Mod Channel dan Pengguna ======================== Versi 1.5.2 Terjemahan terakhir oleh Knz (knz at hacker.my) pada 2019-01-08 Revisi terakhir oleh eDdYk0nG (eddyk0ng at dal.net) pada 2021-07-09 Penulis asal LadyDana (ladydana at dal.net) pada 2000-10-28 Copyright (C) 2000-2021 by the DALnet IRC Network Sila hantar maklum balas dan komen mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan) kepada docs@dal.net. Jika anda memerlukan bantuan mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila rujuk kepada http://help.dal.net Pengenalan ---------- Dokumen ini ditulis sebagai panduan kepada semua mod pengguna dan channel yang disokong oleh IRCD DALnet (Internet Relay Chat Daemon). IRCD DALnet dinamakan *Bahamut*. Untuk maklumat tambahan mengenai Bahamut sila lawati http://bahamut.dal.net dan #bahamut. Setiap mod diikuti dengan penjelasan dan contoh. Melainkan dan sekiranya ia dinyatakan, semua mod sentiasa ditukar atau ditetapkan oleh arahan "/mode". Syntax: /mode <+/- mode(s)> /mode <#channelname> <+/- mode(s)> Anda hanya boleh menukar mod pengguna anda sendiri sahaja. Hanya Operator Channel mempunyai akses lengkap untuk menukar mod channel. Kandungan --------- 1 * Senarai Mod 2 * Mod Channel 2.1 +A 2.2 +b 2.3 +c 2.4 +e 2.5 +h 2.6 +i 2.7 +I 2.8 +j 2.9 +k 2.10 +l 2.11 +L 2.12 +m 2.13 +M 2.14 +n 2.15 +o 2.16 +O 2.17 +p 2.18 +P 2.19 +r 2.20 +R 2.21 +s 2.22 +S 2.23 +t 2.24 +v 3 * Mod Pengguna 3.1 +C 3.2 +H 3.3 +i 3.4 +P 3.5 +r 3.6 +R 3.7 +s 3.8 +S 3.9 +w 4 * Mod Pengguna (Operator IRC sahaja) 4.1 +o 4.2 +O 4.3 +a 4.4 +A 4.5 +b 4.6 +c 4.7 +d 4.8 +e 4.9 +f 4.10 +F 4.11 +g 4.12 +h 4.13 +I 4.14 +j 4.15 +k 4.16 +K 4.17 +m 4.18 +n 4.19 +x/X 4.20 +y 5 * Penutup 1 * Senarai Mod --------------- Apabila pertama kali anda menyambung ke DALnet, anda akan mendapatkan banyak maklumat mengenai pelayan (server) yang anda sedang menggunakan. Senarai mod pengguna dan channel juga terkandung dalam maklumat ini. Welcome to the DALnet IRC Network PJKevin!kevin@219.95.43.120 Your host is mesra.kl.my.dal.net, running version bahamut-1.8(02) This server was created Sun Sep 19 2004 at 13:07:39 MYT mesra.kl.my.dal.net bahamut-1.8(02) aAbcdefFghiIjkKmnoOrRswxXy bceiIjklLmMnoOprRstv NETWORK=DALnet SAFELIST MAXBANS=100 MAXCHANNELS=20 CHANNELLEN=32 KICKLEN=307 NICKLEN=30 TOPICLEN=307 MODES=6 CHANTYPES=# CHANLIMIT=#:20 PREFIX=(ov)@+ STATUSMSG=@+ are available on this server Maklumat di atas merupakan satu contoh apabila pengguna pertama kali disambungkan. Untuk makluman, anda dapat perhatikan bahawa terdapat dua kumpulan abjad selepas versi ircd pada baris keempat.*aAbcdefFghiIjkKmnoOrRswxXy* dan *bceiIjklLmMnoOprRstv*. Untuk versi IRCD ini, *aAbcdefFghiIjkKmnoOrRswxXy* adalah mod Pengguna dan *bceiIjklLmMnoOprRstv* adalah mod channel. Setiap huruf mewakili satu pilihan untuk nama samaran atau channel. Sila ambil perhatian bahawa ia tidak semestinya berdasarkan contoh ini. 2 * Mod Channel --------------- Mod channel hanya boleh ditetapkan oleh operator channel, iaitu mereka yang mempunyai @ di sebelah nama samaran mereka. Ada beberapa mod channel yang memerlukan parameter tambahan bersama dengan mod tersebut dan sebaliknya. Anda juga boleh menggunakan kombinasi mod berlainan dalam satu arahan dengan syarat anda mematuhi peraturan parameter. Dengan Bahamut, anda boleh mengubah 6 mod pada satu masa yang sama dalam barisan arahan itu. Syntax: /mode <#channelname> <+/- mode(s)> Contoh: /mode #peanutbutter +nt /mode #peanutbutter -ps /mode #peanutbutter +nt-R /mode #peanutbutter +ntv-obb MissPeanut BadTastingPeanut *!