MemoServ

Versi 2.1.0


Terjemahan terakhir oleh PJKevin () pada 2004-03-23

Revisi terakhir oleh eDdYk0nG () pada 2018-02-19

Penulis asal LadyDana () pada 2000-10-22

Sila hantar maklum balas dan komen mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan) kepada docs@dal.net. Jika anda memerlukan bantuan mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila rujuk kepada http://help.dal.net.

Pengenalan

DALnet merupakan salah satu rangkaian IRC terbesar yang sedia dengan perkhidmatan. Ia merupakan rangkaian IRC pertama melaksanakan perkhidmatan ****Serv untuk penggunanya sejak tahun 1994. Antara perkhidmatan yang biasa digunakan adalah NickServ , ChanServ dan MemoServ . Dokumen ini akan memberi panduan mengenai arahan MemoServ berserta dengan syntax dan contoh. Ia juga akan menyediakan beberapa garis panduan tentang penyalahgunaan perkhidmatan yang berhubung kait dengan MemoServ dan bagaimana cara untuk anda melaporkannya.

Satu senarai lengkap arahan Perkhidmatan DALnet juga boleh didapati dari http://www.dal.net/services . Untuk pertanyaan mengenai perkhidmatan, anda boleh melawat channel bantuan rasmi DALnet #Help .

Sepanjang dokumen ini, arahan /memoserv akan digunakan untuk berinteraksi dengan MemoServ. Walau bagaimanapun, klien IRC anda mungkin tidak akan menyokong arahan ini. Jika keadaan ini berlaku, adalah dicadangkan untuk menggunakan arahan /msg MemoServ@services.dal.net atau /quote memoserv .

Kandungan

1 · Syarat-Syarat

Terdapat beberapa syarat yang perlu diambil tahu sebelum anda boleh menghantar dan menerima memo. Antaranya ialah:

Penghantar dan penerima mesti menggunakan nama samaran yang berdaftar. Penghantar mesti meggunakan nama samaran berdaftar semasa menghantar memo. Penerima hanya boleh membaca memo tersebut apabila menggunakan nama samaran dimana memo tersebut dihantar.

Mesej melalui MemoServ anda tidak boleh melebihi 255 aksara. Perlu dinyatakan bahawa memo adalah mesej pendek jadi pastikan ia adalah pendek. Jika anda ingin menghantar mesej melebihi had ini, anda perlu mendapatkan alamat email pengguna tersebut dan menghantar email. Memang anda boleh menghantar memo secara teratur tetapi seelok-eloknya gunakanlah email jika ia melebihi had 2 memo pada masa itu.

Walaupun sesetengah memandang perkhidmatan MemoServ sebagai perkhidmatan yang berguna, ada yang tidak ingin menerima memo. Oleh yang demikian, DALnet mempunyai satu opsyen yang membenarkan pengguna itu menghalang penghantaran memo kepadanya. Jika opsyen ini diaktifkan, penghantaran memo kepada orang ini akan dihalang. Opsyen ini akan dibincangkan kemudian dalam dokumen ini.

Ada beberapa syarat lagi untuk menghantar memo, tetapi ia melibatkan arahan tertentu yang akan diliputi dalam arahan-arahan tersebut.

2 · Menghantar Memo

Terdapat tiga jenis memo. Memo peribadi, memo channel dan memo global. Memo global juga dikenali sebagai Berita MemoServ dan hanya boleh dihantar oleh Pentadbiran DALnet. Kelebihan ini akan diceritakan kemudian dalam dokumen ini.

Memo peribadi dihantar secara terus kepada pengguna sahaja manakala memo channel dihantar kepada Operator atau SOp channel tersebut. Apabila anda menghantar memo channel, memo itu akan membuat salinan secara automatik dan menghantarkannya kepada setiap AOp/SOp/Manager dalam channel itu.

2.1 Peribadi

Arahan ini digunakan untuk menghantar memo peribadi:

/memoserv send nick message

Contoh:

/memoserv send PeanutButterLover I'm not going to be there tonight, catch you tomorrow!

Dimana "PeanutButterLover" adalah orang yang saya ingin menghantarkan memo.

2.2 OP saluran

Memo channel beroperasi dengan prinsip yang sama. Walaubagaimanapun, bukan semua orang boleh menghantar memo channel. Apabila sesuatu channel itu berdaftar, opsyen secara default ditetapkan kepads AOp. Ia bermaksud, hanya AOp, SOp , Manager dan Pengasas (Founder) boleh menghantar memo. Pengasas juga boleh menukar opsyen ini untuk menetapkannya untuk SOp atau pengasasnya itu sendiri. Dalam beberapa kes, hanya SOp / Manager atau Pengasas channel itu boleh menghantar memo kepada seluruh channel.

