MemoServ

Versi 1.0.3


Terjemahan terakhir oleh PJKevin () pada 2004-03-23

Revisi Terakhir oleh PJKevin () pada 2004-03-23

Penulis asal LadyDana () pada 2000-10-22

Sila hantar maklum balas dan komen kepada docs@dal.net mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan). Jika perlu bantuan mengenai apa- apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila rujuk kepada http://help.dal.net.

Pengenalan

DALnet merupakan salah satu rangkaian IRC terbesar yang sedia dengan perkhidmatan. Ia merupakan rangkaian IRC petama untuk meletak perkhidmatan ****Serv untuk penggunanya sejak tahun 1994. Antara perkhidmatan yang biasa digunakan adalah NickServ, ChanServ dan MemoServ. Dokumen ini akan memberi panduan kepada arahan MemoServ dan juga disertakan dengan syntax dan contoh. Ia juga akan memberi beberapa garis panduan apa yang dikatakan sebagai penyalahgunaan perkhidmatan yang berhubung kait dengan MemoServ dan bagaimana melaporkannya.

Satu senarai lengkap arahan Perkhidmatan DALnet juga boleh didapati dari http://www.dal.net/services. Untuk pertanyaan mengenai perkhidmatan, anda boleh melawat salah satu channel bantuan rasmi DALnet seperti #DALnetHelp, #Help atau #IRCHelp.

Sepanjang dokumen ini, arahan /memoserv akan digunakan untuk berinteraksi dengan MemoServ. Walaubagaimanapun, klien IRC anda mungkin tidak akan menyokong arahan ini. Jika keadaan ini berlaku, adalah dicadangkan untuk menggunakan arahan /msg MemoServ@services.dal.net atau /quote memoserv.

Kandungan

1 · Syarat- Syarat

Terdapat beberapa syarat yang perlu diambil tahu sebelum seseorang pengguna itu boleh menghantar dan menerima memo. Antaranya ialah:

Penghantar dan penerima mesti menggunakan nama samaran berdaftar. Penhantar mesti meggunakan nama samaran berdaftar pada masa dia menghantar memo. Penerima hanya boleh membaca memo itu apabila dia menggunakan nama samaran yang memo itu dihantar.

Mesej melalui MemoServ anda tidak boleh melebihi 255 character. Perlu dinyatakan bahawa memo adalah mesej pendek jadi pastikan ia adalah pendek. Jika anda ingin menghantar mesej melebihi had ini, anda perlu mendapatkan alamat email orang itu dan menghantar email. Memang anda boleh menghantar memo secara teratur tetapi seelok-eloknya gunakanlah email jika ia melebihi had 2 memo pada masa itu.

Walaupun sesetengah memandang perkhidmatan MemoServ sebagai perkhidmatan yang berguna, ada yang tidak ingin menerima memo. Oleh yang demikian, DALnet mempunyai satu opsyen yang membenarkan pengguna itu menghalang penghantaran memo kepadanya. Jika opsyen ini diaktifkan, penghantaran memo kepada orang ini akan dihalang. Opsyen ini akan dibincangkan kemudian dalam dokumen ini.

Ada beberapa syarat lagi untuk menghantar memo, walaubagaimanapun, ia melibatkan arahan- arahan tertentu dan ia akan diliputi dalam arahan- arahan tersebut.

2 · Menghantar Memo

Terdapat tiga jenis memo. Memo peribadi, memo channel dan memo global. Memo global juga dikenali sebagai Berita MemoServ dan hanya boleh dihantar oleh Pentadbiran DALnet. Kelebihan ini akan diceritakan kemudian dalam dokumen ini.

Memo peribadi dihantar secara terus kepada kamu sahaja manakala memo channel dihantar kepada Operator atau SOp channel tersebut. Apabila anda menghantar memo channel, memo itu akan membuat salinan secara automatik dan menghantarkannya kepada setiap AOp/SOp dalam channel itu.

