Petunjuk Bagi Pendatang Baru di DALnet ====================================== Versi 1.3.1 Terjemahan terakhir oleh eDdYk0nG (eddyk0ng at dal.net) pada 2021-01-29 Revisi terakhir oleh Fredfred (Fredfred at DALnet) pada 2021-01-29 Penulis asal Wuher (wuher at swrpg.net) pada 2000-12-11 Copyright (C) 2000-2021 by the DALnet IRC Network Sila hantar maklum balas dan komen mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan) kepada docs@dal.net. Jika anda memerlukan bantuan mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila rujuk kepada http://help.dal.net Pengenalan ---------- IRC adalah singkatan untuk Internet Relay Chat, yang merupakan sistem sembang untuk Internet. Perkhidmatan DALnet semuanya disumbangkan oleh syarikat dan individu untuk memberi manfaat kepada puluhan ribu orang berbual pada satu masa. Kandungan --------- 1 * Cara penyambungan ke IRC 2 * Apa yang membuat DALnet begitu istimewa? 3 * Perintah Dasar IRC 4 * Mencari Bantuan 5 * Pembantu Rasmi DALnet 5.1 Bagaimana mencari pembantu 6 * Operator IRC DALnet 7 * Channel Operators 8 * Keamanan 9 * Kesimpulan Lampiran A * iOS users (iPhones/iPads/iPod touch) A.1 Cara menyambung ke DALnet A.2 Di mana anda boleh memuat turun Colloquy? Lampiran B * Pengguna Android (Samsung Galaxy / HUAWEI / LG / HTC dan lainnya) B.1 Cara untuk menghubungkan DALnet B.2 Di mana anda boleh memuat turun Colloquy? Lampiran C * IRCCloud C.1 Sambungan ke DALnet menggunakan laman web C.2 Sambungan ke DALnet melalui aplikasi mudah alih (iOS / Android) C.3 Di mana anda boleh memuat turun IRCCloud? Lampiran D * qwebirc D.1 menyambung ke DALnet melalui qwebirc D.2 arahan asas DALnet D.3 arahan umum IRC: 1 * Cara penyambungan ke IRC ---------------------------- Untuk menyambung ke DALnet, anda memerlukan klien IRC. Tidak kira apa jenis sistem operasi anda, kemungkinan ada sekurang-kurangnya satu klien IRC untuknya. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai berbagai jenis perisian yang dapat anda gunakan untuk mengakses DALnet, lihat http://www.dal.net/software/ . Sekiranya anda tidak dapat memuat turun klien IRC tetapi ingin berbual di DALnet, http://www.dal.net mempunyai klien java yang tersedia untuk kegunaan umum. Anda boleh menyambung ke DALnet dengan klien IRC untuk peranti mudah alih anda. Berikut adalah beberapa aplikasi yang akan membolehkan anda menyambung ke DALnet untuk semua jenis mudah alih mengikut sistem operasi. iOS Lampiran A , Android Lampiran B , IRCCloud Lampiran C , qwebirc Lampiran D ). DALnet kini menawarkan kepada pengguna kemampuan untuk menyambung melalui pool berganda utama IPv4/IPv6. Sebelum ini, jika pengguna ingin menyambung IPv6, mereka harus menggunakan pool ipv6.dal.net tetapi jika mereka menggunakan pool irc.dal.net, pengguna akan dipaksa untuk menyambung menggunakan IPv4 . Kini, DALnet membolehkan pengguna IPv6 menyambung tanpa perlu menentukan alamat kumpulan yang berbeza dalam klien mereka secara manual. 2 * Apa yang membuat DALnet begitu istimewa? -------------------------------------------- DALnet berbeza dengan rangkaian IRC lain dengan pelbagai cara. Perbezaan yang paling penting adalah Perkhidmatan IRC khas DALnet: NickServ, ChanServ, dan MemoServ. Perkhidmatan DALnet dikodkan, dikekalkan, dan ditingkatkan oleh kakitangan kami sendiri. Mereka direka untuk menjadikan pengalaman berbual anda lebih menyeronokkan; untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan DALnet, sila lawati http://www.dal.net/services/ . 