1 · Nama Samaran Kamu
Apabila anda berbual (chat) di IRC, kamu akan menggunakkan nama samaran di mana orang lain akan mengenali anda dengan. Nama samaran adalah gambaran pertama orang mengenali kamu dengan. Pemilihan nama samaran amat penting. Nama samaran yang mengandungi perkataan lucah (kami tahu perkataan perkataan yang dimaksudkan di sini) atau mengenai aktiviti sulit tidak patut digunakan. Elakkan daripada menggunakan jarak dan character tidak biasa.
Anda boleh mendaftarkan nama samaran anda dengan kata laluan untuk mengelakkan orang lain daripada menggunakannya. Sila rujuk http://www.dal.net/services/nickserv untuk mengetahui cara mendaftar dan menjaga nama samaran kamu. Anda juga boleh melawat channel channel bantuan seperti #DALnetHelp, #Help atau #IRCHelp untuk bantuan.
2 · Memasuki channel
Selepas anda sambung ke DALnet, anda boleh memasuki channel dengan menaip
/join #namachannel (#namachannel adalah channel yang kamu ingin masuk).
Contohnya, jika kamu ingin masuk channel #DALnetHelp, kamu akan menaip
/join #DALnetHelp
Adalah amat penting untuk membaca topik sesuatu channel. Biasanya peraturan channel boleh didapati dalam topik channel. Kadangkala, anda akan melihat ucapan daripada bot channel. Kamu mungkin dapat polisi channel itu dalam ucapannya itu. Dicadangkan untuk kata 'hai' dan memerhatikan apakah tujuan channel itu dan bagaimana pengguna bertutur. Pastikan ucapan anda pendek dan tidak panjang lebar. Perbualan adalah perbualan biar di IRC ataupun dalam dunia sebenar dan mengganggu perbualan orang tidak patut dilakukan. Jangan sesekali terus menggunakan channel itu dengan tidak bersopan dan/ ataumembaca peraturan/ polisi channel itu. Ia akan mengakibatkan anda dikenakan sekatan (ban) dari channel itu.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai memilih channel, sila rujuk "Mencari Channel" yang boleh didapati di http://docs.dal.net/docs/channelsmy.html.
3 · Perbualan Channel
Anda harus ingat bahawa orang ramai akan membentukkan pandangan mereka terhadap anda berdasarkan tingkahlaku dan komen jadi eloklah anda memikir sebelum anda menghantar mesej itu. Sekali ia dihantar, ia tidak boleh ditarik balik.
Topik dan cara perbualan antara channel tidak sama. Lebih baik untuk kurang bercakap dan memikir apakah yang sedang berlaku di channel itu. Jika kamu tidak suka sesuatu mengenai channel itu, carilah channel lain.
Gunakanlah bahasa yang telah ditetapkan oleh channel itu. Jika perbualan channel itu dalam Bahasa Inggeris, gunakanlah Bahasa Inggeris. Jika perbualannya dalam Bahasa Portugis, gunakanlah Bahasa Portugis. Jangan menetapkan kehendak bahasa anda itu yang bertentang dengan bahasa yang digunakkan di channel itu.
Elakkan diri daripada memberi komen kritikal terhadap ejaan atau kemahiran menaip orang lain. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan.
IRC merupakan satu tempat yang baik supaya orang tidak mengenali diri anda yang sebenar. Elakkan diri daripada bertanyakan soalan peribadi ataugambar sehingga anda mengenalinya dengan lebih rapat.
Ada beberapa channel gemar bermain lagu seperti wav atau mp3, dan ada yang tidak. Tunggu dan perhatikan apa yang dibuat oleh pengguna channel itu sebelum anda menggunakan lagu anda. Jika anda mempunyai beberapa fail x-rated, anda tidak patut menggunakan pemain automatik sehingga kamu pasti ia dibenarkan di channel itu.
Kesenian ASCII adalah amat menarik terutamanya dengan klien IRC baru yang menyokong penggunaan warna. Perhatikan channel itu sebelum mempamerkan kepunyaan anda. Jika kamu tidak pasti, sila tanya terlebih dahulu. Ada beberapa channel yang tidak membenarkan penggunaan warna.
Ada beberapa orang yang suka mengadakan perbualan sulit melalui /msg dan ada yang tidak. Elakkan diri anda daripada memulakan perbualan persendirian dengan orang yang tidak dikenali. Berbual dengan mereka terlebih dahulu dalam channel untuk suai kenal.
