Perkembangan dan Keselamatan Channel ==================================== Versi 1.2.0 Terjemahan terakhir oleh Knz (knz at hacker.my) pada 2018-10-09 Revisi terakhir oleh h (AHFR at Email.com) pada 2018-10-09 Penulis asal PJKevin (kevinram_2002 at hotmail.com) pada 2004-03-02 Copyright (C) 2004-2018 by the DALnet IRC Network Sila hantar maklum balas dan komen mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan) kepada docs@dal.net. Jika anda memerlukan bantuan mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila rujuk kepada http://help.dal.net Pengenalan ---------- Dokumen ini ditujukan khas kepada operator channel terutama sekali pemilik channel dengan memberi panduan perkembangan dan keselamatan channel. Dokumen ini juga mengandungi maklumat bagaimana polisi DALnet mempengaruhi operasi channel. Kandungan --------- 1 * Apakah itu channel? 2 * Membuka dan mendaftar channel 3 * Bagaimanakah saya boleh membuat channel saya berkembang? 4 * Apakah itu XFLAG dan bagaimana untuk mengaktifkannya? 5 * Keselamatan dan masalah channel 5.1 Opsyen keselamatan ChanServ 5.2 Memilih operator channel 5.3 Banjir 5.4 Spam 5.5 Desynch channel 5.6 Pengambilan alih channel dan lain-lain 6 * Channel anda dan AUP DALnet 6.1 Pengiklanan/ Jemputan Berleluasa (Mass Advertising/ Inviting) 6.2 Penyalahgunaan Perkhidmatan (Services Abuse) 7 * Rumusan 8 * Penghargaan 1 * Apakah itu channel? ----------------------- Channel merupakan suatu *bilik atau tempat* dimana anda bertemu dengan pengguna-pengguna lain untuk membincang sesuatu topik. Suatu channel boleh didaftarkan dan dimiliki oleh sesiapa saja. Seseorang pengguna yang mendaftarkan channel itu digelar sebagai pengasas. ChanServ adalah perkhidmatan pendaftaran dan kawalan channel. Perkhidmatan ini adalah percuma kepada semua pengguna DALnet. Channel-channel ini biasanya dikawal oleh operator channel untuk memastikan operasi channel itu berjalan dengan lancar. Operator channel dapat menendang dan menyekat para pengguna dengan atau tanpa sebab, oleh itu, saluran itu tidak dapat tamat tempoh dalam masa sebulan. Perlu dititikberatkan bahawa bukan semua channel mempunyai peraturan yang sama serta pengendalian isu- isu tertentu. Penetapan peraturan dan polisi channel adalah atas kebijaksanaan pengurusan channel itu. 2 * Membuka dan mendaftar channel --------------------------------- Membuka dan mendaftar channel adalah senang. Setelah channel itu didaftarkan, anda mempunyai kuasa sepenuhnya bagaimana anda ingin menguruskannya. Sebelum anda mendaftarkan channel anda, sila pastikan anda memiliki nama samaran berdaftar dengan NickServ. Jika anda masih belum berbuat demikian, sila baca http://docs.dal.net/docs/nsemailmy.html. Setelah anda tamat mendaftarkan nama samaran anda, barulah anda boleh mendaftarkan suatu channel. Untuk membuka suatu channel, sila pilih suatu nama untuk channel dan seterusnya taip "/join <#channelname>". Contohnya, jika anda memilih nama channel #FleetStreet, anda akan menaip "/join #fleetstreet". Sila pastikan anda mempunyai Ops (@) sebelah nama samaran anda. Untuk memastikan channel itu tidak didaftarkan kepada orang lain, sila taip "/chanserv INFO <#channelname>" dimana, dalam contoh ini, anda akan menggunakan "/chanserv info <#fleetstreet>". Sila ambil perhatian bahawa anda perlu sertakan # sebelum nama channel semasa mendaftarkan channel dan mengubahsuaikan opsyen baginya. Jika anda mendapat notis: -ChanServ- The channel #fleetstreet is not registered. ia bermaksud anda boleh mendaftarkan