Maklumat NickServ ================= Versi 1.1.7 Terjemahan terakhir oleh PJKevin (kevinram_2002 at hotmail.com) dan eDdYk0nG (eddykong87 at yahoo.com) pada 2006-09-09 Revisi terakhir oleh Documentations Team (docs at dal.net) pada 2018-02-18 Penulis asal LadyDana (ladydana at dal.net) pada 2000-10-31 Copyright (C) 2000-2018 by the DALnet IRC Network Sila hantar maklum balas dan komen mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan) kepada docs@dal.net. Jika anda memerlukan bantuan mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila rujuk kepada http://help.dal.net Pengenalan ---------- DALnet merupakan salah satu rangkaian IRC yang terbesar dengan perkhidmatan. Ia dengan jayanya telah menetapkan *****Serv* untuk penggunanya semenjak tahun 1994. Antaranya ialah *NickServ*, *ChanServ* dan *MemoServ*. Dokumen ini akan menerangkan pilihan yang anda boleh menggunakan dengan NickServ atas nama samaran anda yang telah didaftarkan. Satu senarai arahan perkhidmatan yang lengkap boleh didapati dari http://www.dal.net/services. Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan, silalah ke channel bantuan DALnet: #DALnetHelp, #Help atau #IRCHelp. Dalam dokumen ini, arahan "/nickserv" akan digunakan untuk berhubung dengan NickServ. Kemungkinan juga klien IRC kamu tidak akan menyokong arahan ini. Jika berlaku sedemikian, kami mencadangkan anda menggunakan arahan "/msg NickServ@services.dal.net" atau"/quote nickserv" sebaliknya. Kandungan --------- 1 * Keperluan, Kebolehan dan Tanggungjawab 2 * Mengenalkan nama samaran anda. 3 * Mendapatkan maklumat nama samaran 4 * "Nama samaran sedang digunakan" 4.1 Arahan GHOST 4.2 Arahan RECOVER 4.3 Arahan RELEASE 5 * Senarai Aksess dan Memeriksa Aksess 6 * Opsyen Penetapan 6.1 Menukar Kata Laluan 6.2 Menghalang orang lain daripada menggunakan nama samaran anda 6.3 Menetapkan URL pada nama samaran anda 6.4 Menetapkan/ Menukar Alamat Email 6.5 Memaparkan Alamat Email 6.6 Menghalang Penerimaan Memo 6.7 Menghalang Pemberian Status Operator 6.8 Menghalang Penggunaan Arahan SENDPASS 7 * Melupuskan Nama Samaran 8 * "Saya telah lupa kata laluan nama samaran saya" 9 * Penyalahgunaan NickServ 1 * Keperluan, Kebolehan dan Tanggungjawab ------------------------------------------ Dokumen ini menganggap kamu telah mendaftarkan nama samaran anda dengan NickServ maka kita tidak akan menyentuh langkah ini. Satu dokumen yang menerangkan proses pendaftaran nama samaran anda boleh didapati dari http://docs.dal.net/docs/nsemailmy.html. NickServ membenarkan seseorang pengguna berdaftar nama samaran anda dan menghentikan orang lain daripada menggunakan nama samaran anda itu. NickServ juga membenarkan pemilik nama samaran itu memutuskan sambungan pengguna lain yang menggunakan nama samarannya.nama samaran tidak akan lagi tamat tempoh selepas 30 hari. Sebaliknya, nama samaran akan ditandakan sebagai "Tidak Aktif".https://www.dal.net/kb/view.php?kb=280 Apabila anda mendaftarkan nama samaran anda, anda mengambil kesempatan untuk menggunakan perkhidmatan percuma yang telah disediakan di rangkaian IRC DALnet. Tolong jangan mendaftarkan nama samaran yang berlebihan yang anda mungkin tidak akan menggunakan atau dengan tujuan menghalang orang lain daripada menggunakan nama samaran itu. 2 * Mengenalkan nama samaran anda. ---------------------------------- Terdapat pelbagai cara untuk mengenalkan nama samaran anda. Anda boleh mengenalkan nama samaran anda yang anda tidak gunakan pada ketika itu. Cara tradisional untuk mengenalkan nama samaran anda ialah: /nickserv identify [] Contoh: /nickserv identify ILovePeanutButter /nickserv identify PeanutButterLover ILovePeanutButter Cara- cara lain adalah: /identify [] /services identify [] /msg