4 · DCC
Ramai pengguna tidak gemar menerima fail DCC daripada orang yang tidak dikenali. Tetapkan opsyen DCC anda supaya anda tidak menerima fail itu secara automatik. Virus yang boleh merosakkan data atau menyebabkan fail peribadi anda dilihat/ diaksess oleh orang lain boleh dihantar melalui DCC. Sama ada anda tetapkan opsyen tidak menerima DCC atau mempunyai pilihan untuk menerima fail DCC jika perlu. Sila rujuk kepada panduan yang ada untuk klien IRC kamu atau ke channel #mIRC atau mana- mana channel yang dapat membantu anda berdasarkan klien IRC anda.
Jika kamu percaya anda mempunyai virus, sila ke channel #NoHack untuk bantuan.
DALnet mempunyai satu sistem yang menghentikan penghantaran fail dengan virus. Jika anda inginkan fail itu dan ia dihalang, anda boleh menaip
/dccallow +nama penghantar
yang akan membenarkan anda menerima fail itu.
Untuk maklumat lanjut tentang virus, sila ke channel #NoHack atau melawat http://docs.dal.net/docs/exploitsmy.html. Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada http://www.nohack.org.
5 · Operator Channel
Operator channel adalah pengguna yang berada atas sekali dalam senarai pengguna channel dengan tanda @ depan nama samaran mereka. Mereka bertanggungjawab memastikan operasi channel berjalan dengan lancar. Di beberapa channel, ada operator yang mengawal channel itu dengan tegas dan berhak membuat keputusan. Jika kamu tidak pasti sama ada sesuatu yang anda ingin lakukan itu dibenarkan atau tidak, eloklah kalau bertanya terlebih dahulu. Jika seorang pengguna telah melakukan kesalahan, operator channel mempunyai pilihan untuk tendang pengguna keluar dari channel dengan sebab walaupun ia tidak perlu diberikan. Jika pengguna itu masih degil dan berterusan, sekatan (ban) boleh dikenakan atas pengguna itu. Sekali lagi ambil perhatian bahawa sebab untuk sekatan itu tidak perlu diberikan.
Menjadi seorang operator channel adalah satu keistimewaan yang diberi oleh pengurusan channel itu. Jika anda ke channel orang dan meminta status operator adalah sesuatu yang tidak elok dilakukan. Bertanyakan soalan yang sama secara beransur- ansur adalah satu sebab orang tidak inginkan anda berada di channel itu. Jika kamu adalah pengguna aktif di channel itu dan diperhatikan sebagai pengguna baik di channel itu, anda mungkin akan dijemput menjadi seorang operator di channel itu. Kebanyakkan channel bantuan memerlukan anda lulus kuiz atau menjalani latihan khas sebelum anda boleh menjadi seorang operator channel itu.
Operator channel bantuan DALnet tidak melibatkan diri dengan masalah pengurusan channel. Sama juga dengan Operator IRC. Masalah ini elok diselesaikan dengan orang yang kamu berselisihan dengan itu. Jika kamu ditendang atau disekat dari channel itu, anda perlu menghantar /msg kepada operator channel untuk sebab dan jika sekatan itu boleh dikeluarkan. Jika anda tidak mendapat sebarang balasan, anggaplah anda disekat untuk sementara waktu.
Untuk maklumat lanjut mengenai sekatan channel (channel bans), sila lawat http://docs.dal.net/docs/banguidemy.html.
6 · Channel Bantuan
Terdapat beberapa channel bantuan rasmi di DALnet. Anda boleh mendapatkan senarai channel- channel ini di http://help.dal.net. Anda akan mendapati bahawa ada beberapa channel bantuan untuk bantuan dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Sepanyol dan bahasa Jerman. #DALnetHelp adalah channel bantuan dalam Bahasa Inggeris.
Ada juga channel bantuan yang tidak rasmi tetapi amat berguna di mana- mana rangkaian IRC. Anda boleh tahu kepakaran mereka dengan melalui nama channel itu seperti #mIRCHelp, #HTML-Helpdesk, #ircle, #newbies dan sebagainya. Jika anda ada sebarang masalah, anda patut tahu channel mana yang anda perlu melawat. Jika kamu berada di channel yang salah, anda akan diberitahu channel yang boleh membantu anda.
Apabila anda masuk ke suatu channel bantuan, jangan tanya soalan anda berulang kali. Adakalanya pembantu mungkin sibuk memberi bantuan kepada orang lain dan ini boleh mengakibatkan kekeliruan jika anda terus mengarah untuk bantuan. Jika terdapat sedikit operator yang bertugas, anda perlu tunggu sebelum mendapat bantuan.
