Operator IRC

Versi 1.2.0


Terjemahan terakhir oleh Knz () pada 2019-01-08

Revisi terakhir oleh eDdYk0nG () pada 2020-06-04

Penulis asal LadyDana () dan curve () pada 2000-12-17

Sila hantar maklum balas dan komen mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan) kepada docs@dal.net. Jika anda memerlukan bantuan mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila rujuk kepada http://help.dal.net.

Pengenalan

Terdapat terlalu banyak kepercayaan dan konsep yang salah mengenai Operator IRC, tanggungjawab yang mereka jalankan dan perintah-perintah yang boleh mereka akses dan sebagainya. Dokumen ini akan cuba menjelaskan tanggungjawab seorang Operator IRC yang ada di DALnet, dan apa yang mereka boleh lakukan ataupun tidak. Dokumen ini juga akan menjelaskan serba sedikit mengenai beberapa kepercayaan tentang Operator IRC yang pernah anda dengar selama ini dan juga boleh dijadikan sumber bacaan yang baik untuk kita semua, terutamanya jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai struktur pentadbiran DALnet.

Jika anda memerlukan bantuan Operator IRC, anda boleh cuba melihat keterangan dengan lebih lanjut di http://docs.dal.net/docs/findopermy.html .

Kandungan

1 · Apakah yang dimaksudkan dengan IRCop?

Pengertian IRCop merupakan singkatan daripada IRC Operator - tetapi bukan IRC Cop (Polis IRC) atau mIRC Cop (Polis mIRC) seperti yang diketahui selama ini. Mereka juga boleh di istilahkan sebagai oper (dan juga kita haruslah memahami, bahawa amat penting untuk membuat perbezaan antara IRC dan mIRC dimana mIRC adalah sebuah program yang digunakan untuk mengaksess IRC; terdapat begitu banyak program IRC berbanding mIRC untuk membolehkan anda berkomunikasi dengan teman-teman di dalam rangkaian IRC).

Operator IRC adalah seseorang yang mempunyai aksess untuk menggunakan perintah-perintah didalam menguruskan kegiatan pentadbiran pelayan mereka termasuk diseluruh jaringan pelayan. Mereka biasanya mempunyai pengalaman dalam menggunakan IRC dan rangkaian DALnet berbanding pengguna biasa, maka dengan itu jelas kita ketahui bahawa mereka mempunyai kuasa dalam mengatasi segala situasi masalah-masalah yang terdapat di dalam rangkaian. Sebagai contoh mereka melakukan semua itu secara sukarela dengan memberikan waktu mereka untuk menjaga kestabilan rangkaian tanpa bayaran, kerana semuanya dilakukan secara sukarela.

2 · Apakah perkara yang merupakan tanggungjawab daripada seseorang Operator IRC?

Tugas utama seseorang Operator IRC ialah dikehendaki melihat bahawa pelayan mereka, dan juga keseluruhan rangkaian, berjalan dengan baik sebagaimana yang dikehendakinya. Termasuk juga melakukan berbagai tindakan terhadap orang-orang yang melanggar peraturan DALnet seperti klon, pembanjir ataupun pengiklan berleluasa. (spammers) dan memutuskan serta menyambung pelayan bagi memperbaiki lag (hambatan jalur data) atau netsplits (putusan jaringan) (penjelasan mengenai netsplits yang dapat dilihat di http://docs.dal.net/docs/netsplitsmy.html ).

Seorang Operator IRC dikehendaki meluangkan waktu untuk menolong pengguna. Misalnya, salah satu alasan yang paling banyak terjadi iaitu pengguna haruslah mencari Operator IRC kerana mereka tidak sengaja melupakan kata laluan nama samaran ataupun channel yang didaftarkan atas nama nama samarannya. Dan juga sebagai catatan bahawa Operator IRC sebenarnya tidak diwajibkan untuk membantu pengguna walaupun hal itu sebenarnya terdapat di dalam pentadbiran rangkaian DALnet.

