Pendaftaran Nama Samaran Dengan NickServ

Versi 4.1.2


Terjemahan terakhir oleh Knz () pada 2019-01-23

Revisi terakhir oleh Fredfred () pada 2020-06-21

Penulis asal Kzoo () dan Wizzu () pada 2000-10-01

Sila hantar maklum balas dan komen mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan) kepada docs@dal.net. Jika anda memerlukan bantuan mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila rujuk kepada http://help.dal.net.

Pengenalan

Dokumen ini menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mendaftarkan nama samaran anda di DALnet. Ia juga menerangkan arahan dan perhubungan email yang menjadi syarat semasa pendaftaran nama samaran.

Pendaftaran nama samaran DALnet dilakukan melalui 3 peringkat. Proses captcha. Alamat email perlu ditetapkan bagi setiap nama samaran berdaftar tersebut. Nama samaran yang tidak diauthentikasikan dalam masa 72 jam akan luput. Maka ia adalah penting untuk menetapkan email yang sah.

Dokumen ini adalah berdasarkan sesi yang diadakan di #ServHelp yang dianjurkan oleh Unit Peristiwa DALnet - http://help.dal.net/events.

Kandungan

1 · Bagaimana mendaftarkan nama samaran anda

Nota: Servis Pendaftaran Nama DALnet (NickServ) telah bertukar kepada proses "captcha" sebelum ia memproses arahan NickServ REGISTER. Matlamat servis ini adalah untuk sentiasa memberikan nama samaran dan saluran kepada "manusia pertama untuk mendapatkannya". Beberapa tahun ini, kita telah melihat perningkatan bot dalam pendaftaran nama samaran dan saluran, dan tidak melepaskannya. Ini adalah tidak adil untuk kesemua orang yang botnet mendapat nama samaran sebelum manusia. Captcha adalah ujian oleh program yang sepatutnya hanya manusia boleh menjawabnya tetapi bukan komputer. Apabila anda menghantar arahan pendaftaran kepada NickServ anda dikehendaki untuk menjawab soalan umum yang mudah. Soalan ini akan dihantar kepada NickServ. Jika jawapan adalah betul anda akan diberikan AUTH melalui emel seperti yang biasa. Jika jawapan itu salah anda akan dipanggil untuk mencuba lagi. Soalannya memang mudah dan ia akan ditukar setiap minggu.

Arahannya adalah seperti berikut:

/nickserv register kata laluan alamat email

Pengguna akan mendapat balik notis daripada NickServ bersama-sama dengan soalannya.

/nickserv register kata laluan alamat emel jawapan

Contoh:

/nickserv register PeanuttyButteryPass12 janet@peanutbutter.ca

-NickServ- Sebelum anda membuat pendaftaran nama samaran PeanutButterLover, anda dikehendaki untuk menjawab soalan ini:
-NickServ- Nama Mark adalah?
-NickServ- Untuk jawab, taip: /msg NickServ@services.dal.net REGISTER PeanuttyButteryPass12 janet@peanutbutter.ca jawapan_sini
-NickServ- Untuk lebih informasi, layari http://www.dal.net/kb/view.php?kb=188 atau /join #help untuk informasi selanjutnya

/nickserv register PeanuttyButteryPass12 janet@peanutbutter.ca Mark

Dimana PeanuttyButtery12 adalah kata laluan, janet@peanutbutter.ca adalah alamat email yang sah dan Mark adalah jawapan kepada soalan yang diberikan.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa memilih kata laluan. Sila rujuk Panduan Memilih Kata Laluan DALnet di http://docs.dal.net/docs/passwordsmy.html untuk maklumat lebih lanjut.

Anda dikehendaki mengesahkan pendaftaran nama samaran anda sebelum anda dapat menggunakan aksess penuh kepada ciri- ciri perkhidmatan. Maka, ia adalah amat penting untuk anda menggunakan alamat email yang sah. Sila rujuk kepada bahagian 3 untuk maklumat lebih lanjut.

2 · Bagaimana mengenalkan nama samaran anda?

