Prinsip Pengurusan Saluran ========================== Versi 1.0.0 Terjemahan terakhir oleh Knz (knz at hacker.my) pada 2019-11-21 Penulis asal xPsycho (xpsycho at DAL.net) pada 2019-11-21 Copyright (C) 2019 by the DALnet IRC Network Sila hantar maklum balas dan komen mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan) kepada docs@dal.net. Jika anda memerlukan bantuan mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila rujuk kepada http://help.dal.net Pengenalan ---------- Dokumen ini ditulis untuk menerangkan konsep pengurusan saluran DALnet kepada pengguna. Kandungan --------- 1 * Siapa yang menguruskan saluran? 2 * Siapa yang menguruskan operator saluran? 3 * Bagaimana jika saya tidak suka cara saluran itu dikendalikan? 3.1 Saya tidak suka apa yang dibincangkan dalam saluran 3.2 Saya rasa saya diperlakukan secara tidak adil oleh operator saluran 3.3 Saya ditendang secara tidak adil atau tidak dibenarkan dari memasuki saluran 1 * Siapa yang menguruskan saluran? ----------------------------------- Saluran di DALnet dikendalikan oleh operator saluran. Anda boleh mengenal pasti operator saluran melalui simbol "@" sebelum nama samaran mereka dalam senarai pengguna saluran. Operator IRC secara umumnya tidak terlibat dalam pengurusan saluran atau menangani perkara rutin saluran. Operator saluran menetapkan topik dan tujuan saluran, memutuskan peraturan tatalaku untuk saluran, dan mengawal siapa yang mereka mahu benarkan dalam saluran. 2 * Siapa yang menguruskan operator saluran? -------------------------------------------- Operator saluran haruslah membantu di antara satu sama lain sebagai rakan sebaya. Jika saluran tersebut tidak berdaftar, maka semua saluran ops adalah sama dan op atau kumpulan ops boleh membuat keputusan untuk menambah ops ke saluran atau mengalih keluar ops dari saluran pada bila-bila masa sahaja. Sekiranya saluran didaftarkan, maka wujudnya pengasas saluran serta mempunyai pelbagai pilihan untuk operator saluran, termasuk Pengurus, SOps, dan AOps. Operator saluran masih memantau diri mereka dalam hierarki ini dan membuat keputusan secara dalaman bergantung kepada tahap akses setiap op saluran yang harus diterima. Pengasas boleh menambah dan mengalih keluar Pengurus, SOps, dan AOps; Pengurus boleh menambah dan mengeluarkan SOps dan AOps; dan SOps boleh menambah dan mengalih keluar AOps. Jika saluran didaftarkan, anda boleh mencari nama samaran pengasas dengan menaip"/chanserv INFO <#channelname>". Pengurus, SOp, dan AOp saluran hanya dapat diketahui daripada operator saluran yang mempunyai akses AOp atau yang lebih tinggi. Pengguna biasa tidak akan dapat melihat tahap akses operator saluran pada saluran tersebut, melainkan anda bertanya kepada salah sorang operator saluran tersebut. 3 * Bagaimana jika saya tidak suka cara saluran itu dikendalikan? ----------------------------------------------------------------- 3.1 * Saya tidak suka apa yang dibincangkan dalam saluran --------------------------------------------------------- Operator saluran menetapkan topik dan tujuan saluran serta memutuskan perbincangan apa yang dibenarkan dalam saluran. DALnet tidak menapis apa yang dibincangkan dalam saluran. Topik yang mungkin menyinggung perasaan kepada salah satu kumpulan individu mungkin tidak menyinggung perasaan kepada kumpulan individu lain. Jika anda tidak menyukai apa yang dikatakan dalam saluran, anda boleh meminta operator saluran untuk menyederhanakan kandungan saluran. Jika operator saluran terus membenarkan kandungan tersebut, kami mencadangkan anda meninggalkan saluran itu dan mencari saluran yang lain. 3.2 * Saya rasa saya diperlakukan secara tidak adil oleh operator saluran ------------------------------------------------------------------------- Sila hubungi operator saluran yang lain atau pengasas saluran jika saluran tersebut didaftarkan. Operator IRC tidak menangani pertikaian mengenai tingkah laku operator saluran. 3.3 * Saya ditendang secara tidak adil atau tidak dibenarkan dari memasuki saluran ---------------------------------------------------------------------------------- Operator IRC tidak menangani pertikaian mengenai tingkah laku operator saluran, termasuk tendangan dan atau larangan. Setiap saluran menetapkan peraturan mereka sendiri dan ops saluran itu boleh memutuskan siapa yang akan ditendang keluar atau dilarang dari memasuki saluran, dan boleh menendang atau menghalang sesiapa pun atas sebab tertentu atau tidak ada alasan sama sekali. Cara terbaik untuk menentukan mengapa anda ditendang atau dilarang untuk memasuki saluran adalah dengan menghubungi operator saluran tertentu yang membuat keputusan. Mesej tendangan keluar dan nama samaran operator saluran biasanya boleh didapati dengan melihat sejarah skrol balik dalam tetingkap status anda. Jika anda tidak dapat mencari sebarang maklumat mengenai hal ini, anda boleh cuba menaip "/mode <#channel> +b". Ini akan menunjukkan kepada anda senarai larangan yang ditetapkan pada saluran. Cari salah satu yang sepadan dengan hos "nick!user@host" anda dan mesej nama samaran op yang muncul di sebelah larangan. Sesetengah saluran menyembunyikan senarai larangan mereka daripada pengguna. Jika ini berlaku dan saluran itu didaftarkan, anda boleh cuba menghubungi pengasas saluran. Taip "/chanserv INFO <#channel>" untuk melihat maklumat saluran, termasuk nama samaran pengasas. Anda juga boleh menghubungi pengasas jika mereka sedang berada dalam talian atau menghantar memo jika anda mempunyai nama samaran yang berdaftar. Operator IRC tidak menangani sebarang pertikaian mengenai tingkah laku operator saluran, termasuk tendangan dan/atau larangan. ---------------------------------------------------------------------- IRC: /server irc.dal.net 7000 (also port 6667) The Web: http://www.dal.net/ DALnet Help: http://help.dal.net/ IRC FTP: ftp://ftp.dal.net/ Network! Email: help at dal.net (help), docs at dal.net (help documents), suggest at dal.net (suggestions and comments)