nickserv@services.dal.net identify [] Oleh kerana "/identify" dan "/services" adalah arahan dalaman DALnet, ada beberapa klien IRC yang mungkin tidak akan menyokongnya. Jika keadaan ini berlaku, anda perlu menggunakan "/quote" sebagai tambahan kepada arahan itu. prefix: /quote identify [] /quote services identify [] Terdapat banyak kes dimana pengguna terpapar kata laluannya di tetingkap channel atau perbualan sulit dengan meninggalkan */*. Oleh yang demikian adalah dinasihatkan untuk menaip arahan pengenalan di tetingkap Status (atau persamaannya). 3 * Mendapatkan maklumat nama samaran ------------------------------------- Arahan ini merupakan arahan yang amat berguna untuk memperoleh maklumat mengenai suatu nama samaran yang berdaftar. Ia akan mennunjukkan host pemilik, waktu sambungan mereka yang terakhir, opsyen yang telah ditetapkan dan sebagainya. Syntax: /nickserv info Contoh: /nickserv info PeanutButterLover Berikut adalah contoh maklumat yang diberi oleh NickServ: -NickServ- Info for PeanutButterLover: -NickServ- (Currently on IRC) For extra info: /whois PeanutButterLover -NickServ- Last seen address : butter@loving.peanutbutter.ca -NickServ- Memos forward to : PeanutButter -NickServ- Last seen time : Tue 10/24/2000 04:10:58 GMT -NickServ- Time registered : Sun 08/22/1997 10:18:21 GMT -NickServ- Time now : Tue 10/24/2000 04:17:37 GMT -NickServ- URL : http://www.peanutbutter.ca/ -NickServ- Email address : janet@peanutbutter.ca -NickServ- Options: Enforced, NoOp -NickServ- *** End of Info *** 4 * "Nama samaran sedang digunakan" ----------------------------------- Untuk sebab- sebab tertentu, nama samaran anda mungkin dalam penggunaan apabila anda anda cuba menggunakannya. Bergantung kepada situasi, terdapat tiga arahan yang berbeza untuk digunakan. 4.1 * Arahan GHOST ------------------ Ada kalanya anda telah diputus hubungan anda dengan ISP dengan tidak memutus hubungan dengan DALnet terlebih dahulu. Keadaan seperti ini akan menyebabkan pelayan itu menganggap anda masih berada di DALnet. Ini lebih dikenali sebagai "ghost". Lain kata, ghost adalah sambungan yang tidak wujud lagi. Ini terjadi kerana pelayan itu tidak tahu keadaan ini. Ghost ini biasanya lenyap dalam masa beberapa minit tetapi mungkin anda tidak bersabar untuk menunggu. Arahan untuk menghilangkan ghost ini ialah: /nickserv ghost [] Contoh: /nickserv ghost PeanutButterLover /nickserv ghost PeanutButterLover ILovePeanutButter Kata laluan tidak perlu dinyatakan jika anda mempunyai aksess yang terdapat dengan senarai aksess bagi nama samaran anda. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai senarai aksess, silalah lawat http://docs.dal.net/docs/nsaccessmy.html. Jika anda menggunakan kata laluan bagi arahan ini, anda dianggap telah mengenalkan diri anda bagi nama samaran itu sepertimana jika anda menggunakan arahan "/nickserv identify ". 4.2 * Arahan RECOVER -------------------- Jika anda tidak mempunyai pilihan ENFORCE ditetapkan ataujika seorang pengguna telah bermula menggunakan nama samaran anda dan NickServ tidak dapat menukar nama samaran mereka kepada Guest (Sila rujuk bahagian 4.3), anda boleh memutuskan sambungan pengguna yang menggunakan nama samaran anda itu dengan menggunakan arahan RECOVER. /nickserv recover [] Contoh: /nickserv recover PeanutButterLover /nickserv recover PeanutButterLover ILovePeanutButter Seperti arahan GHOST, arahan RECOVER tidak memerlukan kata laluan jika anda mempunyai aksess kepada nama samaran itu melalui senarai aksess nama samaran anda. Selepas menggunakan arahan RECOVER, NickServ akan menguatkuasakan nama samaran anda. Untuk mendapatkan nama samaran anda semula, anda dikehendaki untuk menggunakan arahan RELEASE seperti yang berikut. 