Mengawal akses untuk channel anda ================================= Versi 1.3.0 Terjemahan terakhir oleh Knz (knz at hacker.my) pada 2019-01-08 Revisi terakhir oleh h (AHFR at Email.com) pada 2019-10-08 Penulis asal quen (quen at leafdigital.com) pada 1997-06-20 Copyright (C) 1997-2019 by the DALnet IRC Network Sila hantar maklum balas dan komen mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan) kepada docs@dal.net. Jika anda memerlukan bantuan mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila rujuk kepada http://help.dal.net Pengenalan ---------- Panduan ini menjelaskan bagaimana cara untuk mengawal seseorang yang mempunyai akses dalam hak-hak tertentu pada channel yang anda register. Hak-hak ini digunakan untuk membantu menjaga channel tersebut beroperasi secara normal, jadi orang lain (yang anda percaya) dapat menjaga ketenteraman di channel ketika anda tidak berada di sana. Panduan ini juga menjelaskan bahawa bagaimana cara untuk menyekat pengguna dari channel secara terus dengan menggunakan ChanServ. Ban yang anda tempatkan dengan cara biasa akan hilang jika channel kosong pada semua tujuan. Jika anda belum registrasi channel anda akan lewat medapatkan ChanServ, anda seharusnya melakukan perkara itu dahulu - baca pertanyaan 1.8 "Bagaimana cara saya meregistrasi channel saya?" dari Services FAQ sebelum perkara yang selanjutnya. Akhirnya, beberapa catatan ringkas - ketika saya memberikan sebuah perintah seperti /chanserv identify <#channel> Perintah itu haruslah di taip seperti yang ditunjukan, *kecuali* yang anda harus menggantikan parameter yang diperlukan (di sini '#channel' and 'password') dengan bahagian maklumat yang tepat. Seumpamanya, pada contoh di atas, jika password anda adalah 'apple' dan channel anda adalah '#mychannel', anda harus menaip /chanserv identify #mychannel apple Ketika perintah-perintah tersebut dimulai dengan "/chanserv" (or "/nickserv", "/memoserv"), hal ini adalah suatu nama samaran yang digunakan untuk mengirim pesanan kepada services dengan aman. Jika client anda tidak memahami perintah itu, anda dapat juga memulakan perintah "/quote chanserv", atau dengan "/msg chanserv@services.dal.net". Kandungan --------- 1 * Mengapa anda perlu tahu maklumat ini 2 * Apa yang dimaksudkan dengan AOPs/SOPs dan Managers 3 * Hal-hal yang perlu dipertimbangkan ketika memberikan kelebihan akses (@, %) 4 * Bagaimana Cara Menambahkan dan Menghapus Managers/SOPs/AOPs atau HOPs 4.1 Melihat daftar Managers/SOPs/AOPs atau HOPs 4.2 Menyenaraikan staf saluran anda 4.3 Penambahan akses saluran 4.4 Menghapus akses saluran 4.5 mode VERBOSE 5 * Saranan untuk menggunakan address mask dalam senarai akses anda 6 * Masalah dengan pengguna yang salah mendapat akses 6.1 Ingin mengetahui kenapa pengguna itu memiliki status OP 6.2 Masalah Daftar akses 6.3 Op yang tidak Dikehendaki 7 * Pengertian AKICK 8 * Bagaimana membuat dan menghapus AKICK 8.1 Melihat daftar AKICK yang ada 8.2 Membuat Sebuah AKICK lewat MASK 8.3 Membuat AKICK untuk nama samaran 8.4 Menghapus Sebuah AKICK 9 * Ringkasan 1 * Mengapa anda perlu tahu maklumat ini ---------------------------------------- DALnet menganjurkan untuk membaca maklumat ini kerana: * Jika channel anda mengalami masalah seperti dilakukan kekasaran atau suatu takeover (takeover = pengambilalihan channel secara ilegal), dan anda tidak berada di sana, anda akan memerlukan beberapa AOPs dan SOPs/Managers sehingga masalah itu dapat diatasi. * Kami telah menambah akses Manager di channel oplist, untuk membaca dengan lebih lanjut bagaimana untuk menambah akses Manager sila lawati http://docs.dal.net/docs/chanserv.html#5 * Jika channel anda menjadi besar, anda pasti mememerlukan Managers untuk mengurusnya. * Penambahan orang yang salah sebagai HOps/AOps/SOps/Managers, atau penambahan HOps/AOps/SOps/Managers dengan cara yang salah. Ini akan menyebabkan ketidakamanan yang dapat membiarkan user yang tidak bersahabat mengalami berbagai masalah di channel, jadi anda seharusnya mengetahui tentang cara mengatasi hal seperti ini. * Jika anda bercadang untuk ban yang lama untuk user, anda harus tahu bagaimana caranya untuk membuat AKICK. Sebuah ringkasan telah ditemui di bahagian 9, yang mana akan menjelaskan siapakah yang anda seharusnya dijadikan SOP atau AOP dan bagaimana cara melakukannya. 