Pelbagai Arahan IRC

Versi 1.1.1


Terjemahan terakhir oleh eDdYk0nG () pada 2007-04-27

Revisi terakhir oleh eDdYk0nG () pada 2007-06-30

Penulis asal Mystro () pada 2001-01-24

Sila hantar maklum balas dan komen mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan) kepada docs@dal.net. Jika anda memerlukan bantuan mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila rujuk kepada http://help.dal.net.

Pengenalan

Walaupun terdapat pelbagai arahan IRC di DALnet, ada sedikit yang amat berguna. Dalam dokumen ini, kita akan membincangkan lima arahan ini: /silence, /list, /dccallow, /watch dan /who. Arahan- arahan ini akan membantu anda semasa berada di DALnet.

Kandungan

1 · Arahan SILENCE

SILENCE adalah lebih kurang sama dengan arahan /ignore. Walaubagaimanapun, apabila /ignore digunakan, ia menghalang msg/notice/dsb di sebelah klien. SILENCE pula menghalang sebelum ia sampai ke klien. Ia lebih sesuai digunakan kerana ia menjimatkan bandwidth (terutamanya jika anda menggukanan modem).

Syntax: /quote silence ±host

Information: ±host mesti terdiri daripada host yang anda ingin menghalang (nama_samaran!identd@host).

Nota: Penggunaan wildcard (*) diterima.

Contoh: /quote silence +*!mystro@*.canshell.com

Ini akan menyenapkan sesiapa yang mempunyai host sepadan dengan *!mystro@*.canshell.com.

2 · Arahan LIST

Arahan /list membenarkan anda menyenaraikan channel- channel aktif di rangkaian IRC DALnet. Anda juga boleh menyenaraikan channel- channel ikut kehendak anda berdasarkan nama channel, bilangan pengguna dalam suatu channel dan topik channel.

Opsyen bagi arahan /list dipisahkan dengan tanda koma. Contoh- contoh ditunjukkan di bawah ini dan channel disenaraikan mengikut yang baru kepada lama. Pelayan akan menganggap channel itu adalah baru apabila seseorang itu memasuki channel itu; ia tidak sama seperti tarikh pendaftaran channel dengan ChanServ.

Berikut adalah opsyen- opsyen yang terdapat untuk LIST:

NOTA: Anda perlu menggunakan /quote list jika klien anda mempunyai arahan dalaman /list kerana ia mungkin tidak akan menyokong opsyen tersebut.

2.1 Menyenaraikan channel yang mempunyai Lebih Daripada N Pengguna: >Nombor

Syntax: /quote list > nombor

Maklumat: Opsyen > Nombor membenarkan pengguna memperoleh channel yang mempunyai bilangan pengguna yang melebihi N. N diwakili dengan nombor.

Contoh: /quote list >1

Contoh ini akan menyenaraikan channel yang mempunyai lebih daripada satu pengguna.

2.2 Menyenaraikan channel yang mempunyai Kurang Daripada N Pengguna: <Nombor

Syntax: /quote list < number

Maklumat: Opsyen < number membenarkan pengguna memperoleh channel yang mempunyai bilangan pengguna yang kurang daripada N. N diwakili dengan nombor.

Contoh: /quote list < 50

Contoh ini akan menyenaraikan channel yang mempunyai kurang daripada 50 pengguna.

2.3 Menyenaraikan channel mengikut tarikh (waktu): C>Number

Syntax: /quote list C>number

Maklumat: C>Nombor akan menyenaraikan channel yang telah dibuka antara sekarang dan beberapa minit yang lalu.

Contoh: /quote list C>60,>50

Contoh di atas akan menyenaraikan channel yang telah dibuka dalam satu jam yang terakhir dan mempunyai lebih daripada 50 pengguna dalam channel itu.

2.4 Menyenaraikan channel dibuka sebelum suatu tarikh (waktu): C< Number

Syntax: /quote list C< Number

Maklumat: C< Number akan menyenaraikan channel yang telah dibuka dalam beberapa minit yang lalu.

Contoh: /quote list C< 30,>50

Contoh di atas akan menyenaraikan channel yang telah dibuka dalam masa 30 minit yang lalu dan mempunyai lebih daripada 50 pengguna dalam channel itu.

2.5 Menyenaraikan channel berdasarkan topik (topik lama): T>Number

Syntax: /quote list T>Number

Maklumat: T>Number akan menyenaraikan channel yang mempunyai topik lama dalam beberapa minit yang lalu.

