Mod Channel dan Pengguna

Versi 1.3.3


Translasi terakhir oleh eDdYk0nG () pada tgl 2007-05-06

Revised terakhir oleh DocsTeam () pada tgl 2017-05-06

Ditulis pertama kali oleh LadyDana () pada tgl 2000-10-28

Segala komentar atau feedback tentang dokumen ini (hanya mengenai hal tersebut!

Pengenalan

Dokumen ini ditulis sebagai panduan kepada semua mod pengguna dan channel yang disokong oleh IRCD DALnet (Internet Relay Chat Daemon). IRCD DALnet dinamakan Bahamut. Maklumat tambahan mengenai Bahamut boleh diperoleh daripada http://bahamut.dal.net dan #bahamut.

Setiap mod diikuti dengan penjelasan dan contoh. Melainkan dan sekiranya ia dinyatakan, semua mod sentiasa ditukar atau ditetapkan oleh arahan /mode.

Syntax:

/mode nickname +/- mode(s)
/mode #channelname +/- mode(s) parameters

Anda hanya boleh menukar mod pengguna anda sendiri sahaja. Hanya Operator Channel dapat aksess lengkap untuk menukar mod channel itu.

Daftar Isi

1 · Senarai Mod

Apabila anda pertama kali menyambung ke DALnet, anda akan mendapatkan banyak maklumat mengenai pelayan (server) yang anda sedang menggunakan. Senarai mod pengguna dan channel juga terkandung dalam maklumat ini.

Welcome to the DALnet IRC Network PJKevin!kevin@219.95.43.120
Your host is mesra.kl.my.dal.net, running version bahamut-1.8(02)
This server was created Sun Sep 19 2004 at 13:07:39 MYT
mesra.kl.my.dal.net bahamut-1.8(02) aAbcdefFghiIjkKmnoOrRswxXy bceiIjklLmMnoOprRstv
NETWORK=DALnet SAFELIST MAXBANS=100 MAXCHANNELS=20 CHANNELLEN=32 KICKLEN=307 NICKLEN=30 TOPICLEN=307 MODES=6 CHANTYPES=# CHANLIMIT=#:20 PREFIX=(ov)@+ STATUSMSG=@+ are available on this server

Maklumat di atas adalah satu contoh apa yang anda akan lihat apabila anda pertama kali sambung. Di sini, kami dapat perhatikan bahawa terdapat dua kumpulan abjad selepas versi ircd pada baris keempat.aAbcdefFghiIjkKmnoOrRswxXy dan bceiIjklLmMnoOprRstv.

Untuk versi IRCD ini, aAbcdefFghiIjkKmnoOrRswxXy adalah mod Pengguna dan bceiIjklLmMnoOprRstv adalah mod channel. Setiap huruf mewakili satu pilihan untuk nama samaran atau channel. Sila ambil perhatian bahawa ia tidak semestinya berdasarkan contoh ini.

2 · Mod Channel

Mod channel hanya boleh ditukar oleh operator channel, iaitu mereka yang mempunyai @ di sebelah nama samaran mereka. Ada beberapa mod channel yang memerlukan parameter tambahan bersama dengan mod itu dan ada yang tidak memerlukannya.

Anda juga boleh menggukanan kombinasi mod berlainan dalam satu arahan dengan syarat anda mematuhi peraturan parameter. Dengan Bahamut, anda boleh mengubah 6 mod pada satu masa dalam barisan arahan itu.

