Maklumat ChanServ

Versi 1.5.0


Terjemahan terakhir oleh Knz () pada 2019-01-08

Revisi terakhir oleh h () pada 2019-10-08

Penulis asal Mystro () pada 2001-04-26

Sila hantar maklum balas dan komen mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan) kepada docs@dal.net. Jika anda memerlukan bantuan mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila rujuk kepada http://help.dal.net.

Pengenalan

ChanServ telah dicipta untuk menghentikan pengambilan alih channel dan pengawalan automatik channel. Lain kata, menenangkan pengguna channel secara am. Pelbagai arahan telah ditambah kepada ChanServ. Ia akan dibincangkan dalam dokumen ini.

Pengaksesan ChanServ boleh dicapai melalui arahan /chanserv atau /msg ChanServ@services.dal.net. Kita akan menggunakan arahan /chanserv sepanjang dokumen ini. Terdapat beberapa klien IRC (contohnya BitchX) yang tidak menyokong penggunaan /chanserv dan anda perlu menggunakan /msg ChanServ@services.dal.net.

Kandungan

1 · Mendaftarkan channel

Syntax: /chanserv register #channel kata_laluan kata_pendek

Maklumat Arahan REGISTER membenarkan pengguna mendaftarkan channel mereka (jika ia belum berdaftar) dengan sebaris arahan sahaja. Untuk mendaftartkan sesuatu channel, pengguna harus menyatakan nama channel, kata laluan dan, pendek kata channel itu.

Perhatian: Jangan sesekali berkongsi kata laluan anda dengan pengguna lain. DALnet tidak akan bertanggungjawab atas pengambilan alih channel anda jika anda telah berkongsi kata laluan. Adalah dicadangkan juga untuk memilih kata laluan yang senang untuk kamu tetapi sukar untuk orang lain meneka.

Untuk menentukan sama ada sesuatu channel itu berdaftar atau tidak, gunakan arahan /chanserv info #channel yang akan dibincang kemudian dalam dokumen ini. Jangan lupa tanda # semasa mendaftarkan suatu channel.

Contoh: /chanserv register #mystro m3dj35 My home online.

Ini akan mendaftarkan channel #mystro dengan kata laluan m3dj35 (kata laluan yang agak rumit untuk seseorang meneka) dan kata pendek untuk channel itu.

2 · Melupuskan channel

Syntax: /chanserv drop #channel [dropcode]

Maklumat: Arahan ini akan melupuskan channel yang kamu milik. Anda perlu menggunakan arahan itu sendirinya kali pertama dan kod lupus untuk kali kedua bersama dengan arahan itu.

Nota: Anda mesti mengenalkan channel anda kepada ChanServ sebelum anda melupuskan channel itu.

Contoh: /chanserv drop #mystro

Arahan ini akan dibalas dengan notis berikut di tetingkap status anda:

-ChanServ- Dropping a channel is permanent and cannot be undone!

-ChanServ- To confirm, type: /chanserv DROP #mystro 13151683216

Maka anda akan menaip/chanserv DROP #mystro 13151683216 untuk anda menentukan keputusan anda muktamad.

3 · Mengenalkan diri sebagai pemilik channel

Syntax: /chanserv identify #channel kata_laluan

Maklumat: Arahan ini akan mengenalkan diri pengguna itu kepada ChanServ sebagai pemilik channel itu dan membenarkannya memberikannya akses khas untuk pemilik channel itu sahaja. Anda juga boleh menggunakan arahan /identify #channel kata_laluan dan /services identify #channel kata_laluan (Tidak disokong oleh beberapa klien IRC).

4 · Mendapatkan semula kata laluan

Syntax: /chanserv sendpass #channel email

Maklumat: Arahan SENDPASS membenarkan pemilik channel itu mendapatkan kata laluannya dengan menghantarkan kata laluan channel itu kepada emailnya yang selaras dengan database perkhidmatan. Pemilik channel itu boleh menggunakan arahan ini sekiranya beliau melupakan kata laluan channel tersebut.Perlu diingatkan bahawa pemilik channel mesti mengenalkan nama samaran pemilik terlebih dahulu sebelum menggunakan arahan ini.