*@loving.peanutbutter.ca *!*@singing.in.moonlight.net 2.1 * +A -------- Apabila saluran yang berada dalam mod auditorium, pengguna hanya boleh melihat ops atau pengguna bersuara pada saluran dan mesej yang dihantar ke saluran yang oleh bukan ops atau pengguna bukan bersuara sedang disampaikan kepada # saluran-relay. Ops dan pengguna bersuara boleh melihat senarai pengguna sepenuhnya. Justeru itu, masuk atau keluar bagi pengguna bukan ops atau pengguna bukan bersuara hanya dihantar kepada ops atau pengguna bersuara. Mod saluran ini bertujuan untuk acara khas bagi rangkaian network dan hanya boleh ditetapkan oleh perkhidmatan. 2.2 * +b -------- +b adalah untuk tetapan ban (larangan) di mana ia menyekat seorang pengguna (atau sekumpulan pengguna daripada menggunakan channel itu. Jika pengguna itu berada dalam channel itu semasa ban itu dilaksanakan, pengguna tidak dapat mengantar mesej kepada channel. Ini merupakan fungsi tambahan mod ini. Fungsi ini juga dikenali sebagai "+bquiet", walaupun ianya tetap menggunakan +b. Sebagai tambahan, mesej peninggalan (/part messages) juga tidak akan ditunjukkan. Syntax: /mode <#channelname> +/-b [] Contoh: /mode #peanutbutter +b-bb *!*@annoying.pest.com *!*@*.ca *!~@*.moonlight.net Jika anda tidak menyatakan sebarang host, pengguna akan diberi senarai larangan walaupun berada di luar channel. Maklumat lanjut mengenai larangan boleh diperolehi daripada http://docs.dal.net/docs/banguidemy.html. 2.3 * +c -------- Mod +c bermaksud "colourless (tanpa warna)". Ia merupakan satu mod baru dan ia lebih spesifik kepada DALnet buat masa kini. Jika seorang pengguna menghantar mesej berwarna ke channel (kebanyakkan klien IRC menyokong warna),atau pengawalan kod (termasuk ketebalan (bold), garisan bawah (underline),undur (reverse) dll), mesej ini akan ditahan dan tidak terpapar sepertimana channel itu berada dalam keadaan moderate bagi seseorang pengguna itu. 2.4 * +e -------- +e adalah mod pengecualian yang membenarkan mereka yang mempunyai hostmask sepadan dengan senarai pengecualian tetapi juga dalam senarai sekatan untuk dibenarkan masuk channel. Apabila suatu hostmask ditetapkan dalam senarai pengecualian, mod ini akan membenarkan pengguna itu memasuki channel dengan merentas sekatan yang ditetapkan. Syntax: /mode <#channelname> +/-e [] Contoh: /mode <#peanutbutter> +e Dalam contoh atas,katakan terdapat suatu sekatan dengan hostmask *!*@*.my dalam senarai sekatan. Hostmask PJKevin adalah PJKevin!kevin@brk32-kj.jaring.my. PJKevin akan dapat masuk channel tersebut kerana dia mempunyai pengecualian dengan mod +e atas host PJKevin!*@*.my. NOTA: Sila ambil perhatian bahawa mod ini tidak menggantikan sepakan automatik yang ditetapkan dalam saluran. 2.5 * +h -------- Mod ini adalah " halfop untuk saluran " yang ditetapkan oleh % di sebelah nama samaran. % diterjemahkan ke dalam pemberian dan penyingkiran mod +h. Syntax: /mode <#channelname> +/-h Contoh: /mode #docsteam +hh-h MissPeanut PeanutButterLover CheekyBrat Akses halfop untuk saluran mempunyai keupayaan untuk menendang orang daripada saluran itu melainkan jika orang berada sebagai Op atau disuarakan. Sebagai tambahan, halfop juga dapat mengubah topik saluran. 