Panduan bagi Pengguna baru di DALnet

Versi 1.0.1


Terjemahan terakhir oleh eDdYk0nG () pada 2006-11-17

Penulis asal Wuher () pada 2000-12-11

Sila hantar maklum balas dan komen kepada docs@dal.net. mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan). Jika perlu bantuan mengenai apa- apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila rujuk kepada http://help.dal.net.

Pengenalan

IRC adalan singkatan daripada perkataan Internet Relay Chat, dimana merupakan satu sistem perbualan untuk internet. Perkhidmatan DALnet semua adalah diwujudkan oleh kumpulan perusahaan dan individu untuk kepuasan lebih daripada ribuan pengguna yang berbual pada setiap waktu.

Kandungan

1 · Sambungan kepada IRC

Untuk menyambungkan kepada DALnet, anda memerlukan pelanggan IRC. Terpulang kepada sistem operasi anda, peluang dimana sekurang-kurangnya satu pelanggan IRC untuknya. untuk keterangan yang lebih lanjut mengenai jenis pelanggan untuk melayari DALnet, lihat http://www.dal.net/software. Jika anda tidak dapat memuatturunkan pelanggan IRC tetapi hendak berbual di DALnet, http://www.dal.net mempunyai pelanggan java yang disediakan untuk kegunaan awam.

2 · Apakah yang menjadikan DALnet istimewa?

DALnet adalah berlainan daripada rangkaian IRC yang lain di dalam beberapa cara. Kelainan yang terpenting adalah Perkhidmatan IRC umum DALnet: NickServ, ChanServ, MemoServ. Perkhidmatan DALnet adalah dikodkan, dikekalkan, dan diubah-suai oleh kakitangan kami sendiri. Mereka ditubuhkan untuk membolehkan perbualan anda lebih seronok; untuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan DALnet, sila layari http://www.dal.net/services.

3 · Arahan Dasar IRC

Menyambung kepada IRC server

/server server:port

(contoh: /server irc.dal.net:7000)

Meninggalkan IRC dengan "pesanan"

/quit message

(contoh: /quit Bye everyone!)

Memasuki sesebuah saluran

/join #channel

(contoh: /join #mIRChelp)

Meninggalkan sesebuah saluran

/part #channel message

(contoh: /part #mIRChelp Terima kasih atas pertolongan anda!)

Menunjukkan sesuatu aksi - * Nama samaran anda melakukan sesuatu

/me aksi yang ditunjukkan

(contoh: /me melambai kepada semua pengguna yang berada didalam saluran)

Mencari senarai saluran melalui *perkara*

/list *subject*

(contoh: /list *help*)

Ia mungkin akan memberitahu anda semua arahan IRC boleh ditaip kedalam senarai arahan dari pelanggan IRC anda, juga ada yang mempunyai "popups" ata~u menu perkara lain. Untuk membantu anda menggunakan pelanggan IRC, cuba dengan saluran menggunakan nama yang sama (contoh: #mIRC untuk mIRC #pIRCh untuk pIRCh) ata~u anda boleh mencuba /help dalam pelanggan IRC.

Satu daripada pertanyaan yang paling banyak ditanya oleh pengguna baru DALnet adalah bagaimana untuk mendaftarkan nama samaran. Informasi ini boleh didapati melalui http://docs.dal.net/docs/nsemailmy.html.

4 · Mencari Bantuan

DALnet mempunyai jumlah saluran bantuan yang banyak untuk membantu anda dengan pelbagai masalah, namun tidak semuanya yang hanya berhubungan dengan IRC saja. Untuk itu anda harus menentukan dahulu masalah apa yang anda hadapi, setelah itu anda boleh mencari saluran untuk mengatasi masalah tersebut.

Untuk masalah berkenaan dengan IRC, adalah penting untuk mengetahui bahawa adakah ia berkenaan dengan DALnet ata~upun tidak. Kami tidak membantu dalam masalah luar ata~upun masalah rangkaian lain (telah dihalang, masalah pengenalian, masalah server, dll.) Untuk masalah berkenaan dengan DALnet satu idea yang baik adalah melayari #DALnetHelp, #mIRChelp ata~u #Help. Jika anda memerlukan bantuan dalam bahasa lain, anda boleh mengunjungi: #DALnetAide (Francis), #DALnetHilfe (German), #DALnetAyuda (Portuguese dan Spanish), #DALnetYardim (Turkish).

5 · Pegawai IRC DALnet(IRCop)

Pegawai DALnet IRC mempunyai tugas untuk membantu server adminnya setiap saat agar kestabilan rangkaian setiap server sentiasa terjaga. IRCop juga mempunyai tugas yang sangat penting iaitu membimbing setiap pengguna agar lebih mengenal rangkaian DALnet, mereka juga boleh berpartisipasi dalam suatu pasukan yang ada di dalam susunan rangkaian DALnet itu sendiri. Sebagai catatan bahawa DALnet bukanlah sebuah rangkaian yang ditujukan untuk mencari profil semata, juga semua kakitangan melakukan hal tersebut secara sukarela dan tidak mengenakan sebarang bayaran.

Untuk keterangan lanjut mengenai rangkaian administrasi, anda boleh melayari http://www.dal.net/admin.

6 · Pegawai Saluran

Seseorang yang mempunyai simbol @ di depan nama samarannya boleh dianggap sebagai pegawai saluran, yang mempunyai kemampuan untuk mengubah beberapa tetapan saluran untuk keperluan saluran itu sendiri. Mereka juga mempunyai kemampuan untuk membuang/menghalang seseorang apabila bertentangan dengan peraturan saluran. DALnet tidak akan masuk campur mengenai soal bagaimana saluran tersebut akan dijalankan, kerana semua hal itu adalah keputusan dari Pegawai Salurannya, dan terutama dari Pengasas saluran itu sendiri. Kebanyakkan op harus mempunyai kelakuan yang bertanggungjawab, namun apabila terdapat masalah mengenai itu, anda boleh mencari pengasas saluran tersebut. Keputusan terakhir pengasas merupakan hal yang sangat penting bagi menentukan bagaimana saluran akan berjalan. Anda boleh mengetahui informasi mengenai siapakah pengasas dari saluran yang anda maksud dengan menggunakan arahan berikut:

/chanserv info #channel

/quote chanserv info #channel

/msg chanserv@services.dal.net info #channel

7 · Sekuriti

Apabila menggunakan IRC, anda perlu memberi perhatian mengenai sekuriti. Berjaga-jaga apabila menerima fail melalui IRC, JANGAN berkongsi kata laluan nama samaran ata~u saluran anda dengan pengguna lain, dan pastikan anda melayari http://docs.dal.net/docs/exploitsmy.html jika anda menggunakan sebarang borang oleh Microsoft Windows.

8 · Kesimpulan

Kumpulan Dokumen DALnet telah memyediakan banyak topik yang menarik dan berguna dimana akan dapat membantu anda, layari http://docs.dal.net untuk keterangan lanjut.