3 * Perintah Dasar IRC ---------------------- Melakukan sambungan ke IRC server /server <:port> (contoh: "/server irc.dal.net:7000" ) Keluar dari IRC dengan satu "pesan" /quit (contoh: "/quit Ta-Ta Semuanya!" ) Memasuki channel yang telah diketahui /join <#channel> (contoh: "/join #Help" ) Keluar dari channel yang telah diketahui /part <#channel> (contoh: " /part #DALnetHelp Terima kasih atas pertolongannya! " ) Menampilkan sebuah aksi - * kata samaran anda melakukan sesuatu /me (contoh: "/me melambai-lambai di dalam channel" ) Menampilkan daftar channels yang sesuai dengan *subjek* /list <*subjek*> (contoh: "/list *IRC*" ) Perintah IRC tersebut mungkin akan memberitahu bilakah harus anda klip setiap kali melakukan sambungan, namun ada beberapa cara agar lebih mudah menggunakannya iaitu dengan memakai "popups" atau seperti menu di dalam klien IRC. Untuk bantuan bagaimana cara menggunakan klien IRC, anda boleh mencuba mencari channel dengan nama client yang sama (contoh: #mIRC Untuk client mIRC, #pIRCh Untuk client pIRCh) atau anda boleh mencari arahan " /help" di dalam klien IRC yang anda gunakan. Pertanyaan yang paling sering ditanyakan oleh pendatang baru di DALnet ialah bagaimana cara mendaftarkan sebuah nickname. Informasi ini dapat diketahui melalui http://docs.dal.net/docs/nsemailmy.html . 4 * Mencari Bantuan ------------------- DALnet mempunyai banyak sekali channel bantuan yang akan membantu anda dengan pelbagai topik, namun tidak semuanya yang hanya berhubungan dengan IRC saja. Untuk itu anda harus menentukan dahulu masalah apa yang anda hadapi, setelah itu anda boleh mencari channel untuk mengatasi masalah tersebut. Untuk masalah seperti IRC, sangatlah penting untuk mengetahui apakah masalah tersebut seperti pertanyaan DALnet atau sebagainya. Untuk itu, Kami tidak membantu masalah dari segi jaringan IRC selain DALnet itu sendiri (masalah sekatan, masalah identd, server down atau sebagainya). Untuk soalan yang berkaitan dengan DALnet sila dikunjungi #Help . Jika anda memerlukan bantuan dalam bahasa lain, sila lawati http://docs.dal.net/docs/channelsmy.html#2 . 5 * Pembantu Rasmi DALnet ------------------------- "Pembantu rasmi" dilantik untuk mewakili komuniti IRC DALnet di #Help dan saluran berbual secara rasmi lain seperti #DragonRealm . Mereka bertanggungjawab untuk memberikan bantuan kepada pengguna berkenaan kepada arahan perkhidmatan IRC DALnet di kalangan subjek lain. Pengguna yang ditetapkan sebagai "pembantu rasmi" adalah bukan Operator IRC. Mereka sebenarnya pengguna DALnet biasa yang sukarela memberi masa lapang mereka untuk membantu pengguna yang memerlukan bantuan, dengan lebih banyak sumber yang disediakan oleh kakitangan DALnet yang berkaitan dengan perkhidmatan rangkaian. Untuk mencari Operator IRC, sila klik pautan berikut: http://docs.dal.net/docs/operinfomy.html . 5.1 * Bagaimana mencari pembantu -------------------------------- Semua pengguna yang meluangkan masa untuk membantu pengguna lain dalam saluran bantuan rangkaian rasmi dan bukan rasmi dikelaskan sebagai "pembantu" dengan status istimewa diberikan kepada kakitangan aktif dalam #Help . Status ini hanya diberikan kepada calon yang sesuai oleh Jawatankuasa Bantuan dan Pentadbiran Pusat DALnet. Semua pembantu DALnet rasmi dapat memberikan bantuan yang tersedia kepada pengguna menggunakan alatan servis perkhidmatan. Sebagai contoh "/whois" untuk pembantu rasmi DALnet MissPeanut is janice@peanutty.yummy.com * Peanut Butter is the best! MissPeanut on @#help +#dragonrealm MissPeanut using koala.vc.au.dal.net Micron21, Australia MissPeanut has identified for this nick MissPeanut is an official DALnet Helper. MissPeanut is using a secure connection (SSL) MissPeanut End of /WHOIS list. Seperti yang dapat dilihat di atas, pengguna /whois ini "MissPeanut is an official DALnet Helper" yang menandakan status pembantu rasmi rangkaian. NOTE: Anda boleh mencari pembantu rasmi lain dengan mengeluarkan arahan: /motd teams.