Contoh: /quote list T>60

Contoh ini akan menyenaraikan channel yang topiknya telah diubah dalam tempoh 60 minit.

2.6 Menyenaraikan channel berdasarkan topik (topik baru): T< Number

Syntax: /quote list T< Number

Maklumat: T< Nombor akan menyenaraikan channel yang mempunyai topik yang topiknya telah diubah dalam tempoh kurang daripada T minit yang lalu.

Contoh: /quote list T< 30

Contoh ini akan menyenaraikan channel yang topiknya telah diubah dalam tempoh 30 minit yang lalu.

2.7 Menyenaraikan channel yang sepadan mask: mask

Syntax: /quote list mask

Maklumat: Opsyen MASK membenarkan anda mencari channel yang anda ingin dapatkan berdasarkan nama channel tersebut.

Nota: Wildcards (*) diterima.

Contoh: /quote list *help*

Contoh ini akan menyenaraikan semua channel yang mengandungi 'help' dalam nama channel itu.

2.8 Menyenaraikan channel yang tidak sepadan dengan mask: !mask

Syntax: /quote list !mask

Maklumat: !mask membenarkan anda mencari channel yang anda ingin dapatkan yang tidak mempunyai kunci kata "key word" dalam parameter list.

Nota: Wildcards (*) diterima.

Contoh: /quote list !*help*

Contoh ini akan menyenaraikan semua channel yang tidak mengandungi 'help' dalam nama channel itu.

3 · Arahan DCCallow

Oleh kerana penyebaran virus tiap- tiap hari di DALnet, DALnet mempunyai satu fungsi yang menghalang penghantaran DCC bagi fail dengan sambungan ("js", "pl","exe", "com", "bat", "dll", "ini", "vbs", "pif", "mrc", "scr", "doc", "xls", "lnk", "shs"). Untuk mendapatkan fail tersebut, Unit Kod DALnet telah menambahkan arahan DCCallow.

Syntax: /quote dccallow ±nickname

Maklumat: ±nama_samaran mesti dinyatakan untuk anda menyatakan siapa yang anda izinkan menghantar DCC kepada anda.

Nota: Senarai itu akan dikosongkan apabila anda menutup IRC anda dan orang itu akan dipadam namanya jika dia menukar nama samaran atau menutup klien IRCnya.

Contoh: /quote dccallow +mystro

mystro has been added to your DCC allow list

Dalam contoh ini, 'mystro' telah ditambahkan kepada senarai dccallow anda supaya dia boleh menghantarkan fail itu kepada anda.

Syntax: /quote dccallow list

Maklumat: Arahan ini akan menyenaraikan mereka yang dibenarkan menghantar fail yang biasanya dihalang oleh pelayan.

Contoh: /quote dccallow list>

Contoh ini akan menyenaraikan mereka yang berada dalam senarai DCCallow anda:

The following users are on your dcc allow list:
mystro (mystro@canshell.com)
End of DCCALLOW list

Nama samarannya ialah 'mystro' dan hostnya yang dinyatakan dalam kurungan ialah mystro@canshell.com

4 · Arahan WATCH

WATCH adalah arahan yang akan memberitahu seseorang pengguna apabila seseorang itu yang lain berada di DALnet. Klien IRC yang baru (termasuk mIRC) menggunakan sistem ini secara automatik.

Syntax: /quote watch [s|l] ±nickname

Maklumat: Opsyen s atau l mesti digunakan secara berasingan (tidak boleh digunakan bersama- sama dalam satu arahan). Selain itu, arahan ini senang digunakan. Gunakan /quote watch +nama_samaran untuk menambah seorang itu dan /quote watch -nama_samaran untuk membuang seorang itu.

Nota: Senarai WATCH akan dikosongkan apabila anda menutup sambungan IRC anda dan anda terpaksa memasukkan nama- nama samaran itu balik apabila anda menyambung semula.

Contoh: /quote watch +mystro

Contoh ini menunjukkan penambahan mystro dalam senarai WATCH kamu dan anda akan mendapat balasan berikut:

mystro ~mystro canshell.com 0 is online

jika orang itu berada online.

Jika tidak, anda akan mendapat balasan seperti berikut:

mystro * * 0 is offline.

Jika anda mengguna arahan /quote watch l, anda akan mendapat balasan seperti:

Mystro mystro 216.6.41.104 975299499 is online
End of WATCH l

Dimana 975299499 adalah waktu sambungannya dalam saat, dikira dari 1hb Januari 1970 (jika ia mengelirukan, jangan hiraukan ini).