Anda perlu mengenalkan nama samaran anda sebelum menggunakan arahan-arahan lain NickServ. Terdapat beberapa cara untuk mengenalkan nama samaran anda dengan 2 cara lazim:

/msg nickserv@services.dal.net identify nama_samaran kata_laluan
/nickserv identify nama_samaran kata laluan

Anda juga boleh mengenalkan nama samaran yang anda tidak guna pada masa itu. Jika anda ingin mengenalkan nama samaran yang anda sedang guna, parameter nama_samaran tidak perlu sertakan. Sebagai contoh:

/msg nickserv@services.dal.net identify PeanuttyButteryPass12
/msg nickserv@services.dal.net identify PeanutButterLover PeanuttyButteryPass12
/nickserv identify PeanuttyButteryPass12
/nickserv identify PeanutButterLover PeanuttyButteryPass12

Cara-cara lain mengenalkan nama samaran anda kepada NickServ termasuk:

/quote nickserv identify nama_samaran password
/identify nama_samaran password
/services identify nama_samaran password

Dengan arahan-arahan sebelum ini, parameter nama_samaran adalah pilihan jika anda ingin mengenalkan kepada nama samaran yang anda sedang guna.

NOTA: Adalah dicadangkan untuk menaip semua arahan perkhidmatan di tingkap status yang bukan tingkap channel atau mesej bagi mengelakkan kata laluan anda terpapar. Contohnya, jika anda lupa tanda slash (/) dalam arahan.

Anda tidak sepatutnya mengenalkan kepada sesiapa selain NickServ atau ChanServ. Jadi, jika anda bertemu dengan orang yang menggunakan nama samaran seperti MickServ atau NickSrv dan sebagainya, jangan mempercayainya. Anda boleh hilang semua keistimewaan berkaitan jika kata laluan berada di tangan orang yang salah. Hanya anda dan anda seorang sahaja bertanggungjawab untuk menjaga nama samaran anda. Anda boleh merujuk kepada panduan Peniruan Perkhidmatan dan Operator IRC dengan merujuk http://docs.dal.net/docs/ircimpsmy.html.

Perlu diingatkan bahawa kata laluan adalah "case sensitive". Ini bermakna, NickServ boleh mengenali "upper case" dan "lower case" secara berasingan. Contohnya "apple","APPLE" dan "aPPLe" adalah kata laluan yang berlainan. Pastikan anda menaip kata laluan anda dengan betul. Jika anda masih mendapat mesej masalah, cubalah arahan SENDPASS seperti diterangkan di http://docs.dal.net/docs/nickservmy.html. Jika masih tidak dapat, anda boleh mendapatkan bantuan Operator IRC. Sila rujuk kepada http://docs.dal.net/docs/findopermy.html untuk cara- cara mendapatkan operator IRC.

3 · Bagaimana mengesahkan pendaftaran nama samaran?

Lebih kurang dalam masa sejam, anda akan menerima email daripada "DALnet User Registration" dalam akaun email yang anda tetapkan semasa pendaftaran. Dalam email ini, anda akan diberitahu kod authentikasi dan cara menggunakannya untuk melengkapkan pendaftaran nama samaran anda. Jika anda, terlepas untuk melengkapkan pendaftaran anda, anda akan menerima pemberitahuan daripada NickServ yang memberitahu anda bahawa pendaftaran nama samaran anda belum selesai setiap kali anda menyambung ke DALnet. Lihat contoh seperti berikut:

-NickServ- Registration for the nickname PeanutButter is not complete.
-NickServ- Please check your email address for further instructions or visit http://docs.dal.net/docs/nsemail.html#3 for more information.

Anda boleh membenarkan pendaftaran nama samaran anda dengan mengklik pautan di e-mel yang bermula dengan "https://users.dal.net/auth.php?" atau salin dan tampal ke pelayar anda.