2.6 * +i -------- Menetapkan channel kepada "jemputan sahaja" hanya akan membenarkan pengguna yang dijemput ke channel (dengan arahan "/invite" atau dalam senarai jemputan) untuk memasuki channel itu. 2.7 * +I -------- Mod ini membenarkan hanya mereka yang mempunyai hostmask sepadan dengan host dalam senarai jemputan dibenarkan masuk channel bermode +i (melalui jemputan sahaja) atau channel bermode +R (hanya nama samaran berdaftar). Syntax: /mode <#channelname> +/-I [] Contoh: /mode <#peanutbutter> +I PJKevin!*@*.my Dalam contoh atas, PJKevin dapat masuk channel #peanutbutter walaupun mod +i ditetapkan kerana host PJKevin ialah PJKevin!kevin@brk32-kj.jaring.my dan ia mempunyai padanan dengan senarai jemputan. NOTA: Sila ambil perhatian bahawa mod ini tidak akan berkesan jika terdapat sekatan yang sepadan dengan pengguna dalam senarai sekatan. 2.8 * +j -------- Mod +j digunakan untuk kawalan masuk pengguna. Ia amat berguna dimana ia akan membenarkan nisbah N pengguna dalam tempoh S saat. Syntax: /mode <#channelname> +/-j Contoh: /mode #peanutbutter +j <2:5> Dalam contoh di atas, channel #peanutbutter ditetapkan mode +j dengan nisbah 2 pengguna dalam 5 saat. Bahamut 2.0.7. 2.9 * +k -------- Definisi "kekunci" ialah perkataan (kata laluan) yang anda perlu gunakan dalam arahan "/join" semasa memasuki channel itu. Jika kekuncinya adalah salah, anda tidak akan dibenarkan menyertai channel itu. Syntax: /mode <#channelname> +/-k Contoh: /mode #peanutbutter +k jam Sesiapa yang ingin memasuki channel ini dikehendaki menggunakan arahan "/join <#channelname> ". Dalam kes di atas, ia adalah "/join #peanutbutter jam". 2.10 * +l --------- Mod ini adalah "pembatas pengguna channel" dimana ia membenarkan anda menentukan maksima pengguna yang boleh masuk ke dalam channel anda pada satu masa. Apabila ia telah mencapai tahap maksima, pengguna yang cuba memasuki channel itu akan mendapat mesej memberitahu bahawa channel itu adalah penuh. Syntax: /mode <#channelname> +/-l Contoh: /mode #peanutbutter +l 25 2.11 * +L --------- Buat masa kini, mod +L tidak mempunyai sebarang fungsi di DALnet walaupun ia telah dinyatakan dalam keluaran IRCD Bahamut. Ia digunakan untuk senarai moderated (moderated /LIST). Apabila ia ditetapkan, hanya channel dengan mod +L akan terpapar dalam senarai /LIST. Mod +L telah ditetapkan untuk kegunaan pada masa yang akan datang. 2.12 * +m --------- Mod "moderated" hanya akan membenarkan Op (@) dan Voice (+) mengantar mesej ke channel. Semua mesej lain akan disekat. Pengguna yang tidak mempunyai akses operator atau voice dalam channel juga disekat daripada menukar nama samaran mereka. 2.13 * +M --------- +M membawa maksud "hanya nama samaran berdaftar dapat bertutur". Sama juga seperti mod +R dimana hanya nama samaran berdaftar (nama samaran dengan mod pengguna +r) sahaja dibenarkan untuk bertutur. Nama samaran yang masih berada di dalam channel selepas +M telah ditetapkan tidak dapat mengantar mesej ke channel itu sehingga mod +r ditambahkan kepada nama samaran mereka. Silahkan rujuk kepada bahagian 3.5. 