Beberapa Pentadbir Pelayan boleh menggunakan haknya untuk mengambil masa yang diguna oleh para opsnya ketika para opsnya sedang memberikan bantuan kepada pengguna ataupun ketika mereka sedang berbual untuk melaksanakan fungsi dan tugas utama daripada seorang Operator IRC itu sendiri, namun hal tersebut tidak berlaku kepada semua pelayan yang ada di dalam rangkaian. Walaupun jika terdapat seorang Operator IRC di dalam salah satu pelayan yang adminnya menjalankan hak tersebut, mereka (Operator IRC) tetap mempunyai hak tersendiri untuk menolak secara peribadi dalam membantu pengguna dengan berbagai alasan yang mereka ada tanpa menghiraukan admin yang menggunakan haknya. Sebagai catatan terdapat Operator IRC yang mempunyai kesibukan tersendiri dengan berbagai tugasan dan tanggungjawab yang mereka miliki di dalam kehidupan IRC mereka dan kehidupan pribadi masing-masing .

3 · Apa yang seharusnya tidak boleh dilakukan oleh Operator IRC?

Berkenaan dengan hal yang mereka percayai, Operator IRC tidak boleh melakukan apa yang mereka kehendaki mengikut sesuka hati mereka. Mereka dipilih sebagai opers untuk melaksanakan tugasnya dengan baik demi melancarkan pelayan mereka dan juga untuk kelancaran dari seluruh rangkaian, mereka diharuskan untuk mengikuti peraturan yang telah dibuat dan berkelakuan sebagaimana mengikut kelayakanya, bertanggungjawab terhadap status yang mereka miliki.

Operator IRC tidak akan mencuri ataupun men-drop nama samaran dan channel demi kesenangan mereka. Segala perkara yang mereka lakukan semuanya dirakam dalam database dan segala penyalahgunaan perintah akan atasi dengan serius oleh unit tersendiri. Bagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa Operator IRC tidak akan mengambil tindakan dalam melawan pengguna yang melanggar peraturan DALnet, adakah mereka itu spammers, cloners, penyalahgunaan Services atau sesuatu yang mengakibatkan kekacauan? Terdapat juga kepercayaan yang mengatakan bahawa Operator IRC boleh menggunakan kekuasaan mereka untuk melihat pembicaraan seseorang secara privat walaupun itu adalah pilihan yang tidak terdapat di dalam rangkaian DALnet. semasa pilihan ini berfungsi di dalam rangkaian IRC yang lain, namun tidak berlaku dalam DALnet.

ini bermaksud Operator IRC tidak akan men-drop nama samaran atau channel ketika berada di dalam waktu tamat tempoh.. Ketika Services tidak aktif (down), mereka (Operator IRC) biasanya tidak akan menggunakan anda untuk menjadi @(op) di dalam channel anda walaupun anda mengatakan bahawa anda adalah operators/founder dari channel tersebut. Dengan memberi alasan Operator IRC tidak boleh memeriksa/menguji bahawa anda memang benar-benar operators/founders dari channel yang bersangkutan ketika Services sedang tidak aktif (dengan kata lain, anda tidak boleh mendapatkan hak anda untuk mendapatkan @ops ketika Services sedang tidak aktif). Namun walaubagaimanapun , mereka (Operator IRC) akan membantu anda apabila channel anda diserang dengan masalah klon dan banjir.

Untuk mengimbas semula peraturan DALnet mengatakan , setiap pengasas channel bebas menjalankan kebijaksanaan mereka ataupun peraturan channel masing-masing, walaupun misalnya terdapat beberapa orang yang tidak setuju akan perkara ini, DALnet tidak akan masuk campur dalam kebijakan pengasas channel sewaktu mereka tidak mengganggu DALnet's Services itu sendiri. Ini kerana tidak terdapat peraturan yang mengatakan bahawa pengasas channel haruslah bijaksana dan adil -- jika anda tidak suka dengan peraturan ataupun bagaimanakah cara channel itu berjalan, ideal yang sangat baik adalah anda haruslah mencuba channel yang berbeza dan mungkin sesuai bagi anda untuk berkomunikasi. Oleh yang demikian disini telah dinyatakan Operator IRC tidak mempunyai hak kekuasaan didalam masalah tipe internal channel seperti yang telah disebutkan di atas.