Setelah anda memilih untuk mendaftarkan nama samaran anda, anda akan diberikan pautan ke laman web kebenaran dari DALnet di mana anda perlu klik butang "CONFIRM"; selepas ini, nama samaran anda akan didaftarkan sepenuhnya dan anda akan diberitahu melalui tetingkap status pelayan IRC anda.

Mission accomplished! The nickname PeanutButter is fully registered!

You now have access to change your nick settings, send memos to

other users, and use DALnet's registered user web site at:

http://users.dal.net

Thanks for making DALnet your choice! :)

Anda juga akan menerima pemberitahuan di laman web yang mengesahkan bahawa kod kebenaran anda telah diterima.

4 · Bagaimana untuk memohon nama samaran yang tidak aktif

Sistem penamatan nama samaran kami telah bertukar. Bermula hari ini, nama samaran tidak akan lagi tamat tempoh selepas 30 hari. Sebaliknya, nama samaran akan ditandakan sebagai "Tidak Aktif"

Mana-mana nama samaran yang tidak aktif serta yang tidak diminta akan tamat tempoh dan dibersihkan dari pangkalan data selepas tempoh 3,650 hari (10 tahun) yang berlalu.

Apabila nama samaran ditandakan sebagai "Tidak Aktif", mana-mana pengguna yang telah mendaftar untuk lebih dari satu tahun boleh memohon melalui portal https://users.dal.net/nick_request.php.

Apabila nama samaran diminta, pemilik semasa akan dimaklumkan mengenainya melalui e-mel dan mereka boleh datang dalam talian untuk menuntut ianya kembali (dengan mengenal pasti kepada NickServ)

Jika nama samaran tidak dituntut oleh pemilik asal, perkhidmatan akan memberi peluang kepada salah satu daripada pengguna yang memintanya untuk mendaftarkan nama samaran tersebut.

Jika lebih daripada satu pengguna meminta nama samaran tersebut, perkhidmatan akan memberikan secara rawak kepada pengguna mana yang berhak menerimanya.

S: Berapa banyak nama samaran yang boleh saya minta?

J: Tiada had teknikal kepada berapa banyak nama samaran yang boleh diminta, bagaimanapun ingat bahawa terdapat pengguna lain juga mungkin mahu nama samaran tersebut dan anda tidak patut meminta lebih dari nama samaran yang munasabah anda boleh gunakan.

S: Bagaimana jika saya mendapat e-mel dari perkhidmatan tetapi laman web mengatakan bahawa permintaan saya telah tamat tempoh ("Permintaan anda telah tamat tempoh!")?

J: Jika perkhidmatan memilih anda dan memberi peluang untuk mendaftarkan nama samaran tersebut, anda perlu melakukan didalam tempoh dua hari, perkhidmatan akan memberi peluang kepada pengguna lain untuk mendaftar selepas dua hari.

S: Adakah perlu nama samaran saya didaftarkan untuk satu tahun?

J: Ya, ini adalah satu keperluan.

S: Mengapa kamu membantu pengumpul/pemburu nama samaran?

J: Matlamat kami adalah sentiasa untuk membantu pengguna sebenar. Sistem baru ini akan memberi peluang kepada pengguna sebenar untuk "melawan" nama samaran daripada pemburu. Sebelum ini, pemburu hanya boleh menggunakan botnet untuk mengejar nama samaran dan pengguna sebenar tidak mempunyai peluang untuk mendaftar.

S: Bagaimana pula dengan nama samaran beku?

J: Proses yang sama akan digunakan untuk nama samaran yang dibekukan akan tetapi nama samaran beku hanya akan menjadi tidak aktif selepas 365 hari (dari 30 hari) dan pemilik asal tidak akan mendapat sebarang email mengenainya.

S: Bagaimana pula dengan nama samaran yang tidak boleh digunakan atau didaftarkan?

J: Pada masa ini, proses baru ini tidak memberi kesan kepada nama samaran tersebut, tetapi kita mungkin membolehkan pengguna meminta nama samaran ini di masa hadapan.

S: Saya mahu mendapatkan nama samaran yang tidak digunakan untuk lebih daripada 30 hari tetapi /NickServ INFO tidak menunjukkan ia sebagai tidak aktif. Kenapa?