Syntax:

/mode #channelname +/- mode(s) parameters

Contoh:

/mode #peanutbutter +nt
/mode #peanutbutter -ps
/mode #peanutbutter +nt-R
/mode #peanutbutter +ntv-obb MissPeanut BadTastingPeanut *!*@loving.peanutbutter.ca *!*@singing.in.moonlight.net

2.1 +A

Bila saluran berada dalam mode auditorium, pengguna hanya bisa melihat ops atau menyuarakannya Pengguna di saluran dan pesan yang dikirim ke saluran oleh Pengguna non-ops atau non-voiced sedang dikirim ke # channel-relay. Ops dan menyuarakan pengguna dapat melihat daftar pengguna lengkap. Selain itu, bergabung / bagian / berhenti dari pengguna non-ops atau non-voiced hanya dikirim ke Ops atau menyuarakan pengguna Mode saluran ini ditujukan untuk acara di seluruh jaringan dan saat ini bisa Hanya diatur oleh layanan

2.2 +b

+b adalah untuk mengenakan ban (larangan) di mana ia menyekat seorang pengguna (atau sekumpulan pengguna daripada menggunakan channel itu. Jika pengguna itu berada dalam channel itu semasa ban itu diletak, pengguna itu tidak dapat mengantar mesej kepada channel. Ini merupakan fungsi tambahan mod ini. Fungsi ini juga dikenali sebagai +bquiet, walaupun ia tetap menggunakan +b. Sebagai tambahan, mesej peninggalan (/part messages) juga tidak akan ditunjukkan.

Syntax:

/mode #channelname ¡Ób [hosts]

Contoh:

/mode #peanutbutter +b-bb *!*@annoying.pest.com *!*@*.ca *!~@*.moonlight.net

Jika anda tidak menyatakan apa- apa host, kamu akan diberi senarai larangan walaupun anda berada di luar channel.

Maklumat lanjut mengenai larangan boleh diperoleh daripada http://docs.dal.net/docs/banguideid.html.

2.3 +c

Mod +c bermaksud colourless (tanpa warna). Ia merupakan satu mod baru dan ia lebih spesifik kepada DALnet buat masa kini.

Jika seorang pengguna menghantar mesej berwarna ke channel (kebanyakkan klien IRC menyokong warna),atau pengawalan kod (termasuk ketebalan (bold), garisan bawah (underline),undur (reverse) dll), mesej ini akan ditahan dan tidak terpapar sepertimana channel itu berada dalam keadaan moderate bagi seseorang pengguna itu.

2.4 +e

+e adalah mod pengecualian yang membenarkan mereka yang mempunyai hostmask sepadan dengan senarai pengecualian tetapi juga dalam senarai sekatan untuk dibenarkan masuk channel. Apabila suatu hostmask ditetapkan dalam senarai pengecualian, mod ini akan membenarkan orangnya itu memasuki channel dengan merentas sekatan yang ditetapkan.

Syntax:

/mode #channelname ¡Óe [hosts]

Contoh:

/mode #peanutbutter +e PJKevin!*@*.my

Dalam contoh atas,katakan terdapat suatu sekatan dengan hostmask *!*@*.my dalam senarai sekatan. Hostmask PJKevin adalah PJKevin!kevin@brk32-kj.jaring.my. PJKevin akan dapat masuk channel tersebut kerana dia mempunyai pengecualian dengan mod +e atas host PJKevin!*@*.my.

2.5 +i

Menetapkan channel kepada jemputan sahaja hanya akan membenarkan orang yang dijemput ke channel (dengan arahan /invite atau dalam senarai jemputan) untuk memasuki channel itu.

2.6 +I

Mod ini membenarkan hanya mereka yang mempunyai hostmask sepadan dengan host dalam senarai jemputan dibenarkan masuk channel bermode +i (melalui jemputan sahaja).

Syntax:

/mode #channelname ¡ÓI [hosts]

Contoh:

/mode #peanutbutter +I PJKevin!*@*.my

Dalam contoh atas, PJKevin dapat masuk channel #peanutbutter walaupun mod +i ditetapkan kerana host PJKevin ialah PJKevin!kevin@brk32-kj.jaring.my dan ia mempunyai padanan dengan senarai jemputan.

Nota: Sila ambil perhatian bahawa mod ini tidak akan berkesan jika terdapat sekatan yang sepadan dengan pengguna dalam senarai sekatan.

2.7 +j

Mod +j digunakan untuk kawalan masuk pengguna. Ia amat berguna dimana ia akan membenarkan nisbah N pengguna dalam tempoh S saat.

