May 06, 2006
 

      Acceptable Use Policy



  Other languages: English, Arabic, Deutsh, Español, Français, Italiano, Malaysian, Português, Românã,

                            Pyccko, Türkçe, Urdu

 
 
				Polisi Penggunaan DALnet
				         v1.1
			     Revisi terakhir 3 Februari 2003



    BAHAGIAN 1

             1) Pengenalan
             2) Hak dan tanggungjawab
             3) Penguatkuasaan

    BAHAGIAN 2

             Perlakuan yang melanggar polisi
             Maklumat lanjut


				BAHAGIAN 1

    1) Pengenalan

    Polisi Penggunaan terpakai ini tertakluk kepada penggunaan komputer 
    dan pelayan di Rangkaian IRC DALnet termasuk tetapi tidak terhad 
    kepada forum chat, laman web dan perkhidmatan mel elektronik 
    (email). Dokumen ini melindungi pengguna DALnet, perkakasan komputer 
    dan rangkaian serta pentadbir sistem.


    Sambungan ke Rangkaian IRC DALnet adalah satu keistimewaan, bukan 
    hak. DALnet berhak menyingkirkan aksess kepada rangkaian tanpa 
    amaran terlebih dahulu dan tanpa sebab. Dimana sebab dinyatakan 
    adalah atas budibicara DALnet.


    DALnet adalah satu forum tidak terkawal yang dijadikan atas 
    sumbangan ikhlas pembekal perkhidmatan dan kakitangan sukarelawan. 
    Dengan menyambung ke DALnet, anda memahami dan bersetuju bahawa anda 
    adalah tetamu atas sistem persendirian. Ia boleh disingkirkan bila-
    bila masa untuk apa-apa sebabnya. Anda juga bersetuju bahawa anda 
    tidak ada hak pampasan ke atas data yang dijaga oleh DALnet yang 
    anda telah gunakan.

    DALnet tidak mengawal kandungan yang dipamerkan melalui perkhidmatan 
    dan sebagainya dan tidak memberi sebarang jaminan keatas kepastian, 
    kesahihan keatas maklumat tersebut. Adalah perlu difahamkan apabila 
    anda menggunakan DALnet, anda mungkin terdedah kepada kandungan yang 
    tidak senonoh atau terbatas. DALnet tidak akan bertanggungjawab 
    keatas apa-apa maklumat termasuk tetapi tidak terhad kepada 
    kesilapan atau ketinggalan dalam apa-apa kandungan maklumat yang 
    berlaku atas maklumat yang diposkan, melalui mel elektronik, 
    dihantar atau diperolehi melalui DALnet.

    DALnet berhak mengubahsuaikan terma dan syarat AUP ini bila-bila 
    masa tanpa sebarang pemberitahuan. Walaubagaimanapun, satu notis 
    akan dihantar kepada dalnet@dal.net sekurang-kurangnya 10 hari 
    sebelum sebarang perubahan dibuat jika boleh. Notis adalah sah 
    diberi waktu ia dihantar.

    AUP DALnet sentiasa berubah. Kami akan memberi pertimbangan terhadap 
    komen daripada pengguna dan kakitangan yang berwibawa. Kami akan 
    mengubah dokumen ini dari masa ke semasa. Anda adalah tertakluk 
    kepada AUP DALnet setiap kali anda menggunakan sumber/perkhidmatan 
    DALnet dan setiap revisi berkuatkuasa seterusnya. Versi AUP DALnet 
    ini mengatasi versi-versi yang lalu.

    Pemulaan dan perlaksanaan AUP adalah berdasarkan undang-undang dari 
    California. Sekiranya apa apa fasa AUP dibatalkan, baki fasa yang 
    masih ada akan dikuatkuasakan. Sekiranya apa apa fasa dibatalkan 
    atas situasi tertentu, namun demikian fasa tersebut akan masih 
    dikuatkuasakan selepas situasi tersebut.


    2) Hak dan Tanggungjawab


    Rangkaian ini boleh memberi aksess kepada sumber secara local serta 
    kebolehan berkomunikasi dengan pengguna seluruh dunia. Aksess 
    terbuka seperti ini adalah satu keistimewaan dan pengguna perlu 
    bertindak secara bertanggungjawab. Pengguna mesti menghormati hak 
    pengguna lain, integrasi system dan sumber fizikal serta mematuhi 
    undang-undang, peraturan dan perikatan kontrak. Oleh kerana maklumat 
    elektronik adalah tidak kekal dan boleh dicetak semula, pengguna 
    perlu memberi penghargaan dan menghormati kerja orang lain melalui 
    pematuhan syarat perlesenan perisian dan undang-undang HakCipta. 
    DALnet akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam hal 
    penguatkuasaan undang-undang mereka.