Sebagai catatan seterusnya Operator IRC secara umum tidak akan masuk campur dalam segala masalah pengurusan channel kecuali apabila ada seseorang/yang bertentangan dengan pedoman/peraturan dari rangkaian. Masalah seperti apabila anda tiba-tiba terkena kick atau terkena ban dari channel .ini disebabkan kelalaian channel ops, dsb. Sebaik-baiknya anda dikehenaki melaporkan kepada pengasas channel tetapi bukan kepada Operator IRC.

4 · Bagaimana cara sistem "opering" bekerja?

Sebuah baris O:line (huruf besar 'O') menyatakan bahawa seseorang itu sebagai operator global . Dan sebuah baris o:line (huruf kecil 'o') menyatakan bahawa seseorang itu sebagai operator lokal .

Dalam pengertian yang lebih baik, sebuah baris O:line/o:line ialah baris yang terdapat di dalam konfigurasi file IRC pelayan (IRCd). Baris O:line/o:line mengatakan bahawa maklumat tentang host (alamat IP) Operator IRC's, nama samaran dan kata laluan. Dan juga memberi penjelasan mengenai tingkatan-tingkatan perintah yang dapat di akses oleh Operator IRC tersebut yang akan dinyatakan di dalam pengguna modes ketika Operator IRC mengaktifkan perintah /oper. Anda boleh dapatkan keterangan lebih lanjut mengenai pengguna modes di http://docs.dal.net/docs/modesmy.html .

Ketika Pentadbir Pelayan sedang memilih seseorang untuk menjadi anggota Operator IRC di dalam pelayannya, maka biasanya mereka (Pentadbir Pelayan) akan menambahkan beberapa baris perintah o:line di dalam pelayannya untuk orang tersebut. Setelah baris tersebut ditambahkan, maka perintah /oper akan berfungsi dengan baik pada orang yang dimaksudkan itu untuk menjadi Operator IRC dalam pelayan itu. Operator IRC tersebut haruslah selalu menghubungi IRC clientnya kepada pelayan yang memberikan Operator IRC tersebut baris o:line, selain daripada itu perintah /oper tidak akan berfungsi dengan baik pada pelayan lainnya (kecuali apabila Operator IRC itu mempunyai akses kepada pelayan yang lain maka Operator IRC itu dikatakan sebagai operator global dan mempunyai tanda o:line).

Maka dengan itu, biasanya Operator IRC akan selalu menjadi anggota pelayan yang akan memberikan baris o:line pada Operator IRC itu (biasanya dihubungkan sebagai pelayan utama ). Namun, mereka juga mempunyai kemampuan menggunakan perintah /oper di dalam pelayan lainnya bila dijalankan, biasanya dihubungkan sebagai pelayan backup .

5 · Jenis-jenis Operator IRC

Operator IRC tidak mempunyai persamaan fungsi. Terdapat bermacam-macam kategori dari Operator IRC dan setiap dari mereka mempunyai akses yang berbeza untuk membuat perintah yang lebih spesifik. Pada umumnya, setiap kategori mempunyai akses tersendiri kepada setiap perintah-perintah yang telah dijelaskan di atas (dengan pengecualian setiap pentadbir pelayan). Dengan kata lain, semakin tinggi kategorinya atau semakin tinggi akses yang mereka (Operator IRC) miliki semakin besar tanggungjawab dan tugas yang harus mereka kerjakan. Penjelasan di bawah ini mungkin boleh memberikan pengertian yang lebih baik mengenai apa saja yang mereka boleh lakukan di dalam rangkaian IRC.

5.1 Local Operators (Operator Lokal)

Operator IRC lokal hanya akan dapat dilihat sebagai oper jika anda memeriksanya melalui maklumat WHOIS dari pelayan yang sedang mereka gunakan pada saat itu. Mereka mempunyai kemampuan untuk mengakset baris k:lines (bans pelayan lokal), menghubungkan kembali pelayan lokalnya yang terputus dari rangkaian, dan memutuskan hubungan IRC daripada pengguna dari pelayan lokalnya, serta melihat/mengetahui pengguna yang menggunakan mode +i (invisible) dan kemampuan lain yang terbatas.