Syntax:

/mode #channelname ¡Ój N:S

Contoh:

/mode #peanutbutter +j 3:5

Dalam contoh di atas, channel #peanutbutter ditetapkan mode +j dengan nisbah 3 pengguna dalam 5 saat.

2.8 +k

Definisi kekunci ialah perkataan (kata laluan) yang anda perlu gunakan dalam arahan /join semasa memasuki channel itu. Jika kekuncinya adalah salah, anda tidak akan dibenarkan masuk channel itu.

Syntax:

/mode #channelname ¡Ók kekunci

Contoh:

/mode #peanutbutter +k jam

Sesiapa yang ingin memasuki channel ini dikehendaki menggunakan arahan /join #channelname kekunci. Dalam kes di atas, ia adalah /join #peanutbutter jam.

2.9 +l

Mod ini adalah pembatas pengguna channel dimana ia membenarkan anda menentukan maksima pengguna yang boleh masuk ke dalam channel anda pada satu masa. Apabila ia telah mencapai batasannyanya, sesiapa yang cuba memasuki channel itu akan mendapat mesej memberitahu bahawa channel itu adalah penuh.

Syntax:

/mode #channelname ¡Ól number

Contoh:

/mode #peanutbutter +l 25

2.10 +L

Buat masa kini, mod +L tidak mempunyai apa- apa fungsi di DALnet walaupun ia telah dinyatakan dalam keluaran IRCD Bahamut. Ia digunakan untuk senarai moderated (moderated /LIST). Apabila ia ditetapkan, hanya channel dengan mod +L akan terpapar dalam senarai /LIST. Mod +L telah ditetapkan untuk kegunaan pada masa yang akan datang.

2.11 +m

Mod moderated hanya akan membenarkan Op (@) dan Voice (+) mengantar mesej ke channel. Semua mesej lain akan disekat.

Sesiapa yang bukan Op atau voice dalam channel juga disekat daripada menukar nama samaran mereka.

2.12 +M

+M membawa maksud hanya nama samaran berdaftar dapat bertutur. Sama juga seperti mod +R dimana hanya nama samaran berdaftar (nama samaran dengan mod pengguna +r) sahaja dibenarkan untuk bertutur. Nama samaran yang masih berada di dalam channel selepas +M telah ditetapkan tidak dapat mengantar mesej ke channel itu sehingga mod +r ditambahkan kepada nama samaran mereka. Silahkan rujuk kepada section 3.3.

2.13 +n

Mod +n adalah no external messages dimana ia menyekat mesej daripada orang yang tidak berada di dalam channel. Jika +n tidak digunakan, ia akan mengakibatkan orang luar mengantar mesej ke channel itu walaupun dia tidak berada di dalam channel itu.

2.14 +o

Seorang operator channel dapat dikenali dengan simbol @ sebelah nama samarannya. Terdapat beberapa klien IRC yang mungkin akan menunjukkan simbol lain tetapi tidak semua dan hanya beberapa sahaja

Syntax:

/mode #channelname ¡Óo nickname(s)

Contoh:

/mode #peanutbutter +oo-o MissPeanut PeanutButterLover CheekyBrat

Seorang operator channel dapat tendang/ menyekat orang daripada channel sebagai tambahan kepada yang berkuasa menukar mod channel.

2.15 +O

Mod +O membawa maksud oper sahaja. Pada amnya, ia hanya membenarkan mereka yang mempunyai mod pengguna +o (Operator IRC) untuk masuk channel itu. Mod ini hanya boleh ditetapkan oleh seorang Operator IRC.

2.16 +p

Channel private (persendirian) tidak ditunjukkan pada output WHOIS melainkan orang itu berada di dalam channel yang sama.

2.17 +r

Mod +r hanya boleh ditetapkan oleh Services (Servis) yang memberitahu bahawa channel itu adalah channel berdaftar dengan ChanServ. Mod ini tidak digunakan lagi.