    Dengan menggunakan DALnet, anda bersetuju bahawa DALnet, pemberi 
    khidmat, pegawai, operator, pentadbir dan agen lain tidak akan 
    menanggung apa-apa kos, perbelanjaan, penghakiman, sebab tindakan, 
    yuran guaman, tindakan undang-undang dan kos makamah disebabkan oleh 
    penggunaan perkhidmatan DALnet oleh pendaftar sama ada secara 
    langusung atau tidak langsung atau melalui suatu tindakan atau 
    ketinggalan.


    Anda adalah bertanggungjawab untuk pengetahuan dan kedaulatan 
    undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan (1) penggunaan 
    mana-mana perkhidmatan DALnet (2) mod komunikasi yang anda 
    sambungkan terminal, komputer peribadi atau peralatan lain ke DALnet 
    dan perkhidmatannya dan (3)  rujukan /motd pelayan DALnet yang anda 
    gunakan.

    DALnet berhak memusnahkan SEMUA fail data, atau maklumat lain yang 
    disimpan dalam mana mana database yang dioperasi oleh seorang 
    pegawai atau wakil DALnet setelah nama samaran/channel anda telah 
    diterminasi, sama ada oleh anda atau DALnet.

    DALnet tidak memberi sebarang jaminan terhadap maklumat, 
    perkhidmatan dan produk yang diberi berkaitan dengan atau berada 
    dalam system komputer yang dimiliki atau beroperasi bawah DALnet 
    atau lain-lain perkhidmatan yang diberi oleh DALnet. DALnet juga 
    tidak memberi sebarang dan semua jaminan termasuk tetapi tidak 
    terhad kepada (i) jaminan ke atas keadaan, ketepatan sebarang 
    kandungan atau maklumat, produk dan perkhidmatan; dan, (ii) jaminan 
    barangan atau keadaan untuk sesuatu.


    DALnet tidak akan menanggung liabiliti terhadap kemusnahan 
    disebabkan atau sengaja disebabkan akibat kegagalan operasi, 
    kesilapan, ketinggalan, gangguan, masalah surge, gangguan atau 
    kemusnahan elektrikal, pemusnahan, kecacatan, kelewatan dalam 
    operasi atau siaran, masalah talian komunikasi.


    Tiada seorang pegawai atau wakil DALnet mempunyai kuasa untuk 
    pengesahan, perwakilan atau jaminan terhadap perkaitan perkhidmatan 
    yang diberi oleh DALnet.


    III) Penguatkuasaan


    Kesalahan kecil yang terkandung dalam polisi ini jika dilakukan 
    secara tidak sengaja seperti klien berlebihan atau banjir biasanya 
    diselesaikan secara tidak rasmi oleh operator rangkaian dan boleh 
    menyebabkan pengguna disingkir sementara (/kill) atau diuruskan 
    secara mel elektronik atau perbincangan secara ‘on-line’ dan 
    pendidikan.


    Kesalahan kecil yang dilakukan berulang kali atau kesalahan yang 
    lebih serius boleh menyebabkan kehilangan keistimewaan aksess 
    rangkaian sama ada untuk sementara atau kekal (k-line) atau 
    perubahan terhadap keistimewaan itu. Kesalahan berat termasuk tetapi 
    tidak terhad kepada penggunaan akaun nickserv/chanserv secara tidak 
    sah, cuba mencuri kata laluan atau data, gangguan ketenteraman 
    secara berulangan atau secara keras. Tambahan pula, pembekal 
    perkhidmatan pesalah juga akan dihubungi.

    Gangguan ketenteraman, seperti dinyatakan di atas adalah termasuk 
    tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

    (*) Komunikasi yang berterusan terhadap pengguna sehingga pengguna 
        tidak dapat menangani masalah (contoh: /ignore atau /silence)
    (*) Penggunaan sumber rangkaian untuk tujuan secara sebaran 
        berleluasa (dapat dilihat dari luar channel contoh: /topic) untuk 
        mengganggu ketenteraman, menjatuhkan maruah atau memalukan orang 
        lain.
    (*) Memberi maklumat peribadi/ kewangan pengguna tanpa kebenaran. 
        Contoh, nama sebenar, nombor telefon, nombor sekuriti social, nombor 
        akaun bank, nombor kad kredit dsb.

    [Nota: Channel-channel yang didirikan untuk tujuan mengganggu 
           ketenteraman seperti di atas adalah tertakluk untuk ditutup.]


    Setelah menerima “k-line”, pengguna telah diberi notis bahawa mereka 
    tidak lagi berautoriti untuk aksess sistem DALnet. Jika didapati 
    adanya sesiapa yang cuba masuk secara haram dianggap sebagai 
    penceroboh dan tertakluk bawah dakwaan sivil. Pengguna dinasihati 
    untuk menghubungi kline@dal.net melalui mel elektronik untuk process 
    menghapuskan sekatan ini dan untuk menggunakan sistem DALnet semula.