Jika anda menggunakan arahan /quote watch s, anda akan mendapat balasan seperti berikut:

You have 1 and are on 1 WATCH entries
mystro
End of WATCH s

Walaupun ia tidak dinyatakan dengan jelas, kesemua ini bermaksud anda mempunyai seorang pengguna dalam senarai WATCH dan anda berada dalam senarai WATCH pengguna lain.

5 · Arahan WHO

Arahan /quote who boleh digunakan untuk mendapat tahu sama ada seseorang itu ada di DALnet atau tidak. Arahan ini tidak akan berfungsi jika pengguna itu berada dalam mod pengguna +i (invisible) melainkan anda berada di channel yang sama dengan pengguna itu.

Arahan /quote who, seperti arahan IRC yang lain mempunyai opsyen tambahan yang patut digunakan semasa menggunakan arahan ini.

Dalam contoh di bawah, anda dapat melihat opsyen dan syntax untuk arahan /who: /quote who ±achmnsu args

Huruf- huruf selepas + atau - dipanggil opsyen (biasanya dipanggil parameter). Terdapat beberapa opsyen yang memerlukan parameter tambahan yang akan dinyatakan selepas setiap opsyen itu.

Dalam balasan who, nombor selepas collon (:) adalah jumlah "hop" anda dari pengguna itu dimana "hop" adalah jumlah jarak antara pelayan. Jika anda berada di pelayan yang sama dengan pengguna itu, balasan anda adalah :0, jika anda berada di pelayan yang disambungkan kepada sekumpulan pelayan yang lain (contohnya twisted > typhoon > jade), jumlah "hop" adalah berbeza. Dalam contoh twisted > typhoon > jade, anda dapat perhatikan bahawa terdapat jarak 2 "hop" iaitu twisted > typhoon dan typhoon > jade.

Sebagai nota tambahan, anda boleh menggunakan lebih daripada satu opsyen dalam arahan /quote who tetapi parameter tambahan mesti mengikut tertib opsyen yang diwakili dengan huruf (/quote who +hc *.canshell.com #dalnethelp akan berfungsi,/quote who +hc #dalnethelp *.canshell.com tidak akan berfungsi).

Apabila anda menggunakan arahan /quote who atas pengguna atau channel, anda akan melihat huruf besar (simbol sama ada pengguna itu adalah Operator IRC atau operator/voice dalam channel itu) di sebelah kanan nama dan sebelum host mereka.

Simbol- simbol dan hurufnya ialah:

H = berada di sini dan tidak /away

G = tiada (/away)

* = Pengguna adalah Operator IRC

+ = Pengguna mempunyai voice (chanel adalah bahagian pertama dalam output who)

@ = Pengguna adalah operator channel itu.

Untuk penggina mIRC, adalah dicadangkan untuk menggunakan arahan /quote who untuk menghubung pelayan dengan terus kerana /who adalah arahan dalaman mIRC dan tidak berfungsi seperti arahan /quote who DALnet. Untuk tujuan dokumen ini, klien mIRC digunakan.

5.1 Senarai mengikut host: ±h

Syntax: /quote who ±h host

Maklumat: Opsyen +h memberitahu bahawa anda ingin mencari pengguna berdasarkan host tertentu. Apabila anda menggunakan -h, semua keputusan yang ditunjuk adalah yang tidak sepadan dengan host yang dinyatakan. Jika anda menggunakan arahan ini dalam channel yang agak besar atau menggunakan /quote who tanpa nama channel, ia hanya akan menunjukkan orang yang mempunyai/ tidak mempunyai host sepadan dengan host yang anda nyatakan.

Nota:Penggunaan wildcards (*) diterima dan amat berguna sekiranya anda tidak tahu host yang lengkap dengan menyatakan sebahagian host pengguna itu.

Contoh: /quote +h mystro.canshell.com

Anda akan mendapat balasan seperti berikut:

* Mystro H mystro@mystro.canshell.com :0 Mystro
mystro.canshell.com End of /WHO list.

Contoh lain dengan penggunaan wildcard: /quote who +h *.canshell.com

Anda akan mendapat balasan seperti berikut:

* Mystro H mystro@mystro.canshell.com :0 Mystro
*.canshell.com End of /WHO list.

Tentunya sekali anda boleh menggunakan arahan /quote who +h *.com tetapi ia mungkin akan membalas 200 pengguna dan meminta anda cuba gunakan pencarian lebih padat. Jika berfungsi sekalipun, ia tidak berguna kerana kebanyakkan pengguna mempunyai host *.com.