2.14 * +n --------- Mod +n adalah "no external messages" dimana ianya menyekat mesej daripada pengguna yang tidak berada di dalam channel. Jika +n *tidak digunakan*, ia akan mengakibatkan pengguna diluar channel boleh mengantar mesej ke channel itu walaupun pengguna tersebut tidak berada di dalam channel itu. 2.15 * +o --------- Seorang "operator channel" dapat dikenali dengan simbol @ sebelah nama samarannya. Terdapat beberapa klien IRC yang mungkin akan menunjukkan simbol lain tetapi tidak kesemuanya. Syntax: /mode <#channelname> +/-o Contoh: /mode #peanutbutter +oo-o MissPeanut PeanutButterLover CheekyBrat Seorang operator channel boleh mengeluarkan/menyekat pengguna daripada channel sebagai tambahan kepada pihak yang berkuasa menukar mod channel. 2.16 * +O --------- Mod +O bermaksud "untuk oper sahaja". Pada amnya, ia hanya membenarkan mereka yang mempunyai mod pengguna +o (Operator IRC) untuk menyertai channel itu. Mod ini hanya boleh ditetapkan oleh seorang Operator IRC. 2.17 * +p --------- Saluran ""private"" ditunjukkan dalam output /whois tetapi tidak dipaparkan pada permintaan /list. 2.18 * +P --------- Mod +P ditetapkan secara automatik kepada OFF apabila anda mendaftarkan saluran. Ini bermakna saluran anda secara automatik dilindungi mesej daripada spammer. Jika ditetapkan kepada ON, anda tidak akan mempunyai sebarang perlindungan penapis spam untuk saluran tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.dal.net/kb/view.php?kb=411. 2.19 * +r --------- Mod +r hanya boleh ditetapkan oleh Services (Servis) yang memberitahu bahawa channel itu adalah channel berdaftar dengan ChanServ. Mod ini tidak digunakan lagi. 2.20 * +R --------- +R bermaksud "nama samaran yang berdaftar sahaja" (mod pengguna +r) dapat memasuki channel itu. Bagi pengguna yang tidak menggunakan nama samaran berdaftar, mereka akan mendapat satu mesej meminta mereka mendaftarkan nama samaran tersebut. Sila rujuk bahagian 3.5. 2.21 * +s --------- Channel "secret (rahsia)" tidak dipaparkan melalui output WHOIS melainkan mereka berada di dalam channel yang sama. Sebagai tambahan, channel rahsia juga tidak akan disenaraikan atas permintaan LIST. Anda tidak perlu menggunakan mod +p jika menggunakan mod +s kerana mode +s adalah mod pelengkap +p. Sila rujuk bahagian 2.17. 2.22 * +S --------- Apabila saluran ditetapkan kepada +S, hanya pengguna yang mempunyai mod +S sahaja yang dibenarkan memasuki saluran. +S ditetapkan apabila anda menggunakan sambungan selamat, SSL. 2.23 * +t --------- Apabila mod +t ini ditetapkan, hanya operator channel dapat menetapkan topik channel itu. 2.24 * +v --------- Seperti yang telah dinyatakan, apabila sesuatu channel itu ditetapkan kepada mode "moderate" (+m Sila rujuk bahagian 2.12), hanya operator dan "voice" dapat berkomunikasi dan mengantar mesej ke channel itu. Hanya operator channel berhak memberi atau menarik voices. Contoh: /mode <#channelname> +/-v Contoh: /mode #peanutbutter +vv-v MissPeanut PeanutButterLover CheekyBrat Sila ambil perhatian untuk sesetengah channel, pengguna yang mendapat mod voice boleh dianggap rakan kepada operator channel dan boleh dianggap sebagai operator channel dalam latihan. Walaubagaimanapun, ia tidak boleh diaplikasikan untuk semua channel. 