Soal Jawab Bot ============== Versi 5.0.3 Terjemahan terakhir oleh PJKevin (kevinram_2002 at hotmail.com) pada 2004-02-25 Revisi terakhir oleh kainan (JackyLoy at hotmail.com) pada 2007-3-15 Penulis asal Ayukawa (ayukawa at dal.net) pada 1997-03-01 Copyright (C) 1997-2004 by the DALnet IRC Network Sila hantar maklum balas dan komen kepada docs@dal.net mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan). Jika perlu bantuan mengenai apa- apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila rujuk kepada http://help.dal.net Pengenalan ---------- Salah satu soalan umum yang biasa ditanya oleh pengguna DALnet ialah, "Adakah saya dibenarkan mendirikan bot di DALnet?". Dokumen ini akan memberi penerangan kepada pengguna baru apakah itu bot dan mengapa pengguna hendak menggunakannya. Kandungan --------- 1 * Apakah itu bot? 2 * Adakah saya memerlukan sebuah bot? 3 * Pelayan manakah yang mengizinkan saya meletakkan bot? 4 * Dari mana saya boleh mendapatkan sebuah bot? 5 * Dari mana saya boleh dapatkan bantuan? 6 * Bolehkah saya mendirikan bot saya secara tetap? 7 * Bolehkah bot saya membanjiri pengguna? 8 * Berapa jumlah bot yang saya boleh dirikan? 1 * Apakah itu bot? ------------------- Bot adalah satu klien automatik yang disambung kepada IRC dan dikawal secara tidak langsung oleh manusia. Sebuah bot berinteraksi melalui beberapa arahan dengan tindakan yang telah ditetapkan. Ada bot yang menjaga keselamatan channel dan ada bot yang digunakan untuk membanjiri atau mengambil alih channel. Terdapat juga bot untuk hiburan. Terdapat pelbagai format bot dari yang terdiri dan beroperasi melalui skript mIRC hingga eggdrop yang berkuasa. *NOTA:* Apa- apa jenis bot yang diprogramkan untuk membanjir, mengambil alih atau digunakan untuk niat yang tidak baik adalah dilarang daripada digunakan di DALnet. Segala percubaan untuk berkelakuan sedemikian akan menyebabkan tindakan kill dan/ atau AKILL. 2 * Adakah saya memerlukan sebuah bot? -------------------------------------- Dalam kebanyakkan kes, jawapannya "tidak". Perkhidmatan DALnet (ChanServ, NickServ, MemoServ) direka untuk mengambil alih beberapa tugasan bot. ChanServ menetapkan dan mengunci mod dan topik channel. Ia juga boleh memberi Op atau menyekat pengguna mengikut aksess pengguna kepada channel itu. Namun demikian, terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dilakukan oleh perkhidmatan. Sebuah bot yang baik kadangkala dapat mengawal channel dengan lebih sempurna daripada ChanServ. Skript boleh ditambahkan kepada bot yang boleh menendang pengguna untuk pelbagai jenis kesalahan seperti menyumpah, banjir dan sebagainya. Skript lain juga boleh ditambah untuk tujuan hiburan yang tidak boleh dilakukan oleh ChanServ. Salah satu tujuan bot yang patut dielakkan adalah dengan membiar bot itu berada dalam channel terbuka yang kosong. Ia membazir bandwith dan mengambil satu konneksi yang boleh digunakan oleh seorang manusia. 3 * Pelayan manakah yang mengizinkan saya meletakkan bot? --------------------------------------------------------- Setiap pelayan mempunyai polisi bot yang berbeza. Ia bergantung atas budi bicara Pentadbir Pelayan sama ada beliau ingin membenarkan bot di pelayan itu atautidak. Bot yang boleh menimbulkan masalah akan disekat dari semua pelayan. Dicadangkan juga untuk memeriksa "MOTD" (Message of the Day) untuk pelayan individu itu untuk mengetahui polisi bot mereka. Untuk melakukannya, gunakanlah arahan "/motd namapelayan.*". Contoh: "/motd twisted.*". 4 * Dari mana saya boleh mendapatkan sebuah bot? ------------------------------------------------ Begantung kepada jenis bot yang anda hendak guna, terdapat pelbagai sumber. http://www.mircscripts.org adalah salah satu sumber yang popular untuk skript eggdrop dan mIRC. Adalah dicadangkan untuk anda menulis skript sendiri kerana penggunaan skript yang dibawa turun yang ditulis oleh orang lain boleh mengandungi backdoors yang boleh menyebabkan anda kehilangan nama samaran dan channel. http://www.egghelp.org juga disyorkan untuk penggunaan bot jenis eggdrop. 5 * Dari mana saya boleh dapatkan bantuan? ------------------------------------------ #HelpDesk merupakan channel rasmi untuk bantuan dengan bot dan skript. #mIRC adalah channel bantuan untuk klien mIRC tetapi mungkin tidak akan menjawab soalan skript anda. 6 * Bolehkah saya mendirikan bot saya secara tetap? --------------------------------------------------- Anda boleh mendirikan bot anda secara tetap di pelayan- pelayan yang mengizinkannya dengan syarat anda tidak menggunakannya untuk niat yang tidak baik. Jika seorang Operator IRC bagi pelayan itu mengarahkan untuk menghentikan bot itu, silalah berbuat demikian. 7 * Bolehkah bot saya membanjiri pengguna? ------------------------------------------ Tentunya tidak. Bot membanjir, bot klon, bot pengambil alih dan bot serangan tidak dibenarkan sama sekali di DALnet dan boleh dikenakan AKILL jika ditemui. 8 * Berapa jumlah bot yang saya boleh dirikan? ---------------------------------------------- Satu bot adalah cukup untuk seorang sedangkan kebanyakkan pengguna tidak memerlukannya. Bot berlebihan yang didapati klon boleh disingkirkan jika ditemui. ---------------------------------------------------------------------- IRC: /server irc.dal.net 7000 (also port 6667) The Web: http://www.dal.net/ DALnet Help: http://help.dal.net/ IRC FTP: ftp://ftp.dal.net/ Network! Email: help at dal.net (help), docs at dal.net (help documents), suggest at dal.net (suggestions and comments)