4.3 * Arahan RELEASE -------------------- Penguatkuasa adalah untuk menjaga nama samaran untuk sementara dalam masa 60 saat ( berpunca dari tetapan ENFORCE nama samaran). Nama samaran seseorang pengguna akan ditukarkan menjadi Guest***** dan nama samarannya itu dipegang dan tidak dapat digunakan. Seseorang yang ingin menggunakan nama samaran itu akan mendapat mesej bantahan. Dibawah adalah contoh untuk bantahan berikut: Seseorang yang cuba menggunakan nama samaran yang dipegang dan dihalang sementara akan mendapat mesej seperti berikut: PeanutButterLover The nick PeanutButterLover is currently being held by a Services Enforcer. If you are the nicks owner, use /msg NickServ@services.dal.net RELEASE PeanutButterLover password to release the nickname. If thenickname recently expired, please wait patiently and try again later. [PeanutButterLover] Untuk menggunakan nama samaran anda itu balik, anda boleh menggunakan arahan /nickserv release [] Contoh: /nickserv release PeanutButterLover /nickserv release PeanutButterLover ILovePeanutButter Jika arahan RELEASE gagal memulangkan nama samaran anda, gunakan arahan RECOVER (seksyen 4.2) dan ulang semula arahan RELEASE. Selepas itu, anda boleh menggunakan nama samaran anda dengan menaip /nick nama-samaran. Seperti arahan GHOST dan arahan RECOVER, arahan RELEASE tidak memerlukan kata laluan jika anda mempunyai aksess kepada nama samaran itu melalui senarai aksess nama samaran anda. 5 * Senarai Aksess dan Memeriksa Aksess --------------------------------------- Penggunaan senarai aksess boleh menimbulkan kekeliruan terutamanya untuk pengguna baru. Oleh yang demikian, kami tleh menulis satu dokumen yang menerakngkan mengenai senarai aksess, bagaimana menggunakannya serta kebaikan dan keburukan. Dokumen ini boleh didapati dari http://docs.dal.net/docs/nsaccessmy.html. Para pengguna juga dapat memeriksa aksess mereka sendiri atau pengguna lain. Ini akan membenarkan mereka melihat sama ada beliau telah mengenalkan dirinya kepada perkhidmatan atau menggunakannya dengan tidak mengenalkan. Arahannya ialah: /nickserv acc NickServ akan mengembalikan nombor antara 0 hingga 3. Ia akan terpapar seperti berikut: -NickServ- PeanutButterLover ACC 2 Setiap nombor diwakili dengan tahap aksess yang berbeza dengan nama samaran yang digunakan oleh pengguna pada masa itu. "ACC 0" Nama samaran itu tidak berdaftar. "ACC 1" Pengguna nama samaran itu belum mengenalkan nama samarannya dengan NickServ. "ACC 2" Terdapat padanan dengan senarai aksess bagi nama samaran itu. "ACC 3" Pengguna itu telah mengenalkan dirinya kepada perkhidmatan dengan kata laluan. Arahan ini amat berguna dalam beberapa situasi seperti mengesan penyamar, mendapat tahu mengapa seseorang itu tidak dapat status operator walaupun nama samaran itu berada dalam senarai AOp/SOp, dan sebagainya. 6 * Opsyen Penetapan -------------------- Terdapat pelbagai opsyen yang tersedia untuk pemilik sesuatu nama samaran berdaftar. Sebelum anda menggunakan arahan- arahan berikut anda sepatutnya mengenalkan nama samaran anda terlebih dahulu. 6.1 * Menukar Kata Laluan ------------------------- Adalah amat senang untuk menukar kata laluan nama samaran anda: /nickserv set passwd Sebagai contoh: /nickserv set passwd ILovePeanutButter ILovePB Arahan di atas akan menukarkan kata laluan "ILovePeanutButter" kepada "ILovePB". Setelah pengguna berjaya menukarkan kata-laluan, pengguna akan menerima emel pengesahan untuk megesahkan penukaran kata laluan itu. Tiada kata-laluan akan ditunjukkan dalam emel itu. Ianya hanya untuk memberitahu bahawa kata-laluan telah ditukar. Jika anda tidak ingin menukarnya, anda akan berhati-hati dan mempunyai masa untuk mengambil tindakan untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini. Pengguna sekarang boleh mengulang balik kata laluan yang ditukar. Apabila seseorang menggunakan arahan 'SEND PASSWD', mereka akan menerima emel melalui alamat emel yang ditetapkan bersamakan dengan kod auth. Kod auth itu boleh digunakan dalam masa 72 jam untuk menukarkan kata-laluan itu kepada yang asal. Terdapat jarak waktu 72 jam (3 hari) antara penggunaan arahan SET PASSWD dan SET EMAIL. Anda tidak boleh menukar kata laluan anda dalam masa 72 jam (3 hari) selepas penukaran alamat email dan anda tidak boleh menukar alamat email anda setelah menukar kata laluan anda bagi tempoh 72 jam (3hari). 6.2 * Menghalang orang lain daripada menggunakan nama samaran anda ------------------------------------------------------------------ Salah satu kebaikan mendaftarkan nama samaran anda adalah untuk menghalangkan orang lain menggunakannya semasa anda tidak tersambung ke DALnet. Arahan ENFORCE ini telah ditetapkan kepada ON selepas anda selesai mendaftarkan nama samaran anda dan TIDAK boleh ditukarkan kepada OFF lagi. Perkara ini dulu dikenali sebagai *KILL* tetapi telah dinamakan semula kepada perkara *ENFORCE*. Apabila opsyen *ENFORCE* ditetapkan, pemilik nama samaran itu mesti mengenalkan nama samarannya dalam masa 60 saat. Jika tidak, nama samarannya akan bertukar secara paksa kepada "Guest*****" dimana setiap * diwakili dengan sesuatu nombor random. /nickserv set enforce on " Arahan di atas tidak lagi tersedia untuk menetapkan ON / OFF " Dari kebiasaan yang panjang, masih ada orang yang menggunakan perintah * OLD * KILL dan bukan perintah ENFORCE. Kedua-duanya mencapai perkara yang sama. Walau apa pun, kami telah mengubah cara menetapkan * ON / OFF * untuk perintah penguatkuasaan. Ia tidak lagi pilihan untuk pengguna DALnet untuk melakukan apa-apa dengan perintah ini. Perintah ENFORCE telah dikeluarkan daripada sistem kami. Ia secara automatik ON apabila anda mendaftarkan nama samaran anda dan tidak dapat menghidupkannya lagi. Sebagai tambahan, anda juga boleh menggunakan nama samaran anda walaupun tidak mengenalkan nama samaran itu. Untuk maklumat lanjut, sila baca http://docs.dal.net/docs/nsaccessmy.html. 6.3 * Menetapkan URL pada nama samaran anda ------------------------------------------- Anda boleh menetapkan URL pada nama samaran anda supaya ia ditunjukkan pada output INFO NickServ. Biasanya, pengguna menetapkan lokasi laman web peribadi mereka. Syntax: /nickserv set url [] Jika anda tidak menyertakan parameter URL, NickServ akan melupuskan URL yang sedia ada daripada nama samaran anda. Contoh: /nickserv set url /nickserv set url http://www.peanutbutter.ca/ Arahan yang pertama akan melupuskan URL yang telah tersedia pada nama samaran anda itu. Arahan yang kedua akan menetapkan http://www.peanutbutter.ca/ pada URL nama samaran itu. CATATAN: Arahan NickServ SET URL sekarang boleh menggunakan https://URL. Apakah itu https? Layari https://techdifferences.com/difference-between-http-and-https.html Contoh: /nickserv set url /nickserv set url https://www.www.peanutbutter.ca/ 6.4 * Menetapkan/ Menukar Alamat Email -------------------------------------- Apabila anda mendaftarkan nama samaran anda, anda diminta menyertakan alamat email yang sah untuk mengesahkan pendaftaran nama samaran itu. Ini akan dibincang dengan lebih lanjut dalam dokumen http://docs.dal.net/docs/nsemailmy.html. Anda boleh memilih untuk menukar alamat email anda yang ditetapkan kepada yang lain. Ini dapat dicapai dengan penggunaan arahan SET EMAIL. /nickserv set email [] Menggunakan arahan di atas tanpa alamat email akan menyebabkan NickServ menunjukkan alamat email yang ditetapkan bagi tempoh itu untuk nama samaran anda. Penukaran alamat