channel tersebut. Untuk mendaftarkan channel, anda perlu menggunakan arahan "/chanserv REGISTER <#channelname> [] []". Dalam contoh ini, kita akan mendaftarkan channel #FleetStreet dengan kata laluannya ToRnAdO dan A Cool Chat Channel sebagai deskripsi channel itu. Maka, anda akan menaip: " /chanserv register <#FleetStreet ToRnAdO A Cool Chat Channel >." Perlu diingatkan bahawa kata laluan anda adalah *case sensitive* Ini bermaksud STAR dan star tidak sama. Jika anda telah melupakan kata laluan channel anda, anda boleh menggunakan arahan SENDPASS iaitu "/chanserv SENDPASS <#channelname> []". Ambil perhatian juga bahawa sekiranya channel anda mempunyai opsyen MAILBLOCK dihidupkan, anda tidak dapat mendapat semula kata laluan itu. Jangan lupa untuk menukar kata laluan anda kerap kali dan tidak berkongsi dengan sesiapa. Untuk bantuan memilih kata laluan, sila rujuk kepada http://docs.dal.net/docs/passwordsmy.html Setelah selesai, anda akan menerima balasan daripada ChanServ memberitahu bahawa pendaftaran channel anda telah dilakukan dan juga beberapa maklumat penting untuk dibaca. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai opsyen ChanServ, anda boleh melawat http://docs.dal.net/docs/chanservmy.html. 3 * Bagaimanakah saya boleh membuat channel saya berkembang? ------------------------------------------------------------ Soalan ini adalah soalan lazim yang ditanya oleh pemilik channel setelah mendaftarkan channel mereka. Kekunci utama untuk pembangunan suatu channel disini adalah kesabaran. Suatu channel baru tidak boleh berkembang terus dalam satu malam. Jemputan berleluasa adalah salah di sisi polisi DALnet dan boleh mengakibatkan channel anda ditutup. Silalah baca bahagian 6.1 untuk maklumat lebih lanjut dan akibatnya. Tanyalah diri anda apa yang channel anda dapat menyumbang kepada pengguna. Tetapkan satu topik channel yang boleh menarik minat para pengguna. Jangan terlalu kasar dengan mereka. Pemilik channel harus tahu mengambil hati pengguna. Idea disini adalah untuk *melayani orang cara anda ingin dilayan*. Apabila menetapkan peraturan channel, pastikan anda bersikap adil. Gunakan tendangan dan sekatan dengan sederhana dan bila perlu sahaja. Menetapkan sekatan terlalu luas akan menyebabkan channel anda kehilangan pengguna. Peraturan am channel- channel adalah seperti dilarang membanjir, dilarang mengiklan, dan dilarang meminta status operator. Peraturan lain bergantung atas budi bicara anda sebagai pemilik dan pengurusan channel secara menyeluruh. Terdapat pelbagai cara untuk membolehkan channel anda menjadi popular. Ini termasuk bot untuk hiburan, atau channel sokongan. Channel dapat popularitinya melalui buah mulut orang ramai. Untuk pelawat channel anda menjemput rakan-rakan mereka, anda perlu ada sesuatu yang dapat menarik minat atau perhatian mereka. Binalah laman web yang mempunyai maklumat berguna mengenai channel anda yang boleh menarik perhatian para pengguna. Ia juga dinasihatkan untuk tidak klon channel. Contohnya, #optraining dan #trainingop. Ini akan menunjukkan kelemahan kreativiti pemilik dan menyebabkan penggua beranggap bahawa terdapat masalah antara channel-channel ini. Channel anda perlu mempunyai persekitaran yang positif dan sesuai untuk semua lapisan pengguna. 