari Internet. Anda akan mendapat pelbagai laman web dengan sumber maklumat yang bermanfaat mengenai arahan FTP dan syntax.
10 · Penyalahgunaan
Jika anda melihat apa- apa kandungan yang kamu rasa melanggar syarat- syarat DALnet, sila hantarkan email kepada sra@dal.net dengan maklumat. Sila ambil perhatian bahawa kakitangan channel bantuan tidak dapat menolong dengan masalah ini.
11 · Disclaimer
DALnet berhak melihat, menukar atau membuang apa- apa kandungan di pelayannya. Ini juga termasuk mp3 yang tidak sah dan perisian cetak rompak. DALnet juga berhak mengiklankan di atas/ bawah laman web anda yang berada di pelayan itu. Buat masa sekarang, DALnet tidak melayan apa- apa pengiklanan tetapi ia mungkin akan digunakan pada masa yang akan datang. DALnet juga berhak mengubah/ membuat revisi terhadap dokumen ini bila- bila masa saja.
Sila hantar maklum balas dan komen kepada docs@dal.net mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan). Jika perlu bantuan mengenai apa- apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila rujuk kepada http://help.dal.net.