Secara umum boleh dikatakan, operator lokal hanya boleh menimbulkan kesan kepada primary pelayannya saja dan tidak memberi kesan kepada keseluruhan rangkaian.

5.2 Global Operators (Operator Global)

Operator IRC global akan dilihat sebagai oper walaupun dimana anda berada pada disetiap pelayan dalam suatu rangkaian IRC. Mereka mempunyai kemampuan untuk memutuskan hubungan IRC daripada pengguna dari setiap pelayan, dan mempunyai kemampuan untuk melihat daftar akses ChanServ untuk (aop/sop/count), dsb.

Tidak seperti operator lokal, operator global mempunyai kesan secara keseluruhan bagi rangkaian melalui tindakan mereka.

5.3 Services Administrators (Pentadbir Perkhidmatan)

Pentadbir Perkhidmatan (Services Administator) dikenali juga sebagai SA (seseorang yang menggunakan mode +a). Mereka dapat mengsetkan baris K:lines (bans pelayan global), channel masskick, melihat daftar akses NickServ, mengubah mode-mode channel tanpa menjadi @op di dalam channel, dsb.

5.4 Server Administrators (Pentadbir Pelayan)

Pentadbir Pelayan (seseorang yang menggunakan mode +A) adalah administrator dari pelayan DALnet. Mereka bertanggungjawab diatas segala tindakan-tindakan yang dilakukan oleh primary opers dalam pelayan yang dipaparkan oleh Pentadbir Pelayan itu sendiri dan bertanggungjawab terhadap segala risiko yang terjadi di dalam pelayan mereka bagi keseluruhan rangkaian. Ada kemungkinan satu pelayan mempunyai dua Pentadbir Pelayan.

5.5 Channel Services Operator (Operator Perkhidmatan Channel)

Channel Services Operators biasanya dikenali juga sebagai CSop. Mereka mempunyai kemampuan untuk mendapatkan kembali dan mengirimkan password anda jika didapati anda kehilangan akses terhadap channel ataupun nama samaran milik anda, pembekuan nama samaran dan channel, menutup channel, yang semuanya itu hanya dilakukan apabila seseorang melakukan pelanggaran terhadap peraturan DALnet, dsb.

ini kerana mereka dapat membantu anda dalam masalah password, Maka biasanya CSops adalah operator yang paling banyak ditanyakan/dicari oleh semua pengguna DALnet. walaubagaimanapun , mustahil bagi anda untuk mengetahui apakah seorang oper itu adalah CSop atau bukan dengan hanya melihat pada maklumat /whois mereka. Tapi anda boleh mencuba untuk melihat pendaftaran siapa saja yang merupakan CSops di DALnet dengan menggunakan perintah /motd services.* .

5.6 Services Root Administrator (Pentadbir Dasar Perkhidmatan)

Hanya beberapa orang saja yang merupakan SRA dalam DALnet dan mereka mempunyai kekuasaan akses yang tinggi terhadap Services. Terdapat segolongan daripada mereka adalah Services coders, dan yang lainnya adalah anggota daripada Lembaga Pentadbiran Keseluruhan (dulu dikenali sebagai Lembaga Eksekutif), dsb. Mereka adalah sekumpulan orang-orang yang sebenarnya bertugas untuk memelihara Services dan memberikan jawapan kepada semua orang terhadap masalah-masalah yang dilaporkan kepada mereka (Services Root Administrator).

6 · Bagaimana untuk menyemak akses Operator IRC?