email hanya boleh dilakukan dengan penetapan alamat email yang sah: /nickserv set email janet@peanutbutter.ca Sila ambil perhatian bahawa anda perlu mengesahkan pertukaran alamat email sebelum ia boleh dikuatkuasakan. Email pengesahan akan dihantar kepada alamat baru itu, dalam kes ini, janet@peanutbutter.ca. Menukar alamat email anda dilakukan dalam dua proses. Apabila arahan pertukaran email digunakan, email pengesahan akan dihantar kepada alamat email yang asal. Ini akan membenarkan pengguna membatalkan proses pertukaran jika pemilik asal tidak meminta pertukaran itu. Jika pembatalan ini tidak dilakukan dalam masa 72 jam (3 hari), email pengesahan akan akan dihantar kepada alamat email baru untuk membenarkan proses pertukaran itu dilakukan. Anda tidak boleh menukar kata laluan dalam masa 72 jam (3 hari) selepas pertukaran alamat email baru dan anda tidak boleh menukar alamat email anda dalam masa 72 jam (3 hari) selepas pertukaran kata laluan. Terdapat beberapa alamat email yang tidak boleh digunakan untuk mendaftarkan nama samaran anda. Ini disebabkan oleh hal penyalahgunaan. Anda tidak boleh menggunakan @u.dal.net untuk mendaftarkan nama samaran anda. 6.5 * Memaparkan Alamat Email ----------------------------- Apabila anda mendaftarkan nama samaran anda, alamat email anda tidak terpapar dan tidak boleh dilihat oleh pengguna lain. Jika anda ingin memaparkan alamat email anda pada INFO NickServ, anda boleh menggunakan opsyen SHOWEMAIL. /nickserv set showemail on /nickserv set showemail off Arahan yang pertama akan memaparkan alamat email anda pada INFO NickServ dan yang kedua akan menyembunyikannya. Disclaimer:Rangkaian IRC DALnet tidak akan bertanggungjawab atas segala email yang dihantar oleh orang yang tidak diketahui atau pengiklanan berleluasa. 6.6 * Menghalang Penerimaan Memo -------------------------------- Opsyen NOMEMO adalah berhubung kait dengan MemoServ yang juga akan dibincang dengan luas dalam dokumen http://docs.dal.net/docs/memoservmy.html. Pendek kata, ia akan menghalang orang lain daripada menghantar memo kepada anda. Walaubagaimanapun, anda masih boleh menerima memo global. Seorang Operator IRC boleh memaksa memo dihantar kepada anda jika ia adalah penting. Arahan ini adalah senang untuk diingati. Ia hanya dapat dua kebarangkalian: /nickserv set nomemo on /nickserv set nomemo off Ia akan menetapkan NOMEMO kepada ON atau OFF. Sila ambil perhatian bahawa NOMEMO akan menghalang memo FORWARD. nama samaran yang digunakan untuk FORWARD yang ditetapkan dengan NOMEMO tidak dapat menerima memo juga. 6.7 * Menghalang Pemberian Status Operator ------------------------------------------ Seperti degan menghalang penerimaan memo, anda juga boleh menghalang nama samaran anda diletakkan dalam senarai AOp atau SOp. /nickserv set noop on /nickserv set noop off Arahan di atas adalah untuk menetapkan ON atau OFF. Jika anda ingin ditambah pada senarai AOp atau SOp, anda perlu menutupkan opsyen ini dan mengaktifkannya semula kemudian. 6.8 * Menghalang Penggunaan Arahan SENDPASS ------------------------------------------- DALnet membenarkan anda meminta kata laluan jika anda telah melupakannya (Sila rujuk bahagian 8). Anda boleh menghalang penghantaran kata laluan anda melalui email dengan penggunaan arahan MAILBLOCK. Sila gunakan arahan ini dengan ini dengan teliti. Anda tidak boleh dibantu jika opsyen MAILBLOCK ini ditetapkan dan hilang kata laluan. /nickserv set mailblock on /nickserv set mailblock off Menutup opsyen ini akan membenarkan anda menerima kata laluan melalui arahan SENDPASS. SET MAILBLOCK memerlukan pengesahan seperti pendaftaran nama samaran anda. Kod autentikasi akan dihantar kepada alamat email anda untuk pengesahan. Kod ini mesti