J: Sama ada nama samaran itu beku (nama samaran beku hanya akan menjadi tidak aktif selepas 365 hari) atau nama samaran dikecualikan. Beberapa nama samaran mempunyai tetapan yang menghalang mereka dari tamat pada masa lalu, nama samaran ini dikecualikan daripada sistem dan tidak akan menjadi tidak aktif.

S: Bolehkah saya menggunakan skrip untuk meminta nama samaran?

J: Tidak, sistem ini adalah untuk pengguna sebenar dan bukan untuk digunakan oleh skrip/bot.

S: Bolehkah seorang Operator IRC membantu saya untuk mendapatkan nama samaran yang dipinta?

J: Tidak, proses ini adalah automatik dan Operator IRC tidak boleh campur tangan di dalam situasi ini.

S: Bolehkah seorang Operator IRC memberitahu saya berapa ramai pengguna lain yang meminta nama samaran tersebut?

J: Tidak, proses ini adalah automatik dan maklumat ini tidak boleh dilihat.

S: Saya sedang bercuti selama dua bulan dan terlepas e-mel yang menyatakan seseorang meminta nama samaran saya. Bolehkah saya mendapatkan nama samaran saya kembali?

J: Tidak, pemilik nama samaran yang tidak aktif mempunyai 7 hari untuk menuntut semula jika nama samaran tersebut diminta. Jika mereka tidak melakukannya, perkhidmatan memberikan nama samaran kepada salah satu kepada pengguna yang memintanya (nama samaran akan tamat tempoh didalam proses tersebut).

S: Saya meminta nama samaran dan selepas seminggu saya mendapat e-mel mengatakan bahawa nama samaran tersebut boleh didapati akan tetapi pemilik asal terlebih dahulu mengenal pasti, sebelum saya dapat melengkapkan pendaftaran. Mengapa?

J: Pemilik asal secara rasmi mempunyai 7 hari untuk menuntut semula nama samaran mereka tetapi dari segi teknikal (oleh reka bentuk), mereka boleh datang kembali dalam talian walaupun selepas 7 hari dan menebus semula nama samaran mereka selagi tiada pengguna yang (memintanya dan mendapat nama samaran tersebut daripada perkhidmatan) melengkapkan pendaftaran.

S: Apa yang berlaku kepada saluran sekiranya nama samaran pengasas menjadi tidak aktif?

J: Tiada apa-apa. Apabila nama samaran menjadi "Tidak Aktif", ia masih lagi memegang semua akses (termasuk pengasas saluran). Akses hanya dikeluarkan jika pengguna lain melengkapkan proses permintaan dan mendapat nama samaran tersebut. Saluran tanpa pengganti akan tamat jika proses nama samaran yang diminta berjaya. Saluran yang mempunyai pengganti akan memulakan "proses pengganti" (saluran tidak akan mempunyai pengasas sehingga pengganti mendapatkannya atau saluran akan tamat tempoh).

5 · Menukar Alamat Email

Anda mungkin ingin menukar alamat email yang ditetapkan dengan nama samaran anda.

Arahan yang digunakan untuk menukar alamat email ialah:

/nickserv set email kata_laluan alamat_baru

Sebagai contoh:

/nickserv set email mypass123 janice@delightful.net

Sila ambil perhatian bahawa nickname yang belum siap didaftarkan sepenuhnya juga boleh menukar alamat email tersebut. Penukaran email dilakukan dalam 2 tahap. Dalam tahap pertama, satu email akan dihantarkan kepada alamat email lama dengan menyatakan bahawa anda telah memohon pertukaran tersebut dan memberi peluang kepada anda untuk melupuskan penukaran tersebut dalam masa 72 jam. Jika tidak dibatalkan dalam masa 72 jam, satu email akan dihantarkan kepada alamat email baru membenarkannya melaksanakan penukaran tersebut.

