Mencari Operator IRC

Versi 1.1.3


Terjemahan terakhir oleh PJKevin () pada 2003-10-12

Revisi terakhir oleh Documentations Team () pada 2017-06-29

Penulis asal LadyDana () pada 2000-07-27

Sila hantar maklum balas dan komen mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan) kepada docs@dal.net. Jika anda memerlukan bantuan mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila rujuk kepada http://help.dal.net.

Pengenalan

IRCop adalah singkatan bagi IRC Operator(Operator IRC). Merekalah yang menjaga keadaan pelayan, membanteras mereka yang bermasalah dari DALnet dan memastikan rangkaian IRC DALnet beroperasi dalam keadaan sempurna. Anda juga boleh mendapat bantuan daripada mereka mengenai beberapa isu. Salah satu sebab adalah kerana anda telah lupa kata laluan anda, misalnya.

Kandungan

1 · Adakah anda perlu seorang Operator IRC?

Sebelum anda mencari seorang Operator IRC, kamu perlu memastikan bahawa anda memang memerlukan bantuan mereka. Kebanyakkan soalan mengenai DALnet boleh dijawab oleh kakitangan channel bantuan DALnet.

Untuk mengelakkan diri anda daripada mendapat nasihat atau maklumat yang tidak tepat atau betul, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan daripada channel bantuan DALnet yang disyorkan seperti #DALnetHelp, #IRCHelp dan #Help.

2 · #OperHelp

Langkah pertama untuk mendapatkan seorang Operator IRC adalah dengan melawat #OperHelp. #OperHelp adalah channel di mana Operator IRC melapangkan masa untuk menjawab soalan. anda.

Semasa berada di #OperHelp, sila tunggu untuk giliran anda diberi "voice" dan jangan mesej Operator (orang dengan @ di depan nama samaran mereka). Para pengguna akan diberi "voice" berdasarkan konsep mereka yang masuk dulu akan di beri bantuan terlebih dahulu. Oleh yang demikian, keluar dan masuk balik ke dalam channel akan menyebabkan anda terpaksa menunggu lebih lama sebelum mendapatkan bantuan.

3 · Cara Alternatif

Sekiranya anda tidak dapat mencari seorang Operator IRC di #OperHelp, anda bolehlah menggunakan cara alternatif untuk mendapatkan seoarang Operator IRC. Arahan pertama yang anda boleh gunakan ialah:

/who 0 o

Arahan ini akan memberi senarai Operator IRC yang sedia ada dan tidak berada dalam keadaan mod "invisible" yang biasanya ditetapkan untuk semua pengguna.

Lagi satu arahan yang paling efektif ialah:

/stats p namapelayan.*

Contoh:

/stats p shiva.*

Jika nama pelayan (server) tidak dinyatakan, maka anda menggunakan arahan itu untuk pelayan yang kamu sedang berada. Arahan ini akan memaparkan senarai Operator IRC yang berada dalam mod +h (helpful mode)dan jumlah masa mereka tidak aktif (dalam saat). Tidak terdapat arahan untuk membuar STATS P untuk semua pelayan.

4 · Cara mendekati seorang Operator IRC

Sebelum mendekati seorang Operator IRC, sila gunakan arahan /whois terlebih dahulu. Jika mereka mempunyai waktu ketiadaan yang tinggi atau mempunyai mesej ketiadaan (away message), maka kemungkinan besar kamu tidak akan dapat bantuan daripadanya buat sementara waktu. Sila pastikan juga kamu bersopan santun apabila meminta bantuan. Mereka juga adalah manusia seperti anda dan mereka akan pasti akan sedia membantu kamu daripada kamu mengarah mereka untuk bantuan. :)

5 · Jika permintaan bantuan kamu pernah ditolak ...

Sekiranya kamu pernah meminta bantuan terhadap sesuatu perkara dan ia ditolak, adalah dinasihatkan supaya tidak mencari Operator IRC yang lain untuk mendapatkan balasan positif. Ini juga termasuk bagi mereka meminta bantuan terhadap masalah kata laluan (password). Operator IRC juga ada beberapa panduan yang patut diikuti. Jika salah seseorang itu telah menolak untuk membantu kamu, maka kemungkinan besar permintaan bantuan kamu juga akan ditolak oleh Operator IRC yang lain. Tolong jangan membazirkan masa kamu dan masa mereka dengan meminta bantuan Operator IRC yang lain apabila permintaan kamu itu ditolak.

6 · Soalan Umum (FAQ)

Q: Apakah saya perlu lakukan jika saya dikenakan ban daripada DALnet?

A: Sila hubungi Unit K-Line di bersama dengan maklumat mengenai ban kamu. Host/ IP juga amat berguna. Sila sertakan juga sebab Auto-Kill dan juga waktu tempatan anda.

Q: Saya ingin menjadi seorang Operator IRC. Apakah saya perlu lakukan?

A: Terdapat banyak sumber maklumat yang menerangkan proses menjadi seorang Operator IRC. http://docs.dal.net/docs/operinfomy.html dan http://help.dal.net/dnh/oper.php merupakan sumber maklumat terbaik.

Q: Bagaimana saya boleh menyambung pelayan saya dengan DALnet?

A: Sila lawat http://www.dal.net/admin/vote untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkara itu.

Q: Channel saya terlah ditutup, bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat mengenai perkara ini?

A: Tolong hantarkan email kepada untuk meklumat lebih lanjut tentang channel kamu.

Q: Nama samaran saya telah dibekukan. Dengan siapa saya perlu berhubung?

A: Tolong hantarkan email kepada untuk maklumat lebih lanjut tentang nama samaran kamu.

Kamu boleh berhubung dengan kami di jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lain. Selamat menggunakan IRC. :o)