/memoserv send #channel message

Contoh:

/memoserv send #peanutbutterlovers Hey everyone! I will not be around for the the next 10 days, if there are any problems then talk to one of the sops.

Arahan di atas akan menghantar memo kepada semua nama samaran berdaftar dalam senarai AOp dan SOp. Jika anda ingin menghantar memo ini hanya kepada SOp sahaja, gunakan arahan:

/memoserv sendsop #channel message

Contoh:

/memoserv sendsop #peanutbutterlovers What does everyone think about aopping PeanutLovingLady? She has been around a lot recently ...

Fikir dengan teliti sebelum anda menghantar memo kepada channel. Jika ia adalah satu isu yang tidak perlu diketahui oleh semua orang, adalah lebih baik untuk menghantar memo kepada orang terlibat sahaja. Ambil perhatian bahawa bukan semua suka menerima memo terutamanya jika ia tidak berguna kepada mereka. Anda boleh menghantar sehingga 5 memo untuk satu pengguna. MemoServ akan menghalang memo anda yang lain sehingga penerima itu memadam beberapa memo sebelumnya.

Setiap memo yang anda hantar tidak boleh melebihi had 255 aksara. Jika anda melebihi had ini, MemoServ akan membalas dengan memberitahu anda berapa aksara anda perlu kurangkan. Berikut adalah satu contoh jika saya menghantar satu memo dengan 288 aksara. Ia memberitahu saya bahawa saya perlu mengurangkan 33 aksara sebelum memo itu boleh dihantar.

-MemoServ- Memos can be no longer than 255 characters. Your memo was 288 characters long. Please shorten it by 33 characters.

2.3 SOP saluran

Jika anda ingin menghantar memo kepada SOps/Managers/Founder sahaja, arahan ini perlu dilakukan:

/MemoServ sendsop #channel message

Example:

/MemoServ sendsop #peanutbutterlovers What does everyone think about aopping PeanutLovingLady? She has been around a lot recently ...

Fikir dengan teliti sebelum menghantar memo saluran. Sekiranya isu ini tidak berkenaan semua pihak, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk menghantar memo kepada pengguna tersebut sahaja. Anda boleh menghantar 5 memo kepada seseorang. MemoServ akan menghalang penghantaran seterusnya kecuali pengguna tersebut memadamkan memo terdahulu.

Setiap memo tidak boleh melebihi 255 patah perkataan. Sekiranya anda melebihi limit, MemoServ akan memberitahu anda berapa patah perkataan yang anda perlu kurangkan. Dibawah adalah contoh saya menghantar memo yang mengandungi 288 patah perkataan. Ia memberitahu kepada saya untuk mengurangkan 33 patah perkataan sebelum saya dibenarkan menghantar memo.

-MemoServ- Memos can be no longer than 255 characters. Your memo was 288 characters long. Please shorten it by 33 characters.

2.4 Cara lain untuk menghantar memo

Berikut adalah cara yang lain untuk menghantar memo kepada ops tertentu

/memoServ sendchan #channel AOP|SOP|MANAGER|FOUNDER|ALL[+] message

Contoh:

/memoserv sendchan #peanutbutterlovers MANAGER Ini adalah memo untuk semua Managers saluran

/memoserv sendchan #peanutbutterlovers SOP+ Ini adalah memo untuk SOPs dan Managers saluran

Sila semak /memoserv HELP untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut

3 · Membaca Memo

Apabila anda menggunakan nickname anda, MemoServ akan memberitahu anda sekiranya anda mempunyai memo.

-MemoServ- You have 1 new memo. To list them, use: /msg MemoServ@services.dal.net list

Ini menunjukkan kami kepada arahan seterusnya. Dengan nama yang diberikan, arahan MemoServ List akan membenarkan anda melihat senarai memo yang dihantar kepada nickname anda. Ia memberitahu anda siapa pengirim, nombor memo, waktu memo dihantar dan status memo (baru, dibaca, dipadamkan)

/MemoServ list

MemoServ LIST akan menunjukkan 20 memo. Sekiranya anda ingin melihat memo seterusnya, anda perlu memadamkan memo terdahulu. Ataupun anda boleh menggunakan titik permulaan untuk melihat memo. Contoh, anda ingin melihat memo bermula dari memo ke-5, anda akan menggunakan arahan:

/MemoServ list 5

Ini akan menunjukkan memo bermula dari Memo ke-5 hingga Memo ke-25.