Nota: Adalah dicadangkan supaya menggunakan alamat email tetap yang anda tidak akan sentiasa menukar (bukan email ISP kerana anda mungkin akan menukar ISP anda pada masa depan). Jika email anda telah ditukar dan anda telah hilang kata laluan channel anda, anda tidak dapat mendapatkan kata laluan itu.

Kemaskini: Sebelum, kata laluan sekarang terus dihantar kepada alamat emel anda. Berkuat-kuasa serta merta, arahan SENDPASS akan berjalan seperti berikut:

1. Anda akan menerima kod auth melalui alamat emel untuk memastikan permintaan anda. Kod auth itu sah sehingga 72 jam (3 hari) sahaja.

2. Selepas mengeshkan kod auth itu seperti yang diarahkan, ChanServ akan membuat KATA LALUAN BARU yang lain untuk saluran, dan akan memberitahu anda kata laluan itu seperti tindakbalas melalui arahan AUTH anda.

5 · Menambah/membuang/senarai Managers

Syntax: /chanserv manager #channel add/del/list/xlist/wipe nickreason

Pengasas kini boleh menambah sehingga 5 pengurus untuk mereka saluran. Pengurus telah * hampir * kawalan penuh ke atas saluran dengan kecuali menukar foundership saluran itu

pengurus saluran boleh:
- Urus senarai SOP (tambah / keluarkan SOP)              
- Membuang senarai AOP/SOP
- Huraian Tukar saluran
- Masskick dan massdeop saluran sehingga dan termasuk tahap akses bagi AOp
- set / tanpa ditetapkan OPGUARD
- set / tanpa ditetapkan VOICEGUARD
- set / tanpa ditetapkan MLOCK
- set / tanpa ditetapkan IDENT
- set / tanpa ditetapkan KEEPTOPIC
- set / tanpa ditetapkan RESTRICT
- set / tanpa ditetapkan URL
- set / tanpa ditetapkan VERBOSE
- set / tanpa ditetapkan TOPICLOCK (melainkan jika ia dikunci kepada pengasas)
- set / tanpa ditetapkan LEAVEOPS
- set / tanpa ditetapkan PRIVATE
- set / tanpa ditetapkan MEMO level (melainkan jika ia dikunci kepada pengasas)
- Lihat nick pengganti dengan ChanServ INFO

pengurus saluran boleh * TIDAK *:
- kata laluan Tukar saluran
- Tukar pengasas
- set / tanpa ditetapkan pengganti
- set / tanpa ditetapkan mailblock
- Menambah / membuang pengurus lain
- Penggunaan sendpass

6 · Menambah/membuang/senarai SOp

Syntax: /chanserv sop #channel add/del/list/xlist/wipe [nick][reason]

Maklumat: Arahan ini membenarkan pemilik channel itu menambah atau membuang SuperOp dari senarai akses channel. Walaubagaimanapun, arahan LIST dapat digunakan oleh AOp dan ke atas.

Nota: SOp mempunyai akses kepada beberapa arahan penting (Menambah/membuang AOp, menambah/ membuang akick dan sebagainya). Oleh yang demikian, seorang pemilik channel harus memilih mereka dengan teliti. Satu channel hanya boleh ada 100 SOp pada satu masa. Arahan WIPE hanya boleh digunakan oleh pemilik channel itu.

Kemaskini: Pengasas tidak boleh dimasukkan kedalam senarai AOP/SOP/AKICK lagi.

7 · Menambah/membuang/senarai AOp

Syntax: /chanserv aop #channel add/del/list/xlist/wipe [nick][reason]

Maklumat: Arahan ini membenarkan seseorang SOp atau pemilik channel menambah atau membuang AutoOp dari senarai AOp. Arahan LIST boleh digunakan oleh AOp dan keatas.

Nota: Satu channel hanya boleh ada 300 AOp pada satu masa. Arahan WIPE hanya boleh digunakan oleh pemilik channel itu.

Kemaskini: Pengasas tidak boleh dimasukkan kedalam senarai AOP/SOP/AKICK lagi.

8 · Menambah/membuang/senarai VOps

Syntax: /chanserv vop #channel add/del/list/xlist/wipe [nick] or [mask][reason]

Maklumat: Arahan ini membenarkan seseorang SOp/Pengurus atau Pengasas menambah atau mengeluarkan VOps dari saluran. Hujah SENARAI dalam arahan boleh digunakan oleh AOp dan ke atas.