4 * Apakah itu XFLAG dan bagaimana untuk mengaktifkannya? --------------------------------------------------------- XFLAG adalah arahan baru untuk melindungi saluran anda daripada serangan banjir, untuk mengaktifkan anda perlu menggunakan pilihan yang disyorkan ARAHAN: " /ChanServ XFLAG <#channel> RECOMMENDED" Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai XFLAG, sila lawati http://docs.dal.net/docs/chanflagsmy.html 5 * Keselamatan dan masalah channel ----------------------------------- Salah satu perkara yang penting adalah untuk mengetahui bagaimana menjaga dan mengawal keselamatan channel anda. Dalam bahagian ini, kami akan membincangkan masalah- masalah yang dihadapi oleh pengurusan channel. 5.1 * Opsyen keselamatan ChanServ --------------------------------- Salah satu masalah yang dihadapi oleh pemilik channel adalah pemberian Op oleh AOp/SOp lain kepada orang yang tidak dikenali. Ini menimbulkan masalah keselamatan channel. Oleh yang demikian, Perkhidmatan DALnet telah mencipta opsyen OPGUARD. Apabila opsyen ini ditetapkan, hanya mereka dalam senarai aksess akan diberi Op oleh ChanServ. Opsyen yang kedua ialah opsyen IDENT. Oleh kerana senarai aksess NickServ (NickServ ACC 2) mempunyai beberapa masalah terutama sekali apabila seseorang pengguna itu memiliki IP dinamik. Untuk maklumat lanjut mengenai senarai aksess NickServ dan bagaimana menjaganya, silalah baca http://docs.dal.net/docs/nsaccessmy.html. Apabila opsyen IDENT digunakan,, para pengguna perlu mengenalkan diri mereka kepada NickServ (NickServ ACC 3) sebelum ChanServ memberi Op kepada mereka. Opsyen OPGUARD dan IDENT amat berguna dari segi keselamatan channel. Apabila anda mendaftarkan channel anda, anda akan mendapati bahawa MLOCK (mode lock) channel anda ditetapkan pada +nt-k. Adalah dinasihatkan untuk kekalkan mod +nt. +n menghalang mesej/ notis daripada pengguna yang tidak berada di dalam channel dan amat berguna untuk menghalang banjir dari luar. +t pula hanya membenarkan operator channel mengubah/ menukar topik channel. Ia tidak digalakkan untuk menggunakan opsyen LEAVEOPS dan UNSECURE. Apabila anda menetapkan opsyen LEAVEOPS, ChanServ tidak akan mendeop pengguna yang pertama yang memasuki channel walaupun beliau tidak mempunyai aksess. Apabila anda menetapkan opsyen UNSECURE, pemilik channel tidak perlu mengenalkan dirinya kepada ChanServ untuk mengubah penetapan kritikal channel. Opsyen LEAVEOPS tidak menjamin keselamatan channel yang kosong. UNSECURE pula boleh mengakibatkan masalah serius jika pemilik tidak mempunyai senarai aksess nama samaran yang ketat. Dinasihatkan supaya jangan menggunakan kedua- dua opsyen ini. 5.2 * Memilih operator channel ------------------------------ Ini merupakan satu aspek penting dalam pengurusan channel dan dimana ia juga melibatkan keselamatan channel anda. Operator channel adalah pengguna yang pemilik channel bergantung kepada untuk menjaga channel yang didaftarkan olehnya. Mereka ditugaskan untuk mengawal channel mempastikan keadaan channel berjalan dengan lancar. Terdapat 2 jenis operator channel iaitu SOp dan AOp. SOp atau SuperOperator adalah operator channel yang boleh dianggap sebagai penolong pemilik channel. Mereka boleh menambah/ membuang AKick dan AOp (AutoOperator). Adalah dinasihatkan untuk melantik mereka dengan berhati-hati. Mereka perlu mempunyai pengetahuan luas tentang IRC, Perkhidmatan DALnet dan keselamatan channel. AOp atau AutoOperator mempunyai aksess terhad dan tidak boleh mengubahsuaikan senarai aksess channel. Mereka juga perlu memperoleh pengetahuan asas IRC, Perkhidmatan DALnet dan keselamatan channel. Memilih operator channel tidak sepatutnya *Saya akan memberi kamu aksess jika kamu memberikan saya aksess*. Ini merupakan satu kesilapan besar yang boleh menimbulkan masalah antara channel-channel itu. Gunakanlah kebijaksanaan anda semasa memilih operator channel. Perhatikanlah gerak-gerinya dalam channel dari segi pengetahuan dan kemahiran. Satu temuramah dengannya juga dapat memberi satu evaluasi terhadapnya dan boleh digunakan untuk menukar buah fikiran. 