DALnet XFlags FAQ

Versi 1.7.0


Terjemahan terakhir oleh Knz () pada 2019-01-08

Revisi terakhir oleh h () pada 2019-10-08

Penulis asal h () pada 2018-10-05

Sila hantar maklum balas dan komen mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan) kepada docs@dal.net. Jika anda memerlukan bantuan mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila rujuk kepada http://help.dal.net.

Pengenalan

Soalan lazim mengenai DALnet adalah: "Bagaimana saya boleh menghentikan serangan banjir IRC untuk saluran saya?". Dokumen ini akan cuba membantu melumpuhkan atau sekurang-kurangnya meminimumkan banjir IRC di saluran anda. Ia menerangkan arahan eXtended flags baru dan bagaimana ia berfungsi dengan betul, dan mengapa ianya mungkin diperlukan untuk saluran.

Kandungan

1 · Apa itu XFLAG?

XFLAG adalah arahan yang menghalang banjir IRC atau pengguna yang menjengkelkan dari menyalahgunakan saluran anda dengan mesej atau notis yang tidak diperlukan. Lanjutan extended flags untuk saluran hanya boleh ditetapkan oleh pengurus atau pengasas sahaja.

NOTA: Ciri ini boleh membantu anda mengelakkan pengguna menyalahgunakan saluran anda, dan membuatkan saluran anda lebih selamat. Untuk maklumat lanjut, sila baca artikel https://www.dal.net/kb/view.php?kb=425

2 · Adakah saya memerlukan XFLAG?

Dalam kebanyakan kes, jawapannya adalah "tidak". Mod Saluran DALnet adalah direka untuk mengelakkan banjir daripada menyertai saluran anda dan menghalang mereka daripada melakukan salah laku. Malah, anda masih boleh menetapkannya saluran anda kepada +RM. Baca lebih lanjut mengenai mod saluran dalam http://docs.dal.net/docs/modesmy.html.

Terdapat banyak pilihan dan nilai untuk lanjutan extended flags bagi saluran anda. Ini akan dijelaskan secara satu persatu di dalam soalan lazim ini. Kami juga akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk menetapkan saluran XFLAG anda kepada pilihan yang disyorkan yang akan melindungi saluran anda daripada disalah gunakan atau menetapkan semula kepada tetapan asal. Sila semak flags eXtended khas kami di bahagian 5

3 · Bagaimana untuk menyemak lanjutan eXtended flags bagi saluran

Untuk menyemak saluran XFLAG, anda perlu sekurang-kurangnya memerlukan status AOp untuk mengeluarkan arahan.

Arahan XFLAG: /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG #channel

Di bawah adalah contoh permintaan XFLAG INFO sebagai maklumat untuk saluran tersebut #docsteam:

-ChanServ- XFLAGs for the channel #docsteam:
-ChanServ- JOIN_CONNECT_TIME: 30
-ChanServ- TALK_CONNECT_TIME: 0
-ChanServ- TALK_JOIN_TIME: 60
-ChanServ- NO_NOTICE: On
-ChanServ- NO_CTCP: On
-ChanServ- NO_PART_MSG: On
-ChanServ- NO_QUIT_MSG: On
-ChanServ- EXEMPT_OPPED: On
-ChanServ- EXEMPT_VOICED: On
-ChanServ- EXEMPT_IDENTD: On
-ChanServ- EXEMPT_REGISTERED: On
-ChanServ- EXEMPT_INVITES: On
-ChanServ- EXEMPT_WEBIRC: On
-ChanServ- AUTOMSG: On
-ChanServ- HIDE_MODE_LISTS: On
-ChanServ- NO_NICK_CHANGE: Off
-ChanServ- NO_UTF8: On
-ChanServ- NO_VPNS: Off
-ChanServ- NO_SHELLS: On
-ChanServ- USER_VERBOSE: Off
-ChanServ- End of list.