Note: Senarai VOP adalah terhad kepada 300 penyertaan. Arahan WIPE hanya boleh digunakan oleh pengurus atau pengasas.

9 · Menambah/membuang/senarai HOps

Syntax: /chanserv hop #channel add/del/list/xlist/wipe [nick] or [mask] [reason]

Maklumat Half-ops (Hops) akan dapat menendang pengguna yang tidak mempunyai akses operator (+o) atau bersuara (+v), mereka juga boleh menukar topik saluran walaupun (+t) ditetapkan. Untuk maklumat lanjut mengenai mod saluran ini, sila lawati http://docs.dal.net/docs/modesmy.html.

Nota: Senarai HOP adalah terhad kepada 300 entri. Jika seorang SOP+ menambah Halfop kepada saluran, mereka memberikan kebenaran untuk menjemput dan menghapuskan sekatan ke atas diri mereka sendiri serta boleh melihat listops saluran.

10 · Menambah/membuang/senarai Akick

Syntax: /chanserv akick #channel add/del/list/xlist/wipe [nick/host][reason]

Maklumat: Akick adalah tendangan automatik yang boleh ditambah oleh seorang SOp atau pemilik channel itu. Walaubagaimanapun, arahan WIPE hanya boleh digunakan oleh pemilik channel. Akick boleh diletak melalui nama samaran atau nama host. Anda juga boleh menyenaraikan dengan satu corak (*perkataan*).

Kemaskini: Pengasas tidak boleh dimasukkan kedalam senarai AOP/SOP/AKICK lagi.

11 · Op / Deop

Syntax: /chanserv op/deop #channel nama_samaran

Maklumat: Arahan ini adalah mudah kerana ia membenarkan anda memberi Op atau Deop orang itu tanpa keperluan anda dalam keadaan Op dan tidak semestinya berada dalam channel itu. Anda perlu memiliki status AOp atau ke atas untuk menggunakan arahan ini.

Nota: Anda tidak boleh deop orang yang mempunyai akses ChanServ lebih tinggi daripada anda.

12 · Voicing / Devoicing

Syntax: /chanserv voice/devoice #channel nickname

Maklumat: Perintah ini akan menyuarakan nama samaran yang diberi dalam saluran tersebut. Ia tidak akan berfungsi apabila voiceguard diaktifkan dan pengguna tidak mempunyai akses VOP. Anda mesti menjadi AOp atau lebih tinggi untuk menggunakan arahan ini.

13 · Half-oping / Half-deoping

Syntax: /chanserv halfop/dehalfop #channel nickname

Maklumat: Arahan ini akan memberi akses halfop untuk pengguna dalam saluran. Ia tidak akan berfungsi apabila opguard diaktifkan dan pengguna tidak mempunyai akses HOP. Anda mesti menjadi AOp atau lebih tinggi untuk menggunakan arahan ini.

14 · Mass Kick channel

Syntax: /chanserv mkick #channel

Maklumat: Arahan MKick (Mass Kick) digunakan dalam keadaan desynch (maklumat lebih lanjut boleh didapati dalam dokumen Putus Jaringan) dimana channel itu terpaksa ditutup dan dibuka semula.

Nota: Arahan ini hanya boleh digunakan oleh SOp, manager dan pemilik channel sahaja. SOp tidak boleh menggunakan arahan ini semasa pemilik berada dalam channel.

15 · Mass Deop Channel

Syntax: /chanserv mdeop #channel

Maklumat: Arahan MDEOP akan deop semua operator yang berada dalam channel yang mempunyai akses yang sama atau lebih rendah daripada orang yang menggunakan arahan itu. Contohnya, AOp boleh deop Op biasa dan AOp lain manakala SOp boleh deop SOp/AOp dan Op biasa).

16 · Menetapkan Opsyen Channel

Arahan SET mempunyai arahan tambahan termasuk FOUNDER, PASSWD, DESC, MLOCK, OPGUARD, VOICEGUARD, KEEPTOPIC, URL, IDENT, RESTRICT dan VERBOSE. Kesemua arahan ini akan menentukan bagaimana ChanServ berinteraksi dengan channel anda. Anda perlulah mengenalpasti arahan-arahan ini kerana ia boleh membantu anda mengawal keselamatan channel anda.