* 6 * Operator IRC DALnet ----------------------- DALnet IRC Operator mempunyai tugas untuk membantu server adminnya setiap saat agar kestabilan jaringan setiap server sentiasa terjaga. IRCops juga mempunyai tugas yang sangat penting iaitu membimbing setiap users agar lebih mengenal jaringan DALnet, mereka juga boleh menyumbang dalam suatu bahagian pasukan yang ada di dalam susunan jaringan DALnet itu sendiri. Sebagai catatan bahawa DALnet bukanlah sebuah jaringan yang ditujukan untuk mencari profil semata, juga semua staf membernya melakukan hal tersebut dengan cara sukarela dan tidak mengenakan sebarang bayaran. Untuk keterangan lebih lanjut tentang pentadbiran DALnet, anda boleh mengunjungi http://www.dal.net/admin/ . 7 * Channel Operators --------------------- Seseorang yang mempunyai simbol @ di depan kata samaran boleh dianggap sebagai channel operator, yang mempunyai kemampuan untuk mengubah beberapa settings channel untuk keperluan dari channel itu sendiri. Mereka juga mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan seseorang apabila bertentangan dengan peraturan channel. DALnet tidak akan mencampuri soal bagaimana channel tersebut akan dijalankan, kerana semua hal itu adalah keputusan dari Channel Operatornya, dan terutama dari channel founder itu sendiri. Kebanyakkan ops harus mempunyai kelakuan yang boleh dipertanggung jawabkan, namun apabila terdapat masalah mengenai itu, anda boleh mencuba mencari channel founder tersebut. Keputusan final dari founder merupakan hal yang sangat penting bagi menentukan bagaimana channel akan berjalan. Anda boleh mendapatkan informasi mengenai siapa founder dari channel tersebut dengan menggunakan perintah berikut: /chanserv info <#channel> /quote chanserv info <#channel> /msg chanserv@services.dal.net info <#channel> 8 * Keamanan ------------ Jika anda sedang menggunakan IRC, anda harus selalu mengingatkan tentang keamanan. Hati-hatilah ketika anda menerima files dari IRC, jangan sekali-kali memberikan password nickname ataupun password channel kepada orang lain, dan pastikan anda mengunjungi lawan web ini http://docs.dal.net/docs/exploitsmy.html jika anda sering menggunakan sistem dari Microsoft Windows. 9 * Kesimpulan -------------- Team Dokumentasi DALnet memberikan pelbagai topik yang sangat menarik dan boleh membantu anda di dalam menjelajahi DALnet, anda boleh juga mengunjungi http://docs.dal.net/ untuk keterangan lebih lanjut. Appendix A * iOS users (iPhones/iPads/iPod touch) ------------------------------------------------- Secara tradisinya, klien IRC di Mac adalah sesuatu yang glamor. Colloquy adalah IRC klien yang maju, SILC dan ICB lanjutan yang bertujuan untuk mengisi kekosongan ini. Dengan mematuhi konvensi antara muka Mac OS X, Colloquy mempunyai rupa dan nuansa aplikasi Mac yang berkualiti. Colloquy menyokong skrip dalam bahasa seperti AppleScript, F-Script, JavaScript, Objective-C dan Python. Aplikasi ini sering dikemaskini dan *TIDAK* percuma. A.1 * Cara menyambung ke DALnet ------------------------------- 1. Muat turun melalui App store.. 2. Masukkan aplikasi. 