Tips Umum DALnet / IRC

Versi 1.0.2


Terjemahan terakhir oleh eDdYk0nG () pada 2007-04-27

Revisi terakhir oleh eDdYk0nG () pada 2007-06-16

Penulis asal Wuher () dan Mystro () pada 2000-10-22

Sila hantar maklum balas dan komen mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan) kepada docs@dal.net. Jika anda memerlukan bantuan mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila rujuk kepada http://help.dal.net.

Pengenalan

Dokumen ini memberi keterangan mengenai beberapa peraturan Rangkaian IRC DALnet. Turut disertakan dalam dokumen ini adalah beberapa tip IRC sebagai panduan yang amat berguna sekiranya anda pengguna baru IRC.

Kandungan

1 · Polisi DALnet Am

Pengiklanan Berleluasa (Mass Advertising)

Pengiklanan berleluasa termasuk menghantar mesej di channel atau kepada pengguna biasanya untuk channel atau laman web. Pengiklanan berleluasa boleh mengakibatkan anda dikenakan 'kill' dan jika berterusan bantahan rangkaian (network-ban). Jika anda inginkan pengguna melawat atau masuk channel anda, anda boleh menggunakan cara lain dengan menetapkan topik yang menarik untuk menarik minat pengguna serta menjemput rakan- rakan anda untuk menyokong channel tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai Polisi Pengiklanan Berleluasa, sila melawat http://kline.dal.net/massads/mup.htm.

Klon (Cloning)

Klon adalah sambungan lebih daripada 1 sambungan daripada 1 komputer (host) kepada Rangkaian IRC DALnet. Ada pelayan yang membenarkan 2 sambungan dan ada yang hanya membenarkan 1 sahaja. Sebelum menyambung klien berlebihan, sila baca MOTD (Message of The Day yang boleh didapati melalui arahan /motd) daripada pelayan (server) yang kamu ingin gunakan. Klon secara kecil- kecilan akan menyebabkan "kill" manakala klon secara besar- besran boleh mengakibatkan bantahan rangkaian (network-ban). Ini juga termasuk penggunaan klon daripada banyak "host" contohnya dari kafe- siber.

Gangguan Ketenteraman (Harassment)

Menggangu/ membuat kekacauan terhadap Operator IRC atau ahli kakitangan DALnet boleh mengakibatkan anda dikenakan "kill" atau mungkin bantahan rangkaian bergantung kepada jenis gangguan ketenteraman. Jika kamu diganggu oleh pengguna lain, adalah dicadangkan untuk kenakan "ban" (jika boleh) dan/ atau tidak melayan orang itu. Jika ia masih berterusan walaupun anda telah cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya, silalah ke channel #OperHelp dan meminta bantuan di sana. Sila lawat laman web http://docs.dal.net/docs/netiquettemy.html untuk maklumat lanjut.

Proxy Terbuka (Open Proxies)

Walaupun ia diperlukan dalam beberapa kes, proxy terbuka tidak dibenarkan mempunyai klien bersambung ke DALnet kerana ia sering kali digunakan untuk tujuan penyalahgunaan. Setiap pelayan (server) DALnet mempunyai bot WinGate yang mengesan klien sambungan di port 23 dan 1080. Jika proxy terbuka dikesan dari salah satu port, kamu akan terus dihentikan sambungan anda dari pelayan (server). Untuk maklumat lanjut, sila rujukhttp://kline.dal.net/proxy/index.html.

Penyalahgunaan Perkhidmatan (Services Abuse)

Penyalahgunaan perkhidmatan boleh merangkumi pelbagai aspek termasuk mendaftar kepada nama samaran yang berlebihan. Penyalahgunaan perkhidmatan dikaji dan ditentukan berasaskan kes demi kes. Jika kamu mempunyai apa-apa soalan berkenaan dengan penyalahgunaan perkhidmatan, anda boleh menghantar email kepada sabuse@dal.net .