Arahan ini digunakan untuk menghantar memo peribadi:

/memoserv send nick message

Contoh:

/memoserv send PeanutButterLover I'm not going to be there tonight, catch you tomorrow!

Dimana "PeanutButterLover" adalah orang yang saya ingin menghantarkan memo.

Memo channel beroperasi dengan prinsip yang sama. Walaubagaimanapun, bukan semua orang boleh menghantar memo channel. Apabila sesuatu channel itu berdaftar, opsyen secara default ditetapkan kepads AOp. Ia bermaksud, hanya AOp, SOp dan pengasas (founder) boleh menghantar memo. Walaubagaimanapun, pengasas boleh menukar opsyen ini untuk menetapkannya untuk SOp atau pengasasnya itu sendiri. Dalam beberapa kes, hanya SOp atau pengasas channel itu boleh menghantar memo kepada seluruh channel.

/memoserv send #channel message

Contoh:

/memoserv send #peanutbutterlovers Hey everyone! I will not be around for the the next 10 days, if there are any problems then talk to one of the sops.

Arahan di atas akan menghantar memo kepada semua nama samaran berdaftar dalam senarai AOp dan SOp. Jika anda ingin menghantar memo ini hanya kepada SOp sahaja, gunakanlah arahan:

/memoserv sendsop #channel message

Contoh:

/memoserv sendsop #peanutbutterlovers What does everyone think about aopping PeanutLovingLady? She has been around a lot recently ...

Fikir dengan teliti sebelum anda menghantar memo channel. Jika ia adalah satu isu yang tidak perlu diketahui oleh semua orang, adalah lebih baik untuk menghantar memo kepada orang itu sahaja. Ambil perhatian juga bahawa bukan semua suka menerima memo terutamanya jika ia tidak berguna kepada mereka. Anda boleh menghantar sehingga 5 memo kepada satu orang. MemoServ akan menghalang memo anda yang lain sehingga penerima itu membuang memo- memo yang lepas.

Setiap memo yang anda hantar tidak boleh melebihi had 255 character. Jika anda melebihi had ini, MemoServ akan membalas dengan memberitahu anda berapa character anda perlu kurangkan. Berikut adalah satu contoh jika saya menghantar satu memo dengan 288 character. Ia memberitahu saya bahawa saya perlu mengurangkan 33 character sebelum memo itu boleh dihantar.

-MemoServ- Memos can be no longer than 255 characters. Your memo was 288 characters long. Please shorten it by 33 characters.

3 · Membaca Memo

Apabila anda menggunakan nama samaran berdaftar anda, MemoServ akan memberitahu anda jika anda mempunyai memo.

-MemoServ- You have 1 new memo. To list them, use: /msg MemoServ@services.dal.net list

Ini akan menyebabkan kita menggunakan lagi satu arahan iaitu arahan MemoServ LIST yang akan menyenaraikan semua memo yang dihantar kepada nama samaran anda. Ia membenarkan anda melihat nama pengirim, nombor memo, waktu ia dihantar dan status memo itu (baru, telah dibaca atau dibuang).

/memoserv list

Arahan ini hanya akan memaparkan 20 memo yang pertama. Jika anda ingin membaca memo- memo yang lain, anda perlu membuang beberapa memo terlebih dahulu sebelum anda boleh melihat memo- memo yang lain. Anda juga boleh menggunakan opsyen STARTPOINT dimana ia akan menyenaraikan memo- memo lain. Contohnya, jika anda ingin menyenaraikan memo- memo dari Memo Ke-5 dan berikutnya, anda akan menggunakan:

/memoserv list 5

Ini akan menyenaraikan memo- memo dari permulaan Memo Ke-5 hingga ke Memo Ke-25. Opsyen STARTPOINT amat berguna apabila anda tidak berada buat sementara waktu dan telah menerima banyak memo.