Anda juga boleh menggunakan arahan SET EMAIL tanpa parameter untuk melihat alamat email yang telah ditetapkan untuk nama samaran anda:

/nickserv set email

6 · Mengapa menetapkan alamat e-mel itu penting

6.1 Keistimewaan Pendaftaran Nama Samaran Lengkap

Mulai 31hb Oktober 2000, DALnet mewajibkan setiap nama samaran yang berdaftar mempunyai alamat email yang sah. Nama samaran yang tidak memenuhi syarat ini luput pada tarikh tersebut.

Beberapa keistimewaan sebelum nama samaran diauthentikasikan adalah seperti:

  • Penggunaan arahan identify

  • Penggunaan arahan set email

  • Penggunaan arahan drop

  • Dapat login ke http://users.dal.net

Beberapa keistimewaan yang dihalang bagi nama samaran yang tidak diauthentikasi:

  • Tidak boleh menggunakan MemoServ untuk menghantar dan menerima memo

  • Tidak dapat menggunakan ciri- ciri senarai aksess NickServ

  • Anda juga tidak dapat menggunakan arahan- arahan berikut: set enforce, set url, set mailblock, set noop, ghost, recover and release

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai arahan- arahan NickServ, sila lawat http://docs.dal.net/docs/nickservmy.html, taip arahan /nickserv help semasa berada di DALnet, atau melawat http://www.dal.net/services.

6.2 Menghantar kata laluan melalui email

Tujuan sebenar menetapkan alamat email adalah untuk memudahkan penghantaran kata laluan yang terlupa disempurnakan. Cara ini lebih selamat berbanding dengan cubaan bantuan CSOp. Setiap kali anda memohon kata laluan anda, ia akan dihantarkan kepada alamat email yang ditetapkan pada masa itu untuk nama samaran tersebut.

PERHATIAN: Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengawal keselamatan alamat email anda. Jika akaun email anda mempunyai kata laluan, menggunakan kata laluan yang sama untuk nama samaran anda tidak digalakkan. Jika satu kata laluan ditemui, kemungkinan besar penggunaan kata laluan yang sama akan menimbulkan masalah besar.

Bagaimana proses ini beroperasi? Mulai 12hb Julai 2001, DALnet membenarkan pengguna mendapatkan kata laluan mereka melalui arahan SENDPASS. Anda mesti menggunakan alamat email tersebut untuk menggunakan arahan SENDPASS bagi nama samaran anda dan channel. Hanya satu SENDPASS sahaja dapat digunakan dalam tempoh 72 jam. Oleh yang demikian, jika seseorang itu terlupa kedua-dua kata laluan tersebut, beliau terpaksa menunggu.

Keselamatan kata laluan juga ditingkatkan lagi. Anda hanya dapat menggunakan SENDPASS beberapa kali bagi satu IP atau host dalam satu jangkamasa.

Syntax arahan SENDPASS dibincangkan di http://docs.dal.net/docs/nickservmy.html.

Seorang CSop juga boleh didapati untuk masalah kata laluan dan pemilikan yang tidak dapat diselesaikan sendiri. Alamat email anda tidak akan ditunjuk kepada Operator IRC semasa SENDPASS. NickServ mengendalikannya secara automatik.

Anda boleh mengetahui cara- cara mendapatkan operator IRC dengan membaca http://docs.dal.net/docs/findopermy.html.

7 · Keperibadian alamat email

Deklerasi keperibadian email DALnet boleh didapati di http://www.dal.net/emailinfo.html. Ia menerangkan polisi ketat DALnet yang dipunyai oleh DALnet melindungi alamat email anda. DALnet tidak akan memberi senarai alamat email kepada sesiapa dalam apa keadaanya sekalipun. Jika anda khuatir terhadap keperibadian alamat email anda, sila bacalah delerasi tersebut.

Sekali lagi diingatkan bahawa Operator IRC yang meminta NickServ menghantarkan kata laluan kepada pengguna tidak dapat melihat alamat email tersebut kerana ia adalah process automatik.