Lain-Lain (Miscellaneous)

Serangan DDOS (nuking atau packeting) dan pengesan port tidak ada kena mengena dengan IRC dan tidak dikuatkuasa oleh DALnet. Walaubagaimanapun, anda boleh dikenakan /kill jika anda melakukannya atas seorang Operator IRC. Jika anda mengesyaki anda terbabit dalam serangan DDOS dan sebagainya, sila lawat http://www.nohack.net untuk bantuan.

2 · Polisi Pelayan

Bots

Kebanyakkan pelayan (server) DALnet menyatakan dalam MOTD mereka sama ada bot (singkatan untuk robot yang berduduk di pelayan) dibenarkan atau tidak. Kebanyakkan (bukan semua) menyatakan jenis bot yang dibernarkan. Server tidak benarkan yang beriklan secare berleluasa, membanjiri channel dan menyebabkan pengguna hilang sambungan mereka. Ini dikatakan sebagai "hostile bot".

Jika kamu tidak melihat sebarang notis dalam MOTD (dapat dilihat melalui arahan /motd server.dal.net) sama ada bot dibenarkan atau tidak, anda tidak sepatutnya meletakkan bot anda di sana. Jika anda ingin meletakkan bot kamu di pelayan (server), sila berurusan dengan Pentadbir pelayan "Server Administrator" itu. Untuk mengetahui pentadbir server, sila taip /admin. Jika didapati bot anda berada di pelayan (server) yang tidak mengizinkan, bot anda boleh dikenakan k-line. Untuk maklumat lanjut mengenai polisi bot di http://help.dal.net/faqs/Botsallowed.txt dan juga Soalan umum bot di http://docs.dal.net/docs/botfaqmy.html.

3 · Panduan Channel Secara Umum

Membanjiri channel

Banjir merupakan satu masalah yang sangat rumit dan tidak patut dilakukan dalam banyak barisan dalam masa yang singkat. Kebanyakkan channel mempunyai operator yang menguatkuasakan bilangan barisan sesaat yang dibenarkan yang umumnya meletakkan ban jika melebihi had tersebut. Semua channel mempunyai peraturan berlainan. Untuk kebaikan, tetapkan 3-5 barisan bagi satu tempoh 10 saat. Satu tip adalah untuk menaip seberapa banyak teks yang anda boleh dalam satu barisan. Terlampau banyak character dalam satu barisan juga boleh mengakibatkan anda dikenakan ban. Dinasihatkan untuk menghantar teks 350 character dalam satu barisan.

Ulangan Teks

Kebaikan IRC adalah ia adalah berasaskan teks dan bukannya pendengaran. Orang bukannya buta dan mereka boleh melihat apa yang anda sedang menyatakan dan mengulangi tidak akan membantu tetapi akan menyebabkan orang tidak suka. Jika kamu mempunyai apa- apa soalan atau pernyataan, nyatakan hanya sekali sahaja. Kamu akan dapat balasan dalam sedikit masa. Sila berikan sedikit masa untuk pembalas itu membalas soalan anda. Ini adalah untuk memberikan masa kepada penjawab membalas.

Peminta Status Operator Channel

Kamu tidak patut meminta status Operator channel. Ia akan sentiasa mengakibatkan anda kena tendang/ ban dan memburukkan harapan kamu untuk menjadi seorang Operator di channel itu. Jika kamu mematuhi peraturan channel dan seorang pengguna yang aktif, kamu mungkin akan mendapat status Operator Channel. Ini tidak bermaksud terdapat pelbagai tahap untuk mendapatkan Status tersebut tetapi channel berlainan mempunyai cara berlainan untuk memberikan status itu.

4 · Kesimpulan

Kesemua panduan asas dan peraturan yang disyorkan serta dinyatakan di atas adalah senang diikuti. Apabila anda khuatir terhadap sesuatu yang tidak terkandung dalam dokumen ini. Sila gunakan kebijaksanaan anda. Semasa anda menyambung ke pelayan (server) sila baca peraturan di MOTD. Jika kamu minat membaca tentang etika semasa di IRC, anda bolehlah membaca http://docs.dal.net/docs/netiquettemy.html.