dimasukkan oleh pemilik melalui arahan NickServ yang diberi atau melalui sistem laman web. 7 * Melupuskan Nama Samaran --------------------------- Jika anda tidak ingin menggunakan nama samaran anda lagi dan ingin melupuskan nama samaran anda, anda perlu menggunakan arahan khas. Proses pelupusan nama samaran dilakukan dalam 2 langkah. Pertama, anda perlu meminta nama samaran itu dilupuskan melalui arahan DROP dan yang kedua anda perlu mengesahkan keputusan anda itu. Arahan DROP adalah seperti berikut: /nickserv drop Contoh: /nickserv drop PeanutButterLover NickServ akan berbalas: -NickServ- The request for dropping a nick must be confirmed. Please check your email address for further instructions! Ikut arahan yang diberi dalam email itu dengan menaip seperti yang diarahkan. Penggunaan "copy" dan "paste" amat berguna. /nickserv auth Akhir kata, NickServ akan mengesahkan pelupusan nama samaran: -NickServ- The nick PeanutButterLover has been successfully dropped. Melupuskan nama samaran anda akan menyebabkan laman web anda (home.dal.net) dan alamat (nama_samaran@u.dal.net) turut luput juga. 8 * "Saya telah lupa kata laluan nama samaran saya" --------------------------------------------------- Sebelum anda panik, sila ambil perhatian bahawa kata laluan anda adalah "CaSe SeNsItIvE" atau sensitif terhadap case. Contohnya, "STAR" adalah tidak sama seperti "star" atau "StaR". Cuba beberapa kombinasi kata laluan anda. Mungikn anda tidak melupakannya.:) Menetapkan alamat email akan membenarkan anda mendapatkan kata laluan. Syntax untuk arahan ini adalah seperti berikut: /nickserv sendpass [] [] Contoh: /nickserv sendpass PeanutButter janet@peanutbutter.ca Alamat email yang anda beri *mesti* sepadan dengan alamat email yang ada dalam rekod kami. Arahan ini juga tidak akan berfungsi jika anda anda mempunyai opsyen MAILBLOCK ON. Sila rujuk bahagian 6.8. Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah ini, anda boleh meminta bantuan Operator IRC. Untuk mendapatkan maklumat mencari Operator IRC, sila bacahttp://docs.dal.net/docs/findopermy.html. KEMASKINI: Sebelum, kata laluan sekarang terus dihantar kepada alamat emel anda. Berkuat-kuasa serta merta, arahan SENDPASS akan berjalan seperti berikut: 1. Anda akan menerima kod auth melalui alamat emel untuk memastikan permintaan anda. Kod auth itu sah sehingga 72 jam (3 hari) sahaja. 2. Selepas mengeshkan kod auth itu seperti yang diarahkan, NickServ akan membuat KATA LALUAN BARU yang lain untuk nama samaran, dan akan memberitahu anda kata laluan itu seperti tindakbalas melalui arahan AUTH anda. 9 * Penyalahgunaan NickServ --------------------------- Menyimpan nama samaran berdaftar memerlukan sumber DALnet yang banyak. Rangkaian IRC DALnet adalah tegas terhadap mereka yang mendaftar nama samaran yang berlebihan untuk menghalang orang lain daripada mendaftarkannya, penggunaan untuk niat tidak baik dan sebagainya. Adalah elok anda menggunakan 5 atau kurang daripada 5 nama samaran. Bergantung kepada kesalahan itu, perlanggaran polisi ini boleh dikenakan amaran, bantahan menggunakan DALnet, pembekuan nama samaran atau dilaporkan melalui email kepada pusat perkhidmatan Internet (ISP) pengguna itu. Pentadbiran DALnet juga berhak melupuskan nama samaran pengguna yang melanggar peraturan rangkaian DALnet. Ini termasuk merentasi autokill berulang kali, pengiklanan berleluasa dan sebagainya. ---------------------------------------------------------------------- IRC: /server irc.dal.net 7000 (also port 6667) The Web: http://www.dal.net/ DALnet Help: http://help.dal.net/ IRC FTP: ftp://ftp.dal.net/ Network! Email: help at dal.net (help), docs at dal.net (help documents), suggest at dal.net (suggestions and comments)