Selepas versi terbaru Bahamut https://www.dal.net/?page=Bahamut , DALnet menambah baris baru untuk Operator IRC /Whois output untuk memberitahu akses yang mereka ada. Oleh itu, pengguna yang mencari bantuan CSOp dengan kata laluan yang hilang, atau memerlukan bantuan dengan nama samaran/saluran yang dibekukan beku akan mendapat bantuan dengan lebih efektif. Walau bagaimanapun, pengguna boleh menyemak perkhidmatan /motd services.* untuk CSOps yang lain atau /join #Operhelp

Berikut adalah contoh daripada arahan /whois output

Fredfred is fredfred@staff.dalnet * Fred Meyer
Fredfred on @#docsteam @#dalnethilfe
Fredfred using *.dal.net DALnet oper-only server run by AOB
Fredfred has identified for this nick
Fredfred is an IRC Operator - Services Administrator
Fredfred has services access: CSop
Fredfred is a member of HelpDesk, Docs, HC
Fredfred has been idle 5mins 24secs, signed on Fri Nov 23 11:41:04 2018
Fredfred End of /WHOIS list.

Seperti yang anda dapat lihat, Fredfred mempunyai akses perkhidmatan: CSop. Maksudnya, dia boleh menangani nama samaran/saluran yang dibekukan, dan boleh membantu dengan banyak isu perkhidmatan yang pengguna mungkin hadapi dalam Rangkaian DALnet IRC.

NOTA: Anda boleh menyemak semua Operator IRC DALnet mengakses melalui bahagian 5 .

7 · Perbezaan Team yang terdapat di DALnet?

Terdapat banyak sekali berbagai team yang ada di DALnet. tidak semuanya dari mereka adalah dari bahagian operator DALnet, tugas mereka adalah: untuk melaksanakan tujuan tertentu demi kepentingan rangkaian, pemeliharaan/pengawasan daripada pengiklanan berleluasa, mengatur mailing lists, memelihara laman web, dsb.

Terdapat juga beberapa unit utama dimana di dalamnya terdapat beberapa subteams yang disatukan. sebagai contoh, unit MassAds adalah sub-unit dari Team utama K-Line.

daftar lengkap mengenai unit-unit yang ada besertakan anggotanya di DALnet boleh dilihat pada http://www.dal.net/admin/teams.php3 .

Anda juga boleh menyemak anggota kumpulan DALnet melalui arahan ini: /motd teams.*

NOTA: Ahli yang sedang berada dalam talian akan ditunjukkan secara BOLD, dan anda juga boleh melihat siapa ketua bagi setiap pasukan.

7.1 Unit Utama K-Line

Team Main K-Line boleh dikatakan team terbesar dalam struktur rangkaian DALnet dan mereka bertanggungjawab diatas segala sesuatu yang menyebabkan penggunaan setting ban network secara global. Maka dengan alasan itulah team ini bernama: K-Line Team. Mereka mengatasi segala situasi dengan semua ISPs, mengawal tindakan-tindakan yang dilakukan oleh para pelanggar, jumlah pelanggaran dan penentuan waktu yang tepat untuk membuat tindakan kepada pelanggar tersebut melalui domain dari ISPs pelanggar.

Sub-unit dari unit utama K-Line termasuk: Klon, Pengliklanan Berleluasa, Penutup, Kafe Siber, Exploitasi, Proxy terbuka/Wingate dan Penyalahgunaan Perkhidmatan. Kunjungi http://kline.dal.net untuk melihat maklumat lebih lanjut.

7.2 JawatanKuasa Bantuan

Unit JawatanKuasa Bantuan juga terdiri daripada sebuah unit utama dan beberapa sub-unit. Mereka mempunyai tanggungjawab dalam memberikan bantuan kepada setiap pengguna di DALnet.Team utama iaitu Help Committee mempunyai tanggungjawab dalam mengadakan setiap urusan yang berhubungan dengan help channel, memberikan persetujuan kepada setiap ideal-ideal baru dan mendiskusikan segala mengenai isu-isu ataupun masalah yang belum diselesaikan yang melibatkan bantuan kepada setiap DALnet pengguna.

Sub-unit daripada JawatanKuasa Bantuan termasuk: Dokumentasi, Acara-acara yang dilakukan di DALnet (Events), HelpDesk dan WebTeam. Anda boleh melihat keterangan lebih lanjut pada http://help.dal.net jika ingin lebih mengetahuinya secara spesifik.