3. Tekan Urus. 4. Tekan Tambah Sambungan Baru -> Sambungan IRC 5. Pada ruangan alamat, masukkan alamat pelayan DALnet irc.dal.net. 6. Pada ruangan Identity Network, masukkan Nama Panggilan dan Nama Sebenar anda 7. Tekan Lanjutan. a) Pada ruangan Port Server, masukkan port server DALnet (default 6667, untuk SSL default 6697). b) Aktifkan guna SSL jika server DALnet Anda menggunakan SSL. c) Matikan percubaan SASL. d) Pada ruangan Username, masukkan nama pengguna / identifier IRC Anda. e) Pada ruangan Kata Laluan, biarkan kosong. f) Pada ruangan Nick Pass, pilihan anda untuk menuliskan kata laluan nickname anda atau membiarkannya kosong. Biarkan pada ruangan encoding. Untuk bahasa Arabic, ubah ke bahasa Arab (Windows). " *** Arabic (Windows) adalah sebuah pengkodean yang digunakan untuk menulis bahasa Arab di bawah Microsoft Windows. **** " 8. Tekan kembali dan tekan Sambung. A.2 * Di mana anda boleh memuat turun Colloquy? ----------------------------------------------- Anda boleh memuat turun dari Apps Store serta boleh mencari tentang Colloquy dan memuat turunnya di peranti anda, atau anda boleh mendapatkannya di laman web rasmi mereka http://colloquy.info/ Appendix B * Pengguna Android (Samsung Galaxy / HUAWEI / LG / HTC dan lainnya) ------------------------------------------------------------------------------ AndroIRC adalah klien IRC Android yang dapat menyambung ke beberapa pelayan pada masa yang sama. AndroIRC adalah *PERCUMA* dan menyokong banyak bahasa. Sila kunjungi http://www.AndroIRC.com untuk informasi lebih lanjut. B.1 * Cara untuk menghubungkan DALnet ------------------------------------- 1. Download melalui Google / Play Store. 2. Setelah anda memasang aplikasi, klik ikon pengaturan dan pilih pengaturan. 3. Tab Nickname dan isikan ruangan Nickname / ident / Real name. 4. Tab Server dan klik pada ikon pengaturan untuk menambahkan Server Baru dan ikuti petunjuk berikutnya. a) Klik pada Nama dan tuliskan DALnet sebagai nama server IRC dan tekan OK b) Klik Address dan tulis irc.dal.net dan tekan OK " c) *Tinggalkan port sebagai default* " " d) *Tinggalkan ruangan password kosong* " e) Klik Nickname dan tulis nickname IRC anda f) Klik pada Ident dan tulis nama pengguna IRC Anda *charset sensitif biarkan begitu kerana ia adalah UTF-8. Untuk Arab DALnetizens anda menukarnya ke WINDOWS-1256* " *** WINDOWS-1256 adalah sebuah pengkodean yang digunakan untuk menulis bahasa Arab di bawah Microsoft Windows. *** " 5. Sekarang tekan Kembali dan klik pada halaman aplikasi atas (+) dan pilih DALnet untuk disambungkan. B.2 * Di mana anda boleh memuat turun Colloquy? ----------------------------------------------- Dari Google/Play Store anda dapat mencari tentang AndroIRC dan memuat turun di peranti mobile anda, atau anda dapat lawati laman web rasmi mereka iaitu http://www.AndroIRC.com untuk mendapatkan lebih banyak informasi. " NOTA: Semua aplikasi mudah alih sebelumnya menggunakan arahan IRC asas. " Appendix C * IRCCloud --------------------- IRCCloud adalah klien IRC dengan berkonsepkan masa hadapan. Tetap berhubung, berbual dari mana sahaja, dan jangan sesekali terlepas mesej anda. Daftar untuk akaun/harga dengan percuma. IRCCloud menghubungkan anda ke pelayan DALnet, menjaga sambungan anda secara aktif, dan menyimpan sejarah chat anda. Anda boleh mengaksesnya melalui laman rasmi mereka di https://www.IRCCloud.com atau ke aplikasi mudah alih mereka. C.1 * Sambungan ke DALnet menggunakan laman web ----------------------------------------------- 1. Klik https://www.IRCCloud.com . 