Pengguna lain juga tidak dapat melihat alamat email anda melainkan anda ingin mereka melihatnya. Jika anda tidak melakukan apa-apa mengenai alamat email anda selepas ia ditetapkan, tiada sesiapapun dapat melihatnya. Jika anda ingin orang ramai melihat alamat email tersebut, anda boleh menaip arahan:

/nickserv set showemail on

Arahan untuk padam opsyen ini pula ialah:

/nickserv set showemail off

Seperti yang telah dinyatakan, keselamatan alamat email anda adalah tanggungjawab anda. DALnet tidak bertanggungjawab atas email spam atau kecurian kata laluan akibat kecuaian pemilik. Walaupun menggunaan SHOWEMAIL membantu anda jika anda terlupa kata laluan dan email anda untuk menggunakan arahan SENDPASS, sesiapa saja boleh menghantar spam kepada email anda. Jika anda berkongsi kata laluan anda, orang lain dapat menggunakan nama samaran anda. Adalah ditegaskan bahawa kata laluan adalah sulit dan tidak patut diketahui oleh orang lain.

Jika anda tidak ingin menggunakan alamat email anda yang sebenar, terdapat beberapa akaun email percuma yang boleh didapati dari laman web. Walaubagaimanapun, ia tidak selamat dan boleh menimbulkan masalah dari segi keselamatan. Ambil perhatian juga bahawa ia adalah tanggungjawab anda untuk memastikan alamat email anda dikemaskinikan. DALnet tidak bertanggungjawb atas alamat email yang salah ditetapkan.

7.1 "Saya tidak ingin memberi alamat email saya!"

Ini memang pilihan anda. Walaubagaimanapun, kami ingin memberitahu di sini bahawa DALnet adalah perkhidmatan percuma. Terdapat banyak perkhidmatan percuma yang mungkin tanyakan alamat email anda demi memberi perkhidmatan yang lebih sempurna. DALnet tidak menegaskan anda perlu mendaftarkan nama samaran untuk menggunakan pelayan kami.

Bagi mereka yang sensitif terhadap keperibadian alamat email anda, kami menggalakkan anda menggunakan akaun email percuma untuk mengesahkan pendaftaran nama samaran anda. Walaubagaimanapun, ambil perhatian bahawa anda tidak akan dapat menerima bantuan kata laluan di masa hadapan.

8 · Menyelesaikan masalah dan Soalan Umum

Soalan: NickServ memberitahu kod authentikasi saya tidak betul. Apa yang patut saya lakukan?

Jawapan: Anda perlu memastikan kod yang anda taip itu adalah betul. Inilah sebabnya kaedah salin dan tampal disyorkan jika boleh dilakukan. Kemungkinan juga anda telah menukar alamat email anda dan anda memasukkan kod daripada alamat email yang lama. Baca email tersebut dan pastikan anda menggunakan kod authentikasi yang ditetapkan untuk nama samaran tersebut. Dalam penetapan email bagi pendaftaran nama samaran yang banyak, ini boleh menimbulkan kekeliruan.

Sebagai tambahan, jika anda telah menukar alamat email sejak pendaftaran nama samaran itu, kod authentikasi baru akan dihantarkan kepada alamat email yang baru. Hanya dengan kod authentikasi baru ini saja anda dapat melengkapkan pendaftaran nama samaran anda.

Anda juga boleh memohon kod authentikasi baru daripada perkhidmatan dengan menetapkan semula alamat email kamu dengan menggunakan arahan SET EMAIL (bahagian 5). Jika NickServ memberitahu anda bahawa anda telah menetapkan alamat email, anda boleh menetapkan alamat email palsu sebelum anda menetapkan semula alamat email anda yang sebenar.

Soalan: Semasa menetapkan alamat email baru saya, saya telah silap menaipnya. Bagaimana saya boleh membetulkannya semula?

Jawapan: Asalkan ia dalam masa 24 jam semasa anda mendaftarkan nama samaran kamu. Anda perlu mengenalkan diri anda kepada perkhidmatan terlebih dahulu(bahagian 2). Kemudian, anda boleh membetulkan semula alamat itu tadi dengan menggunakan SET EMAIL (bahagian 5).