5.3 * Banjir ------------ Banjir channel bukan saja mengganggu tetapi melambatkan operasi channel. Banjir boleh didapati dalam bentuk, teks, notis, ctcp ataupun keluar/ masuk channel. Sebagai seorang operator channel, anda mempunyai kebolehan untuk menetapkan mod channel. Mod- mod channel berikut adalah mod-mod yang paling lazim digunakan semasa berlakunya banjir: +m Menghalang pengguna yang bukan operator atau voice daripada berbual +M Hanya nama samaran berdaftar saja boleh berbual di channel +i Mod ini menghalang si pembanjir yang belum lagi masuk daripada memasuki channel +R Hanya pengguna yang menggunakan nama samaran berdaftar boleh memasuki channel (kebanyakkan pembanjir tidak menggunakan nama samaran berdaftar +c Menghalang penghantaran warna termasuk bold, underline, reverse, dan lain-lain ke channel Untuk maklumat lanjur mengenai mod-mod channel, sila rujuk kepada http://docs.dal.net/docs/modesmy.html. PERHATIAN: Adalah dinasihatkan supaya tidak mengunci mod- mod ini dalam MLOCK pada (-). Melakukan ini akan mengakibatkan mod ini tidak boleh ditetapkan semasa berlakunya banjir. 5.4 * Spam ---------- *Spamming* merupakan satu masalah yang tidak dapat dielakkan. Adakalanya pesalah mudah dikesan dan kandangkala, tidak. Bukan semua spam boleh dikesan dengan senang jika anda adalah operator channel kerana ia mempunyai pemasa, ia tidak akan menghantarkan spam itu kepada anda. Drone atau 'relay bot' amat sukar untuk dikesan sebab anda tidak melihat spammer yang sebenar. Berikut adalah satu cara untuk menangkap drone. Mari kita perhatikan satu contoh. Anda memasuki channel #DALnetHelp dan mendapati seorang spammer yang tidak boleh dilihat. Nama samaran spammer adalah UB40. Lakukan arahan "/whois" keatasnya. Anda akan mendapat keputusan seperti berikut. UB40 is ~pest@219.94.62.166 * bleh UB40 using broadway.ny.us.dal.net 42nd Street UB40 has been idle 29secs, signed on Sat Jan 17 20:37:48 UB40 End of /WHOIS list. Sekarang, lakukan arahan "/who +ch #DALnetHelp 219.94.62.166". Arahan ini akan mengesan sesiapa dengan host 219.94.62.166 di dalam #DALnetHelp. Anda sepatutnya mendapat sesuatu yang menyerupai: #dalnethelp Road_Runner H+ kevin@219.94.62.166:0 Silence is Golden #dalnethelp End of /WHO list. Jadi, kita sudah dapat tahu bahawa drone sebenar ialah Road_Runner. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara-cara menangani spam, anda boleh merujuk http://docs.dal.net/docs/annoymy.html#2 5.5 * Desynch channel --------------------- Jika saluran anda tidak disinkronkan dengan betul, pergi ke #operhelp. Kakitangan DALnet akan membantu anda menyegerakkan saluran itu kembali. 5.6 * Pengambilan alih channel dan lain-lain -------------------------------------------- Salah satu masalah yang menakutkan kebanyakkan pemilik channel adalah pengambilan alih channel mereka. Ia berpunca daripada kata laluan channel itu diketahui oleh orang lain. Antara sebab-sebabnya ialah: 1- Perkongsian kata laluan nama samaran pemilik dan/ atau channel 2- Perkongsian kata laluan email anda 3- Pengenalan kepada penyamar Perkhidmatan 4- Penggunaan skrip pengenalan automatik Anda tidak digalakkan berkongsi kata laluan anda dengan sesiapa saja tidak kira berapa