2.18 +R

+R bererti nama samaran berdaftar sahaja (mod pengguna +r) dapat masuk channel itu. Bagi mereka yang tidak menggunakan nama samaran berdaftar, mereka akan mendapat satu mesej meminta mereka mendaftarkan nama samaran tersebut. Silahkan rujuk kepada section 3.3.

2.19 +s

Channel secret (rahsia) tidak ditunjukkan pada output WHOIS melainkan mereka berada di dalam channel yang sama. Sebagai tambahan, channel rahsia juga tidak akan disenaraikan atas permintaan LIST.

Anda tidak perlu menggunakan mod +p jika kamu menggunakan mod +s sebab mode +s adalah mod pelengkap +p. Silahkan rujuk kepada section 2.16.

2.20 +S

Apabila saluran ditetapkan kepada +S, hanya pengguna yang mempunyai mod +S sahaja yang bisa memasuki saluran. +S ditetapkan apabila anda menggunakan sambungan selamat, SSL.

2.21 +t

Apabila mod +t ini ditetapkan, hanya operator channel dapat menetapkan topik channel itu.

2.22 +v

Seperti yang telah dinyatakan di atas apabila sesuatu channel itu "moderate" (+m Silahkan rujuk kepadasection 2.11), hanya operator dan voice dapat berkomunikasi dan mengantar mesej ke channel itu. Hanya operator channel berhak memberi atau menarik voices.

Contoh:

/mode #channelname ¡Óv nickname(s)

Contoh:

/mode #peanutbutter +vv-v MissPeanut PeanutButterLover CheekyBrat

Perlu diberi perhatian bahawa di beberapa channel, pengguna yang mendapat mod voice boleh dianggap rakan kepada operator channel dan boleh dianggap sebagai operator channel dalam latihan. Walaubagaimanapun, ia tidak boleh diaplikasikan untuk semua channel.

3 · Mod Pengguna

Mod pengguna membenarkan anda untuk menetapkan beberapa perkara semasa anda berada di IRC. Anda boleh menggunakan mod- mod ini untuk menentukan kesukaran untuk orang lain mengesan anda, maklumat yang anda hendak dari pelayan (server) IRC itu dan sebagainya. Mod Pengguna lebih dikenali sebagai umode.

Mod pada amnya ditetapkan melalui arahan /mode.

/mode nickname +/- mode(s)

Contoh:

/mode PeanutButterLover +iws
/mode PeanutButterLover -k
/mode PeanutButterLover +i-s

Anda hanya dapat menukar mod anda sendiri sahaja. Oleh yang demikian, ia hanya berkesan atas nama samaran yang kamu guna pada masa itu.

3.1 +C

Apabila pengguna menetap kepada mod +C, mereka bisa menerima mesej daripada pengguna yang berada didalam saluran yang sama sahaja.

3.2 +i

+i juga dikenali sebagai mod "invisible". Ia tidak bermaksud kamu betul- betul tidak dapat dilihat tetapi sukar untuk pengguna lain mencari anda melainkan mereka tahu nama samaran kamu atau berada di channel yang sama dengan kamu. Sila ambil perhatian bahawa kebanyakkan pelayan (server) menetapkan mod +i apabila anda sambung.

Apabila anda tidak ditetapkan pada mod pengguna +i, pengguna lain dapat mengesan atau melihat anda melalui arahan /who atau melalui arahan /names #channelname. Operator IRC dapat melihat semua pengguna sama ada mereka dalam keadaan +i atau tidak.

3.3 +r

Mod +r hanya boleh ditetapkan oleh Services (Servis) yang memberitahu bahawa nama samaran itu adalah nama samaran itu berdaftar dengan NickServ.

Apabila seorang pengguna menggunakan arahan /whois atas pengguna yang telah ditetapkan mod +r, satu baris tambahan akan ditambahkan pada output WHOIS orang itu menandakan beliau; telah mengenalkan dirinya kepada NickServ untuk nama samaran itu.

