Polisi Penerimaan Mengguna Dalnet v1.1 Pengubahsuaian terakhir on July 7th, 2007 Bahagian 1 I. Pengenalan II. Hak dan Tanggungjawab III. Pelaksanaan Bahagian 2 Tingkah Laku yang melanggar Polisi Maklumat Lanjut BAHAGIAN 1 I. Pengenalan Polisi Penerimaan Mengguna menguasai penggunaan komputer dan jaringan di DALnet Internet Relay Chat Network, tidak terhadkan pada forum chat, web page dan servis e-mel. Sebagai pengguna kepada sumber ini, anda bertanggungjawab atas pembacaan dan pemahaman dokumen ini. Dokumen ini merupakan pelindungan kepada pengguna Dalnet, jaringan, perkakas komputer dan pentadbir sistem. Sambungan ke jaringan IRC Dalnet adalah satu keistimewaan bukan bukannya hak. Dalnet mempunyai hak untuk menolak akses ke jaringannya tanpa memberi amaran terdahulu dan tanpa sebarangan obligasi untuk memberi sebab atau alasan. Sekiranya ada alasan atau sebab adalah atas kebijaksanaan Dalnet. Dalnet adalah forum tanpa pengawasan dicipta oleh jaringan servis dan staf sukarelawan. Dengan menyambung ke Dalnet, anda menerima sebagai tetamu didalam sistem peribadi. Keistemewaan anda boleh dimansuhkan bila-bila masa tanpa sebarang sebab. Lagipun anda telah menerima bahawa tiada tuntutan ke mana-mana data dijaga oleh Dalnet yang anda gunakan. Dalnet tidak mengawasi/mengawal isi kandungan yang disiarkan melalui servisnya dan tidak menjamin ketetapan, integriti atau qualiti isi kandungannya. Anda mesti memahami apabila mengguna Dalnet, anda mungkin terdedah kepada isi kandungan yang janggal, tidak sopan ataupun bantahan. Tanpa sebarang keadaan Dalnet bertanggungjawab atas kesalahan ataupun meninggalkan isi kandungan, kehilangan atau kerosakan dalam apa jua bentuk akibat daripada sebarang penggunaan isi kandungan, melalui e-mel, disiarkan atau secara lain melalui Dalnet. Dalnet mempunyai hak untuk menukar AUP dan sebarang syarat servis bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis pendahuluan. Akan tetapi, notis akan dihantar ke senarai surat menyurat dalnet@dal.net dalam masa 10 hari lebih awal sekira berlakunya sebarang perubahan. Notis disah apabila dihantar. Dalnet AUP dipantau setiap masa. Kami mengambil kira segala komentar dari pengguna kami dan staf yang berpengalaman. Kami akan mengubah dokumen ini dari masa ke semasa. Anda tertakluk kepada AUP ini apabila mengguna sumber/servis Dalnet, dan setiap penyemakan AUP dikuatkuasakan serta merta berikutnya. Versi AUP ini mengganti versi sebelumnya. Pembentukan,pembinaan dan pelaksanaan AUP ini akan diguraikan atas persetujuan undang-undang California. Sekiranya peruntukan AUP ini tidak sah ataupun tidak dikuatkuasakan, baki AUP ini tetap akan dilaksanakan dan berkesan. Sekiranya sebarang peruntukan mejadi tidak sah ataupun tidak dikuatkuasakan atas keadaan tertentu, ia akan tetap dilaksanakan dan berkesan dalam apa jua keadaan. II. Hak dan Tanggungjawab Jaringan ini membekalkan akses ke sumber tempatan, juga mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi kepada pengguna yang lain dari seluruh dunia. Akses terbuka ini adalah satu keistimewaan dan memerlukan individu untuk berkelakuan bertanggungjawab. Pengguna mestilah menghormati hak pengguna lain, menghormati integriti sistem dan sumber jasmani dan menurut segala undang-undang, peraturan dan perjanjian termaktub. Semenjak maklumat elektronik mudah terdedah dan senang ditiru, pengguna mesti bijak dalam menghormati dan mengakui hasil karya orang lain dengan mematuhi perjanjian lesen perisaian dan hak cipta. Dalnet akan sedia membantu dengan agensi penguatkuasaan kerajaan. Dengan mengguna Dalnet, anda bersetuju untuk menjamin tiada kerosakan kepada