2. Anda harus mendaftar dengan mengisi: - Nama - Alamat email yang sah - Kata laluan " *** klik daftar untuk mendapatkan pengesahan e-mel IRCCloud. Setelah anda mengesahkan alamat e-mel anda, ikuti arahan seterusnya untuk membuat sambungan ke DALnet: " a) Pada ruangan hostname, pilih DALnet ipv6.dal.net b) Pada ruangan identifikasi, sila isi bahagian yang kosong dengan nama panggilan dan nama lengkap anda c) Tekan join network dan nikmati DALnet! C.2 * Sambungan ke DALnet melalui aplikasi mudah alih (iOS / Android) --------------------------------------------------------------------- 1. Muat turun melalui App Store atau Google/Play Store dengan carian IRCCloud 2. Daftar ke akaun dengan mengisi maklumat berikut: - Nama - Alamat email yang sah - Kata laluan " **** Klik daftar untuk mendapatkan Pengesahan e-mel IRCCloud. Setelah anda mengesahkan alamat e-mel anda, ikuti arahan seterusnya untuk menyambung ke DALnet: " a) Pada ruangan hostname, pilih DALnet ipv6.dal.net b) Pada ruangan identifikasi, sila isi bahagian yang kosong dengan nama panggilan dan nama lengkap Anda c) Tekan join network dan nikmati DALnet! C.3 * Di mana anda boleh memuat turun IRCCloud? ----------------------------------------------- Kedua-dua sistem operasi dapat memuat turun aplikasi ini melalui gedung aplikasi di peranti mereka. Appendix D * qwebirc -------------------- qwebirc adalah pelanggan IRC yang laju, mudah diguna, dan percuma. Anda boleh manyambung melalui pelayar web (pc/mobile) di http://www.dal.net:9090 D.1 * menyambung ke DALnet melalui qwebirc ------------------------------------------ 1. Pergi ke http://www.dal.net:9090 2. Anda perlu mengisi: - Nickname - Saluran yang ingin anda masuk - Anda boleh memasuki lebih daripada 1 saluran pada waktu yang sama, pisahkan dengan tanda koma (,) - Contoh : #docsteam,#help,#new2irc Semua identd yang bersambung melalui qwebirc akan ditetapkan kepada ~qwebirc " ***tekan butang CONNECT " "[10:34] qwebirc v0.93" "[10:34] Copyright (C) 2008-2014 Chris Porter and the qwebirc project." "[10:34] http://www.qwebirc.org" "[10:34] Licensed under the GNU General Public License, Version 2. " "[10:34] == Connecting to server, please wait..." "[10:34] == *** (qwebirc) Looking up your hostname..." "[10:34] == *** (qwebirc) Couldn't look up your hostname!" "[10:34] == Logging in, please wait..." "[10:34] -halcyon.il.us.dal.net- *** Looking up your hostname..." "[10:34] -halcyon.il.us.dal.net- *** Found your hostname" "[10:34] -halcyon.il.us.dal.net- *** CGI:IRC host/IP set to 123.112.12.141 123.112.12.141" "[10:34] == Signed on!" D.2 * arahan asas DALnet ------------------------ qwebirc adalah pelanggan IRC yang sangat asas. Bukan semua arahan dapat digunakan. Semua arahan servis DALnet boleh diakses melalui : " /msg ChanServ@services.dal.net Help" " /msg NickServ@services.dal.net Help" " /msg MemoServ@services.dal.net Help" D.3 * arahan umum IRC: ---------------------- "/query nickname" "/msg nickname mesej" "/list *channel*" "/kick nickname *reason* " "/me message " "/topic #channel topic" "/whois nickname" "/ignore nickname" Ignored eDdYk0nG, to unignore taip: /UNIGNORE eDdYk0nG "/unignore eDdYk0nG" Unignored eDdYk0nG. "/ignore" Menunjukkan anda semua senarai ignore : Ignore list: - eDdYk0nG "/mode nickname/channel +/- argm" maklumat lanjut mengenai mod pengguna/channel, layari: http://docs.dal.net/docs/modesmy.html Sila ambil perhatian bahawa qwebirc tidak menyokong arahan ban saluran(+b). Hanya arahan kick pengguna sahaja yang ada. Klik pada nickname pengguna dan anda akan mendapat : "-query" "-slap" "-kick" "-deop" "-voice" "-ignore" Untuk pertanyaan, sila masuk #Help ---------------------------------------------------------------------- IRC: /server irc.dal.net 7000 (also port 6667) The Web: http://www.dal.net/ DALnet Help: http://help.dal.net/ IRC FTP: ftp://ftp.dal.net/ Network! Email: help at dal.net (help), docs at dal.net (help documents), suggest at dal.net (suggestions and comments)