2 * Apa yang dimaksudkan dengan AOPs/SOPs dan Managers ------------------------------------------------------ "AOPs""SOPs" dan "Managers" adalah orang-orang yang anda cukup percayai untuk membolehkan mereka memperolehi tempat di channel anda. Manager adalah operator channel yang mempunyai akses "tertinggi" (@). Mereka mempunyai *hampir* kawalan sepenuhnya ke atas channel kecuali untuk menukar founder channel. Sila lawati http://docs.dal.net/docs/chanserv.html#5 untuk mengetahui dengan lebih lanjut. SOP memiliki peningkatan yang lebih "tinggi" dari AOP dan mempunyai semua hak-hak AOP dengan tambahan beberapa hak ekstra. Sebagai seorang founder (founder = orang yang menemukan dan meregistrasi channel), anda masih berada pada tahap tertinggi dan anda harus memiliki semua hak-hak SOP dan AOP, ditambahi pula hak khusus founder. Tidak perlu untuk menambahkan diri anda untuk mendaftar ke SOP atau AOP. HOPs mempunyai tahap akses yang paling rendah dalam saluran tersebut. Adalah susah bagi menpercepatkan panduan ini untuk memberikan bantuan dalam cara menggunakan semua perkara ChanServ yang diberikan untuk AOP dan SOP. Meskipun demikian, menggunakan setiap kemudahan perintah help yang diberikan. Jalankan arahan ini ketika di IRC dan ia akan memberikan maklumat yang lebih. HOPs mempunyai akses kuasa seperti berikut: * Mereka diberikan ops (%) apabila mereka memasuki saluran; jika atas alasan tertentu mereka berada dalam saluran tanpa ops, mereka boleh menggunakan ChanServ untuk memberi mereka ops pada bila-bila masa. ( "/chanserv help op" ) * Mereka boleh menendang pengguna lain dari saluran itu. * Mereka boleh menukar topik saluran. AOP memiliki perkara di bawah ini: * Mereka diberikan ops (@) ketika mereka masuk ke channel; untuk beberapa Alasan.jika mereka di channel tanpa op, mereka dapat menggunakan ChanServ untuk memberikan mereka ops setiap saat. ("/chanserv help op") * Mereka dapat menggunakan ChanServ untuk memberikan/mengambil ops untuk/dari orang lain di channel(jika mereka lakukan ini, satu notice akan dikirimkan ke channel bagi memberi tanda kepada orang lain di channel, jadi hal ini tidak disedari tanpa sebarang sebab. ("/chanserv help op") * Mereka dapat melarikan (menghilangkan ban) diri mereka dari suatu channel jika mereka di-ban. ("/chanserv help unban") * Mereka memperolehi memo yang dikirimkan ke seluruh anggota 'channel'. Mereka Juga dapat mengirim memo untuk seluruh channel; terdapat suatu keadaan channel yang menentukan apakah AOP, SOP, atau hanya founder yang dapat mengirimkan memo untuk channel tersebut. ("/chanserv help set memo", "/memoserv help send") * Channel boleh ditetapkan untuk hanya operator channel sahaja yang dapat menggantikan topik. (Walaubagaimanapun, anda boleh menetapkan channel bagi hanya Managers/SOPs atau pemilik sahaja menetapkan topik) ("/chanserv help set topiclock") * Mereka dapat menggunakan MDEOP untuk mengatasi masalah takeover channel, tetapi hal ini tidak akan terjadi jika SOP atau pemilik channel sedang berada di channel. ("/chanserv help mdeop") * Mereka boleh menjemput diri mereka sendiri ke channel (digunakan jika channel hanya membuat-invite) kecuali kalau channel membuat "private". ("/chanserv help invite") * Mereka dapat melihat cara pendaftaran AOP, SOP, dan AKICK channel. (lihat bahagian 4) SOP