Dalnet, pembekal sumber, pegawai, operator, pentadbir dan juga agen daripada segala tuntutan, kos, pebelanjaan, pengadilan, sebab musabab, yuran wakil, kos litigasi dan mahkamah, akibat dari penyumbangan penggunaan servis Dalnet dalam apa cara jua, melalui secara langsung atau tidak atau secara tidak langsung. Anda bertanggungjawab bagi segala ilmu dan ketaatan kepada semua undang-undang dan peraturan mengenai (1) penggunaan jaringan Dalnet, (2) penggunaan komunikasi dengan cara penyambungan terminal anda, komputer peribadi, ataupun alat penyambungan lain ke servis Dalnet ataupun servis lain yang dibekal oleh Dalnet dan (3)jaringan tempatan Dalnet yang disambung oleh anda tersebut dirujuk pada Message of the Day (/motd). Hak anda didalam ini tidak boleh di pindah milik, diperuntukan, dikongsi, jual ataupun diguna oleh sesiapa pun selain dari diri anda. Dalnet mempunyai hak untuk memadam segala fail keterangan atau data, selain maklumat yang disimpan didalam pangkalan data yang dikendali oleh pegawai Dalnet atau dibantu oleh Dalnet setelah pendaftaran nama/chanel dibatalkan oleh anda ataupun Dalnet. Tiada jaminan oleh Dalnet mengenai maklumat, servis ataupun produk diberi, melalui penyambungan, pengesanan didalam hak milik sistem komputer atau bantuan dikendalikan oleh, Dalnet ataupun selain servis diberi oleh dalnet. Dengan ini, Dalnet dengan jelas melepaskan segala jaminan termasuk limitasi (i)sebarang jaminan sedia ada,ketepatan ataupun isi kandungan maklumat, produk ataupun servis dan (ii)sebarang jaminan mengenai perdagangan atau kesesuaian bagi tujuan termaktub. Dalnet tidak ada liabiliti untuk kerosakan punca dari atau punca dari kegagalan pelaksanaan, ketinggalan, gangguan, gelombang elektrik atau kerosakan atau campur tangan, menghapuskan, kecacatan, menunda dalam operasi atau transmisi, kegagalan line dalam berkomunikasi. Tiada agen, pegawai, atau wakil Dalnet mempunyai kuasa untuk mengikat perjanjian kepada Dalnet kepada pengakuan, pewakilan, ataupun jaminan mengenai servis yang dibekal oleh Dalnet. III. Pelaksanaan Pelanggaran kecil ke polisi ini, dengan tidak sengaja seperti menyambung klien perkalian atau membanjiri selalunya secara tidak rasmi diputuskan oleh operator jaringan dan keputusannya mungkin menyingkir sementara daripada jaringan (/kill) atau perlaku melalui surat elektronik atau diskusi melalui on-line dan pendidikan. Pelanggaran kecil secara ulangan ataupun kelakuan buruk mungkin akan mengakibat dari kehilangan keistimewaan akses jaringan secara sementara ataupun tetap (k-line) atau keistimewaan dimodifikasikanya. Pelanggaran serius termasuk, tapi tidak terhad ke tidak sah penggunaan akaun nickserv/chanserv, percubaan mencuri kata laluan ataupun maklumat, gangguan secara ulangan, ataupun berperangai ancaman. Tambahan pada ini, pembekal jaringan servis pesalah akan dimaklumkan. Gangguan, yang termaktub diatas akan termasuk, tetapi tidak dihadkan kepada seperti berikut: (*) Ulangan tidak mahu berkomunikasi kepada pengguna dengan pengguna alasan disangka dapat menangani dengan situasi (e.g./ignore dan /silence). (*) Penggunaan sumber jaringan untuk secara umum (boleh dilihat di luar chanel eg. /topic) memfitnah, menimbulkan benci ataupun memperlekehkan sesaorang... (*) Mengirim tanpa persetujuan, perkara sulit/keistimewaan identifikasi sesaorang/ maklumat kewangan. Contoh: Nama betul, nombor talipon, Alamat rumah, nombor sosial sekuriti, bank, nombor akaun, nombor kad kredit, dan seterusnya... [Perhatian:Structur chanel untuk menjaga gangguan secara lanjut akan mengakibat penutupan chanel.] Apabila menerima "k-line", pengguna deberi notis bahawa