Polisi Penggunaan DALnet v1.1 Revisi terakhir 3 Februari 2003 BAHAGIAN 1 1) Pengenalan 2) Hak dan tanggungjawab 3) Penguatkuasaan BAHAGIAN 2 Perlakuan yang melanggar polisi Maklumat lanjut BAHAGIAN 1 1) Pengenalan Polisi Penggunaan terpakai ini tertakluk kepada penggunaan komputer dan pelayan di Rangkaian IRC DALnet termasuk tetapi tidak terhad kepada forum chat, laman web dan perkhidmatan mel elektronik (email). Dokumen ini melindungi pengguna DALnet, perkakasan komputer dan rangkaian serta pentadbir sistem. Sambungan ke Rangkaian IRC DALnet adalah satu keistimewaan, bukan hak. DALnet berhak menyingkirkan aksess kepada rangkaian tanpa amaran terlebih dahulu dan tanpa sebab. Dimana sebab dinyatakan adalah atas budibicara DALnet. DALnet adalah satu forum tidak terkawal yang dijadikan atas sumbangan ikhlas pembekal perkhidmatan dan kakitangan sukarelawan. Dengan menyambung ke DALnet, anda memahami dan bersetuju bahawa anda adalah tetamu atas sistem persendirian. Ia boleh disingkirkan bila- bila masa untuk apa-apa sebabnya. Anda juga bersetuju bahawa anda tidak ada hak pampasan ke atas data yang dijaga oleh DALnet yang anda telah gunakan. DALnet tidak mengawal kandungan yang dipamerkan melalui perkhidmatan dan sebagainya dan tidak memberi sebarang jaminan keatas kepastian, kesahihan keatas maklumat tersebut. Adalah perlu difahamkan apabila anda menggunakan DALnet, anda mungkin terdedah kepada kandungan yang tidak senonoh atau terbatas. DALnet tidak akan bertanggungjawab keatas apa-apa maklumat termasuk tetapi tidak terhad kepada kesilapan atau ketinggalan dalam apa-apa kandungan maklumat yang berlaku atas maklumat yang diposkan, melalui mel elektronik, dihantar atau diperolehi melalui DALnet. DALnet berhak mengubahsuaikan terma dan syarat AUP ini bila-bila masa tanpa sebarang pemberitahuan. Walaubagaimanapun, satu notis akan dihantar kepada dalnet@dal.net sekurang-kurangnya 10 hari sebelum sebarang perubahan dibuat jika boleh. Notis adalah sah diberi waktu ia dihantar. AUP DALnet sentiasa berubah. Kami akan memberi pertimbangan terhadap komen daripada pengguna dan kakitangan yang berwibawa. Kami akan mengubah dokumen ini dari masa ke semasa. Anda adalah tertakluk kepada AUP DALnet setiap kali anda menggunakan sumber/perkhidmatan DALnet dan setiap revisi berkuatkuasa seterusnya. Versi AUP DALnet ini mengatasi versi-versi yang lalu. Pemulaan dan perlaksanaan AUP adalah berdasarkan undang-undang dari California. Sekiranya apa apa fasa AUP dibatalkan, baki fasa yang masih ada akan dikuatkuasakan. Sekiranya apa apa fasa dibatalkan atas situasi tertentu, namun demikian fasa tersebut akan masih dikuatkuasakan selepas situasi tersebut. 2) Hak dan Tanggungjawab Rangkaian ini boleh memberi aksess kepada sumber secara local serta kebolehan berkomunikasi dengan pengguna seluruh dunia. Aksess terbuka seperti ini adalah satu keistimewaan dan pengguna perlu bertindak secara bertanggungjawab. Pengguna mesti menghormati hak pengguna lain, integrasi system dan sumber fizikal serta mematuhi undang-undang, peraturan dan perikatan kontrak. Oleh kerana maklumat elektronik adalah tidak kekal dan boleh dicetak semula, pengguna perlu memberi penghargaan dan menghormati kerja orang lain melalui pematuhan syarat perlesenan perisian dan undang-undang HakCipta. DALnet akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam hal penguatkuasaan undang-undang mereka. Dengan menggunakan DALnet, anda bersetuju bahawa DALnet, pemberi khidmat, pegawai, operator, pentadbir dan agen lain tidak akan