7.3 Postmaster

Postmasters adalah pengurus dari mailing lists dan email alias untuk para operator DALnet. Sub-unit dari postmasters, adalah moderators, yang bertugas untuk memoderator dari beberapa mailing lists dengan tujuan untuk menyaring hal-hal/maklumat yang tidak pantas agar tidak sampai di dalam mailing lists.

7.4 Unit dan Kumpulan Lain

Terdapat juga beberapa Unit atau beberapa group yang independent yang tidak mempunyai subteam dan Unit itu sendiri. diantara daripada mereka adalah Unit Web, Coders, Unit Keselamatan, Unit Routing, Unit Latihan Oper, Pentadbir Dasar Perkhidmatan, Lembaga Pentadbiran Keseluruhan, dsb.

8 · Bagaimana caranya agar saya boleh menjadi seorang IRC Operator?

Menjadi seorang Operator IRC bukannya sesuatu dimana anda mengisi borang aplikasi. Ia diberi oleh Pentadbir Pelayan kepada mereka yang dikenali sama ada di IRC atau hidupan sebenar. Oleh yang demikian, jika anda matlamat anda adalah untuk menjadi seorang operator IRC, anda berkemungkinan akan menjadi kecewa. Jika anda berminat menjadi seorang operator IRC supaya anda nampak glamor dan 'kill' orang yang mengganggu anda, janganlah hairan jika anda tiba- tiba tidak dapat mengoper. Ia adalah kerja sukarela. Melakukannya untuk kelihatan seperti glamor bukannya sesuatu yang dilihat atau diinginkan di sini.

8.1 Maklumat Am

Jawapan yang senang untuk soalan ini ialah jika anda masih berterusan bertanyakan Operator IRC bagaimana anda boleh menjadi seorang Operator IRC, anda tidak akan mendapatkan apa yang anda ingini. Kita tidak mempunyai senarai calon yang berkebolehan atau prosedur aplikasi. Terdapat hanya 2 cara untuk menjadi seorang Operator IRC: membina pelayan IRC anda atau menunggu untuk seorang pentadbir menjemput anda. Memulakan pelayan baru bukannya senang bagi ramai orang jadi cara kedua adalah cara lebih am.

Perkara yang anda perlu tahu tentang menjadi seorang Operator IRC ialah anda tidak akan menyuka kerja- kerja yang terlibat. Kedudukan seorang Operator IRC bukannya glamor. Ia melibatkan banyak kerja keras, dedikasi dan juga kesabaran. Anda tidak akan dapat bermain lagi dan anda akan melihat orang lain berkeseronokan. Waktu perbualan anda dengan rakan- rakan anda juga berkurangan. Sila ambil perhatian juga bahawa menjadi seorang Operator IRC tidak bermaksud anda akan menjadi seorang mengambil undang- undang di dalam tangan anda sendiri. Ini termasuk penggunaan 'kill' berleluasa demi menghapuskan masalah tidak bererti anda adalah seorang 'Polis' atau 'Polis IRC'.

Tanyalah diri anda apa yang anda dapat menyumbang kepada DALnet. Peranan seorang Operator adalah sokongan, jadi tanyalah diri anda apa yang anda boleh lakukan untuk menyokong DALnet -- bukan dengan niat apa yang anda boleh menjadi tetapi dengan minda anda kekal dengan apa yang anda suka menyumbangkan masa. DALnet memerlukan orang yang sedia membantu orang lain, jadi jika itu adalah apa yang disukai, anda boleh melibatkan diri anda dengan menyertai channel- channel bantuan rasmi atau tidak rasmi, iktiraf. Kerja ini adalah lebih kurang bermanfaat dengan Operator IRC dan lebih senang dicapai.