3 * Mod Pengguna ---------------- Mod pengguna membenarkan pengguna menetapkan beberapa perkara semasa anda berada di IRC. Anda boleh menggunakan mod-mod ini untuk menentukan kesukaran untuk orang lain mengesan anda, maklumat yang anda hendak dari pelayan (server) IRC itu dan sebagainya. Mod Pengguna lebih dikenali sebagai "umode". Mod pada amnya ditetapkan melalui arahan "/mode". /mode <+/- mode(s)> Contoh: /mode PeanutButterLover +iws /mode PeanutButterLover -k /mode PeanutButterLover +i-s Anda hanya dapat menukar mod anda sendiri sahaja. Oleh yang demikian, ia hanya berkesan atas nama samaran yang digunakan pada masa itu. 3.1 * +C -------- Apabila pengguna menetapkan mod +C, mereka hanya menerima mesej daripada pengguna yang berada di dalam saluran yang SAMA. 3.2 * +H -------- Usermode ini berfungsi untuk menutup nama host pengguna; tetapan mod ini akan memastikan pengguna dapat mengekalkan IP yang digunakan secara tersembunyi untuk tujuan keselamatan. Sila gunakan /whois nama samaran untuk menyemak status semasa anda: MissPeanut is janice@77880b4eab7bbf7f42d610b290cf3edf698fa4.110.83.ip * Peanut Butter is the best! MissPeanut is actually janice@83.110.194.2 [83.110.194.2] MissPeanut is on @#PeanutButter +#PeanutB MissPeanut is on koala.vc.au.dal.net Micron21, Australia MissPeanut has identified for this nick MissPeanut is using a secure connection (SSL) NOTA:Mod +H ditetapkan kepada ON secara automatik apabila anda menyambung ke DALnet. Anda boleh UNSET mod dengan menaip: ("/mode nama samaran -H"). Anda tidak dibenarkan untuk menukarkan mod pengguna H sekiranya anda berada didalam saluran. 3.3 * +i -------- "+i" juga dikenali sebagai mod "invisible". Ini tidak bermaksud pengguna tidak dapat dilihat tetapi lebih sukar bagi pengguna lain mencari anda melainkan mereka tahu nama samaran atau berada di channel yang sama dengan anda. Sila ambil perhatian bahawa kebanyakkan pelayan (server) menetapkan mod +i apabila pengguna disambungkan. Apabila anda tidak ditetapkan pada mod pengguna +i, pengguna lain dapat mengesan atau melihat anda melalui arahan "/who" atau melalui arahan "/names <#channelname>". Operator IRC dapat melihat semua pengguna sama ada mereka dalam keadaan +i atau sebaliknya. 3.4 * +P -------- Mod P+ ditetapkan kepada OFF secara automatik apabila anda mendaftarkan nama samaran. Ini bermakna pengguna dilindungi daripada spammer melalui sistem penapis spam DALnet. Anda boleh menukar tetapan kepada "ON" jika tidak memerlukan perlindungan dari penapis spam untuk nama samaran anda. Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.dal.net/kb/view.php?kb=411. 3.5 * +r -------- Mod +r hanya boleh ditetapkan oleh Services (Servis) yang memberitahu bahawa nama samaran itu adalah nama samaran itu berdaftar dengan NickServ. Apabila anda menggunakan arahan"/whois" kepada pengguna yang telah menetapkan mod +r, satu baris tambahan akan ditambahkan pada output WHOIS yang menandakan pengguna tersebut telah mengenalkan dirinya kepada NickServ untuk nama samaran itu. Contoh: MissPeanut is janice@peanutty.yummy.com * Peanut Butter is the best! MissPeanut is on @#PeanutButter +#PeanutB MissPeanut is on coast.fl.us.dal.net MissPeanut has identified for this nick 3.6 * +R -------- Mod +R boleh ditetapkan kepada pengguna yang tidak ingin menerima mesej daripada pengguna lain yang tidak menggunakan nama samaran berdaftar atau mod pengguna +r. Sila ambil perhatian bahawa pengguna yang menggunakan mod +R juga tidak boleh menghantar mesej kepada pengguna yang tidak berdaftar ataupun +r. Sila rujuk bahagian 3.5. Ini termasuk juga untuk tatapan CTCP. Pengguna yang menetapkan mod +R boleh menerima mesej daripada pengguna yang mempunyai mod +o. Sila rujuk bahagian 4.1 3.7 * +s -------- Menetapkan mod +s adalah permintaan untuk menerima mesej palayan (server) itu termasuk maklumat "kill" operator IRC. Mod ini tidak digunakan secara meluas kerana ia boleh membanjiri pengguna. 