Translating Manual

Versi 2.2.3


Terjemahan terakhir oleh Knz () pada 2017-10-29

Revisi terakhir oleh h () pada 2017-04-30

Penulis asal Fredfred () dan [Mystro] () pada 2004-01-04

Sila hantar maklum balas dan komen kepada docs@dal.net. mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan). Jika perlu bantuan mengenai apa- apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila rujuk kepada http://help.dal.net.

Pengenalan

Helo dan terima kasih kerana berminat untuk menterjemah bagi pihak DALnet!

Dokumen ini dicipta untuk menjelaskan kepada anda langkah-langkah asas yang diperlukan untuk proses terjemahan bagi pasukan dokumentasi DALnet. Dokumen ini juga akan menerangkan perisian yang sesuai digunakan dan bagaimana untuk anda mencari fail-fail untuk diterjemahkan ke bahasa anda.

Kandungan

1 · Kenapa saya melakukan ini?

Cuba berpikir sejenak sebelum anda memulakan tugas sebagai penterjemah bagi pihak DALnet. Pasukan dokumentasi DALnet tidak mendapat sebarang bayaran, tidak mendapat akses khas ataupun layak menerima 0:line dan juga tidak dijanjikan mempunyai alamat email DALnet (name@dal.net)

Jikalau anda sedang lagi memikirkan "kenapa saya masih melakukan ini sekarang?", SILA jimatkan masa kita bersama dengan mencari sesuatu yang lain lebih menarik untuk dibuat :). Kami tidak bermaksud untuk menjadi biadap atau tidak sopan, akan tetapi pasukan dokumentasi memerlukan dedikasi yang tinggi dan serius. Anda sepatutnya tidak melakukan ini dengan harapan mendapat balasan yang lain kecuali untuk pembaharuan diri anda sendiri dan membantu pengguna baru untuk mendapatkan pengalaman yang lagi mudah di DALnet.

2 · Jangan tergesa-gesa

Menterjemah dokumen merupakan satu tugas yang mesti dilakukan dengan berhati-hati dan lebih teliti. Kami tidak akan menerima sebarang terjemahan yang dilakukan oleh perisian penterjemahan automatik seperti Babelfish contohnya. Jika pihak kami mengetahui bahawa ini adalah kaedah penterjemahan anda, dokumentasi ini akan dipadam dengan serta merta.

3 · Perisian yang akan digunakan

3.1 The Editor

The Editor merupakan perisian yang penting digunakan oleh para penterjemah. Keseluruhan proses penterjemahan (akan diterangkan dengan lebih lanjut selepas ini) disiapkan dengan menggunakan perisian ini. Oleh itu, untuk memastikan semua pengguna boleh memahami dokumentasi yang diterjemahkan oleh anda, editor anda perlulah patuh format UTF-8 dan juga mampu menyimpan fail format UTF-8.

Jika anda tidak mempunyai sebarang perisian editor, kami telah menyediakan perisian editor yang boleh digunakan dan ianya terbukti banyak membantu untuk proses penterjemahan dokumentasi kami. Anda boleh mendapatkan perisian ini di http://docs.dal.net/stuff/ur204.exe. Anda boleh mula menterjemah dokumen setelah selesai memuat turun dan memasang perisian tersebut.

3.2 Menyimpan dokumen

Sila pastikan perkara berikut apabila menyimpan dokumen menggunakan penyimpan dialog:

1. Menamakan semula fail yang anda sedang proses untuk menunjukkan fail tersebut dari bahasa anda. Sebagai contoh, fail-1.2.3.xml akan dinamakan menjadi filees-1.2.3.xml, dimana es merupakan ungkapan pendek untuk Sepanyol, en untuk Bahasa Inggeris, ru untuk Rusia dan sebagainya...

2. Menetapkan charset UTF-8

3. Menetapkan surrogate kepada ^c~u

4 · Persiapan untuk menterjemah

Jika anda menterjemah untuk bahasa baru, anda perlu untuk menterjemahkan fail localisation (disediakan di template / folder dalam penghurai helpdoc). Untuk melakukan ini, anda perlu membuka fail versi Bahasa Inggeris(atau bahasa lain yang lagi mudah untuk anda) dan menukar apa yang perlu untuk ditukarkan.

4.1 Fail asal

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melawati http://docs.dal.net/stuff/original.txt

5 · Menterjemahkan dokumentasi

Semua dokumen mengenai DALnet tersedia secara terbuka. Jika anda ingin menterjemahkan dokumen, sila lawati http://docs.dal.net/xml untuk mendapatkan semua versi XML dokumen kami. Setiap dokumen berada di dalam folder yang tersendiri dan di ikuti dengan folder yang telah diterjemahkan mengikut susunan bahasa yang sepatutnya. Bagi memudahkan pengesahan, kami telah menjana satu fail yang terletak di http://docs.dal.net/filesdone.htm di mana ianya mengandungi semua fail yang telah diterjemahkan mengikut kemaskini yang terbaru.

Anda juga boleh merujuk kepada fail yang lain untuk tujuan penterjemahan jika Bahasa Inggeris bukan bahasa rasmi anda, ini kerana semua maklumat lain adalah berpandukan kandungan yang sama.

5.1 Menyunting file

Anda boleh bertanya kepada team leader atau ahli pakar yang lain semasa membuat penterjemahan mengenai kredit kepada diri anda sendiri. Berikut adalah contoh header dimana anda *TIDAK BOLEH MENYUNTING*. Sila semak http://docs.dal.net/stuff/similarity.txt untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

6 · Dokumentasi penterjemah rasmi

Terdapat ramai penterjemah yang membantu untuk terjemahan dokumentasi DALnet. Untuk melihat penterjemah rasmi yang terkini dan juga penterjemah yang lalu, anda boleh lawati http://docs.dal.net/docstranslators.htm untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

7 · Kredit

- Fail teks yang asal ditulis oleh [Mystro] and Fredfred pada 2004-01-04. Sila semak http://docs.dal.net/fredonly/transwannabe-1.0.0.txt untuk fail teks yang terdahulu.

- Dokumen ini disediakan oleh h pada 2017-04-30.