Nota: Untuk menggunakan arahan ChanServ SET dan sub arahannya, anda perlu mengenalkan diri sebagai pemilik channel itu.

16.1 Menukar Pemilik Channel

Syntax: /chanserv set #channel founder

Maklumat: Arahan ini akan membenarkan pengguna itu menukar pemilik channel itu kepada pengguna arahan itu sendiri.

Nota: nama samaran yang digunakan oleh pemilik itu mestilah berdaftar. Jika tidak, arahan ini tidak akan berfungsi.

16.2 Menukar kata laluan channel

Syntax: /chanserv set #channel passwd kata_laluan_lama kata_laluan_baru

Maklumat: Arahan ini akan menukar kata laluan bagi channel anda daripada kata laluan lama kepada kata laluan baru. Adalah dicadangkan untuk menukar kata laluan anda kerap kali. untuk mengetatkan lagi keselamatan channel anda.

Contoh:/chanserv set #mystro passwd m3dj35 m3dj36

Ini akan menukar kata laluan channel #mystro daripada m3dj35 kepada m3dj36

16.3 Menukar deskripsi Channel

Syntax: /chanserv set #channel desc deskripsi baru

Maklumat: Arahan DESC akan membenarkan pemilik menukar deskripsi channel itu yang akan terpapar dalam arahan /chanserv info #channel (akan dibincangkan kemudian).

Contoh: /chansev set #mystro desc Mystro's home on the web!

Arahan ini akan menukar deskripsi channel #mystro kepada 'Mystro's home on the web!'.

16.4 Menukar mod channel

Syntax: /chanserv set #channel mlock mod

Maklumat: Arahan MLOCK adalah salah satu arahan penting untuk mengekalkan keselamatan channel anda. Berikut adalah semua mod yang boleh dingunakan dan fungsinya:

+R - Hanya nama samaran berdaftar dibenarkan masuk. Mod ini amat berguna untuk menghentikan serangan klon oleh kerana kebanyakkan klon tidak menggunakan nama samaran berdaftar.

+n - Sekatan mesej luar. Opsyen ini akan menghalang pengguna yang tidak berada dalam channel daripada menghantar mesej kepada channel itu.

+t - Hanya operator channel boleh menetapkan topik. Ini akan memastikan orang bukan operator channel tidak boleh menukar topik channel itu. Terdapat juga beberapa penetapan ChanServ yang berkaitan dengan penetapan topik ( hanya Sop/Aop dibenarkan menukar topik) , seperti yang dibawah.

+s dan +p - Kedua- dua mod ini menetapkan channel dalam keadaan tidak terpapar dalam /list arahan, tetapi channel +s juga tidak terpapar dalam arahan /whois. Kedua-dua tetapan adalah satu cara terbaik untuk menghalang pengguna yang tidak diingini masuk channel itu.

+S - Apabila saluran ditetapkan kepada +S, hanya pengguna yang mempunyai mod +S sahaja yang bisa memasuki saluran. +S ditetapkan apabila anda menggunakan sambungan selamat, SSL.

+i - Mod ini menutup channel kepada semua pengguna melainkan operator channel menjemput mereka atau mereka mendapat jemputan daripada ChanServ dengan menggunakan arahan /chanserv invite.

+m - Opsyen ini hanya membenarkan Operator channel dan pengguna 'voice' berbual di channel itu.

+c - Opsyen ini akan menghalang kod kontrol (warna, bold, underline dan reverse) dihantar ke channel itu. Ia juga amat berguna jika berlaku serangan klon.

Untuk maklumat lanjut mengenai mod-mod channel, sila rujuk dokumen http://docs.dal.net/docs/modesmy.html

Nota: Terdapat beberapa mod yang memerlukan penyata tambahan (contohnya, +l memberlukan nombor dan +k memerlukan kata laluan) jadi kata arahan itu mesti disertakan dengan arahan-arahan yang sepatutnya (contoh: +kl kata-laluan nombor)

Contoh: /chanserv set #mystro mlock +ntR-s

Arahan ini akan menetapkan channel #mystro kepada mod +ntR-s dimana, hanya operator channel dapat menetapkan topik, mesej luar channel tidak dibenarkan, hanya nama samaran berdaftar dibenarkan masuk channel dan mod +s (rahsia) tidak boleh ditetapkan.