NOTA: Dalam contoh ini, pengguna hanya akan dapat menyertai saluran tersebut selepas berada dalam talian selama 30 saat dan hanya akan dapat bercakap di saluran selepas 60 saat (pengguna dengan +r'ed dan identd akan dikecualikan daripada kedua-duanya, manakala pengguna dengan voiced+opped akan dikecualikan daripada kelewatan 30 saat). Malah, anda juga boleh menggunakan lanjutan flags eXtended yang disyorkan, untuk maklumat lanjut sila semak bahagian 5.

4 · Apakah arahan XFLAG?

Syntax: /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG #channel option:value [...] option:value

Anda boleh menetapkan pilihan dan nilai untuk lanjutan keselamatan saluran anda. Berikut adalah contoh menambah arahan dalam satu baris untuk JOIN_CONNECT_TIME dan NO_NOTICE:

Contoh: /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG #docsteam JOIN_CONNECT_TIME:10 NO_NOTICE:ON

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara menambah arahan dalam satu baris /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG HELP.

4.1 Join connect time

Syntax: /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG #channel JOIN_CONNECT_TIME:VALUE

Maklumat: Bilangan saat pengguna mesti berada di talian dan dalam rangkaian DALnet dapat menyertai saluran anda. Sebagai contoh, jika anda mahu pengguna kekal 10 saat masa menunggu sebelum mereka menyertai saluran anda, anda perlu menukar perkataan VALUE hingga 10.

4.2 Talk connect time

Syntax: /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG #channel TALK_CONNECT_TIME:VALUE

Maklumat: Bilangan saat pengguna mesti dalam talian rangkaian DALnet untuk dapat bercakap pada saluran anda. Sebagai contoh, jika anda mahu pengguna menunggu 30 saat sebelum mereka bercakap dalam saluran anda, anda perlu menukar perkataan VALUE hingga 30.

4.3 Talk Join time

Syntax: /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG #channel TALK_JOIN_TIME:VALUE

Maklumat: Bilangan saat pengguna mesti berada di saluran untuk dapat bercakap pada saluran anda. Sebagai contoh, jika anda mahu pengguna disenyapkan selama 15 saat selepas mereka menyertai saluran anda, anda perlu menukar perkataan VALUE hingga 15.

4.4 Notice

Syntax: /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG #channel NO_NOTICE:ON/OFF

Maklumat: Anda akan menghalang sesiapa daripada menghantar notis ke saluran anda.

4.5 CTCP

Syntax: /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG #channel NO_CTCP:ON/OFF

Maklumat: Anda akan menghalang pengguna menghantar CTCP untuk memeriksa maklumat pengguna lain seperti ping, masa, versi, userinfo atau clientinfo di saluran anda.

4.6 Part Messages

Syntax: /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG #channel NO_PART_MSG:ON/OFF

Maklumat: Mesej keluar saluran dari pengguna yang meninggalkan saluran tidak akan ditunjukkan kepada pengguna yang ada dalam saluran anda.

4.7 Quit Messages

Syntax: /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG #channel NO_QUIT_MSG:ON/OFF

Maklumat: Anda tidak akan dapat melihat sebarang mesej keluar daripada pengguna dalam saluran anda kecuali anda menukar tetapan ini kepada OFF.

4.8 Changing Nicknames

Syntax: /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG #channel NO_NICK_CHANGE:ON/OFF

Maklumat: Pengguna tidak dibenarkan menukar nama samaran mereka apabila pilihan ini ditetapkan kepada ON.

4.9 Encoding/Unicodes

Syntax: /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG #channel NO_UTF8:ON/OFF

Maklumat: Semua mesej dengan aksara pelik (Hebrew/Arabic/UTF8) akan diabaikan dalam saluran apabila pilihan ini ditetapkan kepada ON.

4.10 VPNs

Syntax: /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG #channel NO_VPNS:ON/OFF

Maklumat: Tiada sambungan dari perkhidmatan VPN awam akan dibenarkan apabila anda menetapkan pilihan ini ke ON. Satu rangkaian persendirian maya (VPN) adalah teknologi yang mencipta sambungan yang selamat dan disulitkan melalui rangkaian yang kurang selamat.