mereka tidak lagi dibenarkan mengakses sistem Dalnet. Sebarang percubaan mengatasi sekatan akan dianggap pencerobohan dan akan dihadapkan ke dakwaan sivil. Pengguna diarah untuk menghubungi kline@dal.net melalui e-mel untuk memudahkan pemindahan sekatan dan sekali lagi dibenar untuk mengguna sistem tersebut. Dalnet berusaha membenarkan semua orang dapat mengguna servisnya dengan percuma tanpa pengawasan. Tetapi, Dalnet juga berhak untuk menyingkirkan pengguna atas determinasinya, apabila ia merasa dapat keuntungan bagi komuniti secara am. Ada kala masa apabila menyempurnakannya dengan menyekat akses kepada seluruh ISP. Dalnet mencuba bekerja dengan ISP tersebut agar mencari dan menyekat pesalah individu tersebut dan setelah itu membenarkan akses kepada pangkalan pengguna ISP secara lazim. Kegagalan Dalnet untuk mengguna atau menguatkuasa sebarang hak atau peruntukan AUP tidak mengandungi pelepasan tuntutan hak ataupun peruntukan. BAHAGIAN 2 Definisi: Mempunyai "account" dengan mana-mana servis Dalnet (Nickserv, Chanserv, MemoServ dan sebagainya) adalah maklumat servis khas untuk penggunan khas buat pengguna nickname dan/ atau chanel. Akes kepada "account" adalah melalui pengenalan alamat pengguna dan/atau membekalkan kata laluan. Setelah membuat sebuah akaun, pengguna mengambil alih tanggungjawab kerahsiaan akuan anda/kata laluan.Anda bertanggungjawab atas segala penggunaan akuan anda samada atau tidak atau dibenarkan oleh anda. Tingkah laku yang melanggar polisi ini termasuk akan tetapi tidak terhad kepada aktiviti yang tersenarai berikut. * Akses akaun nickserv/chanserv tanpa kebenaran. * Mengguna dalnet untuk mendapat akes tanpa kebenaran kepada mana-mana sistem komputer. * Menyambung jaringan tanpa kebenaran ke rangkaian. * Percubaan tanpa kebenaran untuk memperdayakan rancangan perlindungan maklumat atau membuka kebocoran sekuriti. Ini termasuk mencipta atau/menjalankan program yang dicipta khas untuk mengenali kebocoran sekuriti dan/decrypt maklumat mengunci secara sengaja. * Secara mengetahui atau tanpa sengaja melaksanakan sesuatu perbuatan yang akan mencampuri dengan operasi komputer seperti lazim, jaringan atau proses Dalnet. * Secara mengetahui atau tanpa sengaja melaksanakan sebarang program yang mungkin akan merosakan atau menambahkan beban kepada jaringan ataupun rangkaian. Ini termasuk jemputan beramai-ramai, pesanan mendadak dan satu program dikenali sebagai floodbots and clonebots. * Menyambungkan client secara automatik (bot, fserv, dan sebagainya..) ke jaringan Dalnet tanpa kebenaran awal daripada pentadbir jaringan. * Mengguna sumber Dalnet untuk kegunaan komersial, seperti pengiklanan atau menjual produk, bagi mendapat keuntungan kewanganan, tanpa mendapat kebenaran daripada pentadbiran Dalnet. * Pemalsuan identiti pengguna ataupun mesin didalam elektronik komunikasi. * Memaparkan lucah, berahi, ataupun menganggu secara image seksual atau teks pada chanel awam tanpa mendapat kebenaran daripada operator chanel. * Sengaja mengulangi atau mengganggu kepada pengguna dengan menyiarkan bahan dengan pantas secara "flooding". * Percubaan untuk mengawal atau mencampuri alat komunikasi pengguna lain, atau membaca, meniru, menukar atau memadam bahagian akaun pengguna nickserv/chanserv/memoserv tanpa kebenaran pemilik. * Mengguna chanel bagi tujuan untuk pemindahan fail. Bagi maklumat lanjut mengenai kandungan dalam dokumen ini, sila hubungi help@dal.net atau ketika berada online, /join #operhelp dan bertanya bagimana hendak menghubungi pentadbir Dalnet. _________________________________________________________________ (c) 2001-2003 DALnet IRC Network