rapat anda dengannya. Kata laluan adalah sesuatu yang sulit dan persendirian dan memberi aksess khas kepada anda terhadap channel yang anda telah mendaftarkan. Apabila anda berkongsi kata laluan email anda, pengguna itu dapat menggunakan arahan SENDPASS (dengan syarat opsyen MAILBLOCK tidak aktif). Penggunaan MAILBLOCK adalah baik jika anda tidak mempunyai akaun email yang selamat tetapi jika anda terlupa kata laluan itu, anda tidak boleh mendapatkannya balik. Pengenalan kepada penyamar perkhidmatan bermaksud mengenalkan nama samaran kepada yang lain daripada NickServ dan ChanServ. Terdapat 2 cara untuk mengetahui jika ia adalah perkhidmatan sebenar atau tidak. Semua perkhidmatan DALnet mempunyai 8 character dimana 4 character yang pertama adalah jenis perkhidmatan dan 4 character yang terakhir diakhiri dengan Serv. Semua perkhidmatan DALnet hanya akan bersambung ke satu pelayan sahaja iaitu services.dal.net dan bukan yang lain. Untuk maklumat lanjut mengenai penyamar perkhidmatan, sila baca http://docs.dal.net/docs/ircimpsmy.html. Penggunaan skript pengenalan automatik juga tidak digalakkan terutamanya apabila seorang pengguna itu berkongsi skriptnya dengan orang lain. Skript itu mungkin mempunyai 'backdoors' yang boleh mengakibatkan kata laluan itu tidak dihantar kepada perkhidmatan yang sebenar. Adalah lebih selamat untuk menggunakan arahan "/nickserv identify" atau "/chanserv identify" daripada anda kehilangan nama samaran atau channel anda. Kadangkala, operator channel akan cuba mengambil alih channel itu dengan menendang dan menyekat operator channel yang lain terutamanya pemilik channel itu. Kita bernasib baik bahawa semua arahan ChanServ boleh digunakan tanpa keperluan kehadiran anda dalam channel itu. Jika anda titendang lalu disekat daripada channel, anda boleh menggunakan arahan UNBAN dengan menaip "/chanserv unban <#channel>". JIka anda disekat semula dan mendapati operator channel itu menggunakan skript autokick, anda boleh menggunakan arahan "/chanserv DEOP <#channel> []". Ini akan mendeop operator tersebut yang menyekat anda. PERHATIAN: Anda tidak boleh mendeop operator channel yang lebih tinggi aksessnya daripada anda. Contohnya, AOp tidak boleh mendeop SOp dan SOp tidak boleh mendeop pemilik. Jika anda adalah seorang SOp atau pemilik dan mendapati pengguna ini keterlaluan, anda boleh membuang aksessnya tanpa keperluan berada di dalam channel. Sejurus selepas itu, anda boleh UNBAN dan memasuki channel itu semula. Ingatlah supaya jangan memberi status operator kepada orang yang tidak dikenali walaupun apa keadaannya sekalipun. Sesal dulu berpendapatan, sesal kemudian tiada gunanya :-) Kadangkala, anda akan mendapati orang lain yang nama samarannya tidak berada di dalam senarai aksess mendapat status operator. Anda mungkin sekali ingin tahu mengapa beliau dapat aksess itu. Kemungkinan besar, orang itu telah mengenalkan dirinya kepada nama samaran lain dan menukar nama samarannya itu. Untuk mengetahui mengapa pengguna itu mendapat aksess, anda akan menggunakan arahan "/chanserv WHY <#channelname> <[nickname]>". Marilah kita lihat satu contoh. Nama samaran dungunban tidak berdaftar tetapi mendapat status operator di channel #Fleetstreet. Apabila saya menaip "/chanserv WHY <#fleetstreet> ", keputusannya adalah seperti berikut: -ChanServ- dungunban has SOp access to #fleetstreet. Reason: Identification to the nickname Road_Runner. Channel Frozen: NO Jadi, kita sudah tahu bahawa dungunban mempunyai aksess SOp keranda telah mengenalkan