memiliki perkara di bawah ini: * Mereka dapat memberikan, dan mengambil, status AOP dari seseorang. (lihat bahagian 4) * Mereka boleh menambah atau menghapus AKICK (ban permanent) untuk channel. (lihat bahagian 7 dan bahagian 8) * Mereka dapat menghilangkan *semua* ban dari channel dengan menggunakan ChanServ. ("/chanserv help unban") * Mereka menerima memo yang dikirim kepada SOP. ("/memoserv help sendsop") * Managers mempunyai kelebihan akses seperti dibawah: Channel managers boleh: - Mengurus senarai SOP (tambah/keluarkan SOPs) - Menukar WEBPASSWD - Memadam senarai VOP/AOP/SOP - Menukar deskripsi channel - Masskick dan massdeop channel termasuk dengan mempunyai tahap akses AOP - Tetapkan/tidak tetapkan OPGUARD - Tetapkan/tidak tetapkan MLOCK - Tetapkan/tidak tetapkan IDENT - Tetapkan/tidak tetapkan KEEPTOPIC - Tetapkan/tidak tetapkan RESTRICT - Tetapkan/tidak tetapkan URL - Tetapkan/tidak tetapkan VERBOSE - Tetapkan/tidak tetapkan TOPICLOCK (kecuali topik dikunci kepada founder) - Tetapkan/tidak tetapkan LEAVEOPS - Tetapkan/tidak tetapkan PRIVATE - Tetapkan/tidak tetapkan tahap MEMO (kecuali memo dikunci kepada founder) - Melihat nama samaran successor dengan menggunakan ChanServ INFO Channel managers *TIDAK* boleh: - Menukar kata laluan channel - Menukar founder - Tetapkan/tidak tetapkan successor - Tetapkan/tidak tetapkan mailblock - Tambah/keluarkan manager lain - Tetapkan/tidak tetapkan UNSECURE (Kawalan ini masih lagi tidak berfungsi) - Menggunakan sendpass * Mereka dapat menggunakan MKICK untuk mengatasi masalah takeover channel, tetapi hal ini tidak akan terjadi jika pemilik channel sedang berada di channel. ("/chanserv help mkick") 3 * Hal-hal yang perlu dipertimbangkan ketika memberikan kelebihan akses (@, %) ------------------------------------------------------------------------------- AOPs/SOPs dan Managers adalah orang-orang yang dapat mengatasi masalah channel seperti flooding dan takeover ketika anda tidak berada di channel. Jika anda berkeinginan untuk menjalankan channel yang sukses, anda hendaklah memastikan jumlah AOP (khususnya) dan SOP telah cukup,sehingga tata- tertibnya di channel sukar dijalankan. Jika channel tersebut sedang beroperasi tanpa AOP yang hadir, keadaan seperti ini merupakan salah satu sasaran yang mudah bagi flooding dan terdapat berbagai gangguan yang lain. Ketika anda memberikan pengguna lain status AOP atau SOP, anda memberikan mereka beberapa kawalan keatas channel, tetapi mereka masih tetap bertanggung jawab kepada anda. Anda boleh menghilangkan status AOP atau SOP mereka pada setiap saat. Meskipun demikian, anda harus pastikan bahawa anda hanya boleh memberikan AOP atau SOP untuk orang-orang yang anda percayai kerana mereka *dapat* menimbulkan masalah. Walaupun mereka tidak dapat membuat kerugian yang tetap - founder dapat mengembalikan berbagai perubahan yang dibuat - Mereka tentu saja akan menyebabkan masalah serius khususnya ketika anda tidak berada di sana. Anda harus memikirkan semua ini ketika memberikan status AOP atau SOP. Catatan yang sama : jangan sesekali memberikan password channel kepada sesiapapun. Hal ini sama dengan memberikan channel kepada mereka - co-founderships tidak terdapat pada DALnet atau didalam satu perselisihan, siapapun yang mempunyai password dianggap sebagai pemilik satu-satu channel tersebut. Jika anda ingin untuk memberi kekuasaan di channel anda kepada orang lain yang dipercayai, jadikan mereka SOP. Jika anda memerlukan keterangan yang lain , anda sukar menggunakan keterangan ini (sebagai contoh, founder harus menyetujui bahawa tidak akan menambahkan SOP tanpa perundingan dengan SOP yang ada). Meskipun demikian perangkat lunak dan staf dari DALnet akan selalu mengingatkan bahawa founder channel hanyalah orang yang bertanggungjawab agar channel tersebut harus