Contoh:

MissPeanut is janice@peanutty.yummy.com * Peanut Butter is the best!
MissPeanut is on @#PeanutButter +#PeanutB
MissPeanut is on coast.fl.us.dal.net
MissPeanut has identified for this nick

3.4 +R

Mod +R bisa ditetapkan oleh mana-mana klien yang nggak ingin menerima mesej daripada orang yang nggak menggunakan nama samaran berdaftar atau mod pengguna +r. Sila ambil perhatian bahawa klien yang menggunakan mod +R tidak bisa menghantar mesej kepada klien yang tidak berdaftar mahupun +r. Silakan liat kepada section 3.3. Ia juga termasuk CTCP. Klien +R dapat menerima mesej daripada klien +o. Silahkan rujuk kepada section 4.1

3.5 +s

Menetapkan mod +s adalah permintaan untuk menerima mesej palayan (server) itu termasuk maklumat "kill" operator IRC. Ia tidak digunakan banyak kerana ia boleh membanjiri kamu.

3.6 +S

Mod ini ditetapkan apabila anda menggunakan sambungan selamat (SSL). Ia ditetapkan oleh server sahaja. Garis baru akan dimasukkan kedalam arahan /whois :

MissPeanut is janice@peanutty.yummy.com * Peanut Butter is the best!
MissPeanut is on @#PeanutButter +#PeanutB
MissPeanut is on coast.fl.us.dal.net
MissPeanut is an IRC Operator - Server Administator
MissPeanut has identified for this nick
MissPeanut is using a secure connection (SSL)

3.7 +w

Wallops adalah mesej jaringan yang Operator IRC mengantar antara satu sama lain. Sesiapa yang telah menetapkan mod +w dapat melihat perbualan Operator IRC itu. Wallops kini jarang digunakkan di DALnet.

4 · Mod Pengguna (Operator IRC sahaja)

Mod- mod di bawah ini hanya boleh digunakan oleh Operator IRC sahaja.

4.1 +o

Mod +o adalah mod yang menentukan sama ada orang itu adalah Operator IRC atau tidak. Ia juga merupakan salah satu mod yang tidak boleh ditetapkan melalui arahan /mode.

Arahan untuk seorang Operator IRC sebenar "oper up" ialah:

/oper nickname oper password

Untuk "deopering", seseorang Operator IRC itu boleh menggunakan arahan /mode untuk "deoper". Lain kata, menutup keistimewaan Operator IRC itu.

Syntax:

/mode nickname -o

Apabila "opered", output WHOIS Operator IRC memberi gambaran status mereka. Terdapat beberapa pelayan yang menukar tema pelayan mereka untuk menukar mesej am, walaubagaimanapun, ia masih terbukti.

Contoh:

MissPeanut is janice@peanutty.yummy.com * Peanut Butter is the best!
MissPeanut is on @#PeanutButter +#PeanutB
MissPeanut is on coast.fl.us.dal.net
MissPeanut is an IRC Operator
MissPeanut has identified for this nick

Ia adalah luar skop dokumen ini untuk menerangkan bagaimana kata laluan oper ditetapkan atau syarat menjadi seorang operator IRC. Lain kata, bukan semua orang boleh "oper up".

4.2 +a

Membenarkan pengguna menggunakan arahan /samode dan juga tambahan kepada barisan Operator IRC di output WHOISnya, menandakan bahawa beliau; adalah seorang Pentadbir Servis (Services Administrator).

Contoh:

MissPeanut is janice@peanutty.yummy.com * Peanut Butter is the best!
MissPeanut is on @#PeanutButter +#PeanutB
MissPeanut is on coast.fl.us.dal.net
MissPeanut is an IRC Operator - Services Administator
MissPeanut has identified for this nick

4.3 +A

Menambahkan kepada barisan Operator IRC di output WHOISnya menandakan beliau; adalah seorang Pentadbir Pelayan (Server Administrator). Pentadbir Pelayan juga dapat melihat semua channel dengan mod +s (rahsia) dan +p (persendirian). Pentadbir pelayan juga ditetapkan dengan mod +a secara automatik.