Arahan READ digunakan untuk membaca kandungan memo itu. Syntaxnya ialah:

/memoserv read memo number

Seperti yang telah dinyatakan pada awal dokumen ini, nombor memo dinyatakan dalam output MemoServ LIST. Contoh:

/memoserv read 1

Jika anda menerima lebih daripada satu memo, anda boleh membaca beberapa buah memo pada masa yang sama. Contohnya:

/memoserv read 1,2,3

or

/memoserv read 1,3,5

Nota: Semua memo akan dibuang dalam masa 7 hari sama ada ia dibaca atau tidak. Hanya 50 memo boleh disimpan untuk suatu nama samaran pada satu masa.

4 · Membuang Memo

Setelah anda membaca memo itu dan tidak memerlukannya lagi, anda boleh membuangnya. Membuang memo dilakukan dengan dua langkah. Langkah pertama, menandakannya sebagai dibuang dan yang kedua pembuangan tetap.

Arahan DEL membenarkan anda membuang satu atau lebih memo. Menandakan sebagai dibuang (sementara) itu membenarkan anda membaca memo itu sehingga ia dibuang tetap. Syntax untuk arahan DEL ialah:

/memoserv del memo number(s)

Contohnya:

/memoserv del 1
/memoserv del 1,2,3
/memoserv del 1,3,5

Anda dapat melihat bahawa arahan DEL berfungsi cara yang sama seperti arahan READ. Ia juga mempunyai satu opsyen yang READ tidak ada:

/memoserv del all

Penggunaan ALL akan membuang semua memo dan menghapuskannya. Setelah anda menggunakan arahan ini, anda tidak dapat membaca memo- memo yang telah dibuang itu.

Sesuatu memo itu boleh dibuang secara kekal melalui 2 cara lagi. Semua memo yang telah ditanda sebagai dibuang akan dibuang kekal apabila anda berhenti menggunakan nama samaran anda. Anda juga boleh mengarahkan MemoServ untuk membuang semua memo yang telah ditanda sebagai dibuang itu dibuang kekal melalui arahan PURGE.

/memoserv purge

Diingatkan bahawa selepas memo itu dibuang kekal, anda tidak boleh membacanya lagi. Gunakan arahan ini dengan hati- hati.

5 · Penghantaran Memo dari satu nama samaran ke nama samaran yang lain

Jika anda mempunyai nama samaran sekunder, anda boleh mengarahkan MemoServ untuk menghantarkan semua memo nama samaran primier anda kepada nama samaran sekunder itu melalui opsyen FORWARD.

Syntaxnya ialah:

/memoserv forward
/memoserv forward -
/memoserv forward nick password

Arahan petama membenarkan anda untuk memeriksa jika anda telah mengaktifkan opsyen FORWARD. Jika opsyen ini aktif, anda boleh melupuskannya dengan arahan kedua.

Arahan ketiga digunakan untuk mengaktifkan opsyen ini. Contohnya:

/memoserv forward ILovePeanutButter MyPeanuttyPassword321

Arahan ini akan mengarahkan MemoServ menghantar semua memo bagi nama samaran pengguna itu kepada nama samaran "ILovePeanutButter" sebaliknya. "MyPeanuttyPassword321" adalah kata laluan bagi nama samaran "ILovePeanutButter". Kedua- dua nama samaran ini mestilah berdaftar.

6 · MemoServ News

MemoServ NEWS adalah berita Pentadbiran DALnet yang memberitahu tentang perubahan perkhidmatan. Ia juga dikenali sebagai memo global.

Berita MemoServ dihantar kepada semua nama samaran yang berdaftar tidak kira nama samaran itu mempunyai opsyen FORWARD dan NOMEMO aktif atau tidak.

Anda boleh menggunakan arahan /memoserv news untuk membaca artikel itu. Selepas membacanya, ia akan membuang dirinya secara a~utomatik. Jika anda tidak membacanya, MemoServ akan mengingatkan anda sehingga anda membacanya.

Oleh kerana perkara ini, artikel NEWS MemoServ jarang digunakan. Artikel- artikel lepas boleh didapati dari http://www.dal.net/news.