3.8 * +S -------- Mod ini ditetapkan apabila anda menggunakan sambungan selamat (SSL). Hanya ditetapkan oleh server sahaja. Barisan tambahan akan dimasukkan bagi arahan /whois : MissPeanut is janice@peanutty.yummy.com * Peanut Butter is the best! MissPeanut is on @#PeanutButter +#PeanutB MissPeanut is on coast.fl.us.dal.net MissPeanut is an IRC Operator - Server Administator MissPeanut has identified for this nick MissPeanut is using a secure connection (SSL) 3.9 * +w -------- Wallops adalah mesej jaringan yang dihantar oleh Operator IRC kepada satu sama lain. Pengguna yang telah menetapkan mod +w dapat melihat perbualan Operator IRC itu. Wallops tidak meluas digunakan di DALnet. 4 * Mod Pengguna (Operator IRC sahaja) -------------------------------------- Mod-mod di bawah ini hanya boleh digunakan oleh Operator IRC sahaja. 4.1 * +o -------- Mod +o adalah mod yang menentukan sama ada pengguna itu adalah Operator IRC atau tidak. Ia juga merupakan salah satu mod yang tidak boleh ditetapkan melalui arahan "/mode". Arahan untuk seorang Operator IRC sebenar "oper up" ialah: /oper Untuk "deopering", seseorang Operator IRC itu boleh menggunakan arahan "/mode" untuk "deoper". Lain kata, menutup keistimewaan Operator IRC itu. Syntax: /mode -o Apabila "opered", output WHOIS Operator IRC memberi gambaran status mereka. Terdapat beberapa pelayan yang menukar tema pelayan mereka untuk menukar mesej am, walaubagaimanapun, ia masih terbukti. Contoh: MissPeanut is janice@peanutty.yummy.com * Peanut Butter is the best! MissPeanut is on @#PeanutButter +#PeanutB MissPeanut is on coast.fl.us.dal.net MissPeanut is an IRC Operator MissPeanut has identified for this nick Ia adalah luar skop dokumen ini untuk menerangkan bagaimana kata laluan oper ditetapkan atau syarat menjadi seorang operator IRC. Lain kata, bukan semua orang boleh "oper up". 4.2 * +O -------- Adalah lokal IRC Operator. 4.3 * +a -------- Membenarkan pengguna menggunakan arahan "/samode" dan juga tambahan kepada barisan Operator IRC di output WHOISnya, menandakan bahawa beliau; adalah seorang Pentadbir Servis (Services Administrator). Contoh: MissPeanut is janice@peanutty.yummy.com * Peanut Butter is the best! MissPeanut is on @#PeanutButter +#PeanutB MissPeanut is on coast.fl.us.dal.net MissPeanut is an IRC Operator - Services Administator MissPeanut has identified for this nick 4.4 * +A -------- Menambahkan kepada barisan Operator IRC di output WHOISnya menandakan beliau; adalah seorang Pentadbir Pelayan (Server Administrator). Pentadbir Pelayan juga dapat melihat semua channel dengan mod +s (rahsia) dan +p (persendirian). Pentadbir pelayan juga ditetapkan dengan mod +a secara automatik. Contoh: MissPeanut is janice@peanutty.yummy.com * Peanut Butter is the best! MissPeanut is on @#PeanutButter +#PeanutB MissPeanut is on coast.fl.us.dal.net MissPeanut is an IRC Operator - Server Administator MissPeanut has identified for this nick 4.5 * +b -------- Membenarkan Operator IRC itu melihat mesej chatop. 