Jika anda menggunakan arahan /quote who -h, anda akan mendapat balasan dengan senarai pengguna yang tidak mempunyai host sepadan dengan *.canshell.com.

5.2 Senarai mengikut channel: +c

Syntax: /quote who +c #channel

Maklumat: +c akan menyenaraikan pengguna mengikut suatu channel untuk mencari pengguna berbanding dengan penggunaan pencarian orang di rangkaian.

Nota: Andatidak boleh melakukan /quote who -c #channel dan/ atau menggunakan wildcards (*).

Contoh: /quote who +c #DALnetHelp

Ini akan menyenaraikan semua pengguna bersama dengan status mereka (@,+,*). Walaubagaimanapun, oleh kerana kebanyakkan pengguna ditetapkan pada mod pengguna +i secara automatik, pelayan itu tidak akan menenaraikan pengguna itu melainkan anda berada di dalam channel yang sama dengan mereka. Jadi, anda perlu masuk channel itu sebelum menaip /quote who +c #DALnetHelp.

5.3 Pengguna itu tidak ada: ±a

Syntax: /quote who ±a

Maklumat: Opsyen ±a membenarkan anda mencari orang sama ada dia "away" atau tidak mengikut tanda + atau -. Arahan ini amat berguna kepada operator channel untuk melihat siapa yang sebenarnya aktif dan siapa tidak.

Nota: Jika anda tidak mahu menggunakan arahan ±a, anda boleh melihat tanda G atau H sebelah nama samaran pengguna itu untuk menentukan orang itu "away" atau tidak.

Contoh: /quote who +ac #mystro

#Mystro IsraHelp G@ mystro@209.25.158.132 :6 #IsraHelp's bot
#Mystro nekoo G neko@sc-24-130-144-74.socal.rr.com :2 Don Hoover
Mystro End of /WHO list.

Ini adalah pengguna dalam channel #mystro yang /away, tetapi arahan /quote who -a+c #mystro akan menunjuk:

#Mystro Mystro H@ mystro@mystro.canshell.com :0 Mystro
#Mystro End of /WHO list.

nekoo dan IsraHelp adalah pengguna yang "away" pada masa sekarang.

5.4 Senarai berdasarkan mod pengguna: ±m

Syntax: /quote who ±m o|a|A

Maklumat: Opsyen+/-m membenarkan pengguna itu mencari pengguna lain berdasarkan mod- mod pengguna mereka termasuk +o untuk IRCOp, +A untuk Pentadbir Pelayan dan +a untuk Pentadbir Perkhidmatan.

Contoh: /quote who +mc o #operhelp

#operhelp End of /WHO list.

Contoh ini menunjukkan bahawa tiada operator IRC di #OperHelp

Contoh lain: /quote who -m+c o #operhelp

#operhelp Mystro H mystro@mystro.canshell.com :0 Mystro

Terdapat seorang pengguna di #OperHelp yang bukan Operator IRC.

5.5 Senarai pengguna berdasarkan nama samaran : ±n

Syntax: /quote who ±n nickname

Maklumat: Opsyen ini membenarkan pengguna mencari pengguna lain yang mempunyai nama samaran atau sebahagian nama samaran dalam arahan itu.

Nota: Anda boleh menggunakan wildcard (*) dalam opsyen ini.

Contoh: /quote who +cn #mystro Mystro

#mystro Mystro H@ mystro@mystro.canshell.com :0 Mystro
#mystro End of /WHO list.

Contoh lain dengan penggunaan wildcard: /quote who +cn #mystro *myst*

#mystro Mystro H@ mystro@mystro.canshell.com :0 Mystro
#mystro End of /WHO list.

Akhirnya yang tidak sepadan dengan permintaan anda, pengunaan -n: /quote who +c-n #mystro *myst*

#Mystro nekoo G neko@sc-24-130-144-74.socal.rr.com :3 Don Hoover
#Mystro B0T H@ bop@208.46.238.67 :6 http://mirc-egg.net
#Mystro End of /WHO list.

5.6 Senarai pengguna berdasarkan pelayan: +s

Syntax: /quote who +s pelayan

Maklumat: Opsyen ini membenarkan anda mencari pengguna di suatu pelayan yang tertentu.

Nota: Anda tidak boleh menggunakan wildcard (*) maka anda perlu menggunakan nama penuh pelayan itu (contohnya, bukan liberty.* tetapi liberty.nj.us.dal.net). Anda juga tidak boleh mendapat tahu siapa yang tidak berada di pelayan itu.