Arahan READ akan digunakan untuk membaca memo. Sintax adalah:

/MemoServ read memo number

Seperti yang diberitahu, nombor memo dapat dilihat bersama memo didalam MemoServ LIST. Contoh:

/MemoServ read 1

Sekiranya anda menerima lebih daripada 1 memo, anda boleh membacanya sekaligus. Contoh:

/MemoServ read 1,2,3

or

/MemoServ read 1,3,5

or

/MemoServ read NEW

Sekiranya arahah NEW digunakan, hanya 10 memo terbaru akan ditunjukkan. Anda boleh menggunakan arahan sama untuk melihat memo terbaru seterusnya dan seterusnya.

Nota: Semua memo akan dipadamkan selepas 30hari. Dibaca atau tidak. Hanya 50 memo sahaja dapat disimpan oleh 1 nickname.

4 · Memadam Memo

Setelah anda membaca memo itu dan tidak memerlukannya lagi, anda boleh memadamnya. Memadam memo dilakukan dengan dua langkah. Langkah pertama, menandakannya sebagai dipadam dan yang kedua adalah pemadaman mutlak.

Arahan DEL membenarkan anda memadam satu atau lebih memo. Menandakan sebagai dipadam (sementara) itu membenarkan anda membaca memo itu sehingga ianya dipadam secara mutlak. Syntax untuk arahan DEL ialah:

/memoserv del memo number(s)

Contohnya:

/memoserv del 1
/memoserv del 1,2,3
/memoserv del 1,3,5

Anda dapat melihat bahawa arahan DEL berfungsi cara yang sama seperti arahan READ. Ia juga mempunyai satu opsyen yang READ tidak ada:

/memoserv del all

Penggunaan ALL akan memadam semua memo dan melupuskanya. Setelah anda menggunakan arahan ini, anda tidak dapat membaca memo yang telah dipadamkan itu. Tetapi, anda masih berpeluang untuk membatalkan memo yang dilupuskan dengan menggunakan nombor:

/memoServ undel memo number(s)

For example:

/MemoServ undel 1
/MemoServ undel 1,2,3
/MemoServ undel 1,3,5

Sesuatu memo itu boleh dipadam secara kekal melalui 2 cara lagi. Semua memo yang telah ditanda sebagai dipadam akan dipadam kekal apabila anda berhenti menggunakan nama samaran anda. Anda juga boleh mengarahkan MemoServ untuk memadam semua memo yang telah ditanda sebagai dipadam itu dilupuskan melalui arahan PURGE.

/memoserv purge

Sebagai peringatan, sekiranya memo dilupuskan secara keka anda tidak boleh membacanya lagi. Gunakan arahan ini dengan hati-hati.

5 · Menghalang Memo

Pengguna boleh menghalang sesetengah pengguna/mask daripada menghantar memo kepada mereka.

Cara-caranya adalah:

/memoserv ignore add nama samaran atau mask
/memoserv ignore del nama samaran atau mask
/memoserv ignore wipe
/memoserv ignore list

Arahan pertama membenarkan anda menambah nama samaran atau mask kepada senarai menghalang memo anda. Pengguna itu tidak dapat menghantar memo kepada anda lagi.

Arahan kedua membenarkan anda memadam nama samaran atau mask daripada senarai itu.

Arahan ketiga membenarkan anda memadam semua senarai menghalang memo. Semua nama samaran dan mask akan dipadam dan sesiapa sahaja boleh menghantar memo kepada anda.

Arahan keempat membenarkan anda memeriksa senarai memo yang dihalang oleh anda.

Senarai menghalang memo boleh memuat 50 kemasukan. Memo saluran juga akan dihalang daripada dihantar jika pengguna yang menghantar memo itu berada didalam senarai menghalang memo anda.

6 · Penghantaran memo dari satu nama samaran ke nama samaran yang lain

Jika anda mempunyai nama samaran sekunder, anda boleh mengarahkan MemoServ untuk menghantarkan semua memo nama samaran primier anda kepada nama samaran sekunder itu melalui opsyen FORWARD .

Syntaxnya ialah:

/memoserv FORWARD
/memoserv FORWARD -
/memoserv FORWARD NICK anygoodpassword

Arahan pertama membenarkan anda untuk memeriksa jika anda telah mengaktifkan opsyen FORWARD.

Arahan kedua akan melupuskan opsyen FORWARD untuk nama samaran anda.

Arahan ketiga digunakan untuk mengarahkan memo di hantar dari nama samaran semasa anda kepada NICK. Anda harus mempunyai kata laluan untuk nama samaran tersebut.

7 · MemoServ News

MemoServ NEWS adalah berita Pentadbiran DALnet yang memberitahu tentang perubahan perkhidmatan. Ia juga dikenali sebagai memo global.