16.5 Opsyen OPGUARD

Syntax: /chanserv set #channel opguard on/off

Maklumat: Apabila opsyen ini digunakan, hanya AOp, SOp, Manager dan pemilik channel dibenarkan mendapatkan status operator di channel itu. Jika tidak, orang itu akan dikenakan deop secara automatik.

16.6 Opsyen VOICEGUARD on dan off

Syntax: /chanserv set #channel voiceguard on/off

Maklumat: Apabila opsyen ini ditetapkan hanya pengguna dengan akses VOP akan dibenarkan untuk disuarakan di saluran.

16.7 Opsyen KEEPTOPIC

Syntax: /chanserv set #channel keeptopic on/off

Maklumat: Jika channel menjadi kosong (orang terakhir meninggalkan channel), ChanServ akan menyimpan rekod topik terakhir jika opsyen ini ditetapkan supaya topik itu akan dipamerkan apabila orang memasuki channel itu dengan mempamerkan nama penulis topik itu.

16.8 Opsyen URL

Syntax: /chanserv set #channel url [URL_di_sini]

Information: Opsyen ini membenarkan anda menetapkan URL yang akan dipaparkan pada output INFO channel itu. Untuk membuang URL, taip arahan itu tanpa sebarang URL pada akhir baris arahan itu.

16.9 Operator perlu mengenalkan diri sebelum mendapat satus Op

Syntax: /chanserv set #channel ident on/off

Maklumat: Opsyen ini memberi penegasan sama ada seseorang itu boleh mendapat status operator secara automatik tanpa mengenalkan diri (pengguna dikenali melalui senarai akses nama samarannya. (Sila rujuk http://docs.dal.net/docs/nickservmy.html#5 untuk maklumat lebih lanjut mengenai senarai akses).

16.10 Menyekat saluran ke HOps dan lebih tinggi

Syntax: /chanserv set #channel restrict on/off

Maklumat: Apabila opsyen ini digunakan, ChanServ tidak akan membenarkan sesiapa yang tidak tersenarai dalam senarai akses channel masuk channel itu dengan menendang dan menyekat mereka daripada masuk.

16.11 Opsyen VERBOSE

Syntax: /chanserv set #channel verbose on/off

Maklumat: Apabila opsyen ini digunakan, ChanServ akan memberitahu semua operator channel yang berada pada ketika itu perubahan yang dibuat pada senarai akses channel (termasuk penambahan/pembuangan AOp, SOp atau Akick).

Contoh outputnya ialah:

-ChanServ:@#mystro- [VERBOSE] Mystro!mystro@sun.2kservices.com => aop #mystro add |Mystro|

16.12 Menetapkan siapa dibenarkan mengubah topik

Syntax: /chanserv set #channel topiclock founder/sop/off

Maklumat: Opsyen ini akan menentukan siapa yang boleh menukar topik channel itu: Anda (Pemilik), SOp atau sesiapa saja (OFF).

16.13 Membenarkan pengguna yang masuk tetap sebagai Op

Syntax: /chanserv set #channel leaveops on/off

Maklumat: Apabila opsyen ini digunakan, ChanServ tidak akan deop orang pertama yang masuk channel itu sama ada orang itu mempunyai akses atau tidak. Dalam keadaan OFF, ia akan deop sesiapa yang bukan AOp dan ke atas. Adalah tidak digalakkan untuk menggunakan opsyen ini atas sebab-sebab keselamatan channel.

16.14 Menetapkan channel sebagai Channel Peribadi

Syntax: /chanserv set #channel private on/off

Maklumat: Opsyen ini akan menghalang penggunaan arahan /chanserv invite daripada digunakan. Hanya AOp dan keatas sahaja dapat melihat topik channel apabila mereka menggunakan arahan /chanserv info #namachannel Ia juga hanya akan membenarkan orang yang mengetahui channel itu mendapat akses channel tersebut.

16.15 Opsyen akses penghantaran memo channel

Syntax: /chanserv set #channel memo none/hop/aop/sop/founder

Maklumat: Opsyen ini memberi pilihan kepada pemilik channel itu untuk menentukan siapa boleh menghantar memo channel. Apabila opsyen ini ditetapkan pada NONE, tiada sesiapapun dapat menghantar memo; apabila ia ditetapkan pada HOp, semua yang berada di dalam senarai akses channel ChanServ itu dapat menghantar memo; apabila ia ditetapkan pada SOp, hanya SOp dan pemilik dapat menghantar memo; dan apabila ditetapkan pada FOUNDER, hanya pemilik dapat menghantar memo.