4.6 * +c -------- Mod +c memberi kebenaran kepada Oprerator IRC itu untuk menerima notis apabila seseorang itu masuk atau keluar pelayan yang mereka sedang berada. Oleh kerana bilangan besar pengguna yang ada di DALnet, mod ini jarang digunakan. 4.7 * +d -------- Membenarkan pengelihatan mesej debug. 4.8 * +e -------- +e mempunyai kaitan dengan DCCALLOW yang akan menunjuk apa- apa pengantaran fail yang terhenti di peringkat pelayan. 4.9 * +f -------- Mod +f akan memberitahu Operator IRC setiap kali seseorang itu kena banjir atau terputus koneksi mereka dari pelayan itu akibat banjir berlebihan atau "Excess Flood". Channel yang mempunyai pelindung banjir dalaman akan diberitahu juga setiap kali pelindung ini terkena. 4.10 * +F --------- Dapat melepasi recvq throttling pelayan. 4.11 * +g --------- Membenarkan Operator IRC melihat mesej globop Operator IRC. Mod ini juga boleh ditetapkan oleh pengguna biasa tatapi tiada kesan ataukegunaan bagi mereka. Asalnya, +g digunakan untuk mesej global. Dengan kehadiran Bahamut, ia ditukar kepada flag globops. 4.12 * +h --------- +h juga dikenali sebagai mod bantuan. Apabila ia ditetapkan, nama samaran seorang operator IRC itu akan dipapar kepada pengguna yang menggunakan arahan "/stats p" bersama dengan waktu ketiadaanya dalam saat. Contoh: MissPeanut (janice@peanutty.yummy.com) Idle: 30555 PeanutButterLover (butter@loving.peanutbutter.ca) Idle: 46 2 OPERs End of /STATS report. 4.13 * +I --------- +I menyembunyikan maklumat pelayan. Bermaksud, maklumat pelayan tidak terpapar dalam output /whois. 4.14 * +j --------- Mod ini akan memberi anda notis sambungan dron yang ditolak 4.15 * +k --------- Mod +k bermaksud mesej KILL dan ia akan mengarahkan pelayan (server) untuk mengantar semua mesej "kill" pelayan. Mod ini juga boleh menyebabkan anda dibanjiri. 4.16 * +K --------- Penggunaan mod ini meminta pelayan menghantar notis 'kill' daripada pelayan U:line. 4.17 * +m --------- Melaporkan kemungkinan spambot dan sasaran yang tidak sempurna. 4.18 * +n --------- Apabila mod +n ditetapkan, notis routing akan diantar kepada Operator IRC yang memintanya. 4.19 * +x/X ----------- +x/X digunakan untuk Squelch and Silent Squelch. Menghalang menghantar, for sebagai contoh menghentikan PRVMSG mereka. Hanya boleh ditetapkan oleh pelayan U:line. 4.20 * +y --------- Mod +y membenarkan Operator IRC melihat beberapa arahan yang diantar oleh pengguna atau Operator IRC lain. Yang biasanya dilihat, permintaan stats/links/admin dapat dilihat. 5 * Penutup ----------- Akhirnya, perlu diambil tahu bahawa terdapat banyak IRCD yang berlainan pada masa kini. Walaupun ada beberapa mod yang tetap sama bagi kebanyakkan IRCD, terdapat perbezaaan untuk mod channel dan mod pengguna antara satu jaringan dengan yang lain. Rujukan ini ditulis untuk IRCD DALnet, Bahamut, Version 1.8.* dan tidak patut diaplikasikan pada IRCD yang lain. ---------------------------------------------------------------------- IRC: /server irc.dal.net 7000 (also port 6667) The Web: http://www.dal.net/ DALnet Help: http://help.dal.net/ IRC FTP: ftp://ftp.dal.net/ Network! Email: help at dal.net (help), docs at dal.net (help documents), suggest at dal.net (suggestions and comments)