menanggung apa-apa kos, perbelanjaan, penghakiman, sebab tindakan, yuran guaman, tindakan undang-undang dan kos makamah disebabkan oleh penggunaan perkhidmatan DALnet oleh pendaftar sama ada secara langusung atau tidak langsung atau melalui suatu tindakan atau ketinggalan. Anda adalah bertanggungjawab untuk pengetahuan dan kedaulatan undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan (1) penggunaan mana-mana perkhidmatan DALnet (2) mod komunikasi yang anda sambungkan terminal, komputer peribadi atau peralatan lain ke DALnet dan perkhidmatannya dan (3) rujukan /motd pelayan DALnet yang anda gunakan. DALnet berhak memusnahkan SEMUA fail data, atau maklumat lain yang disimpan dalam mana mana database yang dioperasi oleh seorang pegawai atau wakil DALnet setelah nama samaran/channel anda telah diterminasi, sama ada oleh anda atau DALnet. DALnet tidak memberi sebarang jaminan terhadap maklumat, perkhidmatan dan produk yang diberi berkaitan dengan atau berada dalam system komputer yang dimiliki atau beroperasi bawah DALnet atau lain-lain perkhidmatan yang diberi oleh DALnet. DALnet juga tidak memberi sebarang dan semua jaminan termasuk tetapi tidak terhad kepada (i) jaminan ke atas keadaan, ketepatan sebarang kandungan atau maklumat, produk dan perkhidmatan; dan, (ii) jaminan barangan atau keadaan untuk sesuatu. DALnet tidak akan menanggung liabiliti terhadap kemusnahan disebabkan atau sengaja disebabkan akibat kegagalan operasi, kesilapan, ketinggalan, gangguan, masalah surge, gangguan atau kemusnahan elektrikal, pemusnahan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau siaran, masalah talian komunikasi. Tiada seorang pegawai atau wakil DALnet mempunyai kuasa untuk pengesahan, perwakilan atau jaminan terhadap perkaitan perkhidmatan yang diberi oleh DALnet. III) Penguatkuasaan Kesalahan kecil yang terkandung dalam polisi ini jika dilakukan secara tidak sengaja seperti klien berlebihan atau banjir biasanya diselesaikan secara tidak rasmi oleh operator rangkaian dan boleh menyebabkan pengguna disingkir sementara (/kill) atau diuruskan secara mel elektronik atau perbincangan secara ‘on-line’ dan pendidikan. Kesalahan kecil yang dilakukan berulang kali atau kesalahan yang lebih serius boleh menyebabkan kehilangan keistimewaan aksess rangkaian sama ada untuk sementara atau kekal (k-line) atau perubahan terhadap keistimewaan itu. Kesalahan berat termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan akaun nickserv/chanserv secara tidak sah, cuba mencuri kata laluan atau data, gangguan ketenteraman secara berulangan atau secara keras. Tambahan pula, pembekal perkhidmatan pesalah juga akan dihubungi. Gangguan ketenteraman, seperti dinyatakan di atas adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: (*) Komunikasi yang berterusan terhadap pengguna sehingga pengguna tidak dapat menangani masalah (contoh: /ignore atau /silence) (*) Penggunaan sumber rangkaian untuk tujuan secara sebaran berleluasa (dapat dilihat dari luar channel contoh: /topic) untuk mengganggu ketenteraman, menjatuhkan maruah atau memalukan orang lain. (*) Memberi maklumat peribadi/ kewangan pengguna tanpa kebenaran. Contoh, nama sebenar, nombor telefon, nombor sekuriti social, nombor akaun bank, nombor kad kredit dsb. [Nota: Channel-channel yang didirikan untuk tujuan mengganggu ketenteraman seperti di atas adalah tertakluk untuk ditutup.] Setelah menerima “k-line”, pengguna telah diberi notis bahawa mereka tidak lagi berautoriti untuk aksess sistem DALnet. Jika didapati adanya sesiapa