kepada nama samaran Road_Runner. Lagi satu arahan yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan arahan WHY ialah ACC untuk mengetahui tahap aksess seseorang pengguna itu. Arahannya ialah: "/chanserv ACC <#channelname> <[nickname]>". Contohnya, saya ingin tahu aksess Road_Runner di channel #fleetstreet. Jadi, saya akan menaip "/chanserv ACC <#fleetstreet> ". Keputusannya adalah seperti berikut: -ChanServ- Road_Runner ACC #fleetstreet 2 (SOP) Untuk mengetahui secara lebih mendalam mengenai aksess channel dan tahapnya, anda bolehlah membaca dokumen http://docs.dal.net/docs/csaccessmy.html. 6 * Channel anda dan AUP DALnet ------------------------------- DALnet telah memberi kita perkhidmatan percuma dan sumber yang kita boleh menggunakan. Adalah menjadi tanggungjaab kita bersama untuk menggunakan sumber-sumber ini dengan baik. Semua pengguna DALnet perlu mematuhi AUP DALnet. Diingatkan disini bahawa ia adalah keistimewaan dan bukannya hak. Anda bolehlah membaca AUP DALnet di http://www.dal.net/aup/ . Sekarang, mari kita membincangkan 2 bahagian polisi yang memberi kesan atas operasi channel iaitu Jemputan/ Pengiklanan Berleluasa dan Penyalahgunaan perkhidmatan. 6.1 * Pengiklanan/ Jemputan Berleluasa (Mass Advertising/ Inviting) ------------------------------------------------------------------- Jemputan berleluasa termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: 1- Pengunaan arahan /invite secara berlebihan 2- Mesej berleluasa melalui skript/ notis dan mesej channel untuk ke channel mereka. 3- Penggunaan /quit dan /part dengan mesej jemputan ke channel anda secara berlebihan. Jemputan berleluasa tidak dibenarkan sama sekali di DALnet memandangkan rangkaian IRC ini mengandungi lebih daripada 10,000 channel untuk para pengguna memilih ikut citarasa mereka. Ini tidak bermaksud anda tidak boleh menjemput rakan anda ke channel anda tetapi memaksa seseorang itu dan memberi mesej secara berleluasa di suatu channel atau seluruh rangkaian adalah salah di sisi polisi DALnet dan tindakan yang boleh diambil termasuk amaran, tendangan berleluasa (mass kick) dan tindakan penutupan channel. Untuk mengetahui lebih mengenai polisi pengiklanan berleluasa, sila lawat http://kline.dal.net/massads/mup.htm. 6.2 * Penyalahgunaan Perkhidmatan (Services Abuse) -------------------------------------------------- Perkhidmatan DALnet adalah untuk kegunaan orang ramai termasuk pendaftaran nama samaran atau channel hinggalah ke penyelengaraan mereka. Para pengguna dinasihatkan supaya menggunakan Perkhidmatan DALnet dengan baik supaya tidak menyalahgunakannya.Penyalahgunaan perkhidmatan adalah seperti tetapi tidak terhad kepada pendaftaran channel secara berleluasa, penambahan aksess *!*@*.* kepada senarai aksess channel, membanjiri pengguna melalui arahan MemoServ dan membanjiri perkhidmatan. Unit Penyalahgunaan Perkhidmatan (Services Abuse Team) atau lebih dikenali sebagai SAbuse Team dibawah jagaan Pentadbir Dasar Perkhidmatan (SRA) dan unit KLine bertanggungjawab atas penguatkuasaan undang- undang dibawahnya. Pendaftaran channel perlulah secara sederhana dan berdasarkan pengetahuan umum. Tidak perlu untuk anda mendaftarkan channel bagi menghalang pengguna lain daripada mendapatkannya. Menjual channel (termasuk aksess) tidak dibenarkan sama sekali di DALnet memandangkan perkhidmatan DALnet adalah percuma. Penambahan *!*@*.* kepada senarai aksess bermaksud anda memberi aksess secara luas kepada orang ramai memandangkan * adalah wildcard yang bermaksud apa-apa character tidak kira bilangannya. Contohnya, jika saya menambahkan *!