4.11 Shells

Syntax: /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG #channel NO_SHELLS:ON/OFF

Maklumat: Jika pilihan ini ditetapkan pada ON, tiada sambungan dari pembekal shell akan dibenarkan dalam saluran tersebut. Shell digunakan untuk menyambung ke DALnet dengan menggunakan sambungan daripada pembekal shell.

4.12 Exempt Opped

Syntax: /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG #channel EXEMPT_OPPED:ON/OFF

Maklumat: Anda boleh mengecualikan ops anda dari pilihan XFLAG saluran lain yang telah anda tetapkan.

4.13 Exempt Voiced

Syntax: /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG #channel EXEMPT_VOICED:ON/OFF

Maklumat: Anda boleh mengecualikan pengguna yang mempunyai voice dari pilihan saluran XFLAG yang telah anda tetapkan.

4.14 Exempt Identd

Syntax: /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG #channel EXEMPT_IDENTD:ON/OFF

Maklumat: Pengguna anda dengan ident ON akan dikecualikan daripada pilihan XFLAG saluran anda yang anda tetapkan.

4.15 Exempt Registered Nicks

Syntax: /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG #channel EXEMPT_REGISTERED:ON/OFF

Maklumat: Pengguna dengan umode +r akan dikecualikan daripada pilihan saluran XFLAG yang telah anda tetapkan.

4.16 Exempt Invited users

Syntax: /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG #channel EXEMPT_INVITES:ON/OFF

Maklumat: Pengguna dengan mod saluran +I akan dikecualikan daripada pilihan XFLAG saluran anda yang anda tetapkan.

4.17 Exempt webirc users

Syntax: /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG #channel EXEMPT_WEBIRC:ON/OFF

Maklumat: Pengguna yang menyambung ke DALnet melalui webirc akan dikecualikan daripada pilihan XFLAG saluran lain yang telah anda tetapkan.

4.18 Automsg

Syntax: /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG #channel AUTOMSG:ON/OFF

Maklumat: Pengguna akan mendapat sambutan yang telah ditetapkan sebelumnya ("This channel is protected due to abuse, you may need to wait X seconds before being able to talk!") apabila mereka menyertai saluran, jika anda telah menetapkan mod ON.

4.19 Hide Mode Lists

Syntax: /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG #channel HIDE_MODE_LISTS:ON/OFF

Maklumat: Mod ini akan menyembunyikan senarai mod berikut dari semua bukan ops saluran anda apabila ditetapkan ON: +b/+I/+e .

4.20 User Verbose

Syntax: /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG #channel USER_VERBOSE:ON/OFF

Maklumat: Sekiranya mod ini ditetapkan, ia akan menghantar mesej arahan yang gagal kepada #channel-relay.

4.20.1 ·Apa itu #channel-relay ?

Apabila pilihan USER_VERBOSE ditetapkan ke ON, mesej serta percubaan yang gagal untuk menyertai ke saluran anda akan dihantarkan kepada #channel-relay. Jika #channel-relay TIDAK berdaftar, maka hanya AOP+ untuk saluran utama dan Operator IRC boleh menyertai #channel-relay. Jika #channel-relay didaftarkan, maka ianya berfungsi sebagai saluran biasa dan sesiapa sahaja boleh menyertai saluran tersebut, melainkan jika mode RESTRICT atau sekatan mod/MLOCK telah ditetapkan seperti (+i, +k dan sebagainya). #channel-relay hanya boleh didaftarkan oleh pengasas saluran utama.

5 · XFLAG Khas

DALnet telah merangka flags khas untuk saluran yang sedang serangan banjir IRC. Malah, anda juga boleh menetapkan pilihan yang anda inginkan dengan lanjutan flags eXtended khas.

5.1 Recommended

Syntax: /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG #channel RECOMMENDED

Maklumat: Pilihan yang disyorkan bagi menghalang pengguna yang tidak diingini menyertai saluran anda untuk melakukan banjir daripada bercakap selama 30 saat serta menghalang mereka daripada menghantar notis atau ctcps kepada pengguna lain dalam saluran. Dikecualikan untuk pengguna yang mempunyai opped, voiced, pengguna berdaftar dan pengguna yang dijemput. Semua pilihan ini boleh ditetapkan dengan menggunakan arahan ini.