16.16 Opsyen SUCCESSOR (Pengganti/ Timbalan)

Syntax: /chanserv set #channel successor nickname / -

Maklumat: Opsyen ini akan membenarkan pemilik channel menetapkan pengganti (timbalan) jika nama samaran pemilik asal itu luput. Apabila nama samaran pemilik luput, timbalannya akan mengambil alih tempatnya. Jika anda tidak ingin menetapkan timbalan, gunakan sempang ("-") sebalik nama samaran. Jika nama samaran timbalan telah luput atau tindakan tidak diambil dalam masa sepuluh (10) hari, channel itu akan luput secara biasa. Seseorang pengguna dapat menghalang dirinya daripada diletak sebagai wakil founder melalui opsyen NOOP. Sila rujuk kepada http://docs.dal.net/docs/nickservmy.html#6.7

16.17 Membuang anda daripada akses timbalan pengasas channel

Jika anda tidak ingin menjadi seorang wakil founder channel itu, lakukan perintah berikut:

Syntax:/chanserv successor #channel DEL

Nota: Anda mesti menggunakan nama samaran yang ditetapkan sebagai timbalan dan telah mengenalkan untuknya.

Contoh: /chanserv successor #Help DEL

Anda dapat melihat channel- channel yang anda memperoleh timbalan pengasas channel dengan melawat http://users.dal.net. Log in dengan menggunakan nama samaran dan kata laluan anda, dan pilih "DAL Channels" dari menu dan pilih opsyen "What channels am I Successor in?"

16.18 Menambah pengurus saluran

Syntax: /chanserv manager #channel add nick

Syntax: /chanserv manager #channel del nick

Pengasas sekarang boleh menambah 5 pengurus saluran. Pengurus mempunyai *hampir* kuasa sepenuhnya pada saluran kecuali pertukaran pengasas saluran.

Pengurus saluran boleh:
- Menukar senarai SOP (tambah/buang SOP)
- Memadam VOP/HOP/AOP/SOP
- Menukar deskriptasi saluran
- Tetapan OPGUARD
- Tetapan VOICEGUARD
- Tetapan MLOCK
- Tetapan IDENT
- Tetapan KEEPTOPIC
- Tetapan RESTRICT
- Tetapan URL
- Tetapan VERBOSE
- Tetapan TOPICLOCK (kecuali ditetap kepada pengasas)
- Tetapan LEAVEOPS
- Tetapan PRIVATE
- Tetapan Level MEMO (kecuali ditetap kepada pengasas)
- Melihat nama samaran timbalan dengan arahan ChanServ INFO

Pengurus saluran *TIDAK* boleh:
- Menukar kata laluan saluran
- Menukar pengasas
- Tetapan timbalan
- Tetapan mailblock
- Tambah/buang pengurus lain
- Tetapan UNSECURE (masih rosak sementara dan tidak berbuat apa-apa)
- Pakai arahan sendpass

16.19 Opsyen MAILBLOCK untuk channel

Syntax:/chanserv set #channel mailblock on/off

Maklumat: Arahan ini membenarkan pemilik channel itu menetapkan opsyen MAILBLOCK ON atau OFF dimana ia akan menghalang dan membolehkan penghantaran kata laluan kepada email pemilik jika kehilangan kata laluan channel tersebut.

Nota: Dengan mengaktifkan opsyen ini, pemilik channel tidak boleh mendapatkan kata laluan itu semula jika kata laluannya hilang/ lupa. Opsyen ini tidak patut digunakan selain pemilik channel itu sendirinya pasti beliau tidak akan lupa atau hilang kata laluan itu.

17 · Menjemput diri anda ke dalam channel

Syntax: /chanserv invite #channel

Maklumat: Arahan ini akan menjemput anda ke dalam channel yang mempunyai mod +R/+O/+i/+l/+k/+b atau channel yang anda disekat oleh orang. Arahan ini hanya boleh digunakan oleh pengguna yang mempunyai akses VOp dan ke atas.