Ambil perhatian bahawa jika alamat asal itu tidak betul, anda tidak akan mendapatkan kod authentikasi yang pertama itu. Apabila anda menerima kod baru di alamat email yang sebenar, lakukan authentikasi seperti yang diterangkan awal tadi.

Soalan: Orang lain sendang menggunakan nama samaran separuh daftar saya. Bagaimana saya boleh dapatkannya semula jika saya tidak boleh menggunakan arahan GHOST atau RECOVER?

Jawapan: Periksa email anda untuk kod authentikasi untuk melengkapkan pendaftaran nama samaran anda. Setelah selesai proses authentikasi, anda bolehlah menggunakan arahan GHOST dan RECOVER.

Soalan: Saya tidak menerima kod authentikasi saya melalui email. Apa yang patut saya lakukan?

Jawapan: Terdapat banyak sebab masalah ini boleh berlaku.. Kemungkinan besar, terdapat kesilapan dalam alamat email yang anda tetapkan. Anda boleh memeriksanya dengan menggunakan arahan:

/nickserv set email

Jika alamat email ini tidak betul, anda boleh membetulkannya semula dengan menggunakan:

/nickserv set email nickpass email address

Lagi satu punca ialah mungkin terdapat masalah 'lag' dalam mesej email yang dihantar. Jika ramai pengguna telah memohon penetapan email, ia akan diletak dalam 'queue'. Dinasihatkan tunggu untuk 6 jam sebelum meminta bantuan.

Anda mungkin tidak menetapkan alamat email yang sah. Anda mesti menetapkan alamat email yang sah. Jika anda tidak ingin menggunakan alamat email rasmi, gunakanlah alamat email alternatif percuma yang boleh didapati dari laman web. Ingat, bahawa adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan alamat email ini adalah aktif dimana ia boleh membantu anda sekiranya anda terlupa kata laluan anda. Untuk tujuan ini, menetapkan alamat email DALnet tidak sah. Sila rujuk bahagian 7.1 untuk maklumat lebih lanjut.

Soalan: Saya rasa kata laluan saya terkena 'hack'.

Jawapan: Keselamatan kata laluan anda adalah tanggungjawab anda.

Cuba gunakan arahan SENDPASS yang diterangkan di http://docs.dal.net/docs/nickservmy.html. Jika ini tidak berfungsi, sila ke channel #OperHelp dan tunggu untuk seorang operator memberi voice kepada anda. Jangan memberi apa- apa balasan kepada mesej daripada orang lain kecuali seorang operator. Anda juga boleh mendapat seorang operator IRC dengan cara- cara yang diterangkan dalam http://docs.dal.net/docs/findopermy.html.

Berikut adalah beberapa cadangan untuk keselamatan kata laluan anda:

  • Pilihlah kata laluan yang mempunyai sekurang- kurangnya 7 character dan 'case' bercampuran (upper and lowercase) bersama dengan beberapa nombor.

  • Jangan sesekali menaip arahan perkhidmatan di tetingkap channel. Gunakanlah tetingkap lain (seperti tetingkap status jika ada).

  • Jangan sesekali mengskrip atau menggunakan skrip kata laluan dalam komputer anda kerana orang boleh mendapatkannya dengan atau tanpa pengetahuan anda dan ada skrip yang mengambil alih kawalan komputer anda.

  • Jika anda mengenalkan nama samaran anda semasa berada di kafe siber, perpustakaan atau pusat perkhidmatan Internet, pastikan tiada orang lain yang boleh melihat kata laluan anda dan tiada skrip mencuri kata laluan dalam komputer itu. Dinasihatkan untuk memastikan "logging' tidak aktif.

  • Jangan sesekali berkongsi kata laluan dengan orang lain. Diingatkan juga tiada sesiapa dari DALnet juga akan meminta kata laluan anda. Hanya CSOp yang anda meminta bantuan daripada boleh menyoal anda.