    DALnet memberi kepentingan untuk membenarkan orang ramai 
    menggunakan perkhidmatannya dengan percuma tanpa batasan. 
    Walaubagaimanapun, DALnet akan menggunakan haknya untuk 
    menyingkirkan pengguna atas kebijaksanaanya, apabila didapati ia 
    berfaedah untuk komunitinya secara menyeluruh. Ada kalanya keperluan 
    untuk menyekat aksess kepada suatu ISP. DALnet akan cuba sedaya 
    upaya untuk bekerjasama dengan ISP untuk mendapatkan dan menyekat 
    hanya orang yang bersalah dan membenarkan semula aksess kepada 
    pengguna ISP itu.

    Kegagalan DALnet terhadap haknya atau menguatkuasakan hak atau 
    provisi AUP tidak dianggap sebagai pengecualian suatu hak atau 
    provisi.

				BAHAGIAN 2


    Definisi: ‘Akaun’ yang berkaitan dengan mana-mana perkhidmatan 
    DALnet (NickServ, ChanServ, MemoServ dsb) adalah data yang 
    terkandung dalam perkhidmatan yang berhubung kait terhadap suatu 
    nama samaran dan/atau channel. Aksess kepada akaun ini adalah 
    berdasarkan alamat yang suai dan/atau kata laluan yang sah. Setelah 
    membuka akaun, pengguna adalah bertanggungjawab terhadap kesulitan 
    akaun/kata laluan. Anda bertanggungjawab terhadap penggunaan akaun 
    anda sama ada benar-benar berauthoriti atau tidak oleh anda.

    Perlakuan yang melanggar polisi ini termasuk, tetapi tidak terhad 
    kepada senarai aktiviti-aktiviti berikut.


    * Aksess tidak berauthoriti terhadap akaun nickserv/chanserv.

    * Menggunakan DALnet untuk mendapat aksess tidak berauthoriti 
    kepada mana-mana system computer.

    * Menyambung pelayan-pelayan yang tidak berauthoriti kepada 
    rangkaian.

    * Percubaan tanpa authority untuk memusnahkan skema sekuriti data 
    atau masalah sekuriti. Ini termasuk mencipta dan/atau menggunakan 
    program yang digunakan untuk mengenali masalah sekuriti dan/atau 
    dekript secara sengaja data yang sulit.

    * Melakukan sesuatu yang boleh mengganggu operasi komputer, 
    pelayan, atau proses di DALnet secara sengaja atau cuai.

    * Mengoperasikan program yang boleh memusnahkan atau memberi beban 
    kepada pelayan atau rangkaian. Ini termasuk tetapi tidak terhad 
    kepada jemputan/pengiklanan berleluasa dan program yang dikenali 
    sebagai bot klon dan bot banjir.

    * Menyambung klien automatic (bot, fserv, dsb..) kepada suatu 
    pelayan DALnet tanpa kebenaran pentadbiran pelayan itu.

    * Menggunakan sumber DALnet untuk aktiviti komersial seperti 
    mengiklan atau menjual produk untuk tujuan mendapatkan hasil 
    kewangan tanpa kebenaran pentadbiran DALnet.

    * Memalsukan identity pengguna atau mesin cara komunikasi 
    elektronik.

    * Memaparkan imej lucah, tidak senonoh, menggangu ketenteraman di 
    channel awam tanpa izin operator channel terlebih dahulu.

    * Menghantar sesuatu secara lebih cepat yang menyerupai mengganggu 
    ketenteraman pengguna lain dengan cara ‘membanjiri’ mereka secara 
    sengaja.

    * Mencuba mengawal atau membuat kacau bilau terhadap komunikasi 
    pengguna lain atau membaca, menyalin, mengubah atau menghapuskan 
    akaun nickserv/chanserv/memoserv tanpa izin pemilik.

    * Menggunakan channel untuk tujuan pindah/kongsi fail.


    Untuk maklumat lanjut untuk apa-apa yang terkandung dalam dokumen 
    ini, sila hubungi help@dal.net atau semasa berada on-line, /join 
    #operhelp dan tanya untuk dihubungi oleh seorang pentadbir DALnet.

           
    _________________________________________________________________
 

     (c) 2001-2003 DALnet IRC Network


 

Administration : News : Servers : Services : Software
Events : ezine : Help : KLine : Users
Acceptable Use Policy


Copyright Notice
Contact us


Home Administration Events DALnet Help Site DALnet KLine Site News Servers Services Software DALnet Ezine DALnet Users Site