18 · Melihat akses seorang pengguna

Syntax: /chanserv acc/access #channel [nick]

Maklumat: Arahan ini akan membenarkan AOp atau operator lain dengan akses mengetahui akses dia/ pengguna lain dalam channel itu. Berikut adalah nombor akses dan definisinya:

-2 = Channel itu dibeku atau ditutup

-1 = AutoKICK dari channel

0 = Asas

5 = AutoVoice

8 = Halfop

10 = AutoOp (AOp)

20 = SuperOp (SOp)

30 = Manager

40 = akses pemilik dengan hostmask dari senarai akses pemilik dalam NickServ

50 = akses pemilik dengan pengenalan melalui kata laluan nama samaran dengan NickServ

60 = akses pemilik dengan pengenalan melalui kata laluan channel dengan ChanServ

Jika pengguna itu tidak ada di DALnet, aksesnya adalah 0.

Nota: Anda mesti ditambah ke senarai saluran untuk menggunakan arahan itu.

Contoh: /chanserv acc #mystro mystro

Berikut adalah balasan ChanServ:

-ChanServ- Mystro ACC #mystro 50 (Founder)

19 · Mengetahui mengapa seseorang itu memperoleh status Operator

Syntax: /chanserv why #channel nick

Maklumat: Arahan WHY mempunyai sedikit persamaan dengan arahan ACC/ACCESS dan hanya mempunyai satu perbezaan iaitu ia tidak memberitahu tahap akses seorang pengguna itu tetapi menyatakan akses orang itu sama ada pengguna itu adalah AOP/SOP/Pemilik. Ia juga akan menyatakan nama samaran asal operator itu jika operator itu menggunakan nama samaran yang berlainan.

Nota: Hanya AOp dan ke atas sahaja dapat menggunakan arahan ini.

Contoh: /chanserv why #mystro mystro

Berikut adalah balasan yang kamu akan memperoleh dari ChanServ:

-ChanServ- Mystro has FOUNDER access to #mystro. Reason: Identification to services with the channel password. Channel Frozen: No

20 · Menghapuskan sekatan diri anda dan pengguna lain

Syntax: /chanserv unban #channel [nick/*/nick!user@host]

Maklumat: Arahan UNBAN akan menghapuskan sekatan yang dikenakan atas nama samaran anda berdasarkan nama_samaran!pengguna@host jika anda tidak menyatakan nama samaran. AOp juga dapat menghapuskan sekatan atas seorang pengguna atau host. SOp dapat menghapuskan semua sekatan dengan menggunakan * sebalik nama samaran.

21 · Kira penyertaan saluran

Syntax: /chanserv count #channel

Maklumat: Arahan ini akan memberitahu jumlah AKick, Halfops, VOp, AOp, SOp dan Pengurus dalam sesuatu channel.

Contoh: /chanserv count #mystro

Balasan ChanServ adalah seperti berikut:

-ChanServ- Channel: #mystro - VOP: 35 HOP: 1 AOP: 27 SOP: 3 MANAGER: 1 AKICK: 9

22 · Akses saluran penyenaraian

Syntax: /chanserv listops #channel

Maklumat: Arahan ini akan menyenaraikan semua Vop, Hop, Aop, Sop, Pengurus dan Pengasas saluran. Dilimitkan kepada AutoOp atau keatas.

Contoh: /chanserv listops #docsteam

Balasan daripada ChanSer adalah:

-ChanServ- Founder:

-ChanServ- Fredfred (fredfred@staff.dalnet)

-ChanServ- Manager[s}:

-ChanServ- Sop(s):

-ChanServ- eDdYk0nG (eddykong@118.128.268

-ChanServ- Zappu (zappu@123.345.789)

-ChanServ- Aop(s):

-ChanServ- Uzay (uzay@123.123.123)

-ChanServ- Vop(s):

-ChanServ- Ufo (ufo@ip25.ip-167-114-218.net)

-ChanServ- Hop(s):

-ChanServ- Phoenix (h@2607:f8f8:790:5::1234)

23 · Memperoleh maklumat suatu channel

Syntax: /chanserv info #channel>

Maklumat: Arahan INFO membenarkan seseorang itu untuk memperoleh maklumat channel itu (penetapan channel, topik, tarikh didaftarkan, tarikh op terakhir dan sebagainya).