8.2 Kebenaran

Pada masa dulu, terdapat beberapa channel yang merupakan tempat yang sesuai untuk pentadbir mendapatkan Operator IRC yang berpotensi. Setelah ia menjadi buah mulut bahawa perkara ini berlaku, channel- channel ini penuh dengan mereka yang ingin menjadi Operator IRC ang ingin memiliki "kuasa IRC" tanpa keperolehan kemahiran teknikal yang diperlukan. Kini, ia adalah amat sukar untuk menjadi seorang Operator IRC di DALnet tetapi ini tidak bermaksud anda tidak boleh membantu. Channel- channel bantuan seperti #Help , #Help , #mIRC dan sebagainya sentiasa mencari pengguna yang mempunyai niat yang baik dan hanya ingin memberi bantuan dan bukannya untuk mendapatkan O:line.

Anda akan meluangkan masa anda menjawab soalan yang sama berulang kali. Anda juga akan ditanya pelbagai jenis soalan untuk memberi bantuan dalam pelbagai aspek. Anda tidak difikirkan sebagai seorang dengan semua jawapan di tangan anda tetapi anda dikehendaki mengarahkan mereka kepada arah yang betul untuk mendapatkan bantuan. Anda juga akan menghadapi sesi lama dengan menyelesaikan konflik. Anda tidak boleh menghalaunya atau menyuruh mereka mencari orang lain kerana orang lain itu adalah Operator IRC dan perlu melihat masalah itu. Orang akan membanjiri kamu, menendang/ menyekat kamu dari channel- channel mereka, memanggil anda nama- nama yang tidak baik dipanggil, memikirkan anda sebagai seorang yang ganjil, menghantar 'mailbomb' kepada akaun email anda dan 'hack' akaun shell anda. Mereka juga akan cuba menyamar anda. Anda mungkin tidak akan hiraukan mereka tetapi anda akan hairan dengan apa yang mereka boleh melakukan atau telah melakukan. Terdapat juga mereka yang rasa terhutang budi kepada anda dan akan mengucapkan 'terima kasih'. Mereka inilah sebenarnya membuat anda rasa senang. Menjadi seorang Operator IRC tidak bermaksud penggunaan arahan '/kill' (walaupun ia amat menarik sekali). Ia adalah berkaitan dengan kemahiran manusia yang dapat melapangkan masa untuk membantu semua.

8.3 Cadangan

Jika anda masih ingin menjadi seorang Operator IRC, berikut adalah beberapa cadangan:

1.- Pelajarilah semua klien IRC. Bukan saja mIRC tetapi pelbagai klien IRC yang lain. Pastikan anda mengetahui operasi klien tersebut.

2.- Pelajarilah cara- cara mengendalikan perkhidmatan dan juga syntax ChanServ, NickServ, MemoServ dan HelpServ. Oleh kerana kami bertuah memiliki perkhidmatan- perkhidmatan ini, mereka perlulah digunakan seberapa banyak yang diperlukan kerana mereka amat berguna. HelpServ mengandungi fail bantuan semua arahan yang disokong oleh klien Unix ircII dan juga dengan klien IRC yang lain.

3.- Pelajarilah mod pengguna dan mod channel dan yang penting sekali mask (nama!namapengguna@namahost).

4.- Berilah bantuan kepada pengguna seberapa yang anda boleh tetapi ini tidak bermaksud anda memberi bantuan dengan kehadiran seorang Operator IRC.

5.- Anda perlulah ikhlas terhadap menjadi seorang Operator IRC. Jika anda ingin menjadi seorang Operator IRC demi status, maka ia akan diketahui juga.

6.- Adalah amat penting untuk bersikap sopan santun dan berperikemanusiaan. Seorang Operator IRC perlu memiliki kemahiran 'interpersonal'.

7.- Cuba memberi bantuan di channel bantuan. Anda tidak akan diberi status operator terus tetapi bantuan yang anda peroleh amat dihargai dan akan dilihat.

8.- Pelajarilah arahan raw IRC asas.

Ingat: Tidak semua akan dapat menjadi seorang Operator IRC walaupun mereka berpengalaman atau layak. jangan rasa kecewa jika anda tidak dapatkannya.