yang cuba masuk secara haram dianggap sebagai penceroboh dan tertakluk bawah dakwaan sivil. Pengguna dinasihati untuk menghubungi kline@dal.net melalui mel elektronik untuk process menghapuskan sekatan ini dan untuk menggunakan sistem DALnet semula. DALnet memberi kepentingan untuk membenarkan orang ramai menggunakan perkhidmatannya dengan percuma tanpa batasan. Walaubagaimanapun, DALnet akan menggunakan haknya untuk menyingkirkan pengguna atas kebijaksanaanya, apabila didapati ia berfaedah untuk komunitinya secara menyeluruh. Ada kalanya keperluan untuk menyekat aksess kepada suatu ISP. DALnet akan cuba sedaya upaya untuk bekerjasama dengan ISP untuk mendapatkan dan menyekat hanya orang yang bersalah dan membenarkan semula aksess kepada pengguna ISP itu. Kegagalan DALnet terhadap haknya atau menguatkuasakan hak atau provisi AUP tidak dianggap sebagai pengecualian suatu hak atau provisi. BAHAGIAN 2 Definisi: ‘Akaun’ yang berkaitan dengan mana-mana perkhidmatan DALnet (NickServ, ChanServ, MemoServ dsb) adalah data yang terkandung dalam perkhidmatan yang berhubung kait terhadap suatu nama samaran dan/atau channel. Aksess kepada akaun ini adalah berdasarkan alamat yang suai dan/atau kata laluan yang sah. Setelah membuka akaun, pengguna adalah bertanggungjawab terhadap kesulitan akaun/kata laluan. Anda bertanggungjawab terhadap penggunaan akaun anda sama ada benar-benar berauthoriti atau tidak oleh anda. Perlakuan yang melanggar polisi ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada senarai aktiviti-aktiviti berikut. * Aksess tidak berauthoriti terhadap akaun nickserv/chanserv. * Menggunakan DALnet untuk mendapat aksess tidak berauthoriti kepada mana-mana system computer. * Menyambung pelayan-pelayan yang tidak berauthoriti kepada rangkaian. * Percubaan tanpa authority untuk memusnahkan skema sekuriti data atau masalah sekuriti. Ini termasuk mencipta dan/atau menggunakan program yang digunakan untuk mengenali masalah sekuriti dan/atau dekript secara sengaja data yang sulit. * Melakukan sesuatu yang boleh mengganggu operasi komputer, pelayan, atau proses di DALnet secara sengaja atau cuai. * Mengoperasikan program yang boleh memusnahkan atau memberi beban kepada pelayan atau rangkaian. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada jemputan/pengiklanan berleluasa dan program yang dikenali sebagai bot klon dan bot banjir. * Menyambung klien automatic (bot, fserv, dsb..) kepada suatu pelayan DALnet tanpa kebenaran pentadbiran pelayan itu. * Menggunakan sumber DALnet untuk aktiviti komersial seperti mengiklan atau menjual produk untuk tujuan mendapatkan hasil kewangan tanpa kebenaran pentadbiran DALnet. * Memalsukan identity pengguna atau mesin cara komunikasi elektronik. * Memaparkan imej lucah, tidak senonoh, menggangu ketenteraman di channel awam tanpa izin operator channel terlebih dahulu. * Menghantar sesuatu secara lebih cepat yang menyerupai mengganggu ketenteraman pengguna lain dengan cara ‘membanjiri’ mereka secara sengaja. * Mencuba mengawal atau membuat kacau bilau terhadap komunikasi pengguna lain atau membaca, menyalin, mengubah atau menghapuskan akaun nickserv/chanserv/memoserv tanpa izin pemilik. * Menggunakan channel untuk tujuan pindah/kongsi fail. Untuk maklumat lanjut untuk apa-apa yang terkandung dalam dokumen ini, sila hubungi help@dal.net atau semasa berada on-line, /join #operhelp dan tanya untuk dihubungi oleh seorang pentadbir DALnet. _________________________________________________________________ (c) 2001-2003 DALnet IRC Network