Contoh: /chanserv info #mystro

Berikut adalah balasan ChanServ:

-ChanServ- Info for #mystro:

-ChanServ- Founder : |Mystro| (mystro@66.38.188.104)

-ChanServ- Mode Lock : +nt-ilk

-ChanServ- Description: My little home on the net.

-ChanServ- Options : Verbose

-ChanServ- Memo Level : AOP

-ChanServ- Registered : Thu 09/30/1999 03:07:00 GMT

-ChanServ- Last opping: Sat 04/21/2001 13:54:14 GMT

-ChanServ- *** End of Info ***

Ini menunjukkan bahawa pemilik channel itu adalah |Mystro| dengan host mystro@66.38.188.104, mod channel ditetapkan pada +nt-ilk, deskripsi channel ialah 'my little home on the net.' dsb.

24 · Keselamatan Channel

Sekarang anda telah mempelajari arahan-arahan ChanServ, kita akan bergerak kepada sesuatu topik yang penting iaitu keselamatan channel. Setiap hari, ramai pengguna melawat channel-channel seperti #operhelp untuk mendapat bantuan terhadap masalah pengambilan alih channel, lupa kata laluan dan sebagainya. Berikut adalah beberapa cadangan yang dapat membantu anda mengatasi masalah keselamatan channel anda.

1) Pastikan kata laluan anda terdiri daripada case kecil dan besar bercampuran dan juga bernombor. Ini akan menyebabkan kesukaran untuk orang meneka kata laluan itu.

2) JANGAN SEKALI-KALI memberi kata laluan anda kepada orang yang tidak dikenali. DALnet tidak akan memberi bantuan kepada mereka yang berkongsi kata laluan dan didapati disalahgunakan.

3) Pilihlah SOp dan AOp anda dengan teliti terutamanya Sop. Jangan letak orang yang tidak dikenali sebagai operator channel.

4) Selepas channel anda didaftarkan, ChanServ akan menetapkan +nt-k sebagai MLOCK, jadi jika anda ingin menetapkan kata-laluan untuk channel anda, anda hendaklah memadamkan -k daripada MLOCK itu dan kekalkan +nt untuk keselamatan channel. Arahan untuk memadamkan MLOCK adalah : /chanserv set #channel MLOCK +nt.

5) Jangan menggunakan skript pengenalan automatik. Jika anda berbuat demikian, jangan sesekali memberi skript itu kepada orang lain dengan pengenalan automatik. Jika tidak, anda akan mengalami masalah besar.

6) Tukarkan kata-laluan anda sebulan sekali.

Itu saja mengenainya. Anda mungkin ingin melihat (http://docs.dal.net/docs/passwordsmy.html) untuk maklumat mengenai kata-laluan.

25 · Tamat Tempoh

Saluran akan tamat apabila tiada op atau pengasas * TIDAK * menyertai dalam masa 30 hari. Untuk memastikan saluran anda didaftarkan lebih lama, anda perlu menyertai saluran anda sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk memastikannya aktif. Selain itu, anda perlu menambah Pengurus / Sop atau Aop untuk mengekalkan saluran memandangkan anda sibuk dan tidak dapat menyambung ke DALnet atas sebarang sebab. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai penambahan ops, sila lawati http://docs.dal.net/docs/csaccessmy.html#4.2.

Satu masalah biasa yang dihadapi kebanyakan pengasas saluran adalah orang yang tidak dikenali Opping . Untuk membangunkan dan mengamankan saluran anda sila semak http://docs.dal.net/docs/chandevmy.html#4, Untuk petunjuk lebih lanjut.

Nota: Jika saluran TIDAK lebih lama didaftarkan dan dikumpulkan oleh pengguna lain, anda tidak dapat mengembalikannya sehingga tamat tempoh selepas 30 hari kerana tidak aktif. Untuk maklumat lanjut, sila gabung#OperHelp.

26 · Kesimpulan

Sekarang, anda telah mengenali arahan ChanServ dan telah sedia untuk menggunakan perkhidmatan ini dengan penuh tanggungjawab sebagai pemilik channel. Anda juga dinasihati untuk membaca dokumen NickServ untuk arahan dan penetapan NickServ.

Untuk maklumat tambahan mengenai AOp/SOP dan AKick, anda bolehlah membaca dokumen akses ChanServ di http://docs.dal.net/docs/csaccessmy.html