berjalan. Dan harus diingatkan bahwa DALnet tidak akan sesekali menolong siapapun yang kehilangan sebuah channel kerana mereka telah pun memberi password; password seharusnya selalu dijaga dengan baik. 4 * Bagaimana Cara Menambahkan dan Menghapus Managers/SOPs/AOPs atau HOPs ------------------------------------------------------------------------- Founder channel atau manager adalah satu-satunya pengguna yang boleh memberi dan menghapus status SOP. Managers/SOPs dan founder dapat memberi atau menghapus status AOP. Kedua-dua perintah tersebut dapat digunakan oleh HOps/AOps/SOps/Managers atau pun founder, tapi tidak boleh digunakan untuk user biasa. 4.1 * Melihat daftar Managers/SOPs/AOPs atau HOPs ------------------------------------------------- /chanserv manager <#channel> list /chanserv sop <#channel> list /chanserv aop <#channel> list /chanserv HOp <#channel> list Perintah ini boleh memperlihatkan semua Managers/SOPs atau AOPs (secara berurutan) di channel tersebut. Jika anda memiliki sebuah channel yang besar, anda seharusnya melihat cara pendaftaran dengan menggunakan Managers/SOPs atau AOPs dan lawati nickname atau mask mereka: /chanserv manager <#channel> list /chanserv sop <#channel> list /chanserv aop <#channel> list (Sebagai contoh, "/chanserv aop #mychannel list g*" akan memperlihatkan bahawa semua AOP di #mychannel yang nama samarannamenya dimulai denganhuruf g.) Walaupun Perintah mana yang anda gunakan, setiap AOP/SOP atau Manager ditampilkan dengan sebuah angka yang mana akan memudahkan untuk dihapuskan jika perlu (lihat di bawah). 4.2 * Menyenaraikan staf saluran anda ------------------------------------- /chanserv Manager <#channel> xlist /chanserv SOp <#channel> xlist /chanserv AOp <#channel> xlist /chanserv HOp <#channel> xlist /chanserv VOp <#channel> xlist Arahan ini menunjukkan maklumat lanjutan dari staf saluran anda, dan siapa yang telah ditambah dan bila. Anda juga dapat melihat sebab mengapa ia ditambah ke saluran. NOTE: Hanya AOp dan ke atas boleh menyemak arahan Xlist Contoh untuk mengeluarkan arahan: "/msg ChanServ@services.dal.net VOp #Docsteam XLIST" -ChanServ- VOp list for #docsteam 1) h (h@2607:f8f8:790:5::1234) Added by Fredfred!fredfred@dalnet on Mon 26-Nov-2018 09:38:15 GMT Last Op Time: Mon 26-Nov-2018 10:21:26 GMT Reason: Documentation Team Arabic Translator End of list. Untuk maklumat lanjut mengenai VOP, sila layari http://docs.dal.net/docs/chanserv.html. 4.3 * Penambahan akses saluran ------------------------------ /chanserv manager <#channel> add Reason /chanserv sop <#channel> add Reason /chanserv aop <#channel> add Reason /chanserv hop <#channel> add Reason Perintah-perintah ini menambahkan seseorang pada daftar MANAGER/SOP atau AOP. Sama halnya dengan memberi status MANAGER/SOP atau AOP untuk seseorang. CATATAN: Founder channel tidak boleh dimasukkan kedalam senarai AOP/SOP/MANAGER/AKICK lagi. Secara umum anda seharusnya menambahkan AOP dan SOP atau Manager dengan menggunakan nama samaran mereka (yang telah diregistrasi) tetapi anda juga dapat menggunakan mask jika diperlukan. Mask sama halnya dengan mask untuk ban channel - sudah tentu hal ini akan mempengaruhi user yang dijadikan sasaran ban kerana status AOP dan SOP atau Manager, mereka tidak boleh dibankan- dan tidak jelas dalam panduan ini; maklumat lebih tumpukan pada Ban Guide (Panduan Ban). Jika anda ingin menjadikan seseorang SOP yang sebenarnya seorang AOP (atau sebaliknya), anda tidak perlu untuk hapuskan mereka dari mendaftar kepada AOP, kerana Servis secara automatik boleh menghapuskan mereka untuk anda pada waktu yang sama bagi penambahan mereka untuk daftar ke SOP. Anda seharusnya memeriksa seseorang itu bahawa mereka telah memiliki nick yang telah diregister sebelum anda memberi mereka AOP dengan cara /nickserv info dan meminta