Contoh: /quote who +cs #mystro liberty.nj.us.dal.net

#Mystro Mystro H mystro@mystro.canshell.com :0 http://windowsirc.hypermart.net
#Mystro End of /WHO list.

5.7 Senarai pengguna berdasarkan "username" +u/-u

Syntax: /quote who ±u username

Maklumat: Opsyen ini akan membenarkan pengguna mencari pengguna berdasarkan "username" mereka atau sebahagian daripadanya.

Nota: "Username" juga dikenali sebagai IDENT dalam beberapa klien IRC iaitu bahagian sebelum @ dalam alamat pengguna. Penggunaan wildcard (*) diterima.

Contoh: /quote who +cu #mystro mystro

#Mystro Mystro H mystro@mystro.canshell.com :0 http://windowsirc.hypermart.net
#Mystro End of /WHO list.

Contoh lain adalah dengan mendapatkan senarai pengguna yang tidak mempunyai "mystro" sebagai username mereka: /quote who +c-u #mystro mystro

#Mystro B0T H@ bop@208.46.238.67 :6 http://mirc-egg.net
#Mystro nekoo G neko@sc-24-130-144-74.socal.rr.com :3 Don Hoover
#Mystro End of /WHO list.

Akhir sekali, mencari pengguna dengan menggunakan wildcard (*). Contoh *o* dalam "username" mereka: /quote who +cu #mystro *o*

#Mystro B0T H@ bop@208.46.238.67 :6 http://mirc-egg.net
#Mystro Mystro H mystro@mystro.canshell.com :0 Mystro
#Mystro nekoo G neko@sc-24-130-144-74.socal.rr.com :3 Don Hoover
#Mystro End of /WHO list.

5.8 Menunjuk channel pertama yang dapat dilihat: +C

Syntax: /quote who +C nickname

Maklumat: Opsyen ini membenarkan anda melihat channel pertama yang dapat dilihat dalam arahan /who.

Example:/quote who +C mystro

#mystro Mystro H mystro@mystro.canshell.com :0 Mystro
Mystro End of /WHO list.

5.9 Senarai channel yang pengguna itu sama dengan saya: +M

Syntax: /quote who +Ms|u|h

Maklumat: Opsyen ini akan memeriksa untuk pengguna di channel- channel yang pengguna itu sama dengan anda. Ia juga menerima opsyen tambahan s, u atau h (pelayan, username atau nama host).

Contoh:/quote who +Mh *.canshell.com

#mystro |Mystro| H@ mystro@mystro.canshell.com :0 Mystro
#ravenscar |Mystro| H@ mystro@mystro.canshell.com :0 Mystro
*.canshell.com End of /WHO list.

Contoh ini akan menyenaraikan semua channel sama yang Mystro dan saya sedang berada.

5.10 Contoh kombinasi untuk arahan WHO

Sepertimana ia ditunjukkan dalam contoh- contoh lain, anda juga boleh menggunakan kombinasi kriteria senarai WHO anda. Berikut adalah satu contoh untuk menunjukkan cara ia dilakukan.

Syntax: /quote who +ch

Maklumat: Arahan ini akan memeriksa pengguna yang berada di dalam suatu channel yang mempunyai host sepadan yang tertentu.

Contoh:/quote who +ch #mystro *.canshell.com

#mystro |Mystro| H@ mystro@mystro.canshell.com :0 Mystro
End of /WHO list.

Penggunaan arahan ini amat berguna terutamanya untuk mengesan 'relay bot' yang berada di dalam channel yang menyebabkan pengiklanan berleluasa daripada bot yang berada di luar channel.

6 · Kesimpulan

Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat tambahan atau sebarang pertanyaan, anda boleh melawat channel #bahamut di IRC atau ti URL http://bahamut.dal.net. Anda boleh melihat arahan- arahan ini sendiri melalui arahan quote /who ? untuk arahan WHO, /quote list ? untuk arahan LIST dan /dccallow help untuk bantuan DCCALLOW. Tiada bantuan di pelayan IRC untuk WATCH dan SILENCE.

7 · Penghargaan

Terdapat beberapa pengguna yang telah membantu saya untuk menulis dokumen ini. Setinggi- tinggi ucapan terima kasih kepada FredFred, Ketua Kumpulan Dokumen; squirrel kerana memberi tunjuk ajar serta penerangan mengenai arahan- arahan ini dan juga Suresh dan DanceFighter yang telah menlong saya dalam penjemahan dokumen ini.