Pastikan anda tahu apa yang anda ingin tanya dan anda berada di channel bantuan yang betul. Tanyakan soalan mengenai script di channel #OperHelp yang sepatutnya ditanyakan di channel #mIRC. Pada masa yang sama, pergi ke channel #Macintosh dan bertanyakan soalan yang berkaitan dengan mesej yang anda terima dari MemoServ adalah tidak betul kerana channel itu ditugaskan dalam bidang lain.
#OperHelp merupakan channel moderated. Ini bermaksud anda perlu menunggu untuk seorang operator memberikan kamu voice. Jangan menghantar notice atau mesej ke Operator channel itu. Pengguna diberi voice berdasarkan siapa masuk dahulu. Jika kamu menghantar notis dan mesej ke operator channel itu, anda akan ditendang keluar dan perlu menunggu lebih lama.
Anda akan mendapat balasan secepat mungkin. Berikan sedikit masa. Kadangkala, operator channel sibuk memeriksa rekod perkhidmatan. Walaupunanda tidak mendapat jawapan dengan terus, ia tidak bermaksud orang telah lupakan anda. Bertanyakan soalan berulang kali hanya akan melambatkan proses balasan.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai #OperHelp, sila lawat http://help.dal.net dan klik #OperHelp pada bahagian atas laman itu. Anda juga boleh melawat laman web bagi channel rasmi dari laman utama itu.
Anda boleh belajar pelbagai perkara semasa berada di channel bantuan. Walaubagaimanapun, perbualan adalah terhad. Sesetengah channel bantuan menghadkan masa anda boleh memerhatikan. #OperHelp tidak membenarkan anda duduk lama melainkan anda benar- benar memerlukan bantuan. Bacalah topik channel itu kerana ia mungkin mengandungi peraturan serta polisi channel itu. Gangguan berterusan kepada proses bantuan akan menyebabkan anda disekat (ban) dari channel itu.
7 · Mengejar/Gangguan Ketenteraman
Mengejar atau (stalking) bererti seorang pengguna itu ikut anda dari channel ke channel. Gangguan ketenteraman boleh terjadi akibat penggunaan /msg dan lain lain cara mendapatkan perhatian pengguna yang tidak diinginkan oleh pengguna itu. Jika seseorang itu mengganggu anda dan anda menggunakan mIRC, sila gunakan arahan
/ignore nick 3.
Ini akan menyebabkan orang itu tidak dihiraukan walaupun dia menukar nama samarannya. Jika orang itu menukar sambungannya, anda perlu meletak /ignorenick 3 yang baru.
Anda juga boleh menggunakan
/silence nick
Ini akan menghentikan pengacau itu. Jika kamu terasa gangguan ini adalah satu ugutan, anda boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Internet orang itu. Anda boleh memastikan ini dengan menggunakan arahan /whois nick.
Jika anda melihat semuanya nombor, sila gunakan
/dns nick
untuk melihat jika ia akan memberikan Pusat Perkhidmatan Internet itu. Hantarkan salinan kejadian itu dengan maklumat pengguna itu kepada abuse@user.net (Pusat Perkhidmatan Internet si pengganggu). Dalam keadaan serius, anda boleh menghubungi agensi penguatkuasa undang- undang tempatan di tempat anda untuk bantuan.
8 · Operator IRC
Operator IRC adalah orang- orang yang bertanggungjawab untuk penjagaan pelayan (server) individu dan DALnet secara keseluruhan. Mereka bukannya 'anggota polis' IRC, tetapi mereka akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melakukan sesuatu yang melanggar polisi atau mengganggu operasi DALnet. Operator IRC bertugas menjaga pelayan dan memastikan rangkaian DALnet beroperasi sebagai satu unit. Ada juga Operator IRC yang boleh membantu dengan masalah kata laluan. Anda boleh menemui mereka di channel #OperHelp.
Anda tidak boleh "berdaftar" atau mengisi "aplikasi" untuk menjadi seorang Operator IRC. Sila gunakan arahan /motd untuk melihat polisi permintaan status Operator IRC. Mendesak untuk menjadi seorang Operator IRC akan menyebabkan nama samaran anda diletak di bawah senarai pengguna yang berjumlah 60,000+. Ia juga boleh mengakibatkan anda dipaksa keluar dari rangkaian tanpa notis pemberitahuan jika kamu enggan.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawat http://help.dal.net/dnh/oper.php atauhttp://ahnberg.pp.se/ircop.html . Jika anda ingin tahu bagaimana caranya untuk mencari seorang Operator IRC, sila lawat http://docs.dal.net/docs/findopermy.html .
Sila hantar maklum balas dan komen mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan) kepada docs@dal.net. Jika anda memerlukan bantuan mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila rujuk kepada http://help.dal.net.