Berita MemoServ dihantar kepada semua nama samaran yang berdaftar tidak kira nama samaran itu mempunyai opsyen FORWARD dan NOMEMO secara aktif atau tidak.

Anda boleh menggunakan arahan /memoserv news untuk membaca artikel itu. Selepas membacanya, ianya akan terpadam secara automatik. Jika anda tidak membacanya, MemoServ akan mengingatkan anda sehingga anda membacanya.

Oleh kerana perkara ini, artikel NEWS MemoServ jarang digunakan. Artikel-artikel lepas boleh didapati dari https://www.dal.net/services https://www.dal.net/news .

8 · Opsyen NOMEMO

Opsyen NOMEMO ditetapkan melalui NickServ dan bukannya MemoServ. Ia adalah satu arahan bawah opsyen NickServ untuk sesuatu nama samaran itu bawah subset NickServ SET.

Arahan ini senang untuk difahami. Anda hanya mempunyai 2 pilihan:

/nickserv set nomemo on
/nickserv set nomemo off

Ini akan mengaktifkan dan menutup opsyen NOMEMO. Sila ambil perhatian bahawa opsyen NOMEMO akan menghalang opsyen FORWARD. Anda boleh mempunyai nama samaran sekunder yang mempunyai opsyen NOMEMO aktif tetapi semua memo-memo itu akan ditolak dengan serta merta.

Adalah penting untuk mengenalkan nama samaran anda sebelum menggunakan arahan ini kerana anda tidak boleh melakukan sebarang perubahan opsyen sehingga anda berbuat demikian. Anda boleh mengenalkan nama samaran anda melalui arahan /identify kata_laluan dan sebagainya.

9 · Penyalahgunaan

Seperti dengan perkhidmatan lain, menghantar memo memerlukan sumber DALnet yang tinggi. Rangkaian IRC DALnet tidak bertolak ansur terhadap penyalahgunaan MemoServ melalui banjir, mengganggu ketenteraman atau pengiklanan.

Anda tidak boleh menggunakan MemoServ untuk membanjiri pengguna. Ini termasuk penghantaran memo ulangan dengan kandungan yang sama dan memo yang menyinggung.

Penghantaran memo yang mengganggu ketenteraman adalah salah daripada segi polisi DALnet. Ini termasuk ugutan, banjir dan kekerasan.

Anda tidak dibenarkan menggunakan MemoServ untuk tujuan pengiklanan channel, laman web atau skript melainkan orang itu membenarkannya. Jangan menghantar memo pengiklanan kepada orang yang tidak atau baru dikenali.

Bergantung kepada jenis kesalahan, anda boleh diberi amaran, pembekuan nama samaran, tidak dilayan oleh Perkhidmatan atau dilaporkan kepada pusat perkhidmatan internet pengguna itu.

10 · Melaporkan penyalahgunaan

Jika anda telah menjadi mangsa penyalahgunaan perkhidmatan yang berkait dengan MemoServ, anda digalakkan untuk melaporkannya kepada seorang CSOp (Channel Services Operator) atau Unit SAbuse (Services Abuse) "Unit Pencegahan Penyalahgunaan Perkhidmatan".

Malangnya, logs mudah dipalsukan. Oleh yang demikian, log kejadian itu masih tidak mencukupi untuk memastikan laporan anda adalah sah. Anda mesti mematuhi syarat- syarat yang berikut untuk tindakan diambil terhadap pesalah.

Pertama sekali, adalah penting supaya tidak membuang memo itu. Ambil perhatian bahawa memo yang ditandakan sebagai dipadam akan hilang apabila nama samaran anda digunakan pada lain masa. Memo itu mesti berada dalam senarai MemoServ.

Anda boleh memilih untuk menghubungi Unit Pencegahan Penyalahgunaan Perkhidmatan DALnet-SAbuse atau mencari CSop. Unit SAbuse boleh dihubungi di . Pastikan anda memberi penerangan kejadian itu dengan salinan memo yang diterima dan nyatakan juga bahawa memo itu masih belum dipadam. Untuk siasatan lanjut, mereka akan menggunakan nama samaran ini dan mengenalkannya untuk memastikan laporan anda adalah sah. Sila nyatakan bahawa anda membenarkan mereka berbuat demikian untuk tujuan penyiasatan. Log yang berhubung kait juga amat berguna.

Jika anda ingin mendapatkan bantuan dengan serta merta, anda boleh mendapatkan senarai CSOp melalui arahan /motd services.* . Maklumat lanjut mengenai cara-cara mencari seorang Operator IRC boleh didapati di http://docs.dal.net/docs/findopermy.html .