Contoh:

MissPeanut is janice@peanutty.yummy.com * Peanut Butter is the best!
MissPeanut is on @#PeanutButter +#PeanutB
MissPeanut is on coast.fl.us.dal.net
MissPeanut is an IRC Operator - Server Administator
MissPeanut has identified for this nick

4.4 +b

Membenarkan Operator IRC itu melihat mesej chatop.

4.5 +c

Mod +c memberi kebenaran kepada Oprerator IRC itu untuk menerima notis apabila seseorang itu masuk atau keluar pelayan yang mereka sedang berada. Oleh kerana bilangan besar pengguna yang ada di DALnet, mod ini jarang digunakan.

4.6 +d

Membenarkan pengelihatan mesej debug.

4.7 +e

+e mempunyai kaitan dengan DCCALLOW yang akan menunjuk apa- apa pengantaran fail yang terhenti di peringkat pelayan.

4.8 +f

Mod +f akan memberitahu Operator IRC setiap kali seseorang itu kena banjir atau terputus koneksi mereka dari pelayan itu akibat banjir berlebihan atau "Excess Flood". Channel yang mempunyai pelindung banjir dalaman akan diberitahu juga setiap kali pelindung ini terkena.

4.9 +F

Dapat melepasi recvq throttling pelayan.

4.10 +g

Membenarkan Operator IRC melihat mesej globop Operator IRC. Mod ini juga boleh ditetapkan oleh pengguna biasa tatapi tiada kesan ataukegunaan bagi mereka. Asalnya, +g digunakan untuk mesej global. Dengan kehadiran Bahamut, ia ditukar kepada flag globops.

4.11 +h

+h juga dikenali sebagai mod bantuan. Apabila ia ditetapkan, nama samaran seorang operator IRC itu akan dipapar kepada pengguna yang menggunakan arahan /stats p bersama dengan waktu ketiadaanya dalam saat.

Contoh:

MissPeanut (janice@peanutty.yummy.com) Idle: 30555
PeanutButterLover (butter@loving.peanutbutter.ca) Idle: 46
2 OPERs
End of /STATS report.

4.12 +I

+I menyembunyikan maklumat pelayan. Bermaksud, maklumat pelayan tidak terpapar dalam output /whois.

4.13 +j

Mod ini akan memberi anda notis sambungan dron yang ditolak

4.14 +k

Mod +k bermaksud mesej KILL dan ia akan mengarahkan pelayan (server) untuk mengantar semua mesej "kill" pelayan. Mod ini juga boleh menyebabkan banjir.

4.15 +K

Penggunaan mod ini meminta pelayan menghantar notis 'kill' daripada pelayan U:line.

4.16 +m

Melaporkan kemungkinan spambot dan sasaran yang tidak sempurna.

4.17 +n

Apabila mod +n ditetapkan, notis routing akan diantar kepada Operator IRC yang memintanya.

4.18 +x/X

+x/X digunakan untuk Squelch and Silent Squelch. Menghalang menghantar, for sebagai contoh menghentikan PRVMSG mereka. Hanya boleh ditetapkan oleh pelayan U:line.

4.19 +y

Mod +y membenarkan Operator IRC melihat beberapa arahan yang diantar oleh pengguna atau Operator IRC lain. Yang biasanya dilihat, permintaan stats/links/admin dapat dilihat.

5 · Akhir Kata

Akhirnya, perlu diambil tahu bahawa terdapat banyak IRCD yang berlainan masa kini. Walaupun ada beberapa mod yang tetap sama bagi kebanyakkan IRCD, mod channel dan pengguna boleh berbeza antara satu jaringan dengan jaringan yang lain.

Rujukan ini ditulis untuk IRCD DALnet, Bahamut, Version 1.8.* dan tidak patut diaplikasikan pada IRCD yang lain.