7 · Opsyen NOMEMO

Opsyen NOMEMO ditetapkan melalui NickServ dan bukannya MemoServ. Ia adalah satu arahan bawah opsyen NickServ untuk sesuatu nama samaran itu bawah subset NickServ SET.

Arahan ini senang diingati. Anda hanya mempunyai 2 pilihan:

/nickserv set nomemo on
/nickserv set nomemo off

Ini akan mengaktifkan dan menutup opsyen NOMEMO. Ambil perhatian bahawa opsyen NOMEMO akan menghalang opsyen FORWARD. Anda boleh mempunyai nama samaran sekunder yang mempunyai opsyen NOMEMO aktif tetapi semua memo- memo itu akan ditolak dengan serta merta.

Adalah penting untuk mengenalkan nama samaran anda sebelum menggunakan arahan ini kerana anda tidak boleh melakukan sebarang perubahan opsyen sehingga anda berbuat demikian. Anda boleh mengenalkan nama samaran anda melalui arahan /identifykata_laluan dan sebagainya.

8 · Penyalahgunaan

Seperti dengan perkhidmatan- perkhidmatan lain, menghantar memo memerlukan sumber DALnet yang tinggi. Rangkaian IRC DALnet tidak bertolak ansur terhadap penyalahgunaan MemoServ melalui banjir, mengganggu ketenteraman atau pengiklanan.

Anda tidak boleh menggunakan MemoServ untuk membanjiri pengguna. Ini termasuk penghantaran memo ulangan dengan kandungan yang sama dan memo yang menyinggung.

Penghantaran memo yang mengganggu ketenteraman adalah salah dari sisi polisi DALnet. Ini termasuk ugutan, banjir dan kekerasan.

Anda tidak dibenarkan menggunakan MemoServ untuk mengiklan channel, laman web atau skript melainkan orang itu membenarkannya. Jangan menghantar memo pengiklanan kepada orang yang tidak atau baru dikenali.

Bergantung kepada jenis kesalahan, anda boleh diberi amaran, pembekuan nama samaran, tidak dilayan oleh Perkhidmatan atau dilaporkan kepada pusat perkhidmatan internet pengguna itu.

9 · Melaporkan penyalahgunaan

Jika anda telah menjadi mangsa penyalahgunaan perkhidmatan berkait dengan MemoServ, anda digalakkan untuk melaporkannya kepada seorang CSOp (Channel Services Operator) atau Unit SAbuse (Services Abuse) "Unit Pencegahan Penyalahgunaan Perkhidmatan".

Malangnya, logs mudah dipalsukan. Oleh yang demikian, log kejadian itu masih tidak mencukupi untuk memastikan laporan anda adalah sah. Anda mesti mematuhi syarat- syarat yang berikut untuk tindakan diambil terhadap pesalah.

Pertama sekali, adalah penting supaya tidak membuang memo itu. Ambil perhatian bahawa memo yang ditandakan sebagai dibuang akan hilang apabila nama samaran anda digunakan pada lain masa. Memo itu mesti berada dalam senarai MemoServ.

Di sini, anda boleh memilih untuk menghubungi Unit Pencegahan Penyalahgunaan Perkhidmatan DALnet- SAbuse atau mencari seorang CSop sendiri. Unit SAbuse boleh dihubungi di . Pastikan anda menyertakan penerangan kejadian itu dengan salinan memo yang diterimahgunaan Perkhidmatan juga bahawa memo itu masih belum dibuang. Untuk menyiasat kes ini, mereka akan menggunakan nama samaran ini dan mengenalkannya untuk memastikan laporan anda adalah sah. Sila nyatakan bahawa anda membenarkan mereka berbuat demikian untuk tujuan penyiasatan. Log yang berhubung kait juga amat berguna.

Walaubagaimanapun, jika anda ingin mendapatkan bantuan dengan serta merta, anda boleh mendapatkan senarai CSOp melalui arahan /motd services.*. Maklumat lanjut mengenai cara- cara mencari seorang Operator IRC boleh didapati di http://docs.dal.net/docs/findopermy.html.