5.2 Default

Syntax: /msg ChanServ@services.dal.net XFLAG #channel DEFAULT

Maklumat: Pilihan ini akan menetapkan semua lanjutan flags eXtended kepada tetapan off dan 0.

6 · Soalan Lazim

Pada hari Ahad, 25 November 2018, DALnet telah merancang untuk mengadakan sesi latihan perkhidmatan mengenai ciri-ciri DALnet Services yang baharu!. Sesi ini adalah tentang XFLAG dan ciri-ciri yang lain yang masih belum dikeluarkan lagi. Pada akhir sesi, DALnet melakukan sesi soalan lazim, dan dalam bahagian ini anda akan membaca beberapa soalan daripada pengguna

Q: Berapakah nilai yang terbaik untuk menggunakan JOIN_CONNECT_TIME dan adakah nilai tersebut dalam saat?

A: /ChanServ XFLAG #channel JOIN_CONNECT_TIME:30 dan ya, ianya dalam nilai saat.

Q: Adakah anda boleh menukar GREETMSG?

A: Tidak, anda hanya boleh menggunakan pra ucapan yang tersedia dengan arahan berikut. /ChanServ XFLAG #channel AUTOMSG: ON

Q: Berapakah nilai integer maksimum untuk semua tetapan masa?

A: Nilai integer maksimum untuk semua tetapan masa adalah antara 0 sehingga 2592000

Q: Adakah dengan menyekat CTCP juga akan turut menghalang CTCP ACTION (aka a /me command)?

A: Ya, NO_CTCP juga akan menyekat tindakan (/me sesuatu)

Q: Bagaimana dengan saluran pengasas dan pengurus yang tidak dapat dikesan. Bagaimanakah ops boleh menetapkan arahan ini untuk mengelakkan banjir IRC?

A: Setiap saluran mesti mempunyai pengasas, dan anda sepatutnya boleh menghantar memo kepada pengasas. Jika anda masih tidak dapat menghubungi pengasas saluran, anda boleh menyertai #OperHelp dan kami akan cuba membantu anda.

Q: Boleh anda untuk tunjukkan ciri yang disarankan, dengan andaian ia akan berubah

A: Ciri yang disarankan pada masa ini akan membolehkan tetapan xflags seperti berikut:

NO_NOTICE:ON, NO_CTCP:ON, NO_PART_MSG:ON, NO_QUIT_MSG:ON, EXEMPT_OPPED:ON, EXEMPT_VOICED:ON, EXEMPT_REGISTERED:ON, EXEMPT_INVITES:ON, HIDE_MODE_LISTS:ON, AUTOMSG:ON, TALK_JOIN_TIME:30

Q: Apa yang boleh dilakukan oleh XFLAG, dimana bot saya tidak dapat melakukannya?

A: Ia menambahkan lebih banyak alatan untuk membantu anda menghalang beribu-ribu drone dan alamat IP daripada menyertai saluran anda, dan ianya tidak terhad kepada perkara seperti mod penetapan +R (nama samaran berdaftar sahaja).

Q: Bolehkah saya menggunakan pilihan RECOMMENDED untuk XFLAG dan mematikan EXEMPT_IDENTD?

A: Ya. Anda boleh lakukan /ChanServ XFLAG #channel RECOMMENDED dan kemudian mengubah pilihan yang lain.

Q: Dengan no_ctcp, adakah akan ada halangan bagi seseorang itu mendapat maklumat pengguna yang sah hanya selagi orang itu berada dalam saluran itu?

A: Tidak untuk ctcps peribadi. Ini hanya menghalang permintaan /ctcp untuk saluran, i.e. /ctcp #channel ping

NOTA: Berikut adalah pautan untuk sesi ini https://www.dal.net/kb/view.php?kb=430.

7 · Kesimpulan

Semasa serangan banjir besar IRC, ciri-ciri ini akan mengurangkan kesan banjir pada saluran. Flags ini akan dikawal oleh perkhidmatan DALnet, tersedia untuk semua saluran dan Operator IRC juga akan dapat menyemak flags saluran.