8.4 Jangan sesekali..

Perkara- perkara yang tidak patut dilakukan untuk menjadi Operator IRC:

1.- Bersenang di banyak channel pelayan dan batuan dengan harapan kehadiran anda akan meningkatkan peluang anda mendapatkan O:line.

2.- Mendesak atau bertanyakan pentadbir tentang menjadi seorang Operator IRC. Jika sedemikian, maka peluang anda untuk menjadi seorang Operator IRC akan menjadi rendah.

3.- Membantu dengan harapan pentadbir akan memilih anda menjadi seorang Operator IRC. Bantulah untuk membantu dan bukan untuk menjadi seorang Operator IRC.

4.- Meminta status - dalam keadaan ini, anda digelar sebagai pengemis.

Ini adalah garis panduan apa yang perlu dan apa tidak patut dilakukan. Ia tidak memberi jaminan anda akan menjadi seorang Operator IRC.

8.5 Maklumat lain

Anda juga boleh mendapatkan sumber maklumat daripada http://help.dal.net/dnh/oper.php .

Dicadangkan juga untuk melakukan 'search' di Internet untuk maklumat lain. Ambil perhatian juga bahawa bukan semua rangkaian IRC mempunyai garis panduan yang sama seperti DALnet.

9 · Bagaimanakah saya membuat aduan mengenai IRC Operator?

Kami telah mengubah cara untuk mencari tentang ServerName Operator IRC itu. Sekarang anda tidak dapat melihat pelayan Operator IRC melalui ( /Whois opername ). Jika tidak, anda boleh mencari melalui laman DALnet.

Aduan mengenai Operator IRC perlu sentiasa ditumpukan ke arah pentadbir pelayan yang mereka oper pada. Untuk mencari nama pentadbir, sila layari http://www.dal.net/servers untuk maklumat lanjut.

Anda akan dapat melihat semua pelayan DALnet dan 'anggotanya melalui link yang telah disebutkan di atas. Anda juga boleh menavigasi melalui http://www.dal.net/admin/teams.php3 yang perlu menyenaraikan kebanyakan, jika tidak semua, Operator IRC.

Pentadbir pelayan selalunya boleh dihubungi melalui nick-admin@dal.net . Jika misalnya nama samaran dari admin's tersebut adalah "apasaja" maka anda akan mengirimkan email kepada apasaja@dal.net. Pengaduan tentang pelayan admin boleh terus dilaporkan kepada Lembaga Pentadbiran Keseluruhan pada email .

Sebagai usaha terakhir, mereka boleh membantu anda dalam memberikan arahan yang tepat kepada sesiapa bahawa pengaduan anda seharusnya ditujukan.

Ketika anda memberi komen anda, sekiranya boleh diingat anda haruslah menuliskannya secara sopan santun menurut netiket, jelaskan situasinya secara detail dan cubalah menjelaskannya dengan tepat dan ringkas. Jika masalah anda ingin diatasi secara serius, cubalah berfikir sejenak sebelum mengirimkan keluhan anda dan jangan sampai email anda itu hanyalah sebuah cakap-cakap kosong sahaja, jangan sampai email anda itu boleh menyinggung perasaan orang lain. DALnet sangat serius sekali dalam mengambil tindakan, dan DALnet hanya akan mengambil tindakan pada masalah yang dikatakan logik, namun tidak akan mengambil tindakan hanya kerana seseorang itu ingin merosakkan nama orang lain atau membaca email yang begitu panjang namun isinya tidak jelas, dsb. Dan hal itu tidak akan membuatkan orang lain merasai keluhan anda. Juga, mengirimkan email kepada setiap alamat-alamat email yang ada di DALnet tidak akan membuatkan orang lain memandang anda dengan serius. Marilah kita cuba untuk bersikap lebih bertanggungjawab daripada melakukan hal tidak bermakna .

Biasanya, anda tidak seharusnya selalu menulis hanya tentang pengaduan saja kepada Pentadbir Pelayan. Sebuah pujian untuk Operator IRC dari salah satu anggota pelayan yang dimaksudkan kerana mereka yang melakukan tugasnya dengan baik akan selalu diterima dengan tangan terbuka.