*@*.* dalam senarai aksess SOp #fleetstreet, sesiapa saja yang memasuki channel #fleetstreet akan mendapat aksess SOp termasuk nama samaran tidak berdaftar. Ia bukan saja penyalahgunaan perkhidmatan tetapi merbahaya terhadap keselamatan channel. Membanjiri ChanServ termasuk penyalahgunaan arahan MKICK dan DEOP serta penggunaan arahan IDENTIFY kerap kali dalam masa yang singkat. Arahan yang memberi kesan secara berleluasa hanya diperlukan guna sekali sahaja dan bila diperlukan. Anda hanya perlu mengenalkan diri anda kepada perkhidmatan sekali saja. Bersabarlah dan tunggu balasan ChanServ. Menendang seseorang operator channel berulang kali hingga menyebabkan ChanServ mengop pengguna itu semula berulang kali juga adalah menjadi satu kesalahan dan kes penyalahgunaan. Tolong jangan lakukannya walaupun ia untuk keseronokan anda. Bergantung kepada jenis kesalahan, sesuatu channel itu boleh dibeku/ ditutup atau penyalahguna itu tidak akan dilayan oleh Perkhidmatan. Untuk maklumat lanjut mengenai penyalahgunaan perkhidmatan, sila lawat http://kline.dal.net/sabuse/. Anda boleh menghantarkan email kepada sabuse at dal.net jika anda mempunyai kemusykilan. 7 * Rumusan ----------- Semua operator channel dan pengguna biasa perlu bekerjasama dalam pembangunan dan perkembangan channel. ia berfungsi 2 hala. Tanpa operator channel, keadaan akan menjadi kucar-kacir. Tanpa pengguna, tiada gunanya channel itu dibuka dan didaftarkan, Dan mendorong pengasas untuk mengorbankan salurannya kepada pengguna lain yang rawak untuk mengambil kerana tidak aktif. Pemilihan nama channel juga amat penting yang dapat menarik perhatian pengguna. Kesabaran dan kreativiti memainkan peranan penting dalam perkembangan suatu channel. Seseorang pelayan (operator channel) perlu tahu bagaimana melayan tetamunya dengan baik. Pemilik channel bertanggungjawab atas segala kejadian yang berlaku ke atas channelnya. Pelajarilah cara-cara mengawal keselamatan channel. Berikan latihan yang sesuai untuk AOp dan SOp channel anda mengenai keselamatan dan pengurusan channel. Pelajarilah langkah- langkah penting untuk mengatasi banjir dan percubaan pengambilan alih channel. Semua pengguna DALnet perlu mematuhi polisi rangkaian. Apabila anda bersambung ke rangkaian ini, kami anggap anda telah membaca dan memahami polisi rangkaian. Kejahilan tidak boleh diterima sebagai alasan. DALnet berhak menyingkirkan mana-mana pengguna yang didapati melanggar polisi rangkaian. Berharap dokumen ini telah memberi idea dan gambaran apa yang anda akan menghadap dan bagaimana menyelesaikan masalah-masalah dan rintangan.:o) 8 * Penghargaan --------------- Terdapat beberapa orang yang telah membantu saya dalam penulisan dokumen ini. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Kumpulan Dokumen; Fredfred, ssr dan Kzoo kerana memberi garis panduan penghasilan dokumen ini, dan juga khas sekali kepada squirrel dan LadyDana yang turut terlibat dalam penghasilan dokumen ini. Tidak terlupa juga kakitangan channel #DALnetHelp yang telah memberi sokongan. Penghasilan dokumen ini mungkin tidak akan terjadi tanpa sokongan anda semua ;) ---------------------------------------------------------------------- IRC: /server irc.dal.net 7000 (also port 6667) The Web: http://www.dal.net/ DALnet Help: http://help.dal.net/ IRC FTP: ftp://ftp.dal.net/ Network! Email: help at dal.net (help), docs at dal.net (help documents), suggest at dal.net (suggestions and comments)