mereka untuk meregistrasi jika nick mereka belum diregistrasi. Jika anda cuba untuk memberikan AOP kepada seseorang yang mana nicknya belum didaftarkan, hal ini akan memberikan mereka status untuk menggunakan sesebuah mask, di mana itu adalah satu ideal yang tidak baik (lihat bahagian 5). Setiap channel diberikan pambatasan maksimum 300 AOP dan 100 SOP dan 5 Managers. ChanServ akan memperingatkan anda jika anda cuba untuk menambahkan jumlah lebih daripada ini. Catatan: Pengguna dapat membuat nama samaran mode NOOP yang mana mereka tidak boleh dijadikan AOP atau SOP di channel yang lain. Lihat "/nickserv help set noop" for more information. 4.4 * Menghapus akses saluran ----------------------------- /chanserv manager <#channel> del /chanserv sop <#channel> del /chanserv aop <#channel> del /chanserv hop <#channel> del Perintah-perintah ini digunakan untuk menghapuskan seseorang itu daripada mendaftar ke Manager/SOP atau AOP. Hal ini boleh dilakukan apabila orang tersebut menyalahgunakan status Manager/SOP dan AOP atau tidak dapat dipercayai lagi atau alasan-alasan lain. Anda dapat menggunakan perintah ini dengan beberapa cara; cara yang termudah adalah dengan menggunakan perintah list (lihat daftar), dan kemudian berikan nombor yang diperolehi dari orang yang kamu ingin hilangkan. Cara lain, anda dapat menggunakan nick atau akses mask yang anda ingin hilangkan; jika anda menggunakan cara ini anda harus menetapkan nick atau mask secara tepat sebagaimana yang diberikan di pendaftaran tersebut. Jika anda sedang menghilangkan para OP dengan menggunakan nombor yang telah didaftar, anda hanya boleh menghapuskan OP seseorang itu pada waktu yang sama. Nombor-nombor itu akan berubah setelah setiap kali berlaku penghilangan, jadi anda perlu untuk mengulangi perintah list untuk memeriksa nombor yang sebenar. 4.5 * mode VERBOSE ------------------ Jika mode VERBOSE dijalankan untuk sesebuah channel, kemudiannya terdapat suatu perubahan pada aspek tertentu dari channel (terutamanya, ketika seseorang itu menambahkan atau menghilangkan AOP/SOP atau AKICK), semua op yang ada di dalam channel akan dimaklumatkan melalui sebuah notice. Untuk menjalankannya: /chanserv set <#channel> verbose on 5 * Saranan untuk menggunakan address mask dalam senarai akses anda ------------------------------------------------------------------- Ia biasanya terbaik untuk menggunakan nama samaran, bukan address mask untuk senarai op (@,%) akses. Terdapat beberapa alasan untuk ini: * Anda selalu dapat mengetahui secara pasti siapakah HOPS/AOPs/SOPs atau Managers. * sukar untuk membuat kesalahan dan memberi terlalu banyak AOP lebih dari yang diinginkan (sebagai contoh jika anda membuat tanda * pada tempat yang salah di suatu mask). * Jika anda menjumpai masalah dengan seseorang yang menggunakan server yang sama sebagai AOP dan mendapatkan op dari AOP tertentu, hal ini dapat diketahui tanpa menghapuskan AOP dari orang tersebut. Ada satu keuntungan dalam menggunakan address mask : * Anda akan selalu dapat mengetahui secara pasti address mask yang mana boleh mendapatkan status op secara automatik. Jika anda memutuskan untuk menggunakan address mask untuk memberikan kepada AOP, lihat Ban Guide (Panduan Ban) yang mana akan memberi penjelasan tentang address mask. Ingat bahawa meskipun panduan itu menjelaskan bagaimana cara menggunakan address mask untuk ban orang, apabila anda menggunakan address mask untuk daftar AOP ,hal ini tidak sesuai untuk ban mereka tapi memberikan AOP. 6 * Masalah dengan pengguna yang salah mendapat akses ----------------------------------------------------- (Catatan: Bahagian ini menerangkan tentang AOP, tetapi semuanya itu menuju ke SOP juga.) Seseorang itu boleh mendapat status AOP di channel sekiranya mereka menggabungkan salah satu daftar akses ke salah satu AOP yang sebenarnya. Orang dapat memperolehi *ops* di suatu channel (tetapi tidak mengakses untuk perintah ChanServ AOP) jika ChanServ down, dan channel anda kosong ketika mereka memasukinya. Sayangnya tidak ada yang boleh di lakukan untuk ini, akan tetapi jarang ChanServ down untuk waktu yang lama. Terdapat juga orang yang memperolehi ops jika mereka dikasih oleh seseorang yang telah memilik op (contohnya seorang AOP/SOP atau Manager). Jika anda tidak inginkan hal seperti ini terjadi, anda dapat menggunakan OPGUARD yang mana akan dijelaskan pada akhir bahagian ini. 6.1 * Ingin mengetahui kenapa pengguna itu memiliki status OP ------------------------------------------------------------- Untuk mengetahui kenapa seseorang itu memiliki status HOP/AOP/SOP atau Manager di sebuah channel, anda boleh menggunakan perintah ChanServ "why": /chanserv why <#channel> Hal ini akan menjelaskan pendaftaran HOP/AOP/SOP atau Manager (jika ada) yang memastikan bahawa status orang yang dimaksudkan, sehingga jika ada sesuatu masalah dapat di selesaikan dengan segera. 6.2 * Masalah Daftar akses -------------------------- dimana anda telah menempatkan seseorang itu di daftarkan kepada AOP dengan menggunakan nickname, hal ini bererti bahawa siapapun yang sesuai dengan 'daftar akses' daripada semua AOP ,anda akan memperolehi status AOP di channel. Jika orang yang bukan AOP diberikan OP oleh ChanServ di channel, mungkin ada masalah dengan pendaftaran akses - anda akan dapat mengetahui pendaftaran AOP yang mana yang bermasalah sebab bukan-AOP yang membuatkan OP terjadi kerana memiliki service provider (ISP) yang sama (contohnya : aol.com, netcom.com, iquest.net, dan lain-lainnya) dengan salah satu AOP anda. Anda boleh memastikan hal ini akan mendapat perintah "why" yang diberikan di atas. Anda seharusnya menghubungi AOP tersebut (hantar memo jika mereka tidak online) dengan memberitahu untuk mengubah daftar akses atau menghilangkan kesemuanya, identifikasi ke NickServ dengan menggunakan password mereka ketika mereka masuk ke DALnet. Dalam hal ini, jika orang yang dimaksud itu mempunyai op yang boleh menimbulkan masalah anda boleh menghilangkan status AOP untuk sementara waktu. Jika anda atau mereka yang tidak mengetahui secara pasti tentang konsep daripada daftar akses NickServ - yang mana membolehkan anda untuk menggunakan nickname anda di DALnet tanpa identifikasi password pada setiap saat, tetapi ia boleh membawa ketidakamanan jika anda menggunakan Pengembang Jasa Internet (ISP) yang besar - kemudian NickServ akses Guide memuatkan perjelasan yang ada perlukan. Anda seharusnya menyedari dari sekarang bahawa seseorang AOP yang jahat dapat membuat daftar akses mereka secara sengaja, misalnya, membolehkan *semua orang* op di channel. Ini adalah suatu alasan untuk memastikan anda mempercayai orang tersebut sebelum memberikan mereka AOP. Sebagai waktu sementara jika ada masalah dengan mask akses, atau jika keamanan perlu ditingkatkan, anda dapat membuat mode IDENT on untuk channel. Hal ini bererti bahawa ChanServ hanya akan membolehkan AOP-AOP yang telah identifikasi ke NickServ (dengan password dari nick mereka) mendapatkan akses ke hak-hak mereka di channel, termasuk akses op. Founder dan manager dapat membuat mode IDENT untuk sebuah channel menggunakan /chanserv set <#channel> ident on Catatan bahawa jika anda membuat perkara ini, siapapun yang masuk menggunakan mask daripada nickname tidak akan mempengaruhinya . Untuk maklumat lebih: /chanserv help set ident 6.3 * Op yang tidak Dikehendaki ------------------------------- Walaupun ketika ChanServ mengatur sesebuah channel, adalah mungkin bahawa beberapa orang yang bukan AOP atau SOP boleh memperolehi op (@,%) di channel itu. Kemungkinan besar hal ini terjadi kerana AOP memberikan mereka op. Jika anda sebagai founder atau manager channel, untuk memastikan hal ini tidak terjadi , anda dapat menggunakan OPGUARD. Ketika OPGUARD dihidupkan, ChanServ tidak akan membiarkan seseorang itu untuk memperolehi op (@,%) di sebuah channel (untuk sementara) kecuali kalau mereka ada di daftarkan HOP/AOP/SOP/Manager atau founder. Jika seseorang diberikan op, ChanServ dengan segera akan menghilangkan op mereka. Untuk memungkinkan hal ini: /chanserv set <#channel> opguard on 7 * Pengertian AKICK -------------------- AKICK adalah sama dengan sebuah ban dari ChanServ bagi salah satu channel dan digunakan untuk mengeluarkan user yang bersalah dari channel anda. Mereka tidak akan hilang jika channel kosong; AKICK tetap berada sampai founder channel dan Manager atau SOP menghilangkannya. Kunci permasalahan untuk ban channel yang biasa (yang anda perolehi ketika anda klik pilihan 'Ban' di popup menu, atau taip perintah "/ban" atau "/mode <#channel> +b ") adalah bersifat sementara; jika semua orang meninggalkan channel tersebut dan menjadi kosong, sistem 'melupakan' semua ban yang telah dibuat. Pada dasarnya ban dibuat akan menghadapi gangguan sementara jadi hal ini bukanlah suatu masalah. Meskipun demikian, kadang-kadang anda dapat menghadapi masalah dengan seorang user yang secara terus-menerus datang ke channel untuk membuat masalah - dalam hal ini, anda perlu untuk ban mereka secara tetap. Situasi seperti ini membolehkan anda menggunakan AKICK, yang berfungsi sama seperti dengan ban tapi AKICK dijalankan oleh Services - ketika seorang user yang berada di daftar AKICK memasuki sebuah channel, mereka secara outomatik diban dan dikick keluar oleh ChanServ. Seperti disebutkan di atas, AKICK tidak akan hilang sampai dihapuskan , meskipun jika channel menjadi kosong. 8 * Bagaimana membuat dan menghapus AKICK ----------------------------------------- Hanya founder channel dan Manager atau SOP memiliki perkara ini untuk membuat dan menghapuskan AKICK. 8.1 * Melihat daftar AKICK yang ada ----------------------------------- /chanserv akick <#channel> list Perintah ini, dapat digunakan oleh AOP , SOP, dan juga founder atau Manager, melihat daftar semua AKICK yang ada di channel tersebut. Setiap AKICK akan dilihatkan bersamaan dengan sebuah angka yang mana anda dapat menggunakanya untuk menghapusnya secara mudah. 8.2 * Membuat Sebuah AKICK lewat MASK ------------------------------------- /chanserv akick <#channel> add [sebab] Perintah ini membuatkan sebuah AKICK untuk channel. Anda harus menjadikan mask user tersebut sama halnya dengan sebuah ban - "!@". Jika address pada "/whois" dari seorang user yang anda cuba untuk ban adalah "user@dialup22-81.provider.com" dan channel anda dinamakan #frogs, anda akan menggunakan "/chanserv akick #frogs add *!user@*.provider.com" ('AKICK orang-orang dengan nama samaran apapun, jika mereka mempunyai username "user" yang datang dari provider.com') Untuk panduan lebih terperinci pada address mask untuk ban, yang mana sama dengan AKICK di channel, silakan lihat Ban Guide (Panduan Ban). NOTA: Ianya pilihan anda untuk menambah sebab untuk akick tersebut. Inilah yang akan diperoleh oleh Peanutbutter apabila anda menambah alasan untuk akick tersebut: " * PeanutButter was kicked by ChanServ (User has been autokicked from the channel (You're NOT welcome here anymore)) " Anda dapat membuat AKICK maksimum 200 AKICK untuk suatu channel. 8.3 * Membuat AKICK untuk nama samaran -------------------------------------- /chanserv akick <#channel> add [sebab] Jika orang tersebut mempunyai nama samaran yang telah diregistrasi, anda dapat membuat sebuah AKICK menggunakan nick mereka. Hal ini akan atau tidak akan banyak bermanfaat kerana beberapa kejadian mereka akan dapat masuk dengan mudah ke IRC dengan nama samaran yang berbeza untuk menghindari ban tersebut. Jadi jika anda tidak memahami address mask untuk ban, anda dapat menggunakan cara ini, tapi akan lebih efektif jika membuatnya secara manual degan mengspesifikasi mask tertentu. NOTA: Ianya pilihan anda untuk menambah sebab untuk akick tersebut. Inilah yang akan diperoleh oleh Peanutbutter apabila anda menambah alasan untuk akick tersebut: " * PeanutButter was kicked by ChanServ (User has been autokicked from the channel (You're NOT welcome here anymore)) " CATATAN: Pengasas saluran tidak boleh dimasukkan kedalam senarai AOP/SOP/MANAGER/AKICK lagi. 8.4 * Menghapus Sebuah AKICK ---------------------------- /chanserv akick <#channel> del Anda dapat menggunakan perintah ini dalam dua cara; yang paling senang adalah menggunakan perintah list (dijelaskan di atas), dan kemudian gunakan nombor tertentu yang anda ingin hapuskan. Cara alternatifnya adalah, anda dapat menggunakan mask yang ingin dihapuskan; jika anda menggunakan cara ini anda harus mengspesifikasi mask tertentu dengan tepat sebagaimana diberikan di daftar. Jika anda menghapus user berdasarkan pada nombor-nombor mereka di daftar, anda seharusnya menghapuskan satu user pada saat itu. Nomor-nomor tersebut akan berubah setelah setiap penghapusan, sehingga anda perlu untuk mengulang perintah list untuk melihat nombor yang sebenarnya. 9 * Ringkasan ------------- Managers/SOPs, AOPs dan HOPs adalah orang-orang yang anda percayai untuk memberikan mereka kesenangan tertentu di channel anda. Diantaranya, hal ini bermaksud bahawa secara automatik mereka diberikan op (@,%) apabila mereka masuk ke channel. Pengurus boleh menukar beberapa tetapan saluran, boleh menambah atau mengalih keluar SOps/AOps/HOps dan AKICK (hanya pengguna yang dipercayai dapat memperoleh akses ini). SOP juga mempunyai hak untuk membuat dan menghapuskan AOP dan AKICK (ban yang sifatnya kekal untuk channel). Anda seharusnya perlu lebih peka ketika memberikan SOP kepada pengguna lain. Jika ada seseorang yang anda percayai yang mana anda fikir haruslah mendapatkan AOP di channel anda Jalankan arahan "/nickserv info " untuk mengetahui nama samaran mereka telah berdaftar - jika belum, dikehendaki meminta mereka untuk mendaftarkan dan mengulangi perkara di atas jika mereka telah melakukannya. Apabila anda telah pastikan nama samaran tersebut telah berdaftar, taip "/chanserv aop <#channel> add ". Jika channel anda menghilangkan seorang SOP dengan alasan tertentu - sebagai contoh jika itu adalah channel besar dan anda hilangkan bantuan untuk keselamatan channel seperti halnya pemilihan AOP. Pastikan anda dapat mempercayai seseorang yang akan diberikan Manager atau SOP, dan periksa nama samaran mereka samaada telah diregister seperti perkara di atas. Kemudian gunakan "/chanserv manager <#channel> add " "/chanserv sop <#channel> add ". Jika di suatu hari anda perlu untuk menghapuskan seorang HOP/AOP/SOP atau Manager dari daftar channel kerana mereka tidak dapat dipercayai lagi, dan meninggalkan IRC, atau hal yang selainnya. Taip "/chanserv <#channel> list". Apabila anda mendapatkan nombor dari orang dimaksud kemudian taip "/chanserv <#channel> del ". Jika anda harus membuat ban secara terus untuk seseorang Anda (Manager atau SOP di channel; bukan AOP) dapat menempatkan mereka kepada senarai AKICK dengan menggunakan "/chanserv akick <#channel> add ", di mana "" ban mask yang biasa digunakan untuk mengacau. Anda dapat menghapus AKICK dimasa yang lain dengan menghapuskan AOP dan SOP atau Manager. (Lihat bahagian 8.) ---------------------------------------------------------------------- IRC: /server irc.dal.net 7000 (also port 6667) The Web: http://www.dal.net/ DALnet Help: http://help.dal.net/ IRC FTP: ftp://ftp.dal.net/ Network! Email